angkat si baby naufal tu la.
Masa lahir : 3.7 kg
Hari ke 15 : 4.1 kg
Hari ke 33 : 4.8 kg
mujur ada cik abang

he he..dah 2 mingu puasa, sekali pun tak gi umah mak lagi untuk berbuka. bukan apa, tak mo nyusahkan dia. lagipun cik abang memang beli stok barang mentah simpan dengan harapan sang isteri memasak. he he…memang masak pun ari2. kalau gi pasar ramadhan tuh, jenuh bepusing-pusing mencarik makanan yang bekenan di hati. kalau jumpa yang bekenan pun, ada je la yang tak kena nya tu ya.
he he..ari ni nak gi umah mak. mak jemput makan nasik kerabu. best! mak saya memang pakar memasak. tak sabar…tak sabar…
Baru semalam dok teringat kat allahyarhamah. Tetiba pagi ni dikejutkan dengan berita kepulangannya ke Rahmatullah.
“sesungguhnya dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.”
Saya tak tau pun beliau sakit sebenarnya. Semalam teringat pada dia sebabnya teringat nak pegi Kohilal, tempat Dr Lo’Lo’ berkhidmat sebelum menjadi YB. Perut saya pernah diperiksanya dan saya dilawatinya di wad bersalin selepas melahirkan Aiesya. Pada firasat saya, kalau saya ke sana lagi, tentunya saya tak akan dapat bertemu dengannya kerana beliau dah bz sejak2 menjadi YB. Rupa-rupanya saya memang tak akan bertemu dengannya lagi sampai bila2.
Saya tunggu berita mengenainya di TV. hampa…yg ada berita kematian org lain. owh…lupa pula saya yg parti pembangkang memang tak de coverage kat TV ya. Tak apa lah.
Moga rohnya dicucuri Rahmat. Moga tenang dirinya di SANA. Al-fatihah.
lama lama sekali baru nk muncul ek. bz la plus malas sama. he he
2hb Julai : larian 1 sukan 1 murid 1 mesia yg ntah hape2. derang nak buat rekod, semua budak2 kena dera. cikgu2 (cikgu lehan la ni ) bz kena prepare, handle n hantar segala mak nenek yg derang nak. Derang memang biaser buat keje2 yg ske no menyusahkan orang lain sama. huhu
3hb Julai : Ke The Mines untuk pertandingan gymnaestrada. Alia masuk umah biru punya team ganti orang. Dapat silver award n kena masuk gala pulak. Tak abis2. ingat sampai situ jer. udah la ya kakak. bagi khalesa balik. kakak tumpu la kat UPSR ya.
5hb Julai : balik umah macam biasa. keadaan umah pun macam biasa. bila nak main game, tgk2 laptop tak dek. mana peginya pulak? Rupa-rupanya umahku dimasuki perampok sekali lagi. apa yang ilang?
1.Laptop kesayanganku, 2. Netbook cik abangku 3. henpon zharif n alia 4. PS2 si zhaim. 4. Broadbandku juga disonglapnya.
Netbook ni terselamat sebab dia tak nampak. tapi tak berapa suka pakai netbook ni pasal slow motion pergerakannya. owh laptopkuuuuuu. beli laptop tu dulu pun sebab lappy sebelumnya kena amek ngan perampok jugak. hu hu
6hb Julai : Masa amek makanan kat kantin, cikgu lehan terjumpa ni. lalu tak korang nak telan dengan keadaan benda tambahan yg diselaputi lumut cenggitu? Erkk…
next week kita orang akan bermesuarat utk tamatkan kontrak pakcik kantin yg servicenya teruks nak mam*** tuh.
Balik umah, beskal zi Zharif pulak diamek orang hari ni. huh!
7hb Julai : Hari bertemu ibu bapa n bagi buku adab. mujur la dah bagi mana2 yg tak de masalah tu so tak de la ghamai sangat orang kena layan. hehe.
ni bukan gambar saya. gambar cikgu kelas jiran. he he..bukti ada PTI je nih.
hari ni juga merupakan Birthday anak terunaku yg nampaknya belum nak matang lagi. udah 13 tahun tapi perangai tak berubah lagi. begaduh ngan adik2 no 1. tapi macam mana pun, dialah yg paling boleh diharap untuk jaga adik dia yg paling kecik tu. masak memasak pun dah boleh. masak nasik, buat air pun dah boleh. apa-apa pun, ibu n ayah mengharapkan yang terbaik untuk abang n adik2 yang lain. Tak terucap apa yang nak disampaikan tang ni.
8hb Julai : Ada hari anugerah cemerlang. Me x bertugas amek gambar ari ni so tak de gambar nak letak. apatah lagi anak2 tak amek sijil. ha ha. tugasku tidak seperti biasa buat buku aturcara, kali ni kena buat backdrop. tempah jer. budget ader. he he
13hb Julai :
Perasmian berjalan lancar. Tak de benda la nak citer pasal ni. balik lambat la hari sebelumnya pasal nak siapkan buku aturcara. kena siapkan kat sekolah pasal kat umah tak leh nak print dah. kan laptop dah kena curik. laptop tu jer yg boleh link ngan printer. lagi pulak, ink warna dah habis daaa. tak larat la nak beli lagi . mahal ooo ink sekarang. nak amek kat sekolah, payahh..
14hb Julai : kakak alia n the gang ke pertandingan choral speaking smart street anjuran Petronas. Alhamdulillah menang lagi n akan ke Melaka pulak mewakili KL.
Balik petang tu, berjaya juga mengepos barangan felt tempahan sahabat lama. mulanya ingat nak guna Pos Ekspress, tapi sekarang derang dah tak bagi pos barang guna pos ekspress kecuali dokumen sahaja. wahh…derang rugi banyak kot orang pakat2 hantar barang guna pos ekspress tuh. ha ha.
ni la barang2nya. walaupun tak banyak, tapi jenuh juga nak menyiapkan kerana bz ngan keje2 sekolah. yang paling susah nak buat, sang dinasour tu la. he he. ni kali pertama me buat fridge magnet. tu hah…yg gambar pompuan2 comel tu la fridge magnet. Harap2 Pn. Nita suker. tadi dah dapat message dia dah. barang dah sampai ke tangannya n anak2 dia suker, Ok la tuh. Tu semua dia nak letak dalam party pack birthday anak dia Faris.
20hb Julai nanti, bawak alia n the gang untuk pertandingan ePPDa peringkat Negeri. Letih arr. kalau menang, 23 nak kena kuar lagik. kali ni dah tak heran dah menang ke tak. Penat la…penatttt.
Sekian la dulu catatan saya. Catatan untuk memudahkan saya buat update rekod pencapaian sekolah jer ni. ha ha …tetiba Sakit jiwa la pulak ngan si kakak alia yg sibuk nak main jer. tak mo la nak blajar lebih sket untuk UPSR dia. main jer kejenya. bukak buku 5 minit, peh tu tinggal buku tu 5 jam. arghhh……arghh…….

Khamis ni alia akan bertanding untuk choral speaking. moga berjaya kakak. minggu depan ko exam ya. tolong kumpul A bebanyak ya.


tahniah kepada cikgu2 umah ijau yg berjaya mengekalkan kejuaraan untuk marching. bila ek kita nak jadi juara keseluruhan? peh tu kita punya gymnaestrada tu, bila ek nak dapat coach yg boleh bagi kita jadi juara? macam mana pun, kita dah pueh ati dah kan? tq to su sukan yg telah berpenat lelah. teruskan jadi su sukan sehingga awok kuar sekolah tu ya. ha ha ha...jangan dok berangan nak letak jawatan ya.
ini t-shirt bdk2 pengawas bg. kertas tu ialah tiket melancong ke perth selama 3mlm 4 hari. atau kalu x mo pegi, boleh dpt rm1000. hakak x leh nak pegi rasanya. kesuntukan masa untuk terbang sana sini.
hadiah2 lain. mug banyakk macam biasa. frame gambar pun banyak. selendang pun ada beberapa helai..hmm..alahai...cikgu tak pakai selendang la. sudahnya, abis dikebas adikku. tak per..asalkan pakai. buku resepi pun ader gak. ha ha...mentang la cikgu ko ni malas masak. perli la tuh..tahun ni byk dapat marker pen n juga coklatt. makin gemuks la cikgumu ini. kui kui
cabaran menyiapkan bakul2 ni kerana saiznya yang tak sama besar kerana dibeli sendiri oleh cikgu lin. juga masa yang terhad kerana cikgu lin tak mention tarikh sebenar. ingatkan nak guna cuti sekolah nanti. walau bagaimana pun, setelah berhempas pulas setiap petang dan malam minggu ni, akhirnya selesai la juga. ni la sebahagiannya. 5 bijik jer yang nak kena siapkan tuu...he he..kecoh.
ni sebahagian daripada sebahagian saja. untuk tujuan pengambaran semata-mata. he he.
ni kononnya celebrate besday hubby. he he....apa tu? haa...tu la sup gearbox. siap straw lagi untuk sedut lemaks dalam tulang tuh. customer situ memang ghamai. tang tu ada macam macammmmm jenis lauk pauk. kuih muih pun ader. pendek kata, kalu gi sana, tak tau nak pilih lauk apa. banyakkk sangat pilihannya.
haa... ni lah restorannya. Restoran Jaring terletak di Sunway Mentari, dekat ngan Sunway Lagoon. Dekat la jugak tu. Keluar restoran, ada pulak pakcik jual buah-buahan. haaa...makan buah pulak. he he
he he..makan durian kat depan kedai Perabot Cempaka kat Taman Cempaka. Arghhh..sakit perut la pulak ni hah. hu hu
tak nampak pun ek air pancuran nya tuh...anggap jer la nampak. malas nak upload gambar bebanyak.
huh...tak menarik pun.
gambar ni baru amek untuk letak kat resume dia, tapii...ha ha...tak sempat guna pun. amek sendiri jer menggunakan latar belakang pintu, dengan kamera henpon. wa ka ka ka..jadik la kan.
ini sebagai profile pic.
ini pulak banner blog.
ini .... label pakaging. ahaks..
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...