Thursday, August 02, 2007

Perginya seorang ABAH

4 JANUARI 1951 - 2 OGOS 2007

12.59 p.m.

Sedang membantu Dalia dengan masalah Matematiknya, seorang murid menyerahkan hp padaku. "Cikgu,telefon," katanya. Aku menyambut dan membaca. SMS dari ATEH.
" Abah makin tenat..x tentu arah. Ni d.yah kt hspital ". Aku dah sebak. Mengambil masa nak teruskan explanation pada Dalia. Mujur juga masa tu dah lepaskan budak-budak keluar kelas. Turun ke bilik Kak Nah. Nak mintak izin balik awal hari ni. Best juga tak payah koko. Sementara tunggu K. Nah yang tengah bz, call ayah. Sebak bercakap ngan ayah, barulah turun air mata. Aniza dengar dan nampak. Terus suruh balik. Dia yang inform Kak Nah. TQ Aniza. Terus turun. Berjaya mengawal perasaan dan air mata kat bilik guru. Sempat lagi berborak - berlakon as nothing happen. Sementara nak tunggu ayah balik dari Mentari, makan ngan Ann. Walaupun tak de selera, tapi layan juga sebab tak nak layan sangat rasa sedih. Tak de la nak rush sangat sebab ayah dari Mentari dan Kak G baru nak naik LRT ke Cempaka.

2.00 p.m

Sampai di LRT Cempaka jemput kak G yang kebetulan turun KL for meeting. Rezeki Kak G nak jumpa abah sebelum dia pergi. Terus ke HUKM. Sampai tingkat 5, penuh katil abah dikerumuni dr dan dr-dr pelatih. Lama juga dikerumuni. Dapat juga curi-curi tengok celah-celah langsir. Perut abah masih bergerak-gerak tapi abah dah tak sedar dah. Mak kata abah tiba-tiba je tak sedarkan diri. Sebelum tu masih lagi boleh bercakap-cakap. Cina yang duduk sebelah abah pun baru je meninggalkan dunia pagi ni. Ya Allah.....apa la yang dia orang buat dengan abah. Masukkan wayar lagi. Kali ni ikut mulut. Yang dekat hidung masih ada. Penuh wayar di muka dan badan abah. Aku tahan-tahan air mata. Tabahkan la hatiku. Sempat juga turun cari makan. Perut ni perlu juga dipenuhkan walaupun cuma mampu minum air dan makan sedikit kuih.

5.40 p.m

Dr Pakar jumpa mak kata yang abah kritikal. Dr nasihatkan kami semua bacakan yasin untuk abah. Bila dr tanya pasal anak-anak, kami dah tau dah betapa nipisnya harapan abah. Masa tu tak dapat mengadap abah lagi. Hantar mesej pada Kak Nah mintak cuti esok hari. Dekat pukul 6, dr bagi kami tengok abah. Abah bernyawa dengan bantuan alat yang dipicit-picit oleh dr silih berganti. Kami dah mula baca yasin. Aku tatap wajah abah. Sebolehnya inginku tatap selama yang mungkin namun setiap kali menatap.....sebak. sedih. Yang keluar dari mulut abah melalui wayar yang dimasukkan ialah darah. Berkali-kali juga air mata mengalir. Tak tahan tengok mak, Kak G ngan Lela bacakan shahadah pada telinga abah bergilir-gilir. Sambil baca yasin sambil nangis. Abah akan dibawa ke ICU bila-bila masa. Tunggu katil kat ICU kosong. SEmentara tengah penuh, dr meneruskan usaha yang padaku sekadar nak menyedapkan hati kami semua.. Ayah balik rumah kejap amik anak-anak dr sekolah.

7.15 p.m

Wayar sudah dicabut untuk membolehkan abah ke ICU. Kami ikut sampai di ICU tapi tak dibenarkan masuk. Mereka kata, nanti mereka akan panggil. So kami pun turun ke tingkat 1 untuk bersolat maghrib. Lepas amik air sembahyang, phone kak G berbuyi. ABAH DAH TAK ADA. Bergegas kami ke wad ICU. Air mata sememangnya tidak dapat ditahan lagi. Ayah dah sampai ngan anak-anak. Abah akan dibawa semula ke tingkat 5 untuk disiapkan. Sementara abah disiapkan, kami kembali ke surau melangsaikan hutang kami. Bersolat dalam tangisan. SMS pada kak Nah dan Ann serta Haslina. Kak Wan pun hantar mesej tanya khabar. TQ to all. TQ to Miss Low. Selesai solat, terus ke tingkat 5. Siap dibersihkan, kami mengelilingi abah. Abah tersenyum. Alhamdulillah abah senyum. Ayah dan Irie selesaikan proses menuntut mayat dan van jenazah. Mayat akan dibawa ke bilik mayat terlebih dahulu sebelum boleh dituntut. Sementera itu, kami balik bersiap dan akan terus ke surau Al-Hidayah di mana abah akan diletakkan sementara waktu.


bersambung....

0 comments: