Saturday, September 05, 2009

Pergi tak kembali..

2 Sept 2009

pukul 7 keluar umah. memula anta abang zharif gi sekolah n then anta kakak alia ke umah nenek. pastu terus ke SK Polis Depot. ingatkan dah kuar awal...rupa2nya...sejam baru nak sampai sekolah tuh. punya la lama pasal jem. kalau ikut kilometer...15km saja. KL...tak jem tak namanya KL kan? gambar tu...sempat la snap dalam keboringan. sekolah dekat sangat dah tu tapi nak masuk kawasan sekolah tu..1/2 jam juga. mujur meeting tamat awal. bulan poser kan? bukannya interested sangat ngan meeting2 nih. tapi UPSR punya pasal...

malam tuh...dapat panggilan kata Tok Siah meninggal. en. hubby dah tido dah. tetengah tido, terdengar en hubby dok bebincang ngan adik beradik dia..nak balik ke tak nak balik. aduss...kalo dia balik, payah la ibu nak uruskan anak2...sah la kena hantar mesej pd en. shah..saya satang lewat hari ni..hu hu. tido balik.

3 Sept 2009

bangun macam biasa la nak siapkan sahur n masa sahur tu decide semua nak balik pasal adik dia tak boleh balik sekali. mayat nak di tanam pukul 11 pagi. so lepas sahur, dalam 6.20 kami bertolak. sehelai sepinggang je kami balik kecuali zhaim laa...dia kena la bepinggang-pinggang pasal balik tu pun dia tak mandi lagi. sebelum betolak tu hantar mesej kepada 2 orang utama...en. shah n cikgu lehan.

punya la pecut en. hubby, 9.30 ante meridien, kami dah sampai. en. hubby memang cenggitu. bawak kete tak leh slow2. kalau kita tegur..dia tanya kita balik..laju ke? pastu dia akan kata...dia rasa biasa jer.

haah..ye la tu. tak jadi apa-apa tak pe la kan?

so, kita orang sempat la tgk segala proses. masa sampai tu, arwah sedang dimandikan. orang ramai...ibu tak sempat la nak snap gambar2 yang terang n jelas. pastu..benda tepon ni pulak tak leh nak simpan banyak2 gambar. asyik2 kuar mesej kata memory full.

so dapat la gambar2 ni jer..
kami bertolak balik ke KL pukul 3 lebih nak dekat pukul 4. Sampai tang zoo negara, jem. alaa...bebuka dalam kete la nampaknya. mujur la ada air masak untuk buat susu zhaim. kita orang bebuka ngan air tu la. sampai, singgah kedai n balik n tido. esoknya sekolahhhh..

siapa Tok Siah? Nenda en. hubby yang dah lama terlantar sakit tua. umur dalam sijil kematian : 93. tapi sebenarnya lebih dahh..

6 comments:

~Yours Truly~ said...

Al-Fatihah...

Asiah said...

mak aihhh...lajunye abg ngah pecut..pkl 4 bertolak, maghrib dh sampai zoo..woww!!

~ Ibu ZAAZ ~ said...

leh daftar jadi pemandu F1 tak? tapi takut tak muat nak masuk dalam kete tuh. kalau masuk kang tak leh kuar pulak. wa ka ka ka

Cinta Hatiku said...

Al-fatihah..jgn memandu lelaju ..ckp dgn cik abg tu..dulu ingat la org tersayang..skrg ingat la org lain gak..kang yang tak bersalah jadi mangsa..ngerinyerr..teringat 1st day poser balik dr umah ipar kat tmn melawati..ada xciden..hubby kite ckp ada mati..ish..ngeri..

Wan Z Syima said...

Al-fatihah.. pergh tak sangka en shah nie mr scumi jugak.. pass nie awak gie enrol masuk dlm pemandu FI.. kalau dpt then menang fuh kaya raya :D

~ Ibu ZAAZ ~ said...

cinta hatiku: akak dah tegur dah...tak dilayannya. dia kata tahap tu masih pelahan. cakap akak ni selalunya tak dipakainya.

Syima : saya takut tak muat masuk dalam kete jer syima. he he