Sunday, April 24, 2011

ketupat sotong

wallah...lama tol tak menjelma. bz la ngan pelbagai pertandingan kat sekolah d luar sekolah. tak menang tangan dibuatnya. sebabnya yang menang memang la bukan tangan atau kaki. ha ha ha.

teringin lama dah nak makan benda ni. pagi tadi, actually semalam lagi dah request ari ni nak gi pasar keramat nak gi beli sotong. haa...sotong mahal wei skrg ni. tadi tanya sekilo RM20. Ada tempat yg RM22 dan ada yang RM25. Kerana memang nak beli, maka cik abang pun belikan la. he he..tq darling.

n dah masak n dah makan pun. dah licin dikerjakan kami anak beranak.
ni sebahagian daripada sebahagian saja. untuk tujuan pengambaran semata-mata. he he.

saper sker masakan kelantan, suker la nih. yg tak berapa suka manis, leh la ekjas kemanisannya. semuanya awak la yang tentukan pasal awak yang masak. kan? kan?

resepi : bahan ditiru dari My Resepi. ha ha ha..musti la tiru. mana pandai reka cipta.

Bahan-bahan

  • beberapa ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • batang lidi- 3-4cm panjangikut bilangan sotong la kannn..

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Rasa kuah sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.
selamat mencuba.

psst...banyak citer lain tapi malas nak citer. nak upload gambar pun punya la lambat. nanti-nanti la ya.

1 comments:

sHi Ma said...

mmg lama myepi di laman sesawang nie ye cikgu... erm ketupat sotong? xpernah makan pun, sedap ye...