HOLIDAY

Saturday, October 31, 2009

berhasil

Alia sedang tekun mempraktikkan ajaran ibu.

ini hasilnya..ha ha
hasil kerja tangan kakak alia
(abaikan buku rekod yang kelihatan sedikit itew ya)

alhamdulillah dapat A.

Thursday, October 29, 2009

exam PSV

seperti biasa, setibanya hari pekse seni,
ibu akan bertungkos lomos menunjuk ajar
apa yang perlu kakak alia buat pagi ni.

kalau kakak ikut apa ibu kata, insyaallah A dalam tangan.
ha ha
( ini khas untuk exam seni saja ya)

so...ini la tajuk pilihan ibu
yang kakak alia akan laksanakan pagi ni.

kuda kepang

semoga berjaya

Wednesday, October 28, 2009

Murid hanyut

seperti biasa saya akan mengarahkan alia membeli Metro sementara menunggu makanan sampai.

berita mengenai murid2 yang hanyut di Kuala Dipang ini amat menyentuh hati.

"walaupun berjaya menyelamatkan sembilan daripada mereka, dia dan Ismail terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan tiga murid lain yang masih berpaut di tengah jambatan runtuh itu.
a
Ismail berkata, dia menangis sebaik melihat tiga mangsa lemas itu melepaskan pautan tangan masing-masing pada kabel jambatan sebelum hanyut dibawa arus"

bergenang air mata saya kerana sambil membaca, saya membayangkan keadaan dan kejadian itu.

harus la ramai parents sekolahku yang takut nak anta anak2 manja mereka ke mana2 program luar.

Tuesday, October 27, 2009

Seri Siantan vs Seri Satria

hari khamis lepas, kami ( me n cikgu lehan) diarahkan
ke Putrajaya. Memula kompius.
tang mana laa letaknya tempat tuh.
bila memikirkan nak kena bawak kete ke sana,
seramnya!
maklum la,
jalan kat putrajaya tu amatlah membingungkan.
boleh sesat.

tapi kami bedua cekalkan ati mematuhi arahan bos a.k.a kakak angkat cikgu lehan itew.
berpandukan GPS, kami bergerak ke Persint 16.

sampai juga la tang tu setelah dengan taatnya mendengar kata pompuan GPS tu.
tapi sampai tang surau. alamak!

kami berenti banyak kali jugak tanya orang dalam hujan renyai.
kena berenti tanya la pasai cubaan menelepon Cik Puan AV tak dapat2. hu hu

lawak laa bila ingat. nak citer kat korang pun tak berapa nak pandai.
cuma kami je la yang tau betapa lawaksnya.
semua yang tanya tu tak tau tempat tu kat mana. haha
pasal apa?
sebenarnya kita orang carik Seri Satria
tapi tanya Seri Siantan. mana la orang tau kan?
abang polis yang kita orang tanya tu pun kompius.

ini la Seri Satria, kediaman PM kita buat masa ini sementara Seri Perdana siap diubahsuai.
layan la beberapa gambar yang sempat disnap.
ni hah pas masuk
salah satu hiasan kat dalam dewan tuh
gambar mereka
gambar kelam kami. kamera tu saje jeles tak bagi nampak muka cun kami. he he

Buat apa gi sana?
nanti nak kena anta budak2 buat presentation depan PM n isterinya.
tu la pasalnya.

sekian.

Monday, October 26, 2009

Sunday, October 25, 2009

puasa 2012..peringatan buat yang leka

from an email fowarded to me :

Cuba kira...
1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)

Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar


Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)

Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar


Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)

Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Saturday, October 24, 2009

ni la sebabnya..

ni la sebabnya saya tak bagi anak2 saya pegi mana2 sendiri walaupun dekat.
hatta nak turun bawah pegi kedai pun saya risau.
baik lelaki lebih2 lagi yang pompuan.

tapi saya nampak, ada juga parents yang biar je anak dia balik sekolah
jalan kaki di tengah kesibukan KL.
mungkin terpaksa..
tapi saya akan cari alternatif lain.

ish..kalau jadi apa2?

biasanya manusia ni kalau dah jadi baru nak nyesal.

sebabnya apa?
klik link ni.

selesaikan..

pepagi morning before mr hubby kuar umah,
dia dah senaraikan tugasan untuk bebudak dirumah ni selesaikan.

sila selesaikan before dia balik.

huhu...umah memang besepah
sejak sekolah mula balik selasa lalu.

harus mengemas ari ni.

baby yaya tunggu ya...after finish, ibu will go n gentel u.

Tuesday, October 20, 2009

double n3

sampai ari ni, saya masih menunggu
kot kot la jiran saya nak datang mintak maap.

citer nyer gini,
satu malam tu, dia reverse kete n langgar kete cik abangku.
calarnya ginidia ingat tak de orang nampak kot,
tapi ade orang nampak dan letakkan note ni
kat kete cik abangku.

pompuan ni bukannye tak tau tu kete saper n kite orang bukan tak betegur sape pun.
semangat kejiranan tu masih diamalkan.

beberapa ari lepas tu, kuletakkan nota di wiper ketenya
menandakan tuan empunya kete yang dilanggar tahu saper yang gesel ketenya.

beberapa ari lepas, saja kutunggu pompuan itew kat bawah.
mana la tau dia nak datang cakap apa2.
malangnya, dia nampak aku tecegat kat kete
tapi dia cecepat pegi amek anak2 dia n cecepat naik lepas amek anak2 dia.
manusia cenggini pun ada.

bukannya nak mintak ganti apa2 pun.
nak suh mintak maap jer.
ni dah masuk 2 minggu dah kejadian tu berlaku.

ni la kete pompuan itew. yang ijau tu.

**************************************************
semalam, ari ni dan ari2 seterusnya budak2 ini
telah berpisah dan dipisahkan dari mamanya kerana kebengongan bibiknya.
bibik yang lama, balik cuti raya n terus tak balik2.
bila tepon, ibunya kata,
"carik lain la bu...carik lain la bu"

wah wahh...senang je cakap ek.
so, susah payah dia carik lain.
malangnya yang baru ni tak reti pulak nak buat keje
maka budak2 inilah yang menjadi mangsa. abang2 n kakaknya masih dengan mamanya la pasal abang2 dah sekolah. ari tu ada ura2 nak di bawa balik ke kedah si kembar tu.
jauhnya ngan mama. mama sure gundah gulana dibuatnya.
maka, jalan terbaik, kini kembar itew tinggal ngan neneknya di Kg. Pandan dan kami makcik2nya, beramai2 menjaganya.

siannya kerana mereka itew menyusu badan.
tadi, si kembar kusumbat dengan b*** dadaku yang tidak berair.
terlena juga dia. siannn..

Monday, October 19, 2009

Rood atau Road?

Zaman dah canggih manggih ni pun masih lagi silap eja. kalau dalam blog silap eja tu tak de masaalah kan? he he

tapi untuk tatapan umum cenggini, rasanya tak sesuai salah eja.

ni sebenarnya sape yang salah?
tuan kedai yang suruh buat banner tu atau orang yang buat banner tu?

lokasi : PANDAN UTAMA

Saturday, October 17, 2009

meraikan deepavali dengan sukan

he he..
ntah hape2 ntah tajuk tu.

ari ni tadika Aiesya ada ni.so kite orang beraya tang ni la.

seronok? bosan. haaa...bosan.
tapi demi Aiesya, ibu tunggu juga sambil melayan zhaim.

Aiesya seronok?
Musti la dier seronok.
walaupun dapat hadiah tempat ketiga, dia masih tersenyum lebar.
ibu turut tersenyum tengok senyuman Aiesya itew.

layan gambar la ek.
Aiesya n friends dalam acara senaman pagi
Ni hah bukti Aiesya kalah. kwang kwang kwanggggg acara ibu bapa n anak. abang n kakak mewakili ibu n ayah. ha ha
kami bergambar dalam terik mentari..ha ha
zhaim dalam cubaan nak melepaskan diri...nak main sesuka ati dia la kat padang tuu

petang ni cadangnya nak gi berekreasi ngan bebudak tapi nampaknya ujan daa. kensel la kot.

Thursday, October 15, 2009

Raya cikgu cikgu

ari selasa lepas,
sempena koko dah tutup buku,
maka cikgu2 pun buat sambutan raya
secara potlak.

sorang bawak sesikit itu ini.
sikit2 pun, jadik banyakkk jugak.

selalu kite orang buat makan2 cenggini.
sekolah lain pun same jugak kan? kan?

masa praktikal kat Puteri Pandan dulu pun..,
kejap2 ada jamuan.
kejap2 ada jamuan.
he he

menu utama ari nih..
nasi tomato n satay
lain lain, kek secret resepi 2 bijik, nasi impit n lemang,
buah-buahan, puding,
rojak buahh,
kuih muih
kenyang weh.

lepas ni, kami menanti makan2 muhibbah pulak
sempena raya n deepavali.
makan2 ngan anak2 didik yang pastinya meriah.

tak banyak gambar dapat amek pasal guna henpon yg
ingatannya hanya la ciput saja.

lastly,
gambar tuan punya henpon...musti nak enteprem gak.
nampak sikit pun jadik la..hehe

Monday, October 12, 2009

prasarana kat taman tasik Ampang Hilir

sambung citer ek
gambar2 tak masukkan agi pasal tenet slow nak mam***
antara pemandangan keliling kawasan tasik.

antara kemudahan yang ada :
surau
toilet
tapak2 pemainan bebudak
tempat2 eksesais
trek joging sudah tentu laa
boleh naik sampan ke kayak entah...
tapi semalam tak beroperasi
ada dewan untuk main2 dalam gelanggang
tapi semalam cam tak bukak je lagik
gerai jualan...tertulis ada kat papan tanda
tapi tak nampak punn..
tak beroperasi lagi kott

ni kawasan melayan anak2budak2 yang seronot
mereka..

ibu mana? tk de saper peduli nak amekkan gambar ibu pasal mereka sangat2 seronok dapat main tak hengat donia.

yang tak best...jumpe lak bebudak CBN n their family tang tu.
ade je la yang nak panggil cikgu.

joging

semalam kami cuba taman baru buka
ini dia

dekat je ngan umah. leh gi sellalu.
besarrrr kawasannya mengelilingi tasik.

Sunday, October 11, 2009

siapa tau?

masalah sikit nih

suatu ari, si zhaim amek tepon ibunya n main tekan2.
pastu ibu tgk2, ada mesej kata ibu dah beli game.
cek punya cek punya cek
ada dah game spiderman dalam tepon ibu
padahal ibu dah delete semua game dalam tuh
untuk mengelakkan
anak2 berebut tepon n bateri tepon cepat abis nyawanya

seminggu lepas tu, dapat agi mesej
dari gamelof kata dah boleh download game yang baru.
ibu dah hantar mesej STOP GC seperti yang diarahkan
untuk stopkan kemaraan mesej2 seumpama itew
beberapa kali
tapi.....

tetap mesej2 itew sampai.
ada sesaper yang tau nak buat cam mana?

Saturday, October 10, 2009

batal

memandangkan ari ni ari sabtu,
cik hubby saya keje
baliknya pukul 2-katanya
tapi selalunya sampai umah pukul 4

makanya saya batalkan semua rancangan
ke rumah2 terbuka yang dirancang
sebabnya
saya tak akan dapat bawa kete dengan selamatnya
kalau si kecik nak duduk dengan saya
dan bawak kete sekali
sangat bahaya
dah banyak kali gear bertukar tempat kerana
kelincahan si kecik.

Sorry CTZ n HASZLI
lain taun kiter jumpe lagi

dan rancangan saya ari ni...

1. gaduh ngan anak2
2. lipat kain
3. siapkan soklan pekse
4. tonyoh baju sekolah budak2

n yang paling penting sekali

MAKE SURE SEBELUM CIK ABANG TU BALIK, UMAH TAK BESEPAH
kalau dia balik, bukak pintu n dia mula pok pek pok pek marahkan anak-anak,

siapa yang tension? SENDIRIIIIIIIIIIII

dan pagi ini, mulutnya sudah membuatkan ku TENSION!!!!!!!!

Thursday, October 08, 2009

cuti

saya terpaksa menemankan rumah saya yang keseorangan hari ni
kerana tidak mahu berada di kelompok ramai
dalam keadaan yang begitu.

kerana saya
akan memudaratkan diri saya
dan juga orang ramai.

maka tidak dapatlah saya makan makanan percuma di PICC
dan juga melihat anak dara saya
tegedik2 di atas pentas nan indah itew.

Wednesday, October 07, 2009

Oh tidakk..

oh tidakk

tubuh badanku kembali seram sejuk sedangkan masa makan ubat
belum sampai lagi.

wajib terus telan ubat n berselimut.

ke PICC

ari ni rasa sihat sket but before leaving the house this morning,
telan ubat demam sebijik n off to the school.

lepas ngajar,
about 10 naik bas ke PICC.
budak2 dapat jemputan buat persembahan kat sana.
Rumah Terbuka MOSTI.
terbuka ke?

kali kedua sampai kat PICC nih.
first time dulu tahun 2005, jumpa Arwah Endon.
budak2 choral speaking tengah rehers

punya la sejuk kat dalam hall tuuuu.
memula hujung2 jadi kebas.
akhirnya seluruh kedua2 tapak tanganku kebas.
sejuk menggigil dah.
budak2 selamba jer.
kes aku yang tak berapa sihat lagik.
padahal lemak dah banyak dah kat badan.

esok...tak berapa sejuk sangat kot pasal esok ramai orang.
ari ni kite orang je rehersal.

esok....hmm..hmm...dapatkan ku handle esok?

Tuesday, October 06, 2009

not feeling well

rasa cam nak demam pulak.
badan dah rasa seram sejuk dah.

esok lusa nak kena bawak budak2 kuar gi Putrajaya.

harap2 ok la jap lagi.

makan ubat cepat!

Monday, October 05, 2009

FD4

akhirnya saya dapat tengok citer ni.


beberapa minggu lepas, gi ngan alia kat Galaxy Ampang nak tengok
tapi.....
kat situ tulis

tak dibenarkan kanak2 tengok walaupun dengan pengawasan ibu bapa.
dipikiranku cuma kata,
mungkin telebih tragis kematian2 kali ni.
so balik je la..tak jadik tgk.

dua malam lepas, tengah minum2 kat Pelita Ampang Point,
ade org datang jual CD.
si Ayah biasanya tak mo layan
tapi ari tu dia layan.

apa lagi...grab la FD4 tu. cd2 cenggini memang beli peret jer.
kalau cd yang budak2 tgk berulang2, beli yang ori. bebaloi pasal dok ulang2 tak berenti.

semalam, balik beraya...kite orang tengok.
best...dasat cara derang bekecai.

n tengah2 tengok,
padan la tak bagi budak2 tengok
ade adegan sumbang sumbing dalam tuh.
siap nampak buah betik.
mujur budak2 mase tuh tak fokus.

hmm..
tapi best citer tuh.

Sunday, October 04, 2009

antara yang terawal..

Sabtu, gi umah Mysara n umah Cikgu Ibu.

umah Mysara, antara yang terawal sampai.
segerombolan ngan cikgu2 yg ngaja 4D sampai.

punya la jem MRR2 ari tu.
baik pegi mau pun balik.
dasyat sungguh jem nya.

bali singgah umah Cikgu Ibu. kami yang first sampai.
sampai awal senang sket. makan n makan sampai kenyang.
tapi banyak mana sangat la boleh makan kan?

Ahad gi umah Ara. Yang pertama juga sampai.
Before that gi beraya umah Kak Long.

sedap rendang tok yang kak AV tempah tu.
Mi Kari tu sodap jugak. Nasi tak sempat jamah.
Airnya juga mabeles. sedap!
sorry la ek si Zhaim menumpahkan mi itew.

mak mesej pagi tadi suh masak sedap2 pasal
serang nak beraya tang ni.
sorry la mak ya. ade open house.
hu hu

Saturday, October 03, 2009

Lembu is goat?

semalam abiskan silibus math year3.
last topic is Data Handling.

cikgu ni tengah explain different between lembu daging n lembu susu setelah clasify animals dalam buku teks into 2 groups.

tetiba ade budak ni tanya

"Pn. Rosliza, is lembu-goat?"

alamak. cikgu nak pengsan.

tu la budak moden tinggal kat bandar, anak orang kaya.
lembu ngan kambing pun tak tau.

p/s: kelas ni kelas average okeh. so cikgu kena cakap dua bahasa. kejap cikgu sebut lembu, kejap cikgu sebut cow. erk...salah cikgu ke?

Friday, October 02, 2009

ngadap..

zhaim terjaga n semacam susah nak tido semula.
gayanya cam tak sihat jer.
semalam dah bagi telan ubat demam dah.

tukarkan pampers n selimutkan.
dia lena semula.
lega!

tgk jam,
oh..dah kul 5 dah.
tido balik pun tak guna pasal...
jap agi sah jam teponku bekokok

so apa lagi?
bangun ar
ngadap tenet
he he

Thursday, October 01, 2009

penat

sgt penat hari ini okeh. nak tido, rehat2kan badan. sorry ayah..ari ni tak larat masak.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...