Tuesday, February 17, 2009

Hari ini yang memenatkan

3 comments
Hari yang memenatkan...menjerit kat budak2 nak bagi umah ijau banyak markah. Biasa la tu..kita ketua kan. Makanya apa-apa pun terletak atas bahu jemala kita la. Berbaloi la jugak. Syyy...tak boleh bagi tau.

Kakak Alia, lompat tinggi tak lepas. Yang lain2 alhamdulillah la lepas. Dia sememangnya amat teruja nak masuk itu ini tapi ibu tak boleh nak letak nama kakak. Bukan apa..takut umah ijau tak menang. Tapi ibu letak la jugak kat lontar peluru...menggunakan kelebihan badan kakak tu untuk lontar peluru. keh keh keh...yang tu ibu berani letak nama kakak.

Alia tengah dengar penerangan sambil konon-konon mempraktikkan apa yang diterangkan dek cikgu2 tu.


Alia dengan gaya balinganya. jauh ke tak tu?

Si Zarifah pulak sibuk nak masuk lumba jalan kaki. Dah partner dia sibuk ngan gymnaestrada, cikgu ni la yang terpaksa lawan ngan dia. Mujur cikgu terror...cikgu la menang kannnn.

Latihan gymnaestrada hari ni punya la lama. Pukul 5 pun tak abis2 lagi. jenuh gak la cikgu menunggu. Cikgu2 umah Biru jugak best. Tak nampak batang idung pun padahal budak2 dia pun ada kat sana sampai kul 5. hu hu
Tapi yang bestnya hari ni, me n Aini dapat kenalpasti budak umah ijau yang boleh lompat jauh yang jauuuhhh punya. Walaupun badannya kecik, tapi lompatannya mengalahkan lompatan budak derjah 6. Begitu membanggakan. Mekar lah harapanku untuk melihat nama budak Rumah Hijau tercatat dalam buku aturcara tahun ini. Hope harapan mebjadi kenyataan AMINN.

3 comments: