Sunday, December 19, 2010

Bandung day 2

bandung day 2-2 puan-puan, ni rupa hotel tempat kami bertapa selama seminggu ni. hotelnya kecik jer. tepi jalan chihampelas. sebab tu namanya Hotel Chihampelas.

bangun pagi kami makan kat kafe hotel. bandung day 2-5yang bestnya, sampai hari ni (hari ke-4), makanannya samaaaaa jer. nasik goreng ngan telur goreng ngan keropok indon. waaa…tak lalu makcik. tapi derang bantai jer pasal free. hu hu

lepas makan, kita orang naik angkutan kota ke pasar baru. misi ari ni just nak gi cari hotel lain sebab hotel chihampelas ni kita orang tempah sampai 18 jer. kononnya nak cari yg lebeh murah. ha ha ha

bandung day 3 ni la angkutan kota. kenderaan kita orang bila nak ke hulu ke hilir. encik abang saja nak bagi kita orang rasa cam mana naik kenderaan tu biarpun  kita orang seangkatan dengan jutawan kat sana. wa ha ha..sempit bangat dalam van kecik tu. naik jer la berhimpit2 ngan orang lain tapi memang pengalaman yang menarik. boleh tengok gelagat orang  bandung. Macam-macam jenis orang leh jumpa n macam2 cara orang carik duit boleh kita tengok. memang tabik la kat derang. segala macam cara diusahakan yang kecik, yang muda, dan yang tua mencari rezeki.

sampai pasar baru cuma nak kenal tempat. tak nampak lagi bentuk pasar barunya sebab berlegar di luar jer. kami nak cari hotel guntur sebabnya tukang teksi kata, hotel tu murah n baguss. ke hotel tu, kami naik ni.bandung day 2bandung day 2-1

lupa nak bagi tau. naik angkutan kota tu bayarannya 3000 rupiah sorang. ala-ala 90 sen la. naik beca pulak, sekepala 10000 rp. ala2 hmm  3 ringgit la. sian derang…bepeluh2 mengayuh. he he..kita orang naik 3 buah beca. nak bercakap pasal kenderaan, kena satu sesi khas. panjang ceritanya tapi lebeh kurang cerita puan baiduri jer.

pegi riki-riki guntur, hmm….reject la. murah tapi kita orang tak boleh stay in one room. kena amek 2 bilik. tak yah la. then kita orang jalan2 n masuk mana2 hotel yg ada n tanya2. reject semuanya n finally kita orang decide, sambung jer kat cihampelas. senang sket pasal tepi jalan. kalau nak soping, sepanjang jalan cihampelas ni pun banyakkk tempat soping. he he

balik bilik n rehat. makan, kita orang beli kat gerai2 tepi jalan jer-nasi padang atau nasi goreng. tak de la masuk restoran mana2 kalau ngan encik abang saya yang memang pakar ekonomi tu. tapi yang penting, kenyangggg!

malam, we all jalan2 sepanjang chi walk. macam bintang walk la. saja ronda2. tak de arah dan tujuan. gi giant beli air mineral. situ lagi murah dari yg tepi2 jalan. bandung day 2-7 Zhaim suke benar la kalau nampak patung2 gini. teruja benar dia.

bandung day 2-6

ini yang menarik kita orang jumpa malam tu. set kerusi n meja dia dibuat dpd tong dram. sangat kreatif mereka itew. ni meja kerusi kat sebuah pusat internet sebenarnya. hiasan dalaman kedai semuanya dpd barang2 komputer yng dah rosak. best. tak jumpa lagi kat mesia.

lepas dah penat jalan, kita orang balik n makn n tido. gemoks wei…

tu jer la citer day 2. tak leh nak citer semua. kang tak abis..:)

5 comments:

alfa juliet said...

bleh jadi panduan kalau gi bandung..bila ntah..hehe

BaiDuRi said...

Liza..naik angkutan kota tu RP2000 jer..derang saja tu nak kenekan kita yg jutawan ni...huhu.lepas ni kalo sempat naik lagi, liza gumpal je RP100ribu (utk sefamily) serah kat dia masa dh turun..dia amik jer..terus jln, x kira pun..tgk style org sana mcm tu..

BaiDuRi said...

silap..*RP10ribu bukan RP100ribu*..

~ Ibu ZAAZ ~ said...

huh...dah tanya dah org2 yg naik tu. katanya ikut jarak juga.. minima 2000 rp. betul la yg dibayar tu. tp tak pe shimah...alaa...jutawan la katakan...tak berapa sen pun...huhu...padahal bnyk kali dah kena pau. ha ha

ليلى said...

mesti zhaim seronot dpt jumper syiak besar..hohoh