Baru semalam dok teringat kat allahyarhamah. Tetiba pagi ni dikejutkan dengan berita kepulangannya ke Rahmatullah.
“sesungguhnya dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.”
Saya tak tau pun beliau sakit sebenarnya. Semalam teringat pada dia sebabnya teringat nak pegi Kohilal, tempat Dr Lo’Lo’ berkhidmat sebelum menjadi YB. Perut saya pernah diperiksanya dan saya dilawatinya di wad bersalin selepas melahirkan Aiesya. Pada firasat saya, kalau saya ke sana lagi, tentunya saya tak akan dapat bertemu dengannya kerana beliau dah bz sejak2 menjadi YB. Rupa-rupanya saya memang tak akan bertemu dengannya lagi sampai bila2.
Saya tunggu berita mengenainya di TV. hampa…yg ada berita kematian org lain. owh…lupa pula saya yg parti pembangkang memang tak de coverage kat TV ya. Tak apa lah.
Moga rohnya dicucuri Rahmat. Moga tenang dirinya di SANA. Al-fatihah.
1 comment:
alfatihah
mmg tv kita tak pernahnya adil..hehe
Post a Comment