Wednesday, March 04, 2009

Hari ini

4 comments
Pagi ni, sampai je belek buku nak tengok apa nak ajar. Si Ida ajak pegi makan. Memandangkan ramai cikgu tak de, n pastinya relif banyak, so kami pun pi la makan.

Tetengah makan, datang la sorang budak. Memula dia kata, "hi cikgu". Cikgu pun balas la balik hi sambil senyum. Tetiba dia datang peluk. He he...teperanjat gila makcik. Sambil peluk dia kata, " saya saaaayang cikgu". Wah...what a surprise. Berani sungguh itu budak mengekspres feeling dia. Pastu mak dia datang.

Mak dia kata," oo...ni la cikgu yang selalu disebut-sebut. Nak tido malam pun dok sebut cikgu rosliza, cikgu rosliza, sampai ayah dia pun mushkil cikgu yang mana satu."

He he....cikgu ni tak ajo pun budak tu a.k.a tak ajo budak derjah 1. Kita orang berkenalan masa training sukaneka rumah ijau laa..Biasa la...kita suka pegang, sentuh2 budak2 tu. Sentuhan itu rupanya menyebabkan orang sayang. Waaa ka ka ka ka ka.

Apa-apa pun, semuanya akan terpahat dalam memori.

4 comments: