( ROSLIZA BT. YACOB )
Thursday, March 01, 2018
SURAT TUNJUK SEBAB
( ROSLIZA BT. YACOB )
Sunday, October 10, 2010
tarikh keramat
dan juga ibu-ibu yang mahu bersalin.
tapi itu semuakan plannya saja..
yang nak kawen tuh, kena nikah 10.10 baru la kalu orang tanya, senang ati nak jawab.
n senang nak ingat. tapi kalu kendurinya ari tu, tak leh kira la ek.
ape2 je la.
tarikh 10.10.10, kira2 kul 10 kurang atau lebeh sket,
kakakku telah kehilangan bapa mentuanya.
ingatkan ari ni nak gi umah member cik abang yg buat open house,
tapi dibatalkan kerana berita kematian itew.
sebelum ziarah, sempat kami soping kat mydin subang jaya.
wa ka ka ka ka ka
ini gambar di tanah perkuburan Taman Ehsan, Kepong.Lupa lak nak snap kubur Pak Cik Din Beramboi. Dekat jer ngan kubur Pak Mentua kakakku itew.
kat sana jumpa si Iman, anak sedaraku yang montel.tgk beza masa ayah ngah dia cukur dulu n dia yg sekarang.
geram ngan budak tuh...tak banyak kerenah.
senang jaga. Si Zhaim yg jeles juga mahu didukung ayahnya.
menjahit?
tak banyak dapat diselesaikan memandangkan
semalam seharian ngadap kertas soklan.
peh tu dah lewat malam baru setat menjahit.
pagi ni siapkan satu lagi.
ada program yg tak dirancang, maka terbengkalai la sket.
tak pe. esok n seterusnya leh buat banyak sket.
nak siapkan order2 yg dah bederet dalam senarai.
inilah hasil jahitannya.

evana tuh order cikgu lehan untuk anak buahnya. utang satu lg ya ann.yang bawah order kak ave untuk sahabatnya. harap suker.
ni baru je siap memfailkan projek jahitan si alia.
dah nak mid nite dah ni.
mau tido maa..
esok kilijer lagi.
Saturday, September 05, 2009
Pergi tak kembali..
pukul 7 keluar umah. memula anta abang zharif gi sekolah n then anta kakak alia ke umah nenek. pastu terus ke SK Polis Depot. ingatkan dah kuar awal...rupa2nya...sejam baru nak sampai sekolah tuh. punya la lama pasal jem. kalau ikut kilometer...15km saja.
KL...tak jem tak namanya KL kan? gambar tu...sempat la snap dalam keboringan. sekolah dekat sangat dah tu tapi nak masuk kawasan sekolah tu..1/2 jam juga. mujur meeting tamat awal. bulan poser kan? bukannya interested sangat ngan meeting2 nih. tapi UPSR punya pasal...malam tuh...dapat panggilan kata Tok Siah meninggal. en. hubby dah tido dah. tetengah tido, terdengar en hubby dok bebincang ngan adik beradik dia..nak balik ke tak nak balik. aduss...kalo dia balik, payah la ibu nak uruskan anak2...sah la kena hantar mesej pd en. shah..saya satang lewat hari ni..hu hu. tido balik.
3 Sept 2009
bangun macam biasa la nak siapkan sahur n masa sahur tu decide semua nak balik pasal adik dia tak boleh balik sekali. mayat nak di tanam pukul 11 pagi. so lepas sahur, dalam 6.20 kami bertolak. sehelai sepinggang je kami balik kecuali zhaim laa...dia kena la bepinggang-pinggang pasal balik tu pun dia tak mandi lagi. sebelum betolak tu hantar mesej kepada 2 orang utama...en. shah n cikgu lehan.
punya la pecut en. hubby, 9.30 ante meridien, kami dah sampai. en. hubby memang cenggitu. bawak kete tak leh slow2. kalau kita tegur..dia tanya kita balik..laju ke? pastu dia akan kata...dia rasa biasa jer.
haah..ye la tu. tak jadi apa-apa tak pe la kan?
so, kita orang sempat la tgk segala proses. masa sampai tu, arwah sedang dimandikan. orang ramai...ibu tak sempat la nak snap gambar2 yang terang n jelas. pastu..benda tepon ni pulak tak leh nak simpan banyak2 gambar. asyik2 kuar mesej kata memory full.
so dapat la gambar2 ni jer..

kami bertolak balik ke KL pukul 3 lebih nak dekat pukul 4. Sampai tang zoo negara, jem. alaa...bebuka dalam kete la nampaknya. mujur la ada air masak untuk buat susu zhaim. kita orang bebuka ngan air tu la. sampai, singgah kedai n balik n tido. esoknya sekolahhhh..siapa Tok Siah? Nenda en. hubby yang dah lama terlantar sakit tua. umur dalam sijil kematian : 93. tapi sebenarnya lebih dahh..
Saturday, August 22, 2009
mimpi
bangun tadi, sambil membasuh beras untuk bersahur, cuba menahan air mata, tapi tak berjaya bila teringat kan arwah. hu huuu
Sunday, June 28, 2009
bye bye facebook
Friday, June 26, 2009
dalam kenangan

haa...sampai ayah pun realize yang ibu suka sangat ngan mamat yang sorang nih. mana tak nya...ibu memang suka search lagu dia kat youtube tu...memang ibu minat dia dari kecik lagi...semua lagu2 dia best.
lately ibu suka sangat dengar lagu "One day in your life". memang selalu sangat buka n dengar.
suara dia...muka dia masa tu...muka asal dia lagi...masa tu sweet sangat.
yang ibu tak paham...kenapa dia ubah wajah dia tu?
sebab apa ibu suka dia? sebab lagu2 dia ada makna-yang paling ibu suka lagu2 dia ada berkaitan dengan alam, keamanan dan kemanusiaan.
n suka lagi pasal dia ni low profile walaupun terkenal cam tuh ala ala Datuk Sudirman kita laa.
macam tak percaya bila dengar berita pagi tadi. balik sekolah terus buka internet cari berita pasal kematian tuh...
ibu dok tunggu2 juga konsert dia yang akan berlangsung bulan depan tuh. mesti power-bukan nak pegi pun tapi suka tengok reaksi peminat2 gila dia dalam video2 dia-memperlihatkan betapa hebatnya dia dan ramainya yang sayangkan dia.
tapi tak sampai hajat dia nak buat come back tu. Allah punya plan lagi hebat!
cam mana pun, alhamdulillah matinya dalam Islam.
moga terampun segala dosanya.
AL-FATIHAH untuk MJ a.k.a MIKAIL
Thursday, June 25, 2009
alfatihah
"Salam. Ibu tercinta saya telah selamat kembali ke rahmatullah hari ini 23 Jun 2009 pada pukul 4.30 am. Semoga rohnya tenang dan aman serta dicucuri rahmat oleh ALLAH swt. AL-FATIHAH"
Sebelum terima sms tu, aku dah dapat berita dah pun..terus hantar sms kat dia.
Maaf kak ya..tak dapat ziarah walaupun nak sangat pegi sana. Keadaan tidak mengizinkan.
Merisik khabar dari kenalan, katanya,
"AVE bagus sangat. Dia boleh senyum dan tenang jer. Dia redha katanya"
Alhamdulillah..akak dah all out jaga mak akan sepanjang hayatnya..mesti akak rasa puas hati sangat2...dah boleh stand by mental dan fizikal menghadapi saat-saat itu.
Respect sangat2 ngan akak. Akak memang anak yang baik. Betuah sungguh mak akak tu n betuah juga Sara dapat ummi yang cam akak tuh.
Teringat kat arwah abah..bila lagi ek nak pegi sana?.
Moga merekasemua tenang di SANA
AL-FATIHAH
Sunday, August 05, 2007
Perginya seorang ABAH 2
Lewat ke surau kerana menunggu ayah balik. Anak-anak dah tertidur kecuali Aiesya. Sampai di surau ( setelah mengejutkan semua anak-anak yang tidur), abah dah sampai. Malam tadi orang surau dah bacakan yasin beramai-ramai. Tiba di surau, keadaan gelap. Bekalan elektrik tak ada di kawasan kampung pandan ni sebaik sahaja kami turun dari rumah tadi. Lilin dipasang. Dr Azizah meminjamkan lampu pada kami. Alhamdullillah masih boleh membantu kami membaca yasin. Bekalan akhirnya pulih dalam masa 2 jam. Kami sekeluarga membaca yasin bergilir-gilir. Mana yang mengantuk, melelapkan mata sebentar. Dik Dah yang sepatutnya bersalin hari ni pun dah keletihan. Ayah balik tidurkan Aiesya dalam pukul 3.00 a.m.
4.00 a.m
Ayah call suruh amik abah (pak mentua) kat PUDU. Aiesya baru tidur. Tak boleh laa...kereta tak de. Terpaksa la ayah angkut Aiesya, jemput ibu di surau dan sama-sama pergi amik abah di PUDU. Terima kasih la bah sanggup turun walaupun kurang sihat. Lepas amik abah, singgah sekejap di kedai belikan makanan untuk abah bersahur dan mak yang memang tak makan sejak abah sakit semalam. Mak dah banyak kali pegang perut....masuk angin la tu. Memang dia tak peduli kat perut dia dah sepanjang abah sakit semalam. Singgah hantar makanan lepas tu balik rehat sekejap. Abah bersahur dan dekat pukul 5.00 lepas tu, kami tidur.
6.30 a.m
Agak lewat bangun. Solat dan terus bersiap ke surau. Dalam perjalanan teringatkan abah. Mengalir lagi air mata. Sambung lagi baca Yasin. Selagi mampu ku tahan air mata,...akan ku tahan. Aiesya lena di pangkuan. Masih tak cukup tidur. Sian Aiesya. Orang makin ramai yang datang.
9.00 a.m
Persiapan untuk memandikan jenazah dilakukan. Kami adik-beradik membantu apa yang terdaya. Jahitkan bantal untuk abah. Kain kapan dah dibentangkan. Bau harum kayu cendana memenuhi ruang. Abah diangkat untuk dimandikan. Kami adik-beradik menyaksikan segalanya. Sepanjang abah dimandikan,kami berada berdekatan. Curi-curi memandang wajah abah yang tenang. Sebak. Mengalir lagi air mata ini. Selesai dimandikan, abah dibawa ke ruang depan untuk dikapankan. Kami mengelilingi abah buat kali terakhir. Wajah abah ku tatap sepuasnya. Tatapan terakhir sebelum jenazah ditutup keseluruhannya. Sebelum wajahnya ditutup dengan kain kapan, kami semua dipanggil untuk memberi penghormatan terakhir dimulakan dengan mak. Inilah detik yang amat memilukan. Seorang demi seorang mencium abah buat kali terkahir dan merenjis minyak atar. Air mata sememangnya meluncur laju tak dapat kutahan-tahan. Tiba giliranku,....ku gagahkan juga melangkah mendekati abah. Dahi abah yang sejuk ku cium. Sedihnya tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata. ABAH,..AMPUNKAN IZA BAH. Renjisan minyak atar kulakukan sekadarnya. Untungnya abah, semua anak dan cucu( kecuali Haziq yang masih kecil) berada di sisinya. Malangnya, 2 orang cucunya yang bakal lahir ( beberapa hari lagi juga seorang lagi di bulan September) tidak sempat ditatapnya. Abah pergi 2 hari selepas ulang tahun perkahwinannya yang ke-36.
Selesai segalanya, abah disembahyangkan. Terus dibawa ke tanah perkuburan Kampung Cheras Baru. Kami agak lewat sampai - sesat. Abah telah selamat disemadikan. Moga abah tenang di sana. Kami akan sentiasa mendoakan abah. Walaupun kita JAUH sejak dulu, tapi ABAH TETAP DIHATI. Aku tahu bahawa dalam diam, KITA SALING MENYAYANGI.
TQ to guru-guru dan murid-murid SK Convent 1 Bukit Nanas yang menghulurkan derma juga kepada Kak Wan yang menghulurkan sumbangan peribadi. - Al-Fatihah.
Thursday, August 02, 2007
Perginya seorang ABAH
Sedang membantu Dalia dengan masalah Matematiknya, seorang murid menyerahkan hp padaku. "Cikgu,telefon," katanya. Aku menyambut dan membaca. SMS dari ATEH.
" Abah makin tenat..x tentu arah. Ni d.yah kt hspital ". Aku dah sebak. Mengambil masa nak teruskan explanation pada Dalia. Mujur juga masa tu dah lepaskan budak-budak keluar kelas. Turun ke bilik Kak Nah. Nak mintak izin balik awal hari ni. Best juga tak payah koko. Sementara tunggu K. Nah yang tengah bz, call ayah. Sebak bercakap ngan ayah, barulah turun air mata. Aniza dengar dan nampak. Terus suruh balik. Dia yang inform Kak Nah. TQ Aniza. Terus turun. Berjaya mengawal perasaan dan air mata kat bilik guru. Sempat lagi berborak - berlakon as nothing happen. Sementara nak tunggu ayah balik dari Mentari, makan ngan Ann. Walaupun tak de selera, tapi layan juga sebab tak nak layan sangat rasa sedih. Tak de la nak rush sangat sebab ayah dari Mentari dan Kak G baru nak naik LRT ke Cempaka.
2.00 p.m
Sampai di LRT Cempaka jemput kak G yang kebetulan turun KL for meeting. Rezeki Kak G nak jumpa abah sebelum dia pergi. Terus ke HUKM. Sampai tingkat 5, penuh katil abah dikerumuni dr dan dr-dr pelatih. Lama juga dikerumuni. Dapat juga curi-curi tengok celah-celah langsir. Perut abah masih bergerak-gerak tapi abah dah tak sedar dah. Mak kata abah tiba-tiba je tak sedarkan diri. Sebelum tu masih lagi boleh bercakap-cakap. Cina yang duduk sebelah abah pun baru je meninggalkan dunia pagi ni. Ya Allah.....apa la yang dia orang buat dengan abah. Masukkan wayar lagi. Kali ni ikut mulut. Yang dekat hidung masih ada. Penuh wayar di muka dan badan abah. Aku tahan-tahan air mata. Tabahkan la hatiku. Sempat juga turun cari makan. Perut ni perlu juga dipenuhkan walaupun cuma mampu minum air dan makan sedikit kuih.
5.40 p.m
Dr Pakar jumpa mak kata yang abah kritikal. Dr nasihatkan kami semua bacakan yasin untuk abah. Bila dr tanya pasal anak-anak, kami dah tau dah betapa nipisnya harapan abah. Masa tu tak dapat mengadap abah lagi. Hantar mesej pada Kak Nah mintak cuti esok hari. Dekat pukul 6, dr bagi kami tengok abah. Abah bernyawa dengan bantuan alat yang dipicit-picit oleh dr silih berganti. Kami dah mula baca yasin. Aku tatap wajah abah. Sebolehnya inginku tatap selama yang mungkin namun setiap kali menatap.....sebak. sedih. Yang keluar dari mulut abah melalui wayar yang dimasukkan ialah darah. Berkali-kali juga air mata mengalir. Tak tahan tengok mak, Kak G ngan Lela bacakan shahadah pada telinga abah bergilir-gilir. Sambil baca yasin sambil nangis. Abah akan dibawa ke ICU bila-bila masa. Tunggu katil kat ICU kosong. SEmentara tengah penuh, dr meneruskan usaha yang padaku sekadar nak menyedapkan hati kami semua.. Ayah balik rumah kejap amik anak-anak dr sekolah.
7.15 p.m
Wayar sudah dicabut untuk membolehkan abah ke ICU. Kami ikut sampai di ICU tapi tak dibenarkan masuk. Mereka kata, nanti mereka akan panggil. So kami pun turun ke tingkat 1 untuk bersolat maghrib. Lepas amik air sembahyang, phone kak G berbuyi. ABAH DAH TAK ADA. Bergegas kami ke wad ICU. Air mata sememangnya tidak dapat ditahan lagi. Ayah dah sampai ngan anak-anak. Abah akan dibawa semula ke tingkat 5 untuk disiapkan. Sementara abah disiapkan, kami kembali ke surau melangsaikan hutang kami. Bersolat dalam tangisan. SMS pada kak Nah dan Ann serta Haslina. Kak Wan pun hantar mesej tanya khabar. TQ to all. TQ to Miss Low. Selesai solat, terus ke tingkat 5. Siap dibersihkan, kami mengelilingi abah. Abah tersenyum. Alhamdulillah abah senyum. Ayah dan Irie selesaikan proses menuntut mayat dan van jenazah. Mayat akan dibawa ke bilik mayat terlebih dahulu sebelum boleh dituntut. Sementera itu, kami balik bersiap dan akan terus ke surau Al-Hidayah di mana abah akan diletakkan sementara waktu.
bersambung....
Wednesday, October 05, 2005
Aku tiba agak lewat. Dah tiba masa perarakan keluar dah. Tak sempat nak tengok sorang-sorang mentee terima diploma. Tak pe la..dapat juga dengar lagu tradisi konvokesyen....gamelan. Bangganya tengok anak-anak didik beratur dengan jubah kejayaan dia orang. Rasa nak menangis pun ada...terharu. Dapat juga korang habiskan study ya. Alhamdulillah.....dalam diam aku berdoa moga kalian terus berjaya. Sesungguhnya ini lah saat yang aku tunggu saban tahun. Melihat anak-anak didik dalam jubah konvo menerima watikah kejayaan. Tapi tahun ni lain sikit sebab aku dah tak bergelar pensyarah ITTAR lagi. Dulu,....ngan aku aku pakai jubah tu...tapi jubah lawa lagi la daripada dia orang punya. he he
Panjang tengkok mencari-cari anak-anak didik dalam barisan. Mana Haleeda? Mana Iqbal? Mana Hasirul? Shakina?Mana yang lain-lain ni? Silap aku tak "top up" awal. Kalau tak, boleh la aku mesej dia orang. Nak harapkan dia orang mesej tak de la kot. Dah gembira masing-masing mana nak ingat kat aku. Dalam aku tercari-cari tu sempat juga aku membelek buku cenderahati konvo. Terus mencari nama pelajar-pelajar terbaik. Manalah tau ada mentee-menteeku yang terima anugerah. Alhamdulillah.....ada gak sorang. Fadhlan...TAHNIAH ya. Pelajar cemerlang program pengkhususan. Bagus! Bagus! Puas hati la juga.
Tunggu kat luar la. Dalam kepanasan mencari lagi. Haa...tu dia Helmee ngan shikin. Seronoknya dapat jumpa korang. Tunggu shima...dan akhirnya shima keluar. TAHNIAH shima ya. Puas la bergambar dengan Shima and family.

Mana lagi yang lain ni? Kami masuk dalam dewan amik gambar dalam dewan pulak. Sejuk la sikit keadaannya. 

Lupa dah aku ngan anak-anak dan husband kat luar. Ntah apa la jadi ngan dia orang tu ya? Sebelum keluar dewan terserempak la dengan Hasirul. Sempat la bergambar ngan Hasirul. Alhamdulillah....jumpa la gak ngan menteeku. Wakil pun tak pe la.
Alamak....husband dah call. Cam tak best je bunyinya. "Ok la ya. Saya nak balik dulu. Nanti panjang umur kita jumpa lagi". Dah selesai bersalam cecepat la aku jalan cari suami dan anak-anak yang dah kepanasan. Tiba-tiba ...... Shakina......jumpa juga kita ya. Ingat dah tak jumpa dah tadi. Ni la student yang paling banyak hantar sms kat aku. Maknanya aku ni sentiasa diingati la. he he.
Terima kasih Shakina kerana sentiasa mengingati. Terima kasih kerana membuatkan saya rasa dihargai dan dikasihi.
Terima kasih juga buat suami tercinta yang sanggup menemankanku ke majlis tu ( naik LRT lagi )...sanggup menunggu dalam panas dan menjaga anak-anak.
HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...
-
CONTOH SURAT RASMI MEMOHON PELEPASAN bukan ler contoh. surat sebenar nak antau esok. contoh bagi orang lain la. hehe ROSLIZA BT. YACOB ...
-
HIASAN PENTAS HASIL MY TEAM UNTUK RUJUKAN DAN SIMPANAN. (akan dikemaskini dari masa ke masa. tak jumpa gambau sebenarnya. haha ) ...













