Thursday, December 23, 2010

Bandung day 5

4 comments

Seronoknya dah ada kat umah masa naip n3 nih. tapi zhaim pulak la demam. mau tak demam…kat sana cuaca tak menentu. kejap sejuk, kejap panas, kejap ujan..

okeh..citer day 5. ari ni kita orang gi jauh sket. jenuh dok deal pasal kenderaan pepagi tu…ada yang amek 800 000 rp, ada yang 450 00 rp. last2, kita orang gi sendiri naik angkutan kota, bergeser-geseran ngan penghuni kota yang lain. perjalanan amek maser yang agak lama la jugak. pas tu kena tukar kenderaan lagik. bandung day 5-3

ni la gambar bebudak dalam angkutan kota yang kedua, yang membantu kami sampai ke puncak gunung tangkuban perahu, dengan bayaran 200 000 rupiah. Pakcik tu amatlah peramah orangnya tapi ku tahu, kebanyakan kata2nya itew, tidak dipahami oleh lakiku. kan yah kan? he he

sejuk bangat kat atas tuh. tapi yang mengganggu ketenangan di atas, ialah para penjual barangan cenderamata. sibuk la dok memujuk sampai rimas la kita orang. nak menikmati pemandangan pun tak senang.bandung day 5 bandung day 5-1 ingatkan dapat la sentuh tanah2 dalam kawah tu, hampehhh. mana boleh. kawah tu nun jauhhhh ke bawah. kita orang kat atas. tepi2 keliling tu dah dipagari. sekadar tengok dari jauh jer. ann gi sini jugak ke ari tu? rasa ader pegi kan kalau tak salah ingatan kak za, ada nampak gambar ann tepi pagar tuh. kan?

Tangkuban Perahu maknanya perahu terbalik. derang kata leh nampak gambaran perahu terbalik kat gunung tuh tapi hmm…tak nampak pun. ke mata ku yg tak gheti nak nengok? huhu. ann nampak? Cik Puan baiduri ader sampai ke sini? ader ta nampak perahu  yg terbalik tergolek?

turun dari situ, sempat la singgah kebun teh. rasa macam pegi cameron la pulak. bandung day 5-2

Peh petik2 daun, kita orang pun balik. singgah kat pekan dia kejap untuk lunch n then balik. perjalanan balik agak mengambil maser sebab macet=jem. Petang jugak la sampai kat hotel tuh. Penat dok dalam angkutan kota jer hari nih. kena berhimpit plus sempit.

naik angkutan kota ni, kalau nak berenti kena sebut “kiri”. loceng2 tak main. tak de ponnn locengnya. kalau perkataan kanan tu drebar jer yang nyebut, tandanya nak suh kita masuk2 lagi n himpit2 lagi so that orang lain boleh tolong jadi sardin jugak kat dalam van tuh. ada paham?

makanan:

makanan kat bandung ni memacam jenis. ada sop kepala sapi, sop kaki sapi, nasi goreng gila laa, nasik goreng maut pun ada.….memacam lagi tau. tak la snap banner2 tuh tapi memang ada la. ni je yg sempat snap.16122010562 macam mana rasanya idok la kami tau. tak berani nak cuba. takut dah lepas gila, maut pulak. nayaaa…tapi kat gerai ni la kami dok beli nasi goreng buat makan di malam hari. Circle K kat sebelah dia tu tempat beli jajan. lapar2 kita orang bantai makan megi beramai2. ha ha….biaser la kan.

okeh. esok sambung lg.

Tuesday, December 21, 2010

Bandung day 4

3 comments

Sekadar menyelusuri Jalan Cihampelas dan Ci Walk, kononnya tempat soping la tang tu. bandung day 4

Ni la rupanya jalan Cihampelas tu. sepanjang jalan penuh dengan kedai. Factory outlet memang banyak tapi satu pun kita orang tak masuk. Kenapa? entah. mungkin sebab kebanyakannya jual pakaian yang kita orang tak pakai pun.

kedai 24 jam pun ada, gerai2 kecik jual makanan pun ada, kedai jual kerepek2 ole2 bandung pun ada,…macam2 la ada. tapi kedai yang kita orang masuk cuma kedai jual ole2 bandung ngan kedai 24-jam. setelah dibanding2 harga, tu la kedai yang kita orang masuk tapi yg paling  kerap masuk n beli – Giant. murahhh..hehe.

Hari ni kita orang merayap2 kat jalan tu n singgah KFC. Harga KFC sini agak murah berbanding Mesia punya. Tapi kat sini ayamnya dimakan bersama nasi. nasik tu makanan ruji derang sebab tu mana-mana pegi pun ada nasi. hatta kat McD pun ada disertakan nasi. gerai nasi padang memang tak hinggat la banyaknya kat sini kannn..

bandung day 4-1 sebelum singgah KFC, kita orang singgah amek gambar lagi tang ni. siang ari jelas la sikit kann…si zhaim tu memang teruja sangat-sangat la. baju yang dia pakai tu, baru beli terus pakai n pakai sampai tidur malam. lepas mandi pagi, nak pakai lagi. bagi je la pakai. bukannya busuk pun pasal dia tu bukannya jalan sendiri. dukungggg jer kejenya. tak ayah dukung, ibu la dukung. kengkadang, abangnya layan. tu pun kejap jer la. hu hu

bandung day 4-2

lupa la nak snap gambar ayam ngan nasik tu. dah sudah makan baru teringat nak snap gambar. ibu laparr..he he pasal dah tak lalu nak bekpes kat hotel. sampai ke sudah nasik goreng. warna je tukar selang sehari. sehari putih, esoknya tambah warna kicap sket. tu je la.

bandung day 4-3 ini Ci Walknya. sekarang tengah ada sale hari natal. sale dalam gedung gini, tidak lah mau dipandang oleh suamiku, sekadar jalan2 mengenal tempat orang. ok sebenarnya harganya tapi bukan tempat pilihan encik suamiku bersoping, maka kami jalan2 jer la. cuci-cuci mata dan mata dan mata. he he

ni lagi gambar2 sekitar Ci Walk.

bandung day 4-4

hari ni kita orang mintak pindah bilik lain. lebeh selesa namum wifinya tidak dapat diakses. hu hu huuuuuuuu huwaaaa.

note: masa menaip ni, sebenarnya pukul 3.56 pagi waktu indon, hari ke-7, menunggu masa untuk ke airport. mak tak leh tido sepagi ni hah. tak sabar nak balik mesia..

Monday, December 20, 2010

Bandung day 3

2 comments

Hari ni kami naik angkutan kota dan melawat Pasar Baru. bandung day 3-1

Gambar sebelum naik angkutan kota.

Niatnya nak membeli untuk mereka yang kami tinggalkan tapi…pening, ibu ni memang fail bab mebeli belah di tempat yang banyak sangat barang cenggitu. memang jalan n jalan n jalan tak beli apa. entah…memang tak pandai. kami beli apa tau? seluar dalam si aiesya n alia n baju dalam alia jer. beli baju 1 love bandung untuk anak2 sorang satu sebabnya datang kat sini memang tak bawak baju yg cukup untuk 7 hari. ha ha..saja. zhaim belikan baju superman ngan ben 10. tu jer kita orang beli. encik abang kata nak datang lagi sekali without anak-anak untuk membeli belah.

pasar baru tu ada 7 tingkat. setiap tingkat memang penuh dengan barang jualan. ibu memang fail la bab2 gini. sorry ya..u olls mesti tak sangka, tapi itulah hakikatnya. kalau tak beli, maknanya ibu akan keluar tangan kosong. kalau dah beli, haa….habis la duitnya siap kena tipu lagi kes tak reti nak tawar menawar n hati banyakkkk belas dan kasihan. hu hubandung day 3 ni hah sebahagian pasar baru yg sempat i snap. yang bestnya semua kat sana akan cakap, “bolehhh…belanja lagi kak. silakannn”. ramah tamah semuanya. ada juga tanya2 harga..memang murahhh wei. bengong makcik nak convert harga. tapi tu la tak reti la nak pilih. banyakkkk sangat pilihanya. nak main bantai pun tak reti.

kami makan kat lantai 6 tingkat 6 la tu. nak makan pun berebut2 orang datang offer menu derang. waa…nak makan pun pening nak pilih. terlampau ramah derang nih. tapi derang memang superb bab2 carik rezeki nih. pasal tu datang mesia pun leh idup senang lenang dalam sekelip mata jer. kan?

bandung day 3-2 Ni gambar semasa, dan selepas makan di lantai 6 tu ya. sambil makan, mater leh merayap tengok kasut2 kat belakang tuh. mater jer tau merayap. ha ha

hari ni tak de benda yg menariknya. misi pun not yet accomplished.

Sunday, December 19, 2010

Bandung day 2

5 comments

bandung day 2-2 puan-puan, ni rupa hotel tempat kami bertapa selama seminggu ni. hotelnya kecik jer. tepi jalan chihampelas. sebab tu namanya Hotel Chihampelas.

bangun pagi kami makan kat kafe hotel. bandung day 2-5yang bestnya, sampai hari ni (hari ke-4), makanannya samaaaaa jer. nasik goreng ngan telur goreng ngan keropok indon. waaa…tak lalu makcik. tapi derang bantai jer pasal free. hu hu

lepas makan, kita orang naik angkutan kota ke pasar baru. misi ari ni just nak gi cari hotel lain sebab hotel chihampelas ni kita orang tempah sampai 18 jer. kononnya nak cari yg lebeh murah. ha ha ha

bandung day 3 ni la angkutan kota. kenderaan kita orang bila nak ke hulu ke hilir. encik abang saja nak bagi kita orang rasa cam mana naik kenderaan tu biarpun  kita orang seangkatan dengan jutawan kat sana. wa ha ha..sempit bangat dalam van kecik tu. naik jer la berhimpit2 ngan orang lain tapi memang pengalaman yang menarik. boleh tengok gelagat orang  bandung. Macam-macam jenis orang leh jumpa n macam2 cara orang carik duit boleh kita tengok. memang tabik la kat derang. segala macam cara diusahakan yang kecik, yang muda, dan yang tua mencari rezeki.

sampai pasar baru cuma nak kenal tempat. tak nampak lagi bentuk pasar barunya sebab berlegar di luar jer. kami nak cari hotel guntur sebabnya tukang teksi kata, hotel tu murah n baguss. ke hotel tu, kami naik ni.bandung day 2bandung day 2-1

lupa nak bagi tau. naik angkutan kota tu bayarannya 3000 rupiah sorang. ala-ala 90 sen la. naik beca pulak, sekepala 10000 rp. ala2 hmm  3 ringgit la. sian derang…bepeluh2 mengayuh. he he..kita orang naik 3 buah beca. nak bercakap pasal kenderaan, kena satu sesi khas. panjang ceritanya tapi lebeh kurang cerita puan baiduri jer.

pegi riki-riki guntur, hmm….reject la. murah tapi kita orang tak boleh stay in one room. kena amek 2 bilik. tak yah la. then kita orang jalan2 n masuk mana2 hotel yg ada n tanya2. reject semuanya n finally kita orang decide, sambung jer kat cihampelas. senang sket pasal tepi jalan. kalau nak soping, sepanjang jalan cihampelas ni pun banyakkk tempat soping. he he

balik bilik n rehat. makan, kita orang beli kat gerai2 tepi jalan jer-nasi padang atau nasi goreng. tak de la masuk restoran mana2 kalau ngan encik abang saya yang memang pakar ekonomi tu. tapi yang penting, kenyangggg!

malam, we all jalan2 sepanjang chi walk. macam bintang walk la. saja ronda2. tak de arah dan tujuan. gi giant beli air mineral. situ lagi murah dari yg tepi2 jalan. bandung day 2-7 Zhaim suke benar la kalau nampak patung2 gini. teruja benar dia.

bandung day 2-6

ini yang menarik kita orang jumpa malam tu. set kerusi n meja dia dibuat dpd tong dram. sangat kreatif mereka itew. ni meja kerusi kat sebuah pusat internet sebenarnya. hiasan dalaman kedai semuanya dpd barang2 komputer yng dah rosak. best. tak jumpa lagi kat mesia.

lepas dah penat jalan, kita orang balik n makn n tido. gemoks wei…

tu jer la citer day 2. tak leh nak citer semua. kang tak abis..:)

Friday, December 17, 2010

dari bandung

4 comments
saya berjaya menceroboh wifi hotel cihampelas ini. ha ha ha...derang kata online kat lobi jer. tapi kita org cuba kat dalam bilik bawah tanah ni...n berjaya. hehe

dah hari ketiga ni. so far penaat mendukung si zhaim. asyik la nak dukung. waa...penat tangan ibu dik. ngan ayahnya tak mo pulak. nak melekap ngan ibu.

ni gambar masa sampai kat airport. haa...cerita nak sampai ke bandung ni pun tragis. 5 minit lagi kapal yang bolrh terbang tu nak terbang, baru kita orang masuk dalam perutnya. timing tak betul. dari rumah jangka nak keluar kul 4, tapi cik abang delaykan pasal dia keje n tunggu dia balik, n tunggu dia bersiap. dkt pukul 5 baru keluar pegi LRT. naik lrt, tukar naik putra dengan orang ramai yg bersesak nak balik umah dr tempat kerja. peh tu kat l sentral, carik bas. mujur bas tu memang dah nak bertolak. ngan jem lagi...dekat kul 7 sampai LCCT. flight kul 8. nak check-in lagi, hantar bag lagi, pemeriksaan kastam lagii...waaa...tensen ooo...nama kita orang dah kena panggil berkali2 suh masuk kapal terbang tu segera. fuhhh...mujur gak sempat. sorry la ann, nak jawab sms ann pun tak sempat dah..

sampai pulak, pihak hotel kata nak jemput. orang dah bagi communicate ngan email kata nak sampai kul 9.15 waktu dia, dia kul 8 dah datang tunggu. dah lama tunggu, blah gitu jer. terpaksalah kita orang amek teksi yg harganya 50000 Rp. aaa...dalam tak sampai RM15 la. Kita orang dera Pak Dani tukang teksi tu bawak kita orang beli makanan n hantar ke hotel.

malam tu kita orang makan dah nak tengah malam. kita orang tak makan dari tengah hari sebab ingatkan dan/sempat la makan sebelum naik flight. sian anak-anakku.

hmm...nanti sambung citer ek. kang bohsan pulak nak baca. layan gambar ek.
info : waku indonesia lewat sejam dari waktu kita. kita dah pukul pagi, dia baru 7 pagi. gitu la yaa..

bag pinjam ateh punya...tq atehni dalam LRT menuju ke Masjid jamek untuk tukar ke Putra pulak
zhaim tak reti diamm dalam flight...bantal busuknya pun bawak. hehe

okeh..bye..nanti sambung lagi.

Wednesday, December 15, 2010

away

5 comments
dear readers

we( me n my family) will leave Malaysia for a week ya. leaving Malaysia for Bandung. Carik-carik pengalaman di negara Indon tahun ni. Flight malam ni pukul 8. Selasa depan balik. kalau encik abang bawak lappy, leh update dr sana. if not, c u next tuesday ya.

bye!

Friday, December 10, 2010

sakit ati

5 comments
tadi keluar jap gi beli rojak tepi jalan.
sementara tunggu, me an alia duduk menghirup cendol.
kat tepi kita orang ada couple yg sedang makan rojak
share 2 orang.

boleh pulak tetiba yg lelaki tu
makin rapat2 n cuba nak cium pipi dak pompuan tu.
cuba sekali tak berapa kena.
cubaan yg kedua kali kena.
peh tu selamba jer sambung makan n borak.

hiii...geram rasanya.
kita kat sebelah pun tak dihiraukan.
bukan kita orang je ada tang tu.
mamak pun ada,
n sebuah meja lagi ada ayah n seorang anak pompuan 6 atau 7 tahun.
selamberr jer.
rasa nak curah jer cendol tu atas kepala derang.

dah la memula dengar conversation derang,
bunyinya gini laa..
bangun pagi tadi pukul 7 setengah bersiap sampai 8.45.
haa...sah sah la tak solat.

benci laa..patut la makin banyak baby kena buang tepi jalan, tengah jalan, dalam longkang, ...mana2. pasalnya memang bebudak muda zaman sekarang
dah tak segan silu n some more
dah tak takutttttt.

bengong la ngkau...bodohhhhhhhhhhhh

Thursday, December 09, 2010

sinage for my sis

4 comments
untuk adikku yg akan meymbut besdaynya this coming 14th. her hubby terlebeh dulu menyambutnya on the 6th. haa...elok la tuh. senang den bagi sekali jer..he he..kek laki ekau maner la den penah bagi hadiah. tak koser den. he he.... nanti claim kat umah mak yer.

ni nak citer pasal si mamat kecik n seliparnya.

asyikkk dok beli selipar pasal kejap2 ilang sebelah. pasal apa? pasal dia naik kete kaki kanan, then kaki yg sebelah lagi dia tanggal selipar dulu baru naik. ibu pulak tak perasannnn. sekali tu ayahnya jumpa sebelah yg lagi satu punya. match pulak tu. so skrg dia pakai la sebelah lain n sebelah lain. mujur jenis yg sama cuma watak katun yg berbeza. dia pulak sukerr...so tak de la masalah kena beli yg lain. hu hu
kira halal la tu kan? kui kui

sekian. nak tido. esok dengar dari jauh, encik abang nak kayuh beskal lagi. pagi tadi dah kayuh sampai kul 11. tu pun sebab beskal abang zharif putus rantainya. tu yg jadi lambat tuh. penat cik abang kena tuntun beskal sampai kedai cina tuh. yang untung saper? cinaaa tu jugak.
ni cubaan encik ayah menyambung rantai beskal dengan menggunakan dawai bunga yg kutemui di celahan rumput. tak jalan derr...kayuh jap jer n putus semula. last2 kena beli baru RM30 pasal tak hambek rantai yg putus tu. kalau bawak, jimatttt dah.

sempat jugak kami berposingg sebelum menuntun beskal yg teputus rantainya itew.
okeh. chow

Tuesday, December 07, 2010

signage pulak n cerita reunion lagi

2 comments

ni untuk cikgu lin sempeba dia pindah umah baru n sempena hari jadi dia 4hb lepas. boleh ler dia letak kat pintu depan umah dia.

semalam sungguh seronok kerana dapat jumpa ngan kengkawan lama sekolah rendah.
setelah 24 tahun, inilah reunion bersar kami n next year will be more meriah lagi sempena sambutan jubli peraj persahabatan kami. ghamai lagi yg tak dapat seru semalam. bila dapat tau, bising ler memasing. so kita jumpa tahun depan la ya. korang2 pun duduk sekitar ampang jer kan.. he he

memasing dah mengembang terutamanya bebudak lelaki la. wa ka ka kaka.
n paling tak sangka, si penyanyi pretty ugly tu pun member kita orang. jenuh la matchkan gambar n memang muka di atak berubah.
tengok gambar bawah:
ni pulak satu2nya gambar dalam simpananku untuk mengenang zaman sekolah rendah.
maser ni memang dok gila menari. bertanding, menang, buat pertunjukan....blajar langsung tak tau apa. seronokkk saja yg ingat. he he

pertemuan tak formal ni kita orang buat kat risda corner yg mana ornernya kawan kita orang jugak. dari kecik ngaji sekolah n sekolah agama sama2 ngan dia. tapi dia ni dari kecik lagi dah banyakkkk kali pegi naik haji.
ni la tuannya..yg berbaju cerah tu
haji amir ni memang dari kecik dah besar badannya. yang sebelah dia tu ialah kita orang punya ketua pengawas dulu. top student kat sekolah n la ni dah jadi doktor pakar kat HKL. pakar tang belah2 kepala hotak orang n tulang belakang. dia pun badannya agak besar juga la dulu tapi tak gemoks. sekarang gemoks. tapi tuan dr tengah cuba diet nasik macam kita2 la ann..he he...macam la ann baca.

n inilah kami yg datang semalam.
tak sabarnya nak tunggu reunion tahun depann...kompom lebih meriahh..
ni para jelitawan tahun 1986
ni pulaks sang arjunanya. ha ha

kol 2++ pagi baru saya balik. saya n beberapa orang jer. yg lain takut bertukar jadi katak tatkala detik 12 malam. he he cik abang saya punya la ghisau ingat saya dah kena culik. sebabnya bateri henpon pun tak dak. dia kol tak dapat laa...huwaaa..huwaaa...huwaaa
maaf la ya. ibu lupa diri bila jumpa pakwes pakwes lamer tuh...kui kui kui
nostakgia zaman kanak-kanak sayaa yg sangat indah untuk dikenangg..

Saturday, December 04, 2010

flowers..flowers..

3 comments
misi menghantar barang hari jumaat tak success sepenuhnya kerana rumah mak Pn. Alfa tak der orang. hu hu...ni tunggu pn Alfa a.k.a pn. azza balik dr menguruskan masjid yg dibina adiknya. tapi apa pun, budak2 seronok dapat keluar dari kurungan gril rumah ini. keh keh keh

semalam berjaya siapkan 4 buah laporan menjadikannya 5 dah siap so far. akan ada lagi yg akan menyusul lepas nih. ok. tolak tepi jap.

semalam, Bos Besar ANI SUP UTARA, Pak Hassan telah kembali menemui penciptanya, maka hari ni semua outlet ANI SUP ditutup. al-Fatihah. sementara menunggu cik abang menguruskan keperluan jenazah, ibu dok ngadap felt. n hasilnya :
tadaa...asyik betul main cantum2 warna. malam ni sambung lagi guntung2, cantum2 nih.

nak beli tak? sekuntuk RM2. beli 2 bagi RM3.50. he he. boleh pilih yg dah siap atau nak cantum warna sendiri pun boleh. tu pun bergantung pada bekalan warna yang ada la ya. end product dia pun boleh pilih macam gambar kat bawah nih.

detail bunga you olls boleh refer kat blog saya yg lagi satu -> zaazytouch

anak2 dah tak sabar nak main beskal. dah beberapa hari terkurung dalam rumah n petang ni kami akan main. nampaknya cuaca ok jer tuh. sesambil menjenguk kekanda yg turun dari JB semata2 nak gi MAHA la tu. pencinta flora la katakannn...okeh. bebila nanti, i sambungs lagi. bye!

Wednesday, December 01, 2010

esok nak deliver

1 comments
esok ni hajat ati nak deliver semua pesanan pn. syima M.Z n pn. azza n pn. ann. moga tercapai hasratku.

ni dia pesanan pn. syima.

tempahannya ialah 3 set batu seremban kain punyer.
untuk anakandanya juga anak2 sedarenye.

ini pula khas saya buatkan untuk anak dara pn. syima -Sophie Aiyuni Natasya
namanya secantik, secomel tuannya.