Monday, September 28, 2009

mangsa2 ribut di FILIPINA

2 comments
Ribut Tropika Ketsana, 26 September 2009

Manila dan kawasan sekitarnya ditenggelami hujan lebat selama sembilan jam semalam mengakibatkan banjir yang melumpuhkan 80 peratus kawasan di ibu negara Filipina itu.

ibu cuba...

1 comments
tadi, masa carik2 barang kat tesko ampang,
tetiba kakak alia berkata

" ibu cuba la masak kek. kakak tak penah tengok ibu masak kek"

huh

dialog yang mencabar

jawapan ibu :

" ibu tak suka makan kek so ibu tak suka nak masak kek"

boleh ke?

memang tak suka pun buat2 kek nih. makan? sesikit leh ar.

sorry la kaka. hu hu

Saturday, September 26, 2009

sanggup tak?

4 comments
sanggup tak aplikasikan seni di badan anda tanpa seurat benang pun macam ni..
:
:
:


sape sanggup? angkat tangan!

Friday, September 25, 2009

ari jadi

0 comments
selamat ari jadi to pak mentuaku

yang ke..? alaaaa...tak kisah la.

dah wish/sms dah pagi tadi

semalam hubby kata nak beli hadiah untuk ma dia, makku, ayahnya n adik bongsunya.

hadiah untukku??

Thursday, September 24, 2009

beraya di PETROSAINS

2 comments
permintaan my MIL. tak tau nak pegi mana so diajaknya kami ke petrosains. Ok la gak since me myself pun tak penah masuk dalam. sampai kat luar tu dah banyak kali dah.

n becoz me mengiringi mereka itew, maka he he...me la yang kuarkan doet untok tiket masok. no no...not doet actually...swipe kk je coz takut cash yang ada nak guna nanti2. mana la tau derang nak makan kerr..nak minum kerr..tak pe la kan...sekali sekala.

budak2 begitu teruja. me myself memang teruja tapi keterujaanku disekat oleh si zhaim yang tak reti duduk diam. kakak n abang n pakcik makciknya serta FIL n MIL plus bibik sibuk melayan keterujaan mereka maka ibu la jua tempat zhaim bermanja. kalau tidak dilayan, takut ibu yang menangis meratap kehilangan anakku itew. dia tu dah la tak kisah ngan orang. sesape amek dia pun dia tak kisah.

penat melayan zhaim. yang tak best lagi, derang semua dapat rasa naik helikopter simulasi tu..ibu pulak tak lepas pasal zhaim tidak memenuhi syarat kelayakan. ibu la juga menjadi bibik menjaga zhaim. nanti nak pegi nak en. hubby n of course en. hubby yang akan jaga zhaim. he he

so...ringkasnya, ari ni ari yang memenatkan. dah la lapar. layan gambo ek.
mereka-mereka ini yang kubawa ke alam sains
anak-anakku yang teruja
derang ni dah lama nak masuk kat dalam ni. puas ati la dapat bawak masuk derang nih.saat-saat melayan zhaim

soklan cepumas

3 comments
dialog antara FIL ngan Aiesya kat Kulim masa raye ari tu..

FIL : nape Aiesya ni kurus sangat? kat sekolah makan tak?

Aiesya : angguk jer dia

FIL : kat rumah makan tak? ibu tak masak ya kat rumah ?

n Aiesya jawab :
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Aiesya : Masak.

Fuh...lega! ha ha

sahur

3 comments
sahur?

eheh...pepagi ni bangun cam bulan poser siapkan sahur pak mentua. wa ha ha..baiknyer menantunya nan sorang inih...kih kih kih kih. alaa...bukannya apa. pasal lauk dan benda nak masak dah ada. cuma la ni tepikir...

nak masak apa untuk MIL n anak2 sarapan pagi ni.

Wednesday, September 23, 2009

pulakk...

2 comments
tadi dah conpem tak nak tido sini...kite pun dah selesa dah main game sambil masak lambat2, tup2 jadik pulak tido sini. adusss..

pas tu pulak kata dah makan. tetiba sampai sini, baru nak makan. derang bawak la bekal nasik 3 bungkus n lauk pauk kedai, tapiii...kalau nak tambah, memang tak dek la pasal hakak tak masak nasik. pasal budak2 ni semua, ngan bapak budak2 kata dah kenyang. mak budak ni, dengar cenggitu, terus malas nak makan walaupun terasa laparnya.

mujur juga 2 jenis lauk udah ku masak sebentar tadik n pak mentuaku pulak..menunggu laukku itew. mujur masak...kalo tak?

hakak malu atau derang malu? hu hu hu

tak suker kezutan yang cenggitew tau.

raya keempat

2 comments
masa ini diriku n family udah sampai di rumah. sebelum sampai umah tadi, singgah tesko ampang untuk beli barang nak masak. kununnya pak n mak mentuaku, serta bibik mereka juga adik2 iparku mau singgah n tidur di rumahku. kami turun dari kulim tadi beramai2. derang semua nak beraya kat KL. beria la hakak menyiapkan bahan nak masak. balik2 terus masak. bila tepon,............................................................................., tak jadik pulak nak datang n tido tang ni. tido umah adik ipar kat melawati. hu hu

so...kite masak lelambat sket la memandangkan mereka2 di rumah ini telah pun mengisi perut memasing kecuali hakak. kita isi n3 blog duluu. keh keh keh.

hampeh!! benci la benda yang tak jadik nih.

Monday, September 21, 2009

rayaku yang tak happening

2 comments
bangun pagi baru la sibuk nak mop lantai n ngemas bagai, sementara tunggu mereka2 yang gi mesjid balik. then only gi umah mak. salam salam n bermaafan sambil menghulur angpau rayer diikuti ngan meeting. meeting? abang long je yang becakap tak berenti..yang lelain senyap jer n tau2 semua dah bertaburan mencari makanan kat dapur. ape ntah yang dimeeting kan...makcik tak paham. korang settlekan la. eden nanti tandatangan je.

lepas makan, gi umah jiran lama n ke rumah kak shila. alhamdulillah masih mampu mengawal nafsu makan. korang makan beria ke? then balik konon nak bersiap2 balik kulim. he he...ngadap tenet dulu walaupun mata ngantuks. acara wajib!

kul 11 baru bertolak balik. dalam kete...ape la lagi kan? ngorok laaa.

ni tengah tunggu zhaim bangun. agenda ari ni...ke Alor Setar rasanya.

alaaa.....kamera tak dek arr..

Sunday, September 20, 2009

still tak puas ati

0 comments
dah pukul 3 pagi ni and i'm still searching for my peberet templet. tak jumpa lagi...akan ku teruskan pencarian. nak kena tido dah....jap agi nak bangun..rayaa...tak de mood raya la. hu hu

Friday, September 18, 2009

lagi pasal raya

1 comments
ecard dari farra. tq farra.

kad raya bebetul dari student2 n mak2 student pulak :

ni pulak
kesan kebakaran di dinding n lantai.

hampir2 nak bakar rumah....disebabkan bunga api jer. belum lagi mercun bagaiii

kisahnya si Aiesya. semalam la tuu..ayah dah bawak turun main bunga api, naik atas, nak main lagi. masa pegang, bila rasa dah panas, di lemparnya bunga api yang masih berapi tu ke lantai. kebetulan atas lantai yu ada sekotak lagi yang masih blom di apikan. apa lagiii...tebakar la yang sekotak tu. dia pulak bila dah nampak api marak...melolong la. mujur ayah ada. ibu nak tido tak jadik tido..tengah malam dah masa tu.

ari ni, ibu ghajin sikit jer. mengemas ini :
n sibuk mengemas, terjumpa ini
surat beranak si zharif
yang dah sekian lama dirasakan ilang dan dah berganti baru pun.

alia pulak dah rasmikan baju raya dia yang tok dia buat pasal nak masuk pertandingan nasyid kat sekolah. ha ha. mujur la anak2ku tak banyak kerenah pasal baju raya. dah la satu tu je baju kurung raya dia.
tesengih je anak daraku itew.

me without...

0 comments
me without
sungguh menyiksakan.
hanya menggunakan kamera dari hp yang tak berapa besar otaknya tuh,

tak dapek la daku
menjadi wartawan yang berjaya

untuk diriku dan sekolahku.

maap la parent2 n anak2 yang na tgk blog sekolah tu dalam keadaan terkini.

diriku tidak berdaya...

misi

8 comments
misi pagi ni ialah...tidur semula lepas sahur. letih wei...malam tadi tido kul 1 lebih. hari sebelumnya pun tido lewat n tak dapat ganti tido di siang harinya. so wajib la qada tido.

Thursday, September 17, 2009

2 tahun

3 comments
budak ini
hari ini telah genap 2 tahun.

2 tahun lepas, hari ke-5 puasa, ibu melahirkan zhaim dengan susah payahnya pasal besau. tu pun gi menyerah diri kata doktor la. padahal nak gi amik mc je.

HAPPY BIRTHDAY ZHAIM SAYANG.

Wednesday, September 16, 2009

Kad Raya

2 comments
kutip2 kad raya. TQ semua.

1. dari MamaDanish
2. dari Zety Zin - Permata Hati Mama
3. dari Yours Truly-Kak AVE

4. dari Rinna

Monday, September 14, 2009

citer lawak "menate cis"

2 comments
kejadian berlaku di negeri Cik CT Wan Kembang

supaya korang lebih menghayati, kuberikan makna perkataan itew dulu

menate cis dalam loghat kelantan ialah satu bahasa memaki hamun orang yang bermaksud 'binatang cis'.

seorang budak bernama Husin suke sangat gunakan perkataan nate cis ni. setiap ayat dia mesti ada perkataan menate cis tu. contohnya...

eh menate cis! mu make ko dok lagi?
(maknanya dia tegur kawan dia tanya dah makan ke belum?)

suatu hari, nak dijadikan citer, kat sekolah dia cikgu tak datang. maka kelas dia tu bising la. si Husin ni la bapak segala bisingnya. di kelas sebelah, ada cikgu India yang datang dari KL sedang mengajar. bila dengar riuh2 gitu, dia pun datang la marah-marah.

cikgu tu kata,
pelajar semua, jangan bising. saya mengajar di kelas sebelah.
jangan bising! jangan bising!

budak2 tu pun diam la kejap. kejap jer..biasa la kan. lepas 2 minit, bising balik.
Husin ni, dok la melaung-laung panggil kawan-kawan dia..
"woi...menate cis"

kebetulan cikgu India tu masuk balik ke kelas.

"Apa you cakap tadi? Apa menate cis tu?"
, soal cikgu India tu

"menate cis tu maknanya jangan bising cikgu",
kata si Husin.

kengkawan si Husin dah mula menahan gelak.

Cikgu India tu pulak jegilkan mata pada budak2 tu dan berkata..

"Pelajar-pelajar semua,..menate cis. Saya cakap menate cis, menate cis laaa..", laungnya.

apa lagi? terbahak2 la budak2 tu ketawa dan cikgu India tu terpinga2.
mujur guru besar lalu dan bila diketahui cerita sebenar, Husin pun kena denda laa.

he he...moral of the story : kalau nak guna bahasa orang, biar tau dulu bebetul maknanya. ye tak? one more moralnya: tak leh caye sangat cakap bebudak zaman sekarang nih. ehehhh..

hakak tegelak besau baca citer nih pasal hakak paham maknanya tuh...maklum ler...ade keturunan sana jugak.

kat mana baca ? kalau nak baca versi penuh, sila dapatkan mastika keluaran oktober 2009. Tuan editor, tolong promote ni tak de komisen ke? hu hu

Tamat

0 comments
ari ni, dengan terhantarnya semua bahan2 UPSR, maka tamatlah tugasku sebagai KP UPSR. Tq to cikgu Lehan yang banyak membantu KPmu yang lemah ini.

Sunday, September 13, 2009

12 tahun

17 comments
pada tarikh keramat ini, 12 tahun yang lalu, kami dinikahkan dalam suasana yang cukup sederhana dengan mas kahwinnya RM80 tunaiiiii.
ini la gambar masa hari kenduri keesokan harinya. kami ni tak banyak gambar berdua sebabnya cik abang tu ala ala pemalu gitew. tak mo amek gambar...rugiiiii..tak de kenangan sangat tapii..alhamdulillah la. dah 12 tahun kami bersama dan selama ini, kami dikurniakan 2 orang putera dan 2 orang puteri(Zharif, Aliah, Aiesya n Zhaim).

mase kawin nih, tengah belajar lagi. eh bukan...tengah jalani praktikum kat ampang point. still ada 1 more sem nak abiskan degree. kawen pun ngan duit pinjaman MARA. mujur la tak yah bayar balik. he he. semuanya pak mentuaku punya pasal. ta mo tanggung dosa katanya so dari 2 tahun tempoh bertunang, jadi 7 bulan je. ok la. lepas kawen lagi senang rasanya belajar.

sangat2 mencabar membesarkan anak2 di zaman ini namun..semuanya perlu diatasi. moga mereka membesar menjadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat. aminn!!

moga terus bersama selamanya la ya.

happy birthday to my sis asiah(today) n the other one laila(semalam). kak ija dah belanja ek semalam.
dari kiri, ateh n lela

pilih...nak hadiah ke nak duit raya? pilih cepat!

Saturday, September 12, 2009

kad raya

2 comments
dari ibu ayu. thank q IBU AYU.

bebuka

0 comments
ari ni kami sekeluarga akan berbuka di Restoren Po'Sen kat kajang. tak sabar nak jumpe kengkawan matrik ku. kali ni baru leh join derang.

lama tak update

2 comments
alhamdulillah...tugasku sebagai
dah hampir selesai. hanya akan selesai isnin ini insyallah.
disebabkan dia ni la makanya blog ini dan juga urusan2 rumah terpaksa ditolak ke tepi.

hmm...ni hah gambar kete yang memblok keteku ari tu.
banyak juga dengar pasal soalan2 bocor atau jawapan2 bocor. tetiap tahun pun cenggitu. rhamai je orang tak amanah kat dunia ni ek. ada yang anta sms jawapan sebelum exam n jawpan2 tu memang sama ngan jawapan2 yang betul dlm kertas soklan. ada juga sekolah yang cuba2 memberikan jawapan kat budak2 yang tengah exam tu..memacam cara la nak bagi prestasi meningkat tapi...merosakkan budak2. kalau dpt 5A pun, tak berkualiti. rosakk...rosakk...

n teringin sangat nak buat ni
ayam percik.

masak petang semalam untuk berbuka. first time buat nih.h.ok la...abang zharif kata..sedap! warnanya tu a bit yellow tapi tak berapa nampak dalam gambar. ha ha

resepi :
  • 1 sekor ayam yang dipotong
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2
selamat mencuba. tak berapa ada mood la nak update. panggilan mata lagi kuat ni. he he


Wednesday, September 09, 2009

Keteku kena blok

5 comments
arghhh...ari ni pekse abis awal...satu paper je. 9.30 dah keluar dari pusat exam. some more tak yah beratur bagai nak pos kertas jawapan. tapi...sehingga kini (11.10 am) aku masih lagi tersekat di jabatan nih sebab kan dua buah kete parking kat tengah-tengah jalan. pastu..orangnya pulak keluar dari kawasan nih...( gmbar upload kendian ek pasal wayar tak bawak )

pandai sungguh korang ek...parking tetengah jalan. kalau kete lain tak dek kat depan korang tak ngape la jugak. parking la tang tu...tak de saper nak marah...ni ade kete lain....otak tak dak ka? tak pikir kat orang lain ke? hu hu...akak yang meranaaaaa...mujur ada bb n lappty ku inih. tapiii.........................................bateri dah nak abis dahhh..dah tahap kritikal nih.

adoiiii.....tolonggggggg!!!!!!!

Monday, September 07, 2009

UPSR

8 comments
seperti mana budak2 tahun 6 berdebar, saya juga berdebar pasal saya kena mengetuai pengawasan esok. mujur ader cikgu lehan bersama2 sayer...hu hu..tadi dah gi melawat sekolah..rasa mcm VIP jer. semua dengar kata kita..ha ha ha ha..aku berkuasa! aku berkuasaaaaa!! giler meroyan jap! eheh.

Sunday, September 06, 2009

Jalur Gemilang dibakar

6 comments

alahai...
indonesia...
kita berbudi...
dia buat tuli....
kita bantu....
dia jadi hantu....
kita mengaku serumpun..
dia mintak kita pula mohon ampun...

tak hairanlah..
macam2 bencana Allah turun kat depa..
dari banjir sampai gempa bumi..
bila dah senang..
hadoi..
jalur kita dibakarnya..

puisi di atas dipetik dari blog Mazidul Akmal SideK

dah banyak kali dah saya baca tentang kemarahan mereka dengan rakyat negara kita yang mereka cap sebagai peniru, penciplak. sampaikan student perubatan kat sana nak dikeluarkan sebab takut banyak lagi "benda2" derang kita ciplak. haaa...sebelum nak kuarkan orang2 kiter...kuarkan dulu orang2 awak kat sini ya! dah juta dah bilangan derang nih. dah la carik rezeki senang...duit dapat banyak...rumah pun dah besar2, meniaga pun derang conquer..ade ati lagi nak bermusuhan ngan kiter. bukan tu jer...program TV pun penuh ngan ceriter depa. skrg..radio pun sama. asyik dok putar lagu indon. siap ada program bibik terbaik lagi ari tu. meluat sungguh!

baru2 ni...adikku ada sms tanya nak orang gaji ke tak? tanpa berfikir panjang, hakak kater..tak mo. serik la melayan derang nih. kita punya la baik..dia buat pasal. tu hutang pun tak abis bayar lagi dah hilang entah ke mana. nyampas!

ni salah satu komen kat blog mazidul :

aku plajar mesia kat indonesia.. serius aku kata, aku takut ngan isu ni..

kalo xde penyelesaian memang ktorg yg jadi mangsa..

macam mana rasa bila kita ada urusan dengan mana2 pejabat tapi semua dipersulitkan. hanya kerana aku anak malaysia..

eee geram gila..

huh...orang kita kat sana bukan main lagi dipayahkan segala urusan...derang kat sini? ukan main senang lagiii...semua dapat. rumah pun dapat!

Rumusannya :

Kenapa Orang Indonesia ramai yang kurang akal dan suka berbuat perkara sedemikian seperti Membakar Bendera Malaysia?

Jawapanya ialah:
1. Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?

2. Hasil apakah yg dapat dibanggakan?

3. Teknologi apa yang mereka ada?

4. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri?

5. Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris?

5. Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia?

6. Berapa ramaikah yang menyanjungi Malaysia sebagai punca rezeki mereka?

7. Berapa ramaikah rakyat mereka yang pandai mengunakan handphone dan komputer?

Anda fikirlah sendiri.

Semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa, bukan manusia yang suka berdemontrasi di atas jalan, menulis blog negative dan sensitive serta tidak membakar Bendera Malaysia.

pagi ni

4 comments
biarpun malam tadi tidurnya lewat n tidur juga diganggu bunyi2 si zhaim, n juga bunyi angin yang bertiup kencang pagi tadi, juga kena bagun awal siap2kan makan sahur anak2 n hubby, mata ni tak rasa ngantuks sebab...pagi semalam dah marathon tido lepas sahur ngan anak2. hu hu

Saturday, September 05, 2009

Pergi tak kembali..

6 comments
2 Sept 2009

pukul 7 keluar umah. memula anta abang zharif gi sekolah n then anta kakak alia ke umah nenek. pastu terus ke SK Polis Depot. ingatkan dah kuar awal...rupa2nya...sejam baru nak sampai sekolah tuh. punya la lama pasal jem. kalau ikut kilometer...15km saja. KL...tak jem tak namanya KL kan? gambar tu...sempat la snap dalam keboringan. sekolah dekat sangat dah tu tapi nak masuk kawasan sekolah tu..1/2 jam juga. mujur meeting tamat awal. bulan poser kan? bukannya interested sangat ngan meeting2 nih. tapi UPSR punya pasal...

malam tuh...dapat panggilan kata Tok Siah meninggal. en. hubby dah tido dah. tetengah tido, terdengar en hubby dok bebincang ngan adik beradik dia..nak balik ke tak nak balik. aduss...kalo dia balik, payah la ibu nak uruskan anak2...sah la kena hantar mesej pd en. shah..saya satang lewat hari ni..hu hu. tido balik.

3 Sept 2009

bangun macam biasa la nak siapkan sahur n masa sahur tu decide semua nak balik pasal adik dia tak boleh balik sekali. mayat nak di tanam pukul 11 pagi. so lepas sahur, dalam 6.20 kami bertolak. sehelai sepinggang je kami balik kecuali zhaim laa...dia kena la bepinggang-pinggang pasal balik tu pun dia tak mandi lagi. sebelum betolak tu hantar mesej kepada 2 orang utama...en. shah n cikgu lehan.

punya la pecut en. hubby, 9.30 ante meridien, kami dah sampai. en. hubby memang cenggitu. bawak kete tak leh slow2. kalau kita tegur..dia tanya kita balik..laju ke? pastu dia akan kata...dia rasa biasa jer.

haah..ye la tu. tak jadi apa-apa tak pe la kan?

so, kita orang sempat la tgk segala proses. masa sampai tu, arwah sedang dimandikan. orang ramai...ibu tak sempat la nak snap gambar2 yang terang n jelas. pastu..benda tepon ni pulak tak leh nak simpan banyak2 gambar. asyik2 kuar mesej kata memory full.

so dapat la gambar2 ni jer..
kami bertolak balik ke KL pukul 3 lebih nak dekat pukul 4. Sampai tang zoo negara, jem. alaa...bebuka dalam kete la nampaknya. mujur la ada air masak untuk buat susu zhaim. kita orang bebuka ngan air tu la. sampai, singgah kedai n balik n tido. esoknya sekolahhhh..

siapa Tok Siah? Nenda en. hubby yang dah lama terlantar sakit tua. umur dalam sijil kematian : 93. tapi sebenarnya lebih dahh..

Wednesday, September 02, 2009

teruja sangat

7 comments
teruja sangat nak tengok nih
1, 2, 3 semua dah tengok. best...maut mengejar mereka.
kelakar je derang nih sebenarnya...leh pulak lari2 dari maut.
mengerikan pulak tuh cara kematian.
tapi hakak memang suka citer2 yang seumpama dengan ini...citer hantu dan sebagainya. citer2 sadis tuh..kureng diminati tapi tengok la jugak...kalau tertengok masa orang lain pasang. sesaja nak pasang...tak de la.

ader competition lagii untuk citer tuh..kat nuffnang. korang klik je la iklan nuffnang kat atas tuh...tak pun kat blog memasing pun ader. mummy2 yang ghajin masuk competition tuh, elok la menyertai.

sekian. mahu bersahur n sesiap nak gi meeting. ari ni tak gi skolah weh...meeting a.k.a dating ngan cikgu lehan.

sakit ati jer...

5 comments
semalam, since balik sekolah till malam, internet connection sesangat la teruknya. sakit ati dibuatnya. ye la..tetiap ari dapat melayan tenet, tetiba semalam tak leh. tu yang pepagi buta lauk pauk sahur tak masak lagi okeh terus ngadap..hi hi

petang balik sekolah, after dah beli barang2 nak masak, my intention is nak surfe internet to get receipe untuk ikan..nak buat ikan kukus laa..kan dah ada periuk kukus baruu. he he

klik punya klik punya klik punya klik punya klik, tak leh connect. sampai terlena la depan laptop tuh. jaga2, terus klik n klik lagi. pastu terlena lagi..pastu klik lagii.
si alia dah syok sampai London dah.

tengok jam...alaa...dah pukul 5. jap lagi nak turun amek anak2 pulak. resepi tak dapat2 lagi. bukan apaa...takut tak sempat masak. senang je sebenarnya..PaRam ade je depan umah tapi malas arr nak gi..ujan!

so, terus bangun n carik ni
carik punya carik punya carik punya belek punya belek,
ader la jumpa resepi2 yang ala2 nak sruper tapi still tak puas ati

tengok2 jam..udah pukul 5.15.

last2...bantuan hayat.
call bonda

n after call, prong prang prong prang bersilat kat dapur,..
dalam 5.40 dah leh turun amek budak2. sesi memasak di sambung selepas pulang dari mengambil budak2.

dan...hasilnya...
lauk2 lain tuh tak yah tayang la kan..pasal dok tumpu kat si dia ni je. he he. ikan panjang sangat so dah kena potong dua dah.

mabeles...licin. tq bondaku. pasal la sesusah kan? guna je la talian hayat tu dari awal..sbnrnya saja la..nak tunjuk terer. keh keh keh. resepi? korang lagi ekspert la. tak yah la kot.

Tuesday, September 01, 2009

sekolah dahh...

6 comments
hu hu...ari ni dah start sekolah...dah tak leh tido lepas sahur...hu hu

he he...nampak sesangat la tak buat amal ibadah di bulan mulia nih.