HOLIDAY

Tuesday, June 30, 2009

cerita yang hampir basi

tk leh nak masuk n3 ceriter ni pasal tak de benda nih..terbantut semua ceriter. ari ni dapat beli setelah beberapa lama order n ari ni jugak dapat pinjam cikgu lin punya. sekali ader dua daaa...

begini ceriter nya:

beberapa minggu yang lepas, ibu mengidam....teringin sangat nak makan cookies kat famous amos tuh. dari hari ke hari nak pegi carik tapi tak tau nak carik kat mana pasal tak biasa beli benda tuh. dah beli yang jenama lain tapi tak samaa....ni semua sebab dapat free masa ari guru ari tu..mak dhaniesya bagi. ahaks..

suatu hari jemaat, dapat mesej dari cik puan shimah dan berbalas-balasan dengannya.

"Salam cikgu.paper yg ada psl digi contest tu nk lg ke?tghari ni free tak?"
"Nak. Free2. Mana? Sogo?"
"Yup.kul brapa liza blh smpai?Shimah klr skrg pn blh dh ni.hehe..."
"Dalam 10 minit lg ek."
"10min lg nk kuar ke,or dh smpai sogo?nanti smpai sana calling2 eh?"
"Br kuar. Teman dkt je wei.."
"Oo dkt ke?hmm...okeh jumpa di sanaa"

maka kami pun bertemu dan bertukar2 senyuman, pelukan dan kissan..ha ha. dan dia belanja kita dan kita belanja dia. tq shimah. nanti kita jumpa agi ek.Ni makanan yang ku order...entah apa nama mi ni ntah..tak sempat nak snap gambar kuali tak de telinga sebelah, kepunyaan shimah..he he. Yang ijau2 tuh tak ku makannn
Ni la keratan akhbar yang didambakan tu...maklum la...muka den ngan anak den masuk surat khabar walaupun kecik...jadik la.
akhirnya dapat juga ku makan...walaupun mahal, namum ku beli jua...kejap je abis.

So, lepas ni lagi best la keje2 aku mengamek gambar2 yang berkaitan mahu pun tidak berkaitan. Mujur sepanjang jalan2 cuci mata tu, tak de yang bekenan kat sana tu...tak de ke? he he. balik dari Sogo, sambung ronda2 kat ampang point pulak. ahaks...he he

p/s: mengidam bukan tanda mengandung ok..hanya lemak saja yang terkandung di dalam lipatan perutku inih..ateh...boleh buat cookies yang sedap cam tu tak?


Monday, June 29, 2009

Bonus Ceramic Bulan Jun 09

Dengan jumlah ahli yang makin bertambah, maka dengan ini, dipaparkan jumlah pendapatanku bagi bulan Jun 2009.

Kengkawan, jangan segan2 nak join. Lagi lambat lagi rugi...he he

bukak la link ni
http://www.jutawanceramic.com/index.php?member=liza_yacob

voucer2 yang akan dikutip dari HQ beberapa ari lagi (sebab nak tunggu orang yang 30hb repurchase. leh amek yg derang punya sekali...hehe)

Voucer Giant untuk Lela RM200
Voucer Giant untuk anak si Yanti RM100
Voucer Giant untuk Aswan laki Ida RM 100

lepas repurchase esok, Kak G, Kak Rozi, raihan boleh tebus voucer...so tunggu derang la nak gi HQ.

Sunday, June 28, 2009

nasi pilaf

dah lama dah beli beras basmathi tuh...konon nak masak nasik spesial...tapi tau la kalau org tak reti masak nih...paham paham je la kan

ari nih gi jalan2 umah orang..usha2 resepi...jumpa la resepi nasik pilaf nih. sebab senang je nak masak, maka ibu pun cuba laa...

ngelas2 tgk kat dalam periuk nasik...haa jadik la. lembut plak tuh nasiknya. wa ka ka ka ka kaNi gambar yg diambil direct dari periuk nasik tanpa membuka lampu...tu yang malap jer gambar...vitamin M banyak kat badan.

tq la kat hana yang ku masuk melalui rumah adikku ateh.

lauk? hmm...berangan nak masak ayam kung poh...dah beli capsicum bagai tapi...carik punya carik resepi, tak jumpa. mungkin sebab carik tak ikhlas kott..last2 buat masak merah jer...kami seisi keluarga suker...janji kenyang ek.
ni lah dia hasilnya...gambar diambil direct dari kuali...ha ha.

semalam gi GiantBukit Antarabangsa...1st time gi sana..best pasal tak ramai orang n leh cuci mata ngan umah2 banglo yg tersergam indah kat san tuh. tu yang beli drumstick tuh...ayah kata murah. budak2 ske la makan drumstick tuh.

sekian. hakak nak tanda buku la pulak...ke nak lelapkan mata? alamak..nak kena gi umah mak la.

award...award..


Now I have to follow the rules and the rules are : -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

orang yang bagi award ni leh jumpa bebila masa kat sekolah tapi masih lagi belum bertegur sapa...he he..thanks to
cikgu Dila . nak kena senaraikan nih award2 yang dapat nih..ala ala frame kan kat dinding rumah la kannn

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

1) Ainee Bahar
2) Hajar
3) Ateh
4) Lela Cput
5) shidarazak
6) shima
7) Shimah a.k.a BAIDURI
8) Farra Diaries
9) Hidayah
10) Ita alias
11) Maselinawati
12) Cikgu Lehan
13) iesma
14) pidah
15) azie

jadi, sudi2 kan la terima award ni ye...

bye bye facebook

bila baca http://www.terataionline.net pasal facebook, rasanya nak berenti la berfacebook. tak de banyak yang dapat aku bagi kat saudara kat sana...ini just sumbangan kecik jer. moga dikira juga sebagai amalanku. hu hu
so bye bye buku muka. meh la kita blajar ikatan buku sila..

Friday, June 26, 2009

dalam kenangan

"ibu...tu penyanyi kesukaan ibu tu........", kata ayah petang tadi.

"ibu dah tau...pagi2 tadi dah dengar berita dalam kete", jawab ku.

haa...sampai ayah pun realize yang ibu suka sangat ngan mamat yang sorang nih. mana tak nya...ibu memang suka search lagu dia kat youtube tu...memang ibu minat dia dari kecik lagi...semua lagu2 dia best.

lately ibu suka sangat dengar lagu "One day in your life". memang selalu sangat buka n dengar.
suara dia...muka dia masa tu...muka asal dia lagi...masa tu sweet sangat.
yang ibu tak paham...kenapa dia ubah wajah dia tu?

sebab apa ibu suka dia? sebab lagu2 dia ada makna-yang paling ibu suka lagu2 dia ada berkaitan dengan alam, keamanan dan kemanusiaan.
n suka lagi pasal dia ni low profile walaupun terkenal cam tuh ala ala Datuk Sudirman kita laa.

macam tak percaya bila dengar berita pagi tadi. balik sekolah terus buka internet cari berita pasal kematian tuh...
ibu dok tunggu2 juga konsert dia yang akan berlangsung bulan depan tuh. mesti power-bukan nak pegi pun tapi suka tengok reaksi peminat2 gila dia dalam video2 dia-memperlihatkan betapa hebatnya dia dan ramainya yang sayangkan dia.
tapi tak sampai hajat dia nak buat come back tu. Allah punya plan lagi hebat!

cam mana pun, alhamdulillah matinya dalam Islam.
moga terampun segala dosanya.
AL-FATIHAH untuk MJ a.k.a MIKAIL

Thursday, June 25, 2009

bye bye

last day ayah ngan MCD ari ni...so bye bye MCD n welcome ASU to our life. Hope our life will be much much better with ASU.

haaa...ayah! remember ya..50%..ngeh ngeh ngeh

after this, no more free mcd's vouvers for us to joli menjoli. eh eh...but still can get from ceramic whatt...ha ha..sronot...sronot.

k la, dah 12 malam dah ni. nak zzzzz....esok skolah daaa

alfatihah

sms dari kak AVE

"Salam. Ibu tercinta saya telah selamat kembali ke rahmatullah hari ini 23 Jun 2009 pada pukul 4.30 am. Semoga rohnya tenang dan aman serta dicucuri rahmat oleh ALLAH swt. AL-FATIHAH"

Sebelum terima sms tu, aku dah dapat berita dah pun..terus hantar sms kat dia.
Maaf kak ya..tak dapat ziarah walaupun nak sangat pegi sana. Keadaan tidak mengizinkan.

Merisik khabar dari kenalan, katanya,
"
AVE bagus sangat. Dia boleh senyum dan tenang jer. Dia redha katanya"

Alhamdulillah..akak dah all out jaga mak akan sepanjang hayatnya..mesti akak rasa puas hati sangat2...dah boleh stand by mental dan fizikal menghadapi saat-saat itu.
Respect sangat2 ngan akak. Akak memang anak yang baik. Betuah sungguh mak akak tu n betuah juga Sara dapat ummi yang cam akak tuh.

Teringat kat arwah abah..bila lagi ek nak pegi sana?.
Moga merekasemua tenang di SANA
AL-FATIHAH

Monday, June 22, 2009

anakku sudah ada blog

background pilihannya setelah 2 hari dok usha..

dek kerana teruja melihat ibu setiap ari ngadap blog n fb, maka merayu lah dia untuk mendapatkan sebuah blog. hu hu...aku kini kena kongsi laptop ni ngan dia..relakah akuu?

gi la baca blog dia kalo nak baca: http://mynameisaliah.blogspot.com

WORLD'S OLDEST MAN DIES AT 113


Tomoji Tanabe the world's oldest,died in his sleep at his home in southern Japan ( 19-Jun-09) .He was 113.Tanabe died of heart failure.Tanabe was born on Sept.18,1895, had eight children.who lived with a son and daughter-in- law, had eight children, 25 grandchildren, 53 great-grandchildren and six great-great- grandchildren.
He was certified by Guiness World Records as the world's oldest man when he was 111 years old.Tanabe,

.Tanabe drank only milk and does not take alcohol and did not smoke.Tanabe was "the symbol of the Miyakonojo known as a city of long life."

Following Tanabe's death, British World War 1 veteran Henry Allingham is officially the world's oldest's man at 113,Guiness World Records.

Alligham was born in London on June 6,1896 .Allingham is one of the only two surviving World War 1 veterans in Britain and the last surviving founder member of the Royal Air Force.

Sunday, June 21, 2009

lunch

masak lagi...minggu ni banyak kali juga masak sebab aku dah mula mengganti poser2..hmm...minggu depan, tak tentu lagi masak ke tak...tapi, ayam ada lagi lebih. hmm..tgk la. teringin nak masak ayam kung pao. nanti la gi beli bahan2 dolu.

hari ni walaupun hari bapa, tidak la aku masak istimewa khas untuknya. dia pun tak heran mana sambutan2 nih...sruper je ari apa-apa pun..so, aku pun malas la nak buat apa-apa seprais ke ape ke...yang penting budak2 makan..tak lapo. tambahan lagi, aku bukan ler jenis yang pandai masakkk..he he

aku masak dua benda je..
1. siakap 3 rasa ( lama dah nak masak ni. tapi sebab siakap mahal, tetunda. smlm gi giant, ada yang murah..maka jadik la 3 rasa tu). masalahnya kalo masak siakap 3 rasa cam ni ialah...pinggan bujur tak dek. maka terpaksa la potong dua ikan tu..tu pun still ekor telebih dari pinggan lagi...lepas ni nak kena beli la satu.2. ayam goreng tepung jer untuk anak2 yang gemorkan ayam.tu je la citer nya. pas ni nak update blog skolah pulak. lama dah tak update. dah naik menyampah ngan blog tu...boleh?

makan pagi

ni jer makan pg ni..roti celup telur berbawang..ada satu lagi...ibu goreng daging burger jek..sape nak makan beger...makan la..siapkan la sendiri..senang..semua dah besau. lepas ni terus masak untuk lunch.

father's day

eppi father's day to my hubby la terutamanya. abah...abah mentua je la yang ada. lain2? semua lelaki yang membaca blogku. yang ku tahu...HE. lelaki yang lain tak de kot..

tak de apa yang nak dikata pasal hubby saya..yang buruk2, saya simpan. yang baik2, tak reti nak citer pasal dia memaaaang baik. I LOVE U la dear! hadiah? aaa...beli sendirik la ek..he he

actually tak de mood nak bercerita. before ni dalam paler memacam la nak citer pasal hubby tapi ari ni tak de mood. paler dok pikir ape nak masak.

Saturday, June 20, 2009

jemputan

Ni kad yang di download dari internet..tu yang tertulis kepada sesiapa yang mengenali kami tuh.
ari ni, lepas balik dari sekolah kerana menghantar kakak alia yang ada latihan choral speaking(sempat la jugak tanda buku2 yang tak sempat ditanda), terus balik n bersiap untuk kenduri Iqbal(bekas anak muridku masa lecture kat ittar). Sebelum tu gi umah mak nak jemput abang n zhaim, tapi zhaim tido n abang tak mo ikut. so kami pegi la berempat jer.
masa sampai, pengantin baru abis makan. kita orang terus jumpa pengantin, salam2, bagi hadiah n amek gambar. pastu baru makan. masa makan, mata asyik dok tengok orang ramai tu...kot kot la ada yang kenal..hampa...tak de.
selesai makan, kami pun angkat kaki.
sedang berjalan ke arah kete, ada yang memanggil...haa..jumpa gak bekas2 studentku...nurharni shamsila n pasangannya izzudi. waa...x sangka la budak2 bedua ni ada affair. tahun depan insyaallah makan nasik kenduri derang pulak.
balik, amek anak2 n gi shah alam. cik abang nak jenguk bakal majikannya yang sedang sakit.
lama gak kat umah tu...ingatkan nak singgah kejap jer...lepas tu terus bekejar ke masjid negeri yang cantik tu untuk solat asar. kat sana, dengan tak sangka-sangka, jumpa sahabat lama masa blajar kat uum dulu....NOR. Norwati Samingan namanya yang berjualan di sana.
waa...tak sangkanya..setelah 8 atau 9 tahun juga tak jumpa. lama juga berborak2 dengannya tu sampai la azan maghrib. usai solat,, baru la berangkat ke giant yang dekat ngan stadium shah alam. haa..la ni destinasi soping kami kat giant je la....maklum la voucer banyakk... ha ha
kol 10 jugak la baru tiba kat umah. sampai umah, grey's anatomy dah main. dok pulak melongo depan TV. he he..ni la baru bangun update blog yang dah lama tak usik. sebenarnya banyak nak citer tapii...masalah teknikal...tak leh upload gambar yg kat dalam hp..waa...shimah...tak leh tunjuk gambar mi ari jemaat dating kita tuuu..

Monday, June 15, 2009

berkelah

sebelum basi

Sabtu lepas, 13 Jun 2009, kami sekeluarga (lengkap semuanya kecuali abang iparku yang entah di mana) telah pergi berkelah di Teratak Angah, Kampung Kemensah-alaa...belakang zoo negara tu. maka tetunai juga la hajatku.

haa..dapat berendam, tak ingat dunia dah. memula ingat nak bawak derang gi PD-tido sana. tapi sebab ada masalah teknikal, tak dapat la. lain kali la kekanda sponsor uolls gi mana2 ek.

layan gambar..ateh yang dah sama besar ngan orang yang mengandung kembar tu...ke dia yang sama besar ngan ateh?ateh kena gigit ulo kecik kat situ...haa...tak lama lagi org datang meminang ateh..aminnn! kejap je derang ingat pasal ulo tu..dah terjun balik dalam tu...tak hingat hape dah.
Kami yang teruja..dalam oo air tuu.
adik2ku yang sronot.

zhaim yang takut air..hu hu

lambat la upload gambo nih. nanti la ek sambung lagi. nak kuar..ade keje sket

Sekolah dahh..

ha ha...ari ni dah mula sekolah. betul ke aku dah sedia nak gi sekolah? malam tadi dah bising2 ngan anak2 suh siapkan apa2 yang patut. ibu? dalam perjalanan nak sampai sekolah tu..memacam pulak terpikr dan teringat.

1. Kunci pusat sumber tak bawak
2. resit nak bagi kat Ms Low tak bawak
3. kunci B.Sains yang ilang tak disettlekan lagi
4. kunci pendua kete ayah tak jumpa carik pagi ni
5. lupa nak charge hp semalam..akibatnya tengah hari tadi dah out
6. Pusat Sumber tak kemas lagi
7. Duit lori Ida tak ganti lagi
8. Duit haslina tak transfer lagi
9. ingat nak bagi balik kamera lela pagi tadi, lupa jugak. gambar2 dah trnsfer dah.
10. jadual kelas tambahan tak siap lagi-haa...mujur depa posponed minggu depan.

banyak lagii....10 tu pun dah cukup banyak dah. Ready dah ke sebenarnya nak gi sekolah ni? hu hu

Sunday, June 14, 2009

makan pagi ni

2 minggu ni keje aku memalam melawat blog sana-sini. wah...best la...dapat ramai kawan. sronokk...baca story mory derang..memacam kisah dan ragam. resepi pun banyak tapi...nak cuba tuu..blom lagi la..tunggu zhaim besau dulu. kalo tak dia dok masak sekali. payah!

haa...ni menu pagiku yang tak seberapa. janji anak-anakku tidak kelaparan.
1st: nasi goreng jer...lebih nasik malam tadik. he he

2nd:cucur jagung...ni aku suka. disebabkan gagau je mana2 bahan yang ada, maka dalam tu ada bawang ngan jagung je. barang masak dah banyak tak de pasal esok dah sekolah. makcik kalo dah sekolah tu ala-ala tak berapa masak...keh keh kehinilah gambar keseluruhannya: taraaa...plus se jug air teh yang mulanya nak buat teh o ais (kegemaran kami sekeluarga) tapi aisnya sikit sangat. so jadi la teh suam jer. bantai la. telur lebih buat hiasan tadi pun ada..budak2 sampai tak kenal...tanya lagi..ni apa ibu? sambil tunjuk kat telur tu. awat? teruk sangat ke ibu deco sampai tak kenal telur dadar dah? wa ka ka ka ka ka.

berhenti?

ibu: yahh..ibu nak berenti keje.

ayah: ha ha.

ibu: ala...ramai je parent kat sekolah tu laki dia orang gaji belas2 ribu tak keje. (jeles tgk derang tak keje tapi ada kete mahal, umah besau...ada maid lagii)

ayah: tunggu la stabil dulu...lepas tu nak berenti, berenti la.

ye ke aku nak berenti keje? aku kah itu yang berhasrat nak berenti keje? kalau aku berenti keje,...teruruskah rumah ini nanti? makin kurus atau makin gemuk aku? boring tak?

huh...aku berenti keje? tak mo la. penat je aku belajar..abis duit mak abah aku..baru je nak berbudi dah ada ati nak berenti. sudah sudah la tuu..

Saturday, June 13, 2009

voucer lagi-moh sopinggg

Setiap bulan dah boleh redeem voucer giant rege Rm500. kita orang kalo gi giant sampai tak tau nak ambek apa dah...hu hu..yang bulan lepas pun ada lagi. Haa...dah boleh pikir nak beli barang untuk diri sendiri la pulak. Tak yah pikir barang dapur sangat pasal dapur tu lambat jugak barangnya nak abis. maklum la...rajin telebih. he he

Tu yang dalam gambar tu:
RM500 yang baru redeem semalam
RM200 cikgu Lin punya
RM100 lebeh bulan lepas punya

Syok ooo...tak rugi join ceramic. Betul tak adik2ku? angguk je la kepla korang...korang tunggu hasil je kan? Yanti dah dapat voucernya. Masel dah sampai lom voucer ko? Syima MZ tengah tunggu. Lain kali SYIMA, saya akan collect sendiri untuk awak n pass pada Nasya awak. lagi cepat. Ari tu sebab tengah coti ( padahal boleh je nak singgah umah mama tu)...sorry la..silap percaturan. lambat gak sampai voucer kat umah ek?

untuk sape2 yg nak join ceramic : moh layan
http://www.jutawanceramic.com/index.php?member=liza_yacob

Thursday, June 11, 2009

tag lagi dari NINIE

layan tag dari kawan baruku NINIE

1. Apa Perasaan Anda Sekarang?
lega kerana :
1. abis dah tanda kertas pekse
2. baru je dapat high score bejeweled blitz kat fb tadi..he he

2. Saya nak makan...
baby char koi yang kat pasar tani bawah jembatan tu kat ampang hilir tuu...jap agi cik abang nak balik, leh pesan

3. Saya tak suka...
saya tak suka..aaa...tak suka...buat benda yang saya tak suka buat. example...aaa...aaa...apa-apa la

4. Impian saya?
nak bawak mak n adik2 gi jalan2. mana2 la ...tak kisah.

5. Haiwan yang saya tak suka?
babi lor...n haiwan2 menjalar-geli.

6. Saya harapkan...
impian saya yang banyak ni akan tercapai.

7. Jika boleh diputarkan masa?
saya nak kembali ke zaman sekolah rendah dulu...best!

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
sudah memiliki rumah dan kereta idaman serta dah pegi melancong ke banyak tempat dengan family

9. Handphone saya adalah...
Nokia 6500 - betul ke ni? bukannya ingat sangat nombor2 ni.

10. Saya pernah bercinta sebanyak?
wahh...soklan killer. entah la ...tak ingat...ni masuk cinta gayut2 a.k.a cinta monyet ke? he he...tak terjawab la soklan ni.

11. Saya suka pada...
suami saya...he he

12. Kawan-kawan saya...
yang sanggup susah senang dengan saya. Tak leh senaraikan nama...nanti ada yang kecik ati.

13. Pernah dikhianati?
Pernah...

14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap org yang mengkhianati
belajar memaafkan...ada la tu balasannya tu nanti.


Senaraikan 5 orang untuk di Tag:
1. Ateh
2. Hajar
3. Ann
4. Cikgu Dila CBN2
5. Shimah

siap tanda paper exam


alhamdulillah...kertas2 pekse yang tetangguh2 nak tanda tu akhirnya siap. kalau rajin, lama dah siap tuu...bukannya susah nak tanda paper math.

macam mana result? lom buat statistik lagi. tapi nampaknya 3D semua lulus ( C hingga A la kan). Abbygail sorang je dapat 100%. terrer la itu budak. yang 99% ada 2- Arisya Amalin N Zeynah. Secara keseluruhannya, 19 orang dapat A dalam 3D termasuklah Qaisara.

3Z - 8 orang merah tapi ok la...markah nak dekat C dah semuanya. Tak de yang dapat A. 3Z ni tak leh nak buat statistik lagi pasal 2 orang tak isi nama kat borang OMR. apsal la tak isi nama ek?

3N-11 orang je lulus dengan 2 orang dapat B. Hmm, Selvi, u have to do something la ek.

lepas ni ada benda lagi nak tanda...bukan kertas pekse laaa

Wednesday, June 10, 2009

ari ni

ari ni kena masak pasal kami tak pegi memana. lagipun dah pg beli barang2 semalam. teringin nak masak benda ni...lama tak masak. last makan masa makan nasi ambeng kat Damansara masa DIGI RAP ari tu. teringat kat Ann...dia suka benda ni.
Ada orang kata namanya sayur petani, ada yang kata sayur jawa, ...apa-apa je la namanya. Sayur kacang panjang campur.
keli masak pedas

ni pulak abang request. semalam ingat nak buat ikan 3 rasa, tapi abang mintak suh ibu masak ikan keli masak pedas. ibu masak dah tapi abang pulak tak de- gi umah nenek. Tapii...mujur jugak abang ngan kakak tak dek pasal ibu tak sedar beras dah tinggal sket. Makan tadi cecukup jek untuk ibu, ayah n aiesya tanpa boleh menambah. kah kah kah. Mujur gak. kalo tak...sah tambah lagi berat badan.

ayam... ibu tak jadik masak pasal anak2 ibu yang suke ngan ayam tak dek. ( alasann..)

Tuesday, June 09, 2009

BI wajib lulus?

Tun M sokong. Aku? Pada zahirnya menyokong sebab aku dok kat bandar besar ni...yg English tu memang perlu..ramai jer orang yang berbahasa Inggeris di sekelilingku sehinggakan kalo tak reti nak reply in English, boleh menyebabkan rasa rendah diri oo...ade gak rasa nak gi kelas BI kat mana2...

tapi bila pikirkan anakku nan sorang tu..yang tak berapa nak reti BI ni, hmm..alamak...nak sokong ke tak sokong?

Alia tanya soklan senang jer kat abang dia,"how old are u?"

abang jawab,"i is 11 old". Haa kau...tapi memang abang ada cakap ngan ibu yang abang tak berapa nak paham BI ni. apa tndakan ibu?

bila pikir pulak derang yang kat pendalaman tu...hmm...

ala...aku dulu pun bukannya terror mana pun...tapi la ni bila paksa2 diri, ok jugak la ngan BI ni. Forcing is a good way of learning for me..kalo tak paksa, tak jalannn.

dulu masa kat maktab, Mr Wang (lect BIku yang baik hati) tanya aku pasal kelas BI kat U dulu.

aku jawab,"i fell like i want to run away from the class". he he...depa gelak. ha..memang pun. dah la lect foreigner. I end up dapat adik beradik A la jugak kat maktab. haa...sesuatu yang aku harapkan tapi tak la dapat lawan adikku Aini Bahar yang memang terer Bi tuh. Rindu la kat uolls. Kak Monie kata nak jalan2 KL...mana Kak Monie ni?

apa-apa pun, aku dengan setia akan menunggu keputusan sebenarnya...nak diwajibkan atau tidak BI tu.

Pasport

hmm..ari ni amek kesempatan semua coti untuk gi imigresen. ayah kata..cepat sangat buat takut cepat tamat...ha ha...5 tahun lagi tuu...ibu kata, alaa...bila lagi nak buat? hari ni kan semua cutii...akhirnya ayah akur sebab yang nak kuar duit bukannya dia. he he
Jumlah belanja :
1. dewasa (ibu saja pasal ayah dah ada) -> RM300
2. budak ( 4 horang tuh) ->RM600(sorang RM150)
3. gambar n isi2 borang kat kedai cina tuh -> RM50
4. ayah tuang minyak kete yg abis tu guna duit ibu..he he ->RM50

TOTAl : RM1000 ( ni semua pakai duit untung ceramic...tu yang tak rasa apa-apa bila kuar duit tadi) he he

bulan depan buat mak punya lak. Nak gi entah kemana ujung tahun ni nak bawak mak n mak pak mentua sekali. Adik2ku, sapa mau ikut, buat passport sundri...itu belanja pegi, boleh tolak duit ceramic..ada mau ka? ha ha ha ha ha. sempat lagii...cadang nak gi bulan 12 nanti. lu pikir la sendiri.

moga diperkenankan hasratku ini...aminnn.

Saturday, June 06, 2009

berita hari ini

Gambar2 hari ni ( as requested by Ateh )
Ini pengantin selepas make up kat kedai. Tema : Ijau. Terima kasih WRD n Tuan WRD kerana pinjamkan ketemu untuk bawak pengantin bersolek.
Ni pulak anak-anak yang bertugas sebagai pembahagi telur dan goodie bags..wa ka ka ka
taraa...angsaku yang sudah "bertelur" siap untuk diagih2kan.
Seterusnya..inilah aksi2 kami melayan si manja kami..masih tak berapa sihat tu.hu hu. sabar je la.
Abah mentuaku yang bz today..steady la bah!
yang ni pulak ibu in law ku yang coolll..
pak pak pung pung..pengantin dah sampaii
lepas ko minum, aku pulak minum..mana aci ko je minumm..ha ha
Pengantin yang kelaparan dan kepanasan dan kehausan..makan time!
serangggg...rebut lauk pengantin.

Friday, June 05, 2009

hu hu

Nyampah ar balik kg ngan keaadaan anak2 demam..n aku pun selesema + batuk.

Alia dah sampai sini baru demam. Sambung adik2 punya demam. Aiesya kat sini dah boleh sengih2..kat umah ari tu dia yang paling lembek sbb demam. Zhaim sambung demam balik...mula la buat perangai mamat tu..payah ibu nak buat keje. Rimass....dah la panas. panasssssss...

Ari ni Mak Teh dah selamat menikah. Haa..korang baru menikah dah montel...lepas ni lagi montel la ek? sedap jer aku mengata..he he
Ni hah pengantinnya..yang pompuan tu la my SIL

Kite orang sampai kul 1 pagi tadi...nak terus tido pun tak leh sebab si Zhaim tak mo tido. Siang ari ni asyik dok mengamuk jer...tak tahan juga ibu dibuatnya. Tambah lagi dengan keadaan yang panas...kurang sabar sket ibu ari ni. Mujur ada laptop ni penawar kurang sabar ibu..he he

Alamak...nak kena touch up hantaran makcik tu la...pengantin dok sibuk tanya..

"Kak Liza dah tengok hantaran tu? Ok tak? Nak tena tambah apa-apa tak?"

Aku pun, pasal suka ngan benda2 cam ni, dok komen itu ini..akhirnya...

"Kak Liza tolong buatkan la ya", pengantin kata.

Aku on jer...kalau Zhaim tak kacau n barang2 nak touch up tu dah ade ke? Kalo nak kena beli, hmm...abah bagi ke kuar ni? Abah tu payah sket.

Ni gambar hantaran...Ok je kan kalau tak touch up pun? Rasanya depa tak la cerewet macam family di N***** tu. Siap nangis2 lagi kata hantaran tak standard depa. Wahh...mau ku lepukkk kepala mereka. N endingnya aku juga yang kena tipu..( sah korang tak paham kan? tak pe...biar aku je yg paham).
Ni gambar Zhaim merajuk dengan dipujuk oleh kedua2 kakaknya..Majuk pasal orang tak mo layan dia. Bising satu masjid dengan suara dia.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...