Abang dah sudah, kini sampai pulak giliran kakak ( Alia ). Alhamdulillah....tamat sudah satu peringkat. Ingat kakak....cabaran lebih besar menunggu kakak di tahun-tahun mendatang. Suspen ibu nak tengok prestasi kakak kat sekolah kebangsaan. Harap kakak lebih mengekalkan kecemerlangan kakak di Tabika. Aminnnn.
Acara dimulakan dengan sukaneka. Kakak lari tak kuat sangat. Dapat la hadiah saguhati. Tak pe la. Lepas tu ( selepas dah bosan dan berpeluh-peluh menunggu), barulah acara sebenar dimulakan. Mula dengan tarian.
Ha..kakak ni aktif orangnya. Kebanyakan aktiviti Tabika dia masuk. Tarian kakak ikut...nasyid pun kakak join( solo lagi dia ).
Masa sambutan hari kemerdekaan peringkat Kg. Pandan pun dia join. Nasyid tu dah menang naib johan peringkat Tabika Kemas Negeri Selangor. Pertandingannya sehari sebelum acara konvo ni. Tak sesia ibu hantar kakak latihan tiap-tiap malam tu. Tak hairan lah kakak dapat anugerah pelajar cemerlang macam abang.
Ibu bangga dengan anak-anak ibu ni. Ya Allah...kau berkatilah perjalanan hidup anak-anakku dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment