Friday, December 17, 2010

dari bandung

saya berjaya menceroboh wifi hotel cihampelas ini. ha ha ha...derang kata online kat lobi jer. tapi kita org cuba kat dalam bilik bawah tanah ni...n berjaya. hehe

dah hari ketiga ni. so far penaat mendukung si zhaim. asyik la nak dukung. waa...penat tangan ibu dik. ngan ayahnya tak mo pulak. nak melekap ngan ibu.

ni gambar masa sampai kat airport. haa...cerita nak sampai ke bandung ni pun tragis. 5 minit lagi kapal yang bolrh terbang tu nak terbang, baru kita orang masuk dalam perutnya. timing tak betul. dari rumah jangka nak keluar kul 4, tapi cik abang delaykan pasal dia keje n tunggu dia balik, n tunggu dia bersiap. dkt pukul 5 baru keluar pegi LRT. naik lrt, tukar naik putra dengan orang ramai yg bersesak nak balik umah dr tempat kerja. peh tu kat l sentral, carik bas. mujur bas tu memang dah nak bertolak. ngan jem lagi...dekat kul 7 sampai LCCT. flight kul 8. nak check-in lagi, hantar bag lagi, pemeriksaan kastam lagii...waaa...tensen ooo...nama kita orang dah kena panggil berkali2 suh masuk kapal terbang tu segera. fuhhh...mujur gak sempat. sorry la ann, nak jawab sms ann pun tak sempat dah..

sampai pulak, pihak hotel kata nak jemput. orang dah bagi communicate ngan email kata nak sampai kul 9.15 waktu dia, dia kul 8 dah datang tunggu. dah lama tunggu, blah gitu jer. terpaksalah kita orang amek teksi yg harganya 50000 Rp. aaa...dalam tak sampai RM15 la. Kita orang dera Pak Dani tukang teksi tu bawak kita orang beli makanan n hantar ke hotel.

malam tu kita orang makan dah nak tengah malam. kita orang tak makan dari tengah hari sebab ingatkan dan/sempat la makan sebelum naik flight. sian anak-anakku.

hmm...nanti sambung citer ek. kang bohsan pulak nak baca. layan gambar ek.
info : waku indonesia lewat sejam dari waktu kita. kita dah pukul pagi, dia baru 7 pagi. gitu la yaa..

bag pinjam ateh punya...tq atehni dalam LRT menuju ke Masjid jamek untuk tukar ke Putra pulak
zhaim tak reti diamm dalam flight...bantal busuknya pun bawak. hehe

okeh..bye..nanti sambung lagi.

4 comments:

Wan Z Syima said...

hehehe entri panas lagi nie dr bandung ek.. enjoy la ye.. byk lagi tempat nak jln tu awak..
suka je baca apa2 cite pun..

ann said...

hehehehe tak per paham an ngada2 tanya soalan hhehe mana tau kak za naik lrt

♥Azie♥ said...

bestnyer g bercuti di bandung..saya teringgin nak g sana...

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel