HOLIDAY

Sunday, March 08, 2009

Sabtu

Dah lama tak cuti hari Sabtu. Dah banyak kali Sabtu dah ni. Tapi tak pe...kerja. Tak de masalah. Selagi boleh memvolunteerkan diri, dan ada orang jaga Zhaim...Hari ni hari mereka, kita tolong la kan...
Yesterday we ( me, zharif, alia n aiesya ) went to Desa Waterpark attending family day for Persatuan Pandu Puteri. Me n Aini bukannya cikgu Tunas Putri tapi dengan relanya pegi. Saja bawak budak2 jalan2. Aini bawak Aniq dia.

Abang n Aniq, penyeri bas yang kesemuanya pompuan

Ok la...puas ati la sebab budak2 seronok giler main air. Ujan pun diteruskan juga main sampai ujan pun merajuk...terus berenti sebab tengok budak2 tak heran nak melarikan diri punn..he he


Me n Aini sempat jugak la membasahkan diri. Budak2 tu memang dah tak leh nak monitor dah pasal dah bertaburan dengan orang yang punya la ramai. Ye la...budak2 sek menengah pun ada. Yang tak bagusnya, penerangan pun tak bagi kat kita orang pasal apa2 yang nak dibuat. Game air hanya untuk sek. menengah. Tapi tak pe la kot...budak2 lagi seronok dapat bebas main air.

Posing ngan badut

Tengok...betapa puas hatinya dapat datang

Yang tak bestnya, kena tunggu CBN2 masa nak pegi dan masa nak balik. Kita orang dah dalam bas, derang tak muncul lagi. Time pegi ok la lagii...time nak balik, memang berasap dibuatnya. Tunggu derang je dah lebih setengah jam. Uncle bas kita orang n derang, anak n bapak.


"Father i tak tau jalan la cikgu", si anak tu bagi penerangan when we asked nape tak leh jalan lagi. Dah la jalan ke Dataran Merdeka tu tutup sebab demonstrasi....aduss...sampai sekolah pun dah 4.30 instead of 3.30. Tunggu semua budak2 balik, dalam 5.30 jugak baru keluar dari kawasan sekolah. Budak2 yang keletihan, awal-awal lagi dah pengsan. Hmm...Sabtu depan ada aktiviti lagi ke?


Aiesya turut memakai baju koko...ada suara kedengaran masa kat perhimpunan..keciknyaa. he he

Wednesday, March 04, 2009

Hari ini

Pagi ni, sampai je belek buku nak tengok apa nak ajar. Si Ida ajak pegi makan. Memandangkan ramai cikgu tak de, n pastinya relif banyak, so kami pun pi la makan.

Tetengah makan, datang la sorang budak. Memula dia kata, "hi cikgu". Cikgu pun balas la balik hi sambil senyum. Tetiba dia datang peluk. He he...teperanjat gila makcik. Sambil peluk dia kata, " saya saaaayang cikgu". Wah...what a surprise. Berani sungguh itu budak mengekspres feeling dia. Pastu mak dia datang.

Mak dia kata," oo...ni la cikgu yang selalu disebut-sebut. Nak tido malam pun dok sebut cikgu rosliza, cikgu rosliza, sampai ayah dia pun mushkil cikgu yang mana satu."

He he....cikgu ni tak ajo pun budak tu a.k.a tak ajo budak derjah 1. Kita orang berkenalan masa training sukaneka rumah ijau laa..Biasa la...kita suka pegang, sentuh2 budak2 tu. Sentuhan itu rupanya menyebabkan orang sayang. Waaa ka ka ka ka ka.

Apa-apa pun, semuanya akan terpahat dalam memori.

Monday, March 02, 2009

Sukan CBN 09



SMS from mdm Mei yang kuterima:

"Thks 4 everything..No matter what, we enjoyed ourselves & each others company..I had a gd time..
TQ 2 u & all our teachers. It was a job well done!! Bravo!!"
Sukarnya menjadi Ketua kepada kumpulan yang selalunya di tempat terakhir. Usaha keras diperlukan dan rasanya kami sudah berusaha dengan sehabis kudrat, namun 4 itu masih menjadi milik kami. Dan kerana itu, matlamatku tidak tercapai dan rasa sedih yang begitu menguasai diikuti dengan deraian air mata.

Tanya Athirah, "Kenapa cikgu menangis? Tahun lepas kita orang dapat no 3 cikgu tak menangis pun".
Kakak juga hairan kenapa ibu menangis. Katanya,"kenapa ibu menangis? Kan gymnaestrada menang nombor 2".
Kenapa menangis? sebenarnya geram, marah, kecewa..Tahun lepas, semuanya dalam jangkaan. Tahun ini, harapan begitu cerah namun keputusan hakim mengecewakan ditambah lagi dengan ketidakadilan yang kami rasakan.
Hendaknya begitu begini, kami turutkan namun tidak juga yang menentukan begitu begini itu mengotakan katanya. Itu yang paling mengecewakan. Yang tidak perlu berpenat lelah dan berpanas juga yang untung.
Apa pun, segalanya sudah berakhir. Parents rumah Hijau dah merajuk. Tahun depan mungkin mereka sudah tidak akan mahu bersungguh. Kata mereka, " biarlah dapat no 4 pun. kita orang sudah tidak kisah lagi". Tidak menyalahkan mereka. Kasihan mereka...setiap Sabtu berkumpul, malah Ahad juga ke sekolah. Baju anak2 perlu dijahit sendiri. Pengorbanan yang besar. Aku merasakannya kerana aku juga perlu menjahit. Penat yang tak terkata.

Macam mana pun, TQ to all. Ann( sorry ann, dek kerana memikirkan rumah hijau, Kak Za tak buat yang bagus untuk sukaneka 3N), Aini (tq atas sumbangan kewangan n masa anda), Lin, Anira, Bariah, Kak Ita yang sponsor skirt, Mr Rooney dengan T.shirt, Ms Rose yang sabar dengan budak2 gymnaestrada, Maam Mei yang begitu supportive. Tq Maam. tq so much. Tak lupa pada En. Din dan Kak Reen yang pecah kepala memikirkan pasal khemah. Tq pada semua parents yang membantu. U all memang fantastic.

Tahniah kepada kumpulan gymnaestrada yang memperbaiki kedudukan dengan memperoleh tempat kedua.

Tahun ini kita tidak dapat mengekalkan kejuaraan namun tempat kedua juga membanggakan. Tahniah.

Khemah juga memperbaiki kedudukan dari tempat keempat ke tempat ketiga, tanpa markah effort.

Sunday, March 01, 2009

Jawab tag shimah

sebab tak mo lagi nak citer pasal sukan, maka jawab dulu tag shimah ni.

1. WAS YOUR FIRST PREGANCY PLANNED?
bunting pelamin...

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
haiya....mengong punya soklan

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
of course ler suker...pasal dah memang mau kan...cuba sekarang ni...aww..tak suke..tak suke..

4. HOW OLD WERE YOU?
23

5. HOW DID YOU FIND OUT THAT YOU WERE PREGNANT?
gi klinik kesihatan kat UUM tu.

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
of course my hubby

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Nak..memang excited. Kalo boleh nak lelaki yang first ni.

8. DUE DATE?
02.07.98

9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
07.07.98 (maulidurrasul masa tu. ahaks...sebab tu agaknya zharif ni dia alim sket. he he)

10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.25kg

11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Memang ada. Kekadang sampai sarapan sambil tutup mata atas katil pasal kalo bukak mata, terrpusing-pusing dunia sekelilingku. Lepas makan, berlari2 pulak mengeluarkan isi perut. he he

12. WHAT DID YOU CRAVE?
Tak ingat la apa yang kuidamkan. Ada gak terasa nak makan pizza hut tapi masa tu pizza mana ada kat Kedah so, sanggup balik KL sengsorang ngan bas. Mee kari mak...ni pun balik jugak sengsorang ngan bas. Cik abang keje daaa..Demi makan,sanggup je balik sorang.

13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Bau badan cik abang. Dah la kena naik motor ngan dia pasal masa tu mana ada kete lagii. Bau-bauan yang lain pun sama.

14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Boy as xpected.

15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
No..no...memang nak lelaki. Tapi kalo pompuan pun, tak per...tak kan nak buang pulak kan?

16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
banyak juga pasal cik abang suka no melayan selera makan kami. he he...kami la belomba2 makan. Rasanya dalam 25kg gak naik. ha ha

17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Ni soklan apa ha? tak paham. Mandikan baby ke? I memang mandikan semua baby i.

18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
entah la. soklan atas tu entah betulentah tidak jawapannya..cam mana nak jawab soklan ni?

19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Alaa...selalunya kencing kotor. Lain2 tak de.

20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Pusat Bersalin Muslimah,Permatang Pauh, Pulau Pinang.

21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
Kejap jer. Dalam sejam sebabnya, pukul 9 malam masa makan tu dah rasa sakit2 tu tapi abah mentuaku kata...tak pe. makan..makan..Dah masuk tido, memang sakit tu macam nak bersalin ler...kejap ada kejap tak de. Tapi ku tahan pasal nak tunggu kuar tanda. Sampai ke pagi aku dok tegolek2 sengsorang menahan sakit. Cik abang tu boleh jaga pastu tido balik. Pagi, dalam 5.30 baru bergerak ke sepital,.. tu pun sebab pak mentuaku heran nape la aku tak kejut depa nak pegi sepital. Kwang kwang kwang...

Rupanya aku ni jenis tak turun tanda. ha ha ha

22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
My pak mentua.

23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
My hubby. Yang lain tak dibenarkan masuk. Dr of course la ada ngan misi misinya tu.

24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Normal. Dipecahkan ketuban dan masukkan air. Sakitnya sepanjang masa. Tak de pun berenti rehat sakitnya tu. Mujur jugak cepat Zharif kuar.

25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Tak dek. Lupa nak telan salindah masadah sakit tu. Tak ingat langsung.

26. WHAT DID YOU NAME AFTER HIM/HER?
Muhammad Zharif

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
Bulan Julai ni 11 tahun..hu hu..dah besar dah anakku.

Haaa...masa tag orang... Sape nak tag? - Musti jawab tau!
1. Kak Ave
2. Syima MZ
3. Masel
4. Nor
5. Pidah
6. Ita x-ittar
7. Catwoman
8. Cikgu LIn-Haslina

Thursday, February 26, 2009

menjahit

minggu ni balik je sekolah ( petang la kan lepas ambik budak2), dah selesai buat apa2 yang patut, maka ibu akan mengadap baju2 gymnaestrada kakak n a few budak umah ijau yang tak berapa reti menjahit. jahit dan jahit dan jahit. sampai ari ni masih menjahit. thanks to madam Mei Ong...banyak membantu cikgu2 rumah ijau. love u.

Ni baju yang belum siap sepenuhnya lagi

harap SABTU... keajaiban akan berlaku.

Sunday, February 22, 2009

macam-macammmm

Kakak...tak menang la lontar melontar. Entah kenapa masa hari bertanding, lontarannya tak sejauh masa berlatih. Takut kott. Tak pe. Tahun depan cuba lagi.
Lompat jauh, seperti apa yang aku harapkan, Aina dapat Emas, Shitah cukup dengan Perak. Itu sudah memadai memandangkan Najihah lompat terlalu jauh..maklum laa, dia kan wakil sekolah. Nuryn,...harap dapat yang lagi baik tapi cukup dengan tempat keempat. Tak pe...puas ati daripada tak de langsung nama budak2 umah hijau tahun lepas. Tasya.....harap cuba yang terbaik untuk lompat tinggi.


Ini dia gaya Juara Lompat Jauh Tahun 4 - Nurul Aina Akmar Rohizan

2 hari weekend ni kena gi sekolah untuk khemah rumah ijau. Mummy2 yang datang, orang yang sama jugak. Hari ni tak berapa ramai yang datang...tapi tak pe. Keje jalan jugak. Thanks to Aini yang memasak 2 hari ni. Ada la makanan buat mereka yang kelaparan setelah buat keje tu kan.


Isu yang hangat masa buat keje....



1. Isu bayaran coach. Pening la bila Ms Low mula campur tangan.

2. Isu sponsor....sape nak sponsor makanan budak2 masa sport day? Ibu cuma nak dapatkan sale untuk ayah jer.


Hmm...penat nya. Tak sabar nak tunggu selesainya sport day. Betul tak ann?

Wednesday, February 18, 2009

Kegumbiraan berganda-ganda

Hari ni banyak yang menggembirakan.

1. My greenie girls dapat golds la ari ni. n more greenie girls mara ke final stage. I am so happy n happy n happy n happy....dah lama ketandusan emas. Tq girls. I'm so proud of u alls. Tomorrow hope ada tambahan gold medals.

One of the Greenie team which won gold medal today.

My Juara Jalan kaki...Go Tasya...

2. My hubby tak jadik pegi luar negara next month. Best!! tak de la susah handle bebudak sengsorang.


3. Bibik baru dah dapat tapi...ingat nak bagi kat Kak Zura la. Sian pulak dia...urgent dia tu. Kami ni tak berapa la urgent. Dah kembali selesa without maid actually. Hmm...what say you my dear hubby?


4. Nak dapat downline baru lagiiii...


Ada gak yang merisaukan dan menyedihkan tapi ...tak leh citer tang ni pasal tak sesuai ngan tajuk. He he.


Petang tadi, balik dari sekolah terus menuju ke sebuah taman near by untuk train kakak lontar peluru. Beria betul ibu ek? Kalo kakak menang....ibu belikan....he he he....rasuah.



Ini lah dia gaya anakandaku...bagi menang ya kakak!

Tuesday, February 17, 2009

Hari ini yang memenatkan

Hari yang memenatkan...menjerit kat budak2 nak bagi umah ijau banyak markah. Biasa la tu..kita ketua kan. Makanya apa-apa pun terletak atas bahu jemala kita la. Berbaloi la jugak. Syyy...tak boleh bagi tau.

Kakak Alia, lompat tinggi tak lepas. Yang lain2 alhamdulillah la lepas. Dia sememangnya amat teruja nak masuk itu ini tapi ibu tak boleh nak letak nama kakak. Bukan apa..takut umah ijau tak menang. Tapi ibu letak la jugak kat lontar peluru...menggunakan kelebihan badan kakak tu untuk lontar peluru. keh keh keh...yang tu ibu berani letak nama kakak.

Alia tengah dengar penerangan sambil konon-konon mempraktikkan apa yang diterangkan dek cikgu2 tu.


Alia dengan gaya balinganya. jauh ke tak tu?

Si Zarifah pulak sibuk nak masuk lumba jalan kaki. Dah partner dia sibuk ngan gymnaestrada, cikgu ni la yang terpaksa lawan ngan dia. Mujur cikgu terror...cikgu la menang kannnn.

Latihan gymnaestrada hari ni punya la lama. Pukul 5 pun tak abis2 lagi. jenuh gak la cikgu menunggu. Cikgu2 umah Biru jugak best. Tak nampak batang idung pun padahal budak2 dia pun ada kat sana sampai kul 5. hu hu
Tapi yang bestnya hari ni, me n Aini dapat kenalpasti budak umah ijau yang boleh lompat jauh yang jauuuhhh punya. Walaupun badannya kecik, tapi lompatannya mengalahkan lompatan budak derjah 6. Begitu membanggakan. Mekar lah harapanku untuk melihat nama budak Rumah Hijau tercatat dalam buku aturcara tahun ini. Hope harapan mebjadi kenyataan AMINN.

Sunday, February 15, 2009

Lama tak update

Well, ramai yang notice that this blog tak update lama dah. This is because, i only can online after my husband finish his works at home, n i have to update the school's blog first. That one is more important. Yang ni tak update pun tak menjejaskan sesiapa.

Tak berapa best bila tak dapat online ni. Umah dah siap kemas dah tadi ( cik abang yang kemas...he he). Digital kamera, 2 bijik turut ilang. Lakili, his staff bagi present digital camera yang baru. Canon 10.0 mega pixel with image stabilizer. Best kamera ni coz kita bergoyang atau kamera begoyang atau dua-dua begoyang, still dapat gambar pegun yang cantik. Suka...suka...
Kat sekolah dah macam berlaku. sekarang tengah perang tentang sukan. Hmm...ada rasa yang terdetik tentang rumah hijau tahun ni...tapi tak boleh lagi nak bagi tau. Just wait n see. Being the head of the house....hmm....entah la. Bz. Can't wait for the sports day to go.

Menghitung hari lagi ni. Hmm...nanti Cikgu Amin kata...buat apa menghitung hari? Hari tetap akan datang dan pergi. Aaaa...memang la datang dan pergi. Hitung tu maknanya kita tak sabar nak tunggu tarikh yang tertentu tu tiba. Sama ada kita teruja nak tunggu tarikh tu atau tak sabar nak bagi tarikh tu cecepat berlalu. hu hu. Alaa...dalam math sek rendah pun ada topik times tu. Siap ajar kita cara nak kira tempoh masa. So, tak salah la kita menghitung hari kan Cikgu Amin? Kalo tak tak kan la ada gak lagu Menghitung Hari tu kan...alaa...sape nyanyi ek? Si Kris dayanti tuu..he he

Friday, February 06, 2009

Rumah dipecah masuk

Dipecah masuk pada 5 Februari 2009, semasa ketiadaan kami di rumah. Mujur la jugak. takut gak kalau kita orang ada pastu dia pecah masuk.
apa yang ilang?

1. laptop ( hwaaa...dah tak leh tenet dah )
2. handphone abang n kakak ( alaa...kalo jual pun tak tau la laku ke dak)
3. duit makan budak2 kat sekolah.

yang lain2 tak tengok bebetul lagi. pencuri a.k.a perompak ni masuk bilik utama je. tak usik langsung barang2 kat bilik lain mahupun ruang tamu. apa la agaknya yang dia nak? hu hu...

Tuesday, February 03, 2009

Bekal

"Besok abang nak bawak bekal la bu", abang bagi hint.

Aku tak jawab tapi dok pikir, nak masak apa ek? ingat nak buat nasik lemak, jenguk2 peti ais, alaa...santan tak dek.

"Ibu buat ayam kicap pedas je la bang ya?", tanya ibu, mintak persetujuan la tuu.

" Apa-pa la bu, asal bawak bekal", jawab abang.

" Kakak pun nak", Alia menyampuk.

" Makan ngan apa? nasik ek?", sambung Alia lagi.

" Nasik putih laa", ibu ngan abang jawab hampir serentak.

" Nasik Kakak tak nak la", Alia sambung lagi.

Tu kakak tu nak diet la tu konon. tapi ibu kata, sarapan kena makan. Tengah hari kalau tak nak makan baru la boleh skip and lastly dia setuju. ha ha...makannn, mana boleh tolak. Kwang kwang kwang.

So this morning, I wake up at 4 and start cooking n preparing for their breakfast. At 5 dah blogging dah. Ha ha. tengah masak dok pikir...apsal abang mintak bekal? ooo...dia nak kumpul duit beli Bidaman, ntah hape mainan ntah.

This is the breakfast for abang, kakak, ayah n ibu. Aiesya tak payah pasal tadika dah sediakan makan n minum. Ayah n ibu cukup la ngan tea. ibu coz sambil masak sambil makan. ha ha ha.

Ok. dah 5.20 dah. Nak prepare bag si kecik pulak.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...