Saturday, July 16, 2011

sejak last update hingga kini

lama lama sekali baru nk muncul ek. bz la plus malas sama. he he

2hb Julai : larian 1 sukan 1 murid 1 mesia yg ntah hape2. derang nak buat rekod, semua budak2 kena dera. cikgu2 (cikgu lehan la ni ) bz kena prepare, handle n hantar segala mak nenek yg derang nak. Derang memang biaser buat keje2 yg ske no menyusahkan orang lain sama. huhu

2011-07-02 0012113

3hb Julai :  Ke The Mines untuk pertandingan gymnaestrada. Alia masuk umah biru punya team ganti orang. Dapat silver award n kena masuk gala pulak. Tak abis2. ingat sampai situ jer. udah la ya kakak. bagi khalesa balik. kakak tumpu la kat UPSR ya. 

5hb Julai : balik umah macam biasa. keadaan umah pun macam biasa. bila nak main game, tgk2 laptop tak dek. mana peginya pulak? Rupa-rupanya umahku dimasuki perampok sekali lagi. apa yang ilang?

1.Laptop kesayanganku, 2. Netbook cik abangku 3. henpon zharif n alia 4. PS2 si zhaim. 4. Broadbandku juga disonglapnya.

Netbook ni terselamat sebab dia tak nampak. tapi tak berapa suka pakai netbook ni pasal slow motion pergerakannya. owh laptopkuuuuuu. beli laptop tu dulu pun sebab lappy sebelumnya kena amek ngan perampok jugak. hu hu

6hb Julai : Masa amek makanan kat kantin, cikgu  lehan terjumpa ni. lalu tak korang nak telan dengan keadaan benda tambahan yg diselaputi lumut cenggitu? Erkk…2011-07-06 next week kita orang akan bermesuarat utk tamatkan kontrak pakcik kantin yg servicenya teruks nak mam*** tuh.

Balik umah, beskal zi Zharif pulak diamek orang hari ni. huh!

7hb Julai : Hari bertemu ibu bapa n bagi buku adab. mujur  la dah bagi mana2 yg tak de masalah tu so tak de la ghamai sangat orang kena layan. hehe.

2011-07-07 001 2155 ni bukan gambar saya. gambar cikgu kelas jiran. he he..bukti ada PTI je nih.

hari ni juga merupakan Birthday anak terunaku yg nampaknya belum nak matang lagi. udah 13 tahun tapi perangai tak berubah lagi. begaduh ngan adik2 no 1. tapi macam mana pun, dialah yg paling boleh diharap untuk jaga adik dia yg paling kecik tu. masak memasak pun dah boleh. masak nasik, buat air pun dah boleh. apa-apa pun, ibu n ayah mengharapkan yang terbaik untuk abang n adik2 yang lain. Tak terucap apa yang nak disampaikan tang ni.

8hb Julai : Ada hari anugerah cemerlang. Me x bertugas amek gambar ari ni so tak de gambar nak letak. apatah lagi anak2 tak amek sijil. ha ha. tugasku tidak seperti biasa buat buku aturcara, kali ni kena buat backdrop. tempah jer. budget ader. he he

13hb Julai :

2011-07-131Perasmian berjalan lancar. Tak de benda la nak citer pasal ni. balik lambat la hari sebelumnya pasal nak siapkan buku aturcara. kena siapkan kat sekolah pasal kat umah tak leh nak print dah. kan laptop dah kena curik. laptop tu jer yg boleh link ngan printer. lagi pulak, ink warna dah habis daaa. tak larat la nak beli lagi . mahal ooo ink sekarang. nak amek kat sekolah, payahh..

14hb Julai : kakak alia n the gang ke pertandingan choral speaking smart street anjuran Petronas. Alhamdulillah menang lagi n akan ke Melaka pulak mewakili KL.

Balik petang tu, berjaya juga mengepos barangan felt tempahan sahabat lama. mulanya ingat nak guna Pos Ekspress, tapi sekarang derang dah tak bagi pos barang guna pos ekspress kecuali dokumen sahaja. wahh…derang rugi banyak kot orang pakat2 hantar barang guna pos ekspress tuh. ha ha.

2011-07-132 ni la barang2nya. walaupun tak banyak, tapi jenuh juga nak menyiapkan kerana bz ngan keje2 sekolah. yang paling susah nak buat, sang dinasour tu la. he he. ni kali pertama me buat fridge magnet. tu hah…yg gambar pompuan2 comel tu la fridge magnet. Harap2 Pn. Nita suker. tadi dah dapat message dia dah. barang dah sampai ke tangannya n anak2 dia suker, Ok la tuh. Tu semua dia nak letak dalam party pack birthday anak dia Faris.

20hb Julai nanti, bawak alia n the gang untuk pertandingan ePPDa peringkat Negeri. Letih arr. kalau menang, 23 nak kena kuar lagik. kali ni dah tak heran dah menang ke tak. Penat la…penatttt.

Sekian la dulu catatan saya. Catatan untuk memudahkan saya buat update rekod pencapaian sekolah jer ni. ha ha …tetiba Sakit jiwa la pulak ngan si kakak alia yg sibuk nak main jer. tak mo la nak blajar lebih sket untuk UPSR dia. main jer kejenya. bukak buku 5 minit, peh tu tinggal buku tu 5 jam. arghhh……arghh…….

1 comments:

Azhariah Zuber said...

uish busynya kome...letak sume cite dlm satu entry