HOLIDAY

Showing posts with label aliah. Show all posts
Showing posts with label aliah. Show all posts

Wednesday, October 21, 2015

16 tahun

Kakak 'ALIAH SYAHIRAH sudah 16 tahun hari ni. 
 ada beza tak 2 tahun dulu ngan sekarang?
 birthday girl
 gegurl only
 kakak dengan orang suruhannya
boboy eh...aki tetinggal
aki

kami amalkan ini je. makan2. yg kecik2 musti ada wajib kek. kecik besar x kisah. janji ada. kalau makan2 tak de kek derang kata bukan. nak kek hepi ber katanya.
he he. nak celebrate bagai tak mo amalkan. kang kalo x buat bila2, menuntut plak kang, payah.
moleknya simple saja. tu pun td makan sakan.
makan kat mana ?

    Restoran Ruz Aladdin 

    Address: Lot 1243, Jalan Ulu Kelang, Batu 4, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
    yang tak bestnya, tiap kali datang x dapat makan dessert. eskrem habis la..pisang abis laa
    haishh. nyampah. so melantak nasi briani la td. kenyangnya. mata pon dah ngantuks.
    sekian.

Sunday, September 11, 2011

kakak n upsr

kakak alia tengah sibuk buat persiapan. sesekali dia tergugat juga bila tengok adik2 pun sibuk struggle dapatkan markah yang tinggi-main game. he he

bukti kakak tengah study...kertas kat tepi...lebihnya main game. hu hu

tahun ni ibu rest jaga pekse n jadi KP. best! he he...good luck kakak. moga dapat 5A tu ya. ibu n ayah sentiasa doakan kakak. buat yang terbaik. KAKAK BOLEH!

Saturday, July 16, 2011

sejak last update hingga kini

lama lama sekali baru nk muncul ek. bz la plus malas sama. he he

2hb Julai : larian 1 sukan 1 murid 1 mesia yg ntah hape2. derang nak buat rekod, semua budak2 kena dera. cikgu2 (cikgu lehan la ni ) bz kena prepare, handle n hantar segala mak nenek yg derang nak. Derang memang biaser buat keje2 yg ske no menyusahkan orang lain sama. huhu

2011-07-02 0012113

3hb Julai :  Ke The Mines untuk pertandingan gymnaestrada. Alia masuk umah biru punya team ganti orang. Dapat silver award n kena masuk gala pulak. Tak abis2. ingat sampai situ jer. udah la ya kakak. bagi khalesa balik. kakak tumpu la kat UPSR ya. 

5hb Julai : balik umah macam biasa. keadaan umah pun macam biasa. bila nak main game, tgk2 laptop tak dek. mana peginya pulak? Rupa-rupanya umahku dimasuki perampok sekali lagi. apa yang ilang?

1.Laptop kesayanganku, 2. Netbook cik abangku 3. henpon zharif n alia 4. PS2 si zhaim. 4. Broadbandku juga disonglapnya.

Netbook ni terselamat sebab dia tak nampak. tapi tak berapa suka pakai netbook ni pasal slow motion pergerakannya. owh laptopkuuuuuu. beli laptop tu dulu pun sebab lappy sebelumnya kena amek ngan perampok jugak. hu hu

6hb Julai : Masa amek makanan kat kantin, cikgu  lehan terjumpa ni. lalu tak korang nak telan dengan keadaan benda tambahan yg diselaputi lumut cenggitu? Erkk…2011-07-06 next week kita orang akan bermesuarat utk tamatkan kontrak pakcik kantin yg servicenya teruks nak mam*** tuh.

Balik umah, beskal zi Zharif pulak diamek orang hari ni. huh!

7hb Julai : Hari bertemu ibu bapa n bagi buku adab. mujur  la dah bagi mana2 yg tak de masalah tu so tak de la ghamai sangat orang kena layan. hehe.

2011-07-07 001 2155 ni bukan gambar saya. gambar cikgu kelas jiran. he he..bukti ada PTI je nih.

hari ni juga merupakan Birthday anak terunaku yg nampaknya belum nak matang lagi. udah 13 tahun tapi perangai tak berubah lagi. begaduh ngan adik2 no 1. tapi macam mana pun, dialah yg paling boleh diharap untuk jaga adik dia yg paling kecik tu. masak memasak pun dah boleh. masak nasik, buat air pun dah boleh. apa-apa pun, ibu n ayah mengharapkan yang terbaik untuk abang n adik2 yang lain. Tak terucap apa yang nak disampaikan tang ni.

8hb Julai : Ada hari anugerah cemerlang. Me x bertugas amek gambar ari ni so tak de gambar nak letak. apatah lagi anak2 tak amek sijil. ha ha. tugasku tidak seperti biasa buat buku aturcara, kali ni kena buat backdrop. tempah jer. budget ader. he he

13hb Julai :

2011-07-131Perasmian berjalan lancar. Tak de benda la nak citer pasal ni. balik lambat la hari sebelumnya pasal nak siapkan buku aturcara. kena siapkan kat sekolah pasal kat umah tak leh nak print dah. kan laptop dah kena curik. laptop tu jer yg boleh link ngan printer. lagi pulak, ink warna dah habis daaa. tak larat la nak beli lagi . mahal ooo ink sekarang. nak amek kat sekolah, payahh..

14hb Julai : kakak alia n the gang ke pertandingan choral speaking smart street anjuran Petronas. Alhamdulillah menang lagi n akan ke Melaka pulak mewakili KL.

Balik petang tu, berjaya juga mengepos barangan felt tempahan sahabat lama. mulanya ingat nak guna Pos Ekspress, tapi sekarang derang dah tak bagi pos barang guna pos ekspress kecuali dokumen sahaja. wahh…derang rugi banyak kot orang pakat2 hantar barang guna pos ekspress tuh. ha ha.

2011-07-132 ni la barang2nya. walaupun tak banyak, tapi jenuh juga nak menyiapkan kerana bz ngan keje2 sekolah. yang paling susah nak buat, sang dinasour tu la. he he. ni kali pertama me buat fridge magnet. tu hah…yg gambar pompuan2 comel tu la fridge magnet. Harap2 Pn. Nita suker. tadi dah dapat message dia dah. barang dah sampai ke tangannya n anak2 dia suker, Ok la tuh. Tu semua dia nak letak dalam party pack birthday anak dia Faris.

20hb Julai nanti, bawak alia n the gang untuk pertandingan ePPDa peringkat Negeri. Letih arr. kalau menang, 23 nak kena kuar lagik. kali ni dah tak heran dah menang ke tak. Penat la…penatttt.

Sekian la dulu catatan saya. Catatan untuk memudahkan saya buat update rekod pencapaian sekolah jer ni. ha ha …tetiba Sakit jiwa la pulak ngan si kakak alia yg sibuk nak main jer. tak mo la nak blajar lebih sket untuk UPSR dia. main jer kejenya. bukak buku 5 minit, peh tu tinggal buku tu 5 jam. arghhh……arghh…….

Wednesday, January 19, 2011

minggu-minggu yang bz

setat jer sekolah, maka diri ini kembali bz. waaa...bzzzz...
2 minggu pertama sibuk dengan tetamu2 yang tak diundang. First org2 PPD datang. masuk kelas, cek buku rekod n semua yg details pasal buku tu. Then Nazir pulak datang....kelam kabut jadinya nak siapkan segala mak nenek yg derang nak tengok.

me bz with my koko punya files la. pk koko tak bertauliah tension maser tuh.

then last weekend ( 14, 15, 16 )berkampung di UNISEL bawak budak bertanding untuk program TV Alhijrah. Sadis sekali tak dapat masuk pusingan kahir walaupun dah sampai ke peringkat tu. Tak per..tak per..at least tak payah la menatap SKBD. memang budak2 ni banyak lagi kelemahannya. almaklum la, inform pun sehari sebelum nak bertanding. tekedek2 buat persiapan. sekolah ku yg tercinta ni memang sker ar buat keje teperanjat cenggitu.

alia masuk debat. ha ha...debat la konon. jenuh mak dia mengesearch tenet to find all the facts tentang tajuk n mengarang some more. mujur bab2 mengarang n merapu ni termasuk dalamm salah satu kemahiran tersembunyi ku. wa ha ha.

masuk 2 pusingan n kakak menang 2 duanya sekali. kakak memang konpiden jer lagaknya. sains team kalah ..nak buat cammana...next time kita scan lelebih sket bebudak yg nak join ya. telentime memang kat tangan la..kacang goreng pasal bebudak ni memang dah biaser buat keje2 perform mengeform nih. Dapat tempat ketiga pun ok kan bebudak...dapat gak gi sunway lagoon seperti janji untie farra adeeba tu. hu hu

layan gambarrr
inilah programnya...SEKOLAH SAYA HEBAT dengan peserta bahagian Sains
Peserta debat...My alia kat situ tengah bersedia melawan SK La Salle PJ
Alia melawan peserta debat SK Kg Tunku di pusingan separuh akhir
cik pengacara ialah Si Farah Breep breep AF ke berapa ntah. tak reti nak cakap pasal tak tengok pun AF tuh
ini pulak peserta segmen telentime kita orang. dua2 kali pertandingan tu derang menang sama cam alia. malangnya tak terpilih ke final. tapi tak per..kalu tak,...pening nak kena mengarang tajuk nuklear untuk alia berdebat.

Untuk semua yang telah diusahakan, balik malam tetiapp ari sampai hari ahad pun masih lagi kena pegi sana, n senin sekolah, korang n kita orang memang HEBAT!. wa ha ha ha ha....makcik penattt...balik semula ke sekolah berkejar pulak siapkan buku laporan mingguan koko. bukan sesaper suruh pun..i yg sibuk nak buat. nak memudahkan keje i di masa depan. untuk kelab masih blom setel...maknanya keje blom la setel lagi. tempahan menjahit pun tak leh dijahit lagi..hu hu...dik, tunggu lama sket ek. bz laaa.

ini sesi bergambar setelah menang episod ke-7. tu yg tetengah tu semua ialah para juri..dr Faiz angkasawan ke-2, nizal muhamad n yg tengah tu dikenali sbg pfof sekolah saya hebat. siapakah dia? entahhh....
penulis bergambar bersama produser Sekolah Saya Hebat si Farah Adeeba yg tetap jelita walaupun tak mekap. kuruss jer si farah tuh.

abis cerita sekolah n semasa menaip ni, kami sekeluarga berada di PD menyambut taipusam. he heeee...tak de lah....cik abang mahu melepaskan tensionnya di sini. tadi dapat gak naik banana boat yg dah lama nak naik. tapi kejap jer dia bawak round. ok gak la...takut oo dok lelama atas laut dalam tuh.

Friday, August 13, 2010

Latest..

projek tergendala kerana kerja.

tadi dah selesai stepler kertas exam. terasa lega..kebetulan bebudak tusen malas nak tusen, so balik awal la jugak. balik2, lps tgk2 apa yg nak dimasak, ngadap felt. n sambung3, sambil masak, sambil buat tenet, main game ar..apa lagi kan...sampai terhasilnya ini.


bunga kuning besar tu nak buat bookmark..lom siap lg tu. tgk ar kalu ghajin. hmm..tp ada lagi ar keje skolah nak kena siapkan. yg tu lagi penting.. hmm.. ala..banyak masa lagi. dua2 tu request anak daraku yang comel montel tuh. ahaks..kakak alia suker..maka ibu pun suker. dah gitu, aiesya pun suker, maka dia pulak request. uhu hu hu.

ibu kena buat la jugak. sat gi kata ibu pilih kasih. he he..nak rehat. ok. adios.

Sunday, August 01, 2010

menang..

1 OGOS 2010, BERTEMPAT DI STADIUM TERTUTUP
MAJLIS PERBANDARAN SERDANG JAYA :

KEMENANGAN MILIK MEREKA.


Tuesday, February 02, 2010

Januari yg BZ sudah berlalu

Januari yang bz sudah berlalu. Baru beberapa sek, dah kena keluar bw budak buat performance kat KLCC. Last two week bz ngan MOSTI nyer program.

Aiesya n kisah sedihnya menjadi semut yang tak berapa nak jadik. Sedih ibu tgk anak ibu nangis ari tu tapi ibu kuatkan ati...i know how u feel that day dear!
Alia yg aktif. Kerana kakak, ibu berada di Hall of Fame n Also at PICC.

Kat sek, tengah sibuk ngan latihan sukan n persiapan2nya.

hmm...februari ni menanti masa nak tamatkan bz sukan jer. pas tu lega sket sbb program2 lain tak tau lg. Ader je yg tegezut2 tu nanti. tunggu n lihat sajer.

gambar gediksku yg diedit menggunakan tepon. hasil godek2.
bukan sakit mater pun nih...sekadar menghilangkan kebosanan perjalanan jauh ke kuala selangor semalam.

Saturday, November 21, 2009

cerita dan berita

letih...biasa la bila menjelang hujung tahun.
berhempas pulas menyiapkan tugasan sebelum sekolah bercuti

ya..sekolah telah mula bercuti tapi tidak bagi cikgu2 CBN1.
masih perlu ke sekolah sehingga Rabu hadapan.
meeting.
no prob. banyak lagi benda nak buat kat sekolah tu.

n sepanjang bz...rumah ni macam tongkang pecah.
he he...ari ni anak2 will help to clean the tongkang.
ibu memang harap kakak dapat naik pentas tapi ibu tak sangka kakak dapat...2 sekali pulak tuh. ann...unsangkarable tau...sebab tu la kak za nangis ari tu bila dapat tau. ha ha

hari anugerah yang gemilang, dibuat pertama kalinya dipadang,
dengan gaya garden party.
hape-hape la..
yang penting...semuanya berjalan lancar.

paling puas ati,
dapat siapkan buku aturcara dgn jayanya

sebelum tu, on the 7th n 8th pegi kuantan.
mengiring Tia untuk majlis anugerah kecemerlangan koko kebangsaan.
tahniah la buat anak muridku yang memang cemerlang gemilang terbilang tuh
tahniah juga kerana menjadi tokoh murid 2009 (macam la dia bc blog nih)

congrats

pegi naik kapal.....dah lama tak naik kapal yang boleh terbang tuh.
cam rusa masuk kampung pun ader masa kat KLIH tu.
ahaks..

balik dr kuantan, terus ke Putrajaya.
TQ to Kak AVE.
Jika tidak keranamu, tidak lah daku menjejakkan kakiku
di rumah TPM itew.

Kak...next year Sri Perdana ya! he he..

semalam, pegi cuci longkang kat T.Square.
walaupun cuci longkang, dengan tidak disangka,
berjaya jadi juara. ha ha
unsangkarable sungguhhh..

selasa depan will be there again
coz ada org dah merajuk tak dapat main banyak kali.
kawan-kawan...lepas meeting terus gerakk.

Tuesday, November 03, 2009

ustazku..

ari ni abang ngajar adik2nya ngaji.

dari dulu lagi ibu berhasrat nak anta abang sekolah tahfiz pasal abang ni cerah banyak bab2 agama nih. sekolah biasa dia tak berapa perform la.

dah telambat ke blom? dia dah derjah 5.
hu hu

apa kata korang?


Saturday, October 31, 2009

berhasil

Alia sedang tekun mempraktikkan ajaran ibu.

ini hasilnya..ha ha
hasil kerja tangan kakak alia
(abaikan buku rekod yang kelihatan sedikit itew ya)

alhamdulillah dapat A.

Thursday, October 29, 2009

exam PSV

seperti biasa, setibanya hari pekse seni,
ibu akan bertungkos lomos menunjuk ajar
apa yang perlu kakak alia buat pagi ni.

kalau kakak ikut apa ibu kata, insyaallah A dalam tangan.
ha ha
( ini khas untuk exam seni saja ya)

so...ini la tajuk pilihan ibu
yang kakak alia akan laksanakan pagi ni.

kuda kepang

semoga berjaya

Monday, September 28, 2009

ibu cuba...

tadi, masa carik2 barang kat tesko ampang,
tetiba kakak alia berkata

" ibu cuba la masak kek. kakak tak penah tengok ibu masak kek"

huh

dialog yang mencabar

jawapan ibu :

" ibu tak suka makan kek so ibu tak suka nak masak kek"

boleh ke?

memang tak suka pun buat2 kek nih. makan? sesikit leh ar.

sorry la kaka. hu hu

Tuesday, July 28, 2009

choral speaking state level 09

sudah berakhir dengan jayanya siang tadi. balik2 je...membuta. apsal? penat la ya. dah beberapa ari tidur lewat n bangun cepat. smlm bersengkang mata meng'oter' baju si alia yg dia nak pakai masa competition. mesin jahit tu ntah nape ntah...tak jalan. mengong betul...tepaksa la jahit tangan. mujur seniman bujang lapuk menemaniku.

competition macam mana? CBN1 hanya dapat tempat kedua. yang jadi juara CBN2. tahniah la ya...CBN jugaa...musti riuh CBN2 tu. tahniah la jugak kat cikgu dila-ting ting ting.

layan gambar ya. citer bebanyak pun tak larat nak baca kan?.
Pemandangan di dalam dewan
Sekolah Puteri Pandan 1. Haa...ade budak masih ingat kat cikgu yg penah praktikal kat sana. he he..
The winner...Team No 4-CBN2. Bravo!
Team No 6-CBN1-tahun ni tak masuk kebangsaan. tak pe ya anak2...tahun depan kita cuba lagi.
My Alia tengah perform..bersemangat sungguh namun nasib tidak menyebelahi..ada 2 tahun lagi kakak nak cuba. ye ke? hmm...kakak ni buatkan ibu serba salah nak pindah.
wajah2...ada yg ceria..ada yg berduka. yg pasti, alia tetap posing.

sibuk amek gmbr orang..biasa laa...photographer tak bertauliah skolahku. kalo tak amek, tak leh la nak update berita kat blog sekolah tu.

Khamis : Public speaking pulak. sekali lagi akan bertungkus lomos la kami.

psst:soklan pekse x siap lagi nih..

Friday, July 03, 2009

hari-hari yang berlalu

1 Julai kakak alia bertanding choral. sorry la ya ibu tak dapat nak gi pasal ibu cikgu. kalau keje biasa, leh ibu amek cuti. haa...nanti final wilayah ibu p no.
ni adiah kakak bawak balik.no 2 zon keramat

ari ni first time la kakak pakai pna4 tu. mana penah pakai tu...semua ibu beli baju kurung je. kakak teruja benar la tu..pinjam punya pinjam, semua tak muat ngan dia...last2 kena beli gak. di sebabkan dah petang baru nak gi beli, tuju professor je la. kedai lain tak tau mana nak tuju.
tau je la kalau prof tu..regenya mahall...kualiti kain memang la kualiti tapi sebab baju tu pakai untuk choral jer...makanya rugi la. tapi nak buat cam mana...kena beli jugak la. malas nak ke bandar baru ampang yang jem time2 tu. hu hu

Monday, June 22, 2009

anakku sudah ada blog

background pilihannya setelah 2 hari dok usha..

dek kerana teruja melihat ibu setiap ari ngadap blog n fb, maka merayu lah dia untuk mendapatkan sebuah blog. hu hu...aku kini kena kongsi laptop ni ngan dia..relakah akuu?

gi la baca blog dia kalo nak baca: http://mynameisaliah.blogspot.com

Tuesday, January 24, 2006

Sorang lagi masuk sekolah

30hb Disember 2005

tarikh keramat bagi kakak(alia) yang memulakan orientasinya hari ni. Pepagi lagi dia dah bangun. Ibu ngan ayah dia pun kalut gak. Dah siapkan kakak, tak sempat sarapan kami pun bertolak ke sekolah. Bukannya tak de experience masukkan anak ke sekolah, tapi dah memang kebiasaan kami tak suka lewat ke sekolah.

Ni la gambar kakak yang sempat diambil pagi sebelum bertolak. Sorang lagi anak ibu masuk sekolah. Ibu tak bimbang sangat dengan kakak sebab ibu yakin kakak tak kan kecewakan ibu. Kakak memang nampak confident melangkah ke sekolah.

Sampai kat sekolah, macam biasa la parking tak de. Dah puas cari akhirnya dapat juga. Punyalah ramai ibu bapa yang ala-ala degil hari tu. Biasa la. Takut benar anaknya hilang. Apa cikgu cakap bukannya nak dengar sangat. Lepas nyanyi lagu Negaraku, ada taklimat untuk untuk ibu bapa. Kami escape sebab tahun lepas dah dengar dah. Terus kami ke kelas kakak. tu kakak........ada test untuk penempatan semula. soalan yang sama dengan abang punya tahun lepas. Mesti kakak boleh buat punya sebab ibu dah test kakak awal-awal lagi beberapa hari before the orientation day. Soalan pun ibu ubah bagi susah sikit. Alhamdulillah kakak dapat buat. Kami tak nak bayar yuran lagi sebab tak tau lagi ibu posting tang mana. Kot la dapat pindahkan abang ngan kakak sekolah sekali ngan ibu. Ni gambar kakak lepas exam. Yang kelakarnya ada gak mak yang sedaya upaya nak tolong anak-anak jawab soalan. Konon marah kat anak tak dapat jawab soalan tapi dalam masa yang sama bagi hint kat anak . Jangan buat cam tu kak....nanti anak tu yang susah. Kalau dia memang tak boleh buat, tetiba masuk kelas pandai, nganga la budak tu nanti.

Tak tunggu jumpa cikgu, kami bawak kakak balik. Tak kuasa tunggu lama-lama kat sana. Dah la ramai orang. Keluar tu, terus pegi ke awan besar. Ayah ada urusan apa ntah kat sana. Kami ngekor je. Sampai kat sana mak call. Mak kata surat dah sampai. alamak....mula la suspen. dapat sekolah mana ya? bila mak kata CBN, rasa macam tak percaya. Kenapa CBN? Kenapa tak sekolah lain? Kawasan jem tu...payah nak gi. Anyway...petang tu, sorang lagi pegi mendaftar kat sekolah. Kali ni daftar keje bukan daftar nak blajar.. He he.

Monday, October 24, 2005

MINI KONVOKESYEN TABIKA KEMAS AMPANG HILIR
( 2 October 2005 )

Abang dah sudah, kini sampai pulak giliran kakak ( Alia ). Alhamdulillah....tamat sudah satu peringkat. Ingat kakak....cabaran lebih besar menunggu kakak di tahun-tahun mendatang. Suspen ibu nak tengok prestasi kakak kat sekolah kebangsaan. Harap kakak lebih mengekalkan kecemerlangan kakak di Tabika. Aminnnn.

Acara dimulakan dengan sukaneka. Kakak lari tak kuat sangat. Dapat la hadiah saguhati. Tak pe la. Lepas tu ( selepas dah bosan dan berpeluh-peluh menunggu), barulah acara sebenar dimulakan. Mula dengan tarian.

Ha..kakak ni aktif orangnya. Kebanyakan aktiviti Tabika dia masuk. Tarian kakak ikut...nasyid pun kakak join( solo lagi dia ).

Masa sambutan hari kemerdekaan peringkat Kg. Pandan pun dia join. Nasyid tu dah menang naib johan peringkat Tabika Kemas Negeri Selangor. Pertandingannya sehari sebelum acara konvo ni. Tak sesia ibu hantar kakak latihan tiap-tiap malam tu. Tak hairan lah kakak dapat anugerah pelajar cemerlang macam abang.

Ibu bangga dengan anak-anak ibu ni. Ya Allah...kau berkatilah perjalanan hidup anak-anakku dunia dan akhirat.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...