Monday, August 29, 2011

cerita puasa

sebenarnya tak apa nak citer. lama tol tak update. malas ke? tak jugak tapi tak tau  nak citer apa. bz main game samer. sibuk dok mintak itu ini ngan member2 orang puteh saya. derang je yg hebat main game. kalau tak, idok la cepat  benar saya naik level. ha ha ha ha

tahun ni banyak memasak dari membeli. makan a.k.a berbuka kat luar pun dua kali jer. sekali kat desa pandan n sekali ( semalam ) kat kg. baru. Tak berapa suker berbuka kat luar pasal nak kena berkejar2. kalau tak umah, relaks jer. membeli di PARAM pun kurang. Ghajin pulak cuba buat kuih muih. alaa..kuih yang senang-senang jer. tu pun tengok resepi. he he. Jimat betul duit di bulan Ramadhan nih. Syok!

cerita pasal kuih, satu hari tu, masa tengah melayur daun pisang nak buat tepung bungkus, si Aiesya datang menyibuk. Dia memang suker menyibuk2 kat dapur. Si ibu ni, nak ngajar laa…mana la tau nanti nanti cikgu dia tanya pasal perkataan layur, at least dia penah dengar dan penah tau caranya. so ini dialognya.

IBU : ini caranya kita layur daun pisang supaya dia lembut. senang kita nak lipat nanti.

AIESYA : Oo…ibu nak ajar masak masa kecik-kecik ni ya?

IBU : Ya la. Aiesya kan malas belajar, nak kawen, Orang nak kawen kena la belajar memasak. Betul?

ibu tak sangka Aiesya nak jawab ini..

AIESYA : betul sambil sengih-sengih.

IBU : astaghfirullahhalazim. Aiesya nak kawen ngan sape? Ngan keling?

AIESYA : tak tau

IBU : Ya Allahh..anak akuu.

Aiesya ni budak djh 2. Malas sket belajar tapi ghajin nolong kat dapur. apa nak jadi? apa nak jadi? adoi ai.

esok raya ke? baju anak2 tahun ni sepasang sorang jer. bukan tak de duit tapi rasa cam tak perlu. baju yg lama pun banyakkk lagi. kami suami isteri pakai baju lama jer. payah nak carik baju saiz besar macam kami ni. he he

K lah. dikesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua pembaca n Silent Reader ku. kami raya kat Kg. Pandan n may be balik Kulim. bab2 ni kami selalu tak diskus bebetul. nyampah je kalau diskus. tak best. tak best. ha ha ha. K. Masak time. adios.

0 comments: