gambar ni baru amek untuk letak kat resume dia, tapii...ha ha...tak sempat guna pun. amek sendiri jer menggunakan latar belakang pintu, dengan kamera henpon. wa ka ka ka..jadik la kan.tak per la darling, i simpan la gambar u nih. selamat bekerja.
gambar ni baru amek untuk letak kat resume dia, tapii...ha ha...tak sempat guna pun. amek sendiri jer menggunakan latar belakang pintu, dengan kamera henpon. wa ka ka ka..jadik la kan.
ini sebagai profile pic.
ini pulak banner blog.
ini .... label pakaging. ahaks..
untuk anak-anak didikku. tq encik ayah yg tolong potong2 huruf n surf tenet for the pic untuk ibu tiru. he he. ari ni ada sambutan maulid nabi kat sekolah. meriah sungguh tahun ni. banyakkk sungguh hasil2 tangan bebudak. tahun lepas kureng sket. keputusan pertandingan selawat n berarak - senin baru tau. menang ke? huwaa huwaa huwaa....tak tau. nanti kita buat pengumuman ya.
me n beberapa orang bebudak kelas. tak sempat la nak panggil semua n amek gmbar cm tahun lepas.
100 kuntum bunga2 cinta-tempahan orang nak kawen. cenderamata untuk kengkawannya. insyaallah, senin dah boleh deliver. tinggal nak cantum daun n pin n plastikkan.
banyak jugak keje sekolah bawak balik selain buku2 yang nak kena tanda. register...malam ni siap la. yg buncinyer, ade gak la parents yg tak reti nak isi bagi lengkap borang2 yg diberi. maleh tul derang nak tengok surat beranak anak2 memasing. end up dengan kerja ku juga yang tak siap. hu hu..alamak...kakak n aiesya punya borang smm tak print lagi. tapi tak pe..dah ada dah dlm simpanan..update sket n print jer. senangggg! he he

sangat suker ngan tice tuh. hope tice aini pun suker gak.
inilah programnya...SEKOLAH SAYA HEBAT dengan peserta bahagian Sains
Peserta debat...My alia kat situ tengah bersedia melawan SK La Salle PJ
Alia melawan peserta debat SK Kg Tunku di pusingan separuh akhir
ini pulak peserta segmen telentime kita orang. dua2 kali pertandingan tu derang menang sama cam alia. malangnya tak terpilih ke final. tapi tak per..kalu tak,...pening nak kena mengarang tajuk nuklear untuk alia berdebat.
penulis bergambar bersama produser Sekolah Saya Hebat si Farah Adeeba yg tetap jelita walaupun tak mekap. kuruss jer si farah tuh.
ni pulak sinage kelasku. pembakar semangat untuk bersama mereka selama setahun tahun nih.Seronoknya dah ada kat umah masa naip n3 nih. tapi zhaim pulak la demam. mau tak demam…kat sana cuaca tak menentu. kejap sejuk, kejap panas, kejap ujan..
okeh..citer day 5. ari ni kita orang gi jauh sket. jenuh dok deal pasal kenderaan pepagi tu…ada yang amek 800 000 rp, ada yang 450 00 rp. last2, kita orang gi sendiri naik angkutan kota, bergeser-geseran ngan penghuni kota yang lain. perjalanan amek maser yang agak lama la jugak. pas tu kena tukar kenderaan lagik.
ni la gambar bebudak dalam angkutan kota yang kedua, yang membantu kami sampai ke puncak gunung tangkuban perahu, dengan bayaran 200 000 rupiah. Pakcik tu amatlah peramah orangnya tapi ku tahu, kebanyakan kata2nya itew, tidak dipahami oleh lakiku. kan yah kan? he he
sejuk bangat kat atas tuh. tapi yang mengganggu ketenangan di atas, ialah para penjual barangan cenderamata. sibuk la dok memujuk sampai rimas la kita orang. nak menikmati pemandangan pun tak senang.
ingatkan dapat la sentuh tanah2 dalam kawah tu, hampehhh. mana boleh. kawah tu nun jauhhhh ke bawah. kita orang kat atas. tepi2 keliling tu dah dipagari. sekadar tengok dari jauh jer. ann gi sini jugak ke ari tu? rasa ader pegi kan kalau tak salah ingatan kak za, ada nampak gambar ann tepi pagar tuh. kan?
Tangkuban Perahu maknanya perahu terbalik. derang kata leh nampak gambaran perahu terbalik kat gunung tuh tapi hmm…tak nampak pun. ke mata ku yg tak gheti nak nengok? huhu. ann nampak? Cik Puan baiduri ader sampai ke sini? ader ta nampak perahu yg terbalik tergolek?
turun dari situ, sempat la singgah kebun teh. rasa macam pegi cameron la pulak.
Peh petik2 daun, kita orang pun balik. singgah kat pekan dia kejap untuk lunch n then balik. perjalanan balik agak mengambil maser sebab macet=jem. Petang jugak la sampai kat hotel tuh. Penat dok dalam angkutan kota jer hari nih. kena berhimpit plus sempit.
naik angkutan kota ni, kalau nak berenti kena sebut “kiri”. loceng2 tak main. tak de ponnn locengnya. kalau perkataan kanan tu drebar jer yang nyebut, tandanya nak suh kita masuk2 lagi n himpit2 lagi so that orang lain boleh tolong jadi sardin jugak kat dalam van tuh. ada paham?
makanan:
makanan kat bandung ni memacam jenis. ada sop kepala sapi, sop kaki sapi, nasi goreng gila laa, nasik goreng maut pun ada.….memacam lagi tau. tak la snap banner2 tuh tapi memang ada la. ni je yg sempat snap.
macam mana rasanya idok la kami tau. tak berani nak cuba. takut dah lepas gila, maut pulak. nayaaa…tapi kat gerai ni la kami dok beli nasi goreng buat makan di malam hari. Circle K kat sebelah dia tu tempat beli jajan. lapar2 kita orang bantai makan megi beramai2. ha ha….biaser la kan.
okeh. esok sambung lg.
Sekadar menyelusuri Jalan Cihampelas dan Ci Walk, kononnya tempat soping la tang tu.
Ni la rupanya jalan Cihampelas tu. sepanjang jalan penuh dengan kedai. Factory outlet memang banyak tapi satu pun kita orang tak masuk. Kenapa? entah. mungkin sebab kebanyakannya jual pakaian yang kita orang tak pakai pun.
kedai 24 jam pun ada, gerai2 kecik jual makanan pun ada, kedai jual kerepek2 ole2 bandung pun ada,…macam2 la ada. tapi kedai yang kita orang masuk cuma kedai jual ole2 bandung ngan kedai 24-jam. setelah dibanding2 harga, tu la kedai yang kita orang masuk tapi yg paling kerap masuk n beli – Giant. murahhh..hehe.
Hari ni kita orang merayap2 kat jalan tu n singgah KFC. Harga KFC sini agak murah berbanding Mesia punya. Tapi kat sini ayamnya dimakan bersama nasi. nasik tu makanan ruji derang sebab tu mana-mana pegi pun ada nasi. hatta kat McD pun ada disertakan nasi. gerai nasi padang memang tak hinggat la banyaknya kat sini kannn..
sebelum singgah KFC, kita orang singgah amek gambar lagi tang ni. siang ari jelas la sikit kann…si zhaim tu memang teruja sangat-sangat la. baju yang dia pakai tu, baru beli terus pakai n pakai sampai tidur malam. lepas mandi pagi, nak pakai lagi. bagi je la pakai. bukannya busuk pun pasal dia tu bukannya jalan sendiri. dukungggg jer kejenya. tak ayah dukung, ibu la dukung. kengkadang, abangnya layan. tu pun kejap jer la. hu hu
lupa la nak snap gambar ayam ngan nasik tu. dah sudah makan baru teringat nak snap gambar. ibu laparr..he he pasal dah tak lalu nak bekpes kat hotel. sampai ke sudah nasik goreng. warna je tukar selang sehari. sehari putih, esoknya tambah warna kicap sket. tu je la.
ini Ci Walknya. sekarang tengah ada sale hari natal. sale dalam gedung gini, tidak lah mau dipandang oleh suamiku, sekadar jalan2 mengenal tempat orang. ok sebenarnya harganya tapi bukan tempat pilihan encik suamiku bersoping, maka kami jalan2 jer la. cuci-cuci mata dan mata dan mata. he he
ni lagi gambar2 sekitar Ci Walk.
hari ni kita orang mintak pindah bilik lain. lebeh selesa namum wifinya tidak dapat diakses. hu hu huuuuuuuu huwaaaa.
note: masa menaip ni, sebenarnya pukul 3.56 pagi waktu indon, hari ke-7, menunggu masa untuk ke airport. mak tak leh tido sepagi ni hah. tak sabar nak balik mesia..
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...