Thursday, December 23, 2010

Bandung day 5

Seronoknya dah ada kat umah masa naip n3 nih. tapi zhaim pulak la demam. mau tak demam…kat sana cuaca tak menentu. kejap sejuk, kejap panas, kejap ujan..

okeh..citer day 5. ari ni kita orang gi jauh sket. jenuh dok deal pasal kenderaan pepagi tu…ada yang amek 800 000 rp, ada yang 450 00 rp. last2, kita orang gi sendiri naik angkutan kota, bergeser-geseran ngan penghuni kota yang lain. perjalanan amek maser yang agak lama la jugak. pas tu kena tukar kenderaan lagik. bandung day 5-3

ni la gambar bebudak dalam angkutan kota yang kedua, yang membantu kami sampai ke puncak gunung tangkuban perahu, dengan bayaran 200 000 rupiah. Pakcik tu amatlah peramah orangnya tapi ku tahu, kebanyakan kata2nya itew, tidak dipahami oleh lakiku. kan yah kan? he he

sejuk bangat kat atas tuh. tapi yang mengganggu ketenangan di atas, ialah para penjual barangan cenderamata. sibuk la dok memujuk sampai rimas la kita orang. nak menikmati pemandangan pun tak senang.bandung day 5 bandung day 5-1 ingatkan dapat la sentuh tanah2 dalam kawah tu, hampehhh. mana boleh. kawah tu nun jauhhhh ke bawah. kita orang kat atas. tepi2 keliling tu dah dipagari. sekadar tengok dari jauh jer. ann gi sini jugak ke ari tu? rasa ader pegi kan kalau tak salah ingatan kak za, ada nampak gambar ann tepi pagar tuh. kan?

Tangkuban Perahu maknanya perahu terbalik. derang kata leh nampak gambaran perahu terbalik kat gunung tuh tapi hmm…tak nampak pun. ke mata ku yg tak gheti nak nengok? huhu. ann nampak? Cik Puan baiduri ader sampai ke sini? ader ta nampak perahu  yg terbalik tergolek?

turun dari situ, sempat la singgah kebun teh. rasa macam pegi cameron la pulak. bandung day 5-2

Peh petik2 daun, kita orang pun balik. singgah kat pekan dia kejap untuk lunch n then balik. perjalanan balik agak mengambil maser sebab macet=jem. Petang jugak la sampai kat hotel tuh. Penat dok dalam angkutan kota jer hari nih. kena berhimpit plus sempit.

naik angkutan kota ni, kalau nak berenti kena sebut “kiri”. loceng2 tak main. tak de ponnn locengnya. kalau perkataan kanan tu drebar jer yang nyebut, tandanya nak suh kita masuk2 lagi n himpit2 lagi so that orang lain boleh tolong jadi sardin jugak kat dalam van tuh. ada paham?

makanan:

makanan kat bandung ni memacam jenis. ada sop kepala sapi, sop kaki sapi, nasi goreng gila laa, nasik goreng maut pun ada.….memacam lagi tau. tak la snap banner2 tuh tapi memang ada la. ni je yg sempat snap.16122010562 macam mana rasanya idok la kami tau. tak berani nak cuba. takut dah lepas gila, maut pulak. nayaaa…tapi kat gerai ni la kami dok beli nasi goreng buat makan di malam hari. Circle K kat sebelah dia tu tempat beli jajan. lapar2 kita orang bantai makan megi beramai2. ha ha….biaser la kan.

okeh. esok sambung lg.

4 comments:

hajarus said...

wah bestnyer... biler la hajar nak sampai sini pulak agaknyer... :)

BaiDuRi said...

LiZa..idak la dibagitau plak ada objek2 sebegitu di atas sinun..teman nengok kawah tu je la..lg satu tak tahan bau taik kuda kot kat atas tu..huhuhu

♥Azie♥ said...

hahahaha nasi goreng gila...jgn gila mkn cukup la...

alfa juliet said...

bestnya dpt jalan tempat org