Thursday, March 01, 2018

SURAT TUNJUK SEBAB

0 comments
KITA KARANG SURAT TUNJUK SEBAB PULAK. 

ROSLIZA BT. YACOB
SA3-1-B Lorong Pandan Pertama 4
Pandan Utama
68000 Ampang
Selangor


Guru Kelas 3S
SMK Convent Bukit Nanas
Jalan Bukit Nanas
50250 KUALA LUMPUR                                                                                                                     1 MAC 2018

Tuan/Puan;

TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, saya Rosliza Bt. Yacob ibu kepada Aiesya Nabilla Bt. Sharidzan,  ingin memaklumkan kepada tuan/puan sebab ketidakhadiran anak saya ke sekolah pada 27 dan 28 Februari serta 1 Mac 2018.

2. Sebab ketidakhadiran ialah kerana pulang ke Kulim Kedah menziarahi datuk sebelah ayah, yang telah meninggal dunia pada 27 Februari yang lalu.

3. Bersama-sama ini disertakan salinan daftar kematian untuk rujukan pihak tuan/puan. Pertimbangan dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

_______________________
(  ROSLIZA BT. YACOB    )
No. Tel :  017 2787114

****************************
Abah Hj Shamsuri B. Md Rais
25.9.1947-27.2.2018

Gambar raya 2012. Masa ni abah masih sihat dan mesra. ahaks. Serupa kan ayah ngan anak tu. Abang zharif kata masa mandikan dia nampak tok wan macam ayah dia. Dia nangis sebab tu. Ticer nangis sbb teringat arwah abah ticer pulak. 

ALhamdulillah abah pegi dengan mudah. dikelilingi anak2, dimandikan oleh anak, menantu dan cucu2, dibawa sendiri dari rumah ke tanah perkuburan oleh anak, menantu dan cucu-cucu dalam panas terik mentari, dan disolatkan oleh ramai jemaah yang hadir.  

gambar hari Ahad 25 Feb 2018 setelah dua hari dimasukkan ke hospital. 
Ticer curi2 amek gambar. Gambar kenangan. Sempat la Ticer lap2 kan badan abah yang nurse kata demam masa tu. Huwaaa teringat arwah abah ticer dolu. Gitu juga keadaannya, bernapas dengan bantuan alat. 
Masa ni ticer baru sampai dr KL. Abah lalu depan ticer untuk dimandikan. Ticer tak sempat nak kiss2 abah sebab pegi ambik kakak Alia yg beria nak dtg dr kolej sebab sblm dia balik hari Sabtu tu dia tak sempat tengok Tok Wan. Tapi tak sempat juga kakak tengok Tok Wan. 

Ramaikan yang solatkan abah.

Entah masa bila derang angkat abah. tau2 dah masuk dalam dan dah nak kambus. alaa...terkilan jugak tak dapat nak tgk abah.
Elok derang bekompol belah tu macam disuruh2 amek gambar. ni Masa talkin dibacakan, more pada ceramah untuk mengingatkan kita2 yang masih lalai.
Kakak Alia
Aiesya

Moga abah tenang di sana. 

0 comments: