11.55 pm
Lewat ke surau kerana menunggu ayah balik. Anak-anak dah tertidur kecuali Aiesya. Sampai di surau ( setelah mengejutkan semua anak-anak yang tidur), abah dah sampai. Malam tadi orang surau dah bacakan yasin beramai-ramai. Tiba di surau, keadaan gelap. Bekalan elektrik tak ada di kawasan kampung pandan ni sebaik sahaja kami turun dari rumah tadi. Lilin dipasang. Dr Azizah meminjamkan lampu pada kami. Alhamdullillah masih boleh membantu kami membaca yasin. Bekalan akhirnya pulih dalam masa 2 jam. Kami sekeluarga membaca yasin bergilir-gilir. Mana yang mengantuk, melelapkan mata sebentar. Dik Dah yang sepatutnya bersalin hari ni pun dah keletihan. Ayah balik tidurkan Aiesya dalam pukul 3.00 a.m.
4.00 a.m
Ayah call suruh amik abah (pak mentua) kat PUDU. Aiesya baru tidur. Tak boleh laa...kereta tak de. Terpaksa la ayah angkut Aiesya, jemput ibu di surau dan sama-sama pergi amik abah di PUDU. Terima kasih la bah sanggup turun walaupun kurang sihat. Lepas amik abah, singgah sekejap di kedai belikan makanan untuk abah bersahur dan mak yang memang tak makan sejak abah sakit semalam. Mak dah banyak kali pegang perut....masuk angin la tu. Memang dia tak peduli kat perut dia dah sepanjang abah sakit semalam. Singgah hantar makanan lepas tu balik rehat sekejap. Abah bersahur dan dekat pukul 5.00 lepas tu, kami tidur.
6.30 a.m
Agak lewat bangun. Solat dan terus bersiap ke surau. Dalam perjalanan teringatkan abah. Mengalir lagi air mata. Sambung lagi baca Yasin. Selagi mampu ku tahan air mata,...akan ku tahan. Aiesya lena di pangkuan. Masih tak cukup tidur. Sian Aiesya. Orang makin ramai yang datang.
9.00 a.m
Persiapan untuk memandikan jenazah dilakukan. Kami adik-beradik membantu apa yang terdaya. Jahitkan bantal untuk abah. Kain kapan dah dibentangkan. Bau harum kayu cendana memenuhi ruang. Abah diangkat untuk dimandikan. Kami adik-beradik menyaksikan segalanya. Sepanjang abah dimandikan,kami berada berdekatan. Curi-curi memandang wajah abah yang tenang. Sebak. Mengalir lagi air mata ini. Selesai dimandikan, abah dibawa ke ruang depan untuk dikapankan. Kami mengelilingi abah buat kali terakhir. Wajah abah ku tatap sepuasnya. Tatapan terakhir sebelum jenazah ditutup keseluruhannya. Sebelum wajahnya ditutup dengan kain kapan, kami semua dipanggil untuk memberi penghormatan terakhir dimulakan dengan mak. Inilah detik yang amat memilukan. Seorang demi seorang mencium abah buat kali terkahir dan merenjis minyak atar. Air mata sememangnya meluncur laju tak dapat kutahan-tahan. Tiba giliranku,....ku gagahkan juga melangkah mendekati abah. Dahi abah yang sejuk ku cium. Sedihnya tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata. ABAH,..AMPUNKAN IZA BAH. Renjisan minyak atar kulakukan sekadarnya. Untungnya abah, semua anak dan cucu( kecuali Haziq yang masih kecil) berada di sisinya. Malangnya, 2 orang cucunya yang bakal lahir ( beberapa hari lagi juga seorang lagi di bulan September) tidak sempat ditatapnya. Abah pergi 2 hari selepas ulang tahun perkahwinannya yang ke-36.
Selesai segalanya, abah disembahyangkan. Terus dibawa ke tanah perkuburan Kampung Cheras Baru. Kami agak lewat sampai - sesat. Abah telah selamat disemadikan. Moga abah tenang di sana. Kami akan sentiasa mendoakan abah. Walaupun kita JAUH sejak dulu, tapi ABAH TETAP DIHATI. Aku tahu bahawa dalam diam, KITA SALING MENYAYANGI.
TQ to guru-guru dan murid-murid SK Convent 1 Bukit Nanas yang menghulurkan derma juga kepada Kak Wan yang menghulurkan sumbangan peribadi. - Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...
-
CONTOH SURAT RASMI MEMOHON PELEPASAN bukan ler contoh. surat sebenar nak antau esok. contoh bagi orang lain la. hehe ROSLIZA BT. YACOB ...
-
Terobek hasil ilham dan kerja tangan ticer . Bila akhir tahun je dapat tugasan yang mencabar ini dan mulalah otakku ligat mencari2 idea. Men...
1 comment:
Salam Kak...
InshaALLah abah kak bersama mereka yang diredhai dan diberkati....
Adat dan realiti kehidupan, masa masing2 akan tiba dan Aini tau kak tabah.....
dan kita yang masih ada akan terus melangkah bersama masa yg bakl dan terus berjalan. Tidak terlewat rasanya untuk aini ucapkan selamat hari lahir buat kak....Semoga
Umur yang panjang dan diberkati, Suami dan anak2 yg berbahagia hingga kesyurga serta rezeki yang halal dan dirahmati mengiringi perjalanan hidup kak..
Take care n do miss u sis...
Post a Comment