Wednesday, February 21, 2018

SURAT RASMI PELEPASAN MENGIKUTI LDP

1 comments
CONTOH SURAT RASMI MEMOHON PELEPASAN
bukan ler contoh. surat sebenar nak antau esok. contoh bagi orang lain la. hehe

ROSLIZA BT. YACOB
SK Convent (1) Bukit Nanas
Jalan Bukit Nanas
50250 Kuala Lumpur


Pn. Indrani A/P Letchumanan
Guru Besar
SK Convent (1) Bukit Nanas
Jalan Bukit Nanas
50250 KUALA LUMPUR                                                                                                        22 FEBRUARI 2018

Puan,

MEMOHON PENGECUALIAN DARI MENGIKUTI LATIHAN DALAM PERKIDMATAN

Merujuk perkara di atas, saya Rosliza Bt. Yacob no K/P 740730-02-5558,  ingin memohon pengecualian dari pihak puan untuk dikecualikan dari mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan PAK21, yang akan dijalankan pada 24 Februari 2018 ini.

2. Tujuan saya memohon pengecualian adalah kerana pada tarikh tersebut saya akan menghantar anak pulang ke Kolej Matrikulasi Kedah. Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya juga telah mengikuti Bengkel PAK21 untuk Ketua-ketua Panitia Matematik Zon Keramat, anjuran PPW Keramat pada 15 dan 16 Januari 2018.

3. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak puan. Pertimbangan dan budi bicara dari pihak puan amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

____________________
(  ROSLIZA BT. YACOB    )