HOLIDAY

Tuesday, May 26, 2009

BONUS BULAN MEI 2009


Alhamdulillah semakin meningkat. Jom la join...tak rugii!

Syima MZ : Tunggu voucer sampai kat umah ya. :)
Ateh : RM400 dah trnsfer ke akaun aa..
Cik La: RM800 sudah masuk akaun aaa..

masyukkk sungguh. Dengan adanya untung ini, maka meriah la hadiah-hadiah hari guru tahun ini.

Sunday, May 24, 2009

akhirnya

akhirnya, setelah berhempas pulas menyiapkan cd untuk digi, malam ini dah settle. tinggal nak siapkan props n polish all the Digi's actresses especially the Leyla. Come on Zara...u can be mo gediks kan??

tag dari BAIDURI

dah kena tag maka kena jawab la kan...walaupun tak wajib. saja la meraikan kengkawan yang ingat pada kita kan..

1. copy award di atas untuk diletakkan di blog anda

2. nyatakan 5 jenis fakta menarik tentang pemberi award ini.
*ada lesung pipit
*usahawan yang tengah usaha untuk menjadi orang kaya
*kawan yang boleh diharap
*suka gelak, suka senyum
*baik hati orangnya

3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
*Usahawan Ceramic..he he.
*Suka kumpul novel n bahan2 bacaan lain sebab nak buat mini library kat umah
*Suka ngadap internet dan blajar benda2 baru.
*Suka ngan benda2 seni-menari, menyanyi, buat kraftangan dan sebagainya
*Tak suka surprise apa lagi kalo daripada FIL n MIL
*Suka makan-Tu yang badan tak leh jadi cam dolu-dolu tuu
*Suka melancong-dalam planning nak gi sana sini
*Tak suka orang yang banyak tanya pastu tanya detail macam polis nak soal siasat orang coz i tak suka amek tau hal orang detail2 ya. Cukup setakat tau saja..he he. Kalau tau pun pastu lupa dah...
*Suka warna Hijau
*Tengah usaha nak beli rumah lain, kete lain..he he

4. anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
Ghamai nyer nak kena senaraikan...haa...mungkin tak de sebanyak tu pasal kengkawan yang berblog tak berapa nak ramai..tapi tak pe...ku cuba

1. Izyan Elina - Anak muridku yang masih malu-malu sampai ari ni
2. Cikgu Aini-hayyat.com
3. ShiMa-Muridku yang setia
4. Ateh-Adikku yang tetiba rajin masak
5. Cikgu Amin-cikgu kanan yang dedikasi
6. Marul a.k.a HE - teman seuni ku yang ada kat Jepun
7. Masel - Bekas rakan sebilikku masa kat ittar dolu
8. Pidah- bekas adik sekerjaku masa kat ittar dolu
9. Nor-Usahawan My-Cni Shop
10. Ita-
bekas adik sekerjaku masa kat ittar dolu

eh eh...cukup rupanya...haaa..jawab ler. senang jer.

tag from mama HAKIM

Melayan Mama Hakim punya Tag. Nampaknya demam tag melanda lagii...

syarat nak terima syarat ni:
1.pastikan jantina anda perempuan -I Perempuan You!
2.copy award n paste kat blog anda - Udah
3.nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan -3 tak boleh ke? Haa ni dia jawapanku yang merapu.

1. Sebab....boleh merasa kuasa Allah meletak dan menghidupkan manusia dalam manusia-mengandung la tuu..
2. Sebab...dapat merasa kesakitan yang payah nak diceritakan-melahirkan la. Lain oo rasanya tapi best!
3. Boleh selalu cuti mata - maknanya ada 2. window soping atau nangis. Lelaki kalo nangis kang orang kata tak macho pulak kan? he he
4. Sebab boleh melawa-ada masanya la kann
5. Sebab....boleh bergantung pada orang lain - pada cik abang la kan. Derang kan cepat kesian kat kita. Cik abang kita la...kita tak tau cik abang orang lain tuu
6. aaaa....dah hilang idea...aaa...sebab...boleh pakai barang kemas walaupun daku tidak mempunyai barang kemas...wa ka kaka ka
7. aaaa...sebabb...anak-anak akan lebih sayang kita..he he he

4.pass award ni kat girlfriend yg cun melecun ni
I nak pass tag ni katt....
1. Baiduri...Jawab noo Shima. Later i jawab your tag
2. Kak Ave-take ur time kak.
3. Cikgu Lin-haa..update la blog tu wei
4. Ateh-sambil masak pikirkan jawapan ek!
5. Shima My Anak Murid DSK- Jawab Milah Yo!
6. Mama mia-haa ni la masanya nak bagi terer berblog
7. Cikgu Lehan-Jawab Ann
8. Cikgu Aini Bahar - Coretan akademikmu ku nantikan

Udah le ye..si Masel n geng dah kena tag dah..double tag karang biol pulak nak menjawabnya.

Syukurlah

Something to share from my reading

1. Bersyukurlah kepada Tuhan jika setiap malam tidur anda diganggu bunyi dengkuran suami kerana itu bererti dia tidur dirumah, di sebelah anda. Bukannya dengan orang lain.

2. Bersyukurlah apabila anak gadis anda bersungut semasa membuat kerja-kerja dapur kerana itu bermaksud dis kini berada di rumah, bukan berpeleseran dengan kawan-kawan.

3. Bersyukurlah apabila melihat bayang-bayang sentiasa mengekori anda kerana ini bermakna anda masih mempunyai matahari yang menyinari hidup ini.

4. Panjatkan kesyukuran kepada Tuhan jika banyak baju anda sudah sempit kerana ini bermakna anda cukup makan dan tidak hidup dalam kedaifan.

5. Bersyukurlah kepada tuhan kerana terpaksa membersihkan lantai, mencuci tingkap serta mebuang habuk yang melekap di dinding kerana itu bermakna anda mempunyai rumah untuk berteduh.

6. Berterima kasihlah kepada tuhan kerana setiap tahaun anda terpaksa membayar cukai pendapatan kerana ini bermakna anda masih mempunyai pekerjaan.

7. Panjatkan kesyukuran kepada Allah andainya anda terpaksa meletakkan kenderaan anda di tempat yang jauh kerana itu bererti anda mempunyai kenderaan dan masih dikurniakan kudrat untuk berjalan.

8. Berterima kasihlah kepada Tuhan apabila diganggu bunyi bising kenderaan yang lalu lalang kerana itu bermaksud anda masih mempunyai pendengaran.

9. Bersyukurlah juga kepda Tuhan jika anda terpaksa mengemas rumah yang berselerak selepas majlis keramaian kerana itu bermaksud anda masih mempunyai sahabat handai.

10. Bersyukur kepada Tuhan kerana terpaksa membasuh dan menggosok setimbunan pakaian setiap hari kerana ini bermakna anda masih mempunyai pakaian untuk dipakai.

11. Panjatkan kesyukuran kapada Tuhan setiap kali berasa penat dan letih pada penghujung hari kerana ini bermakna anda masih berupaya untuk bekerja kuat demi keluarga tercinta.

12. Bersyukur kepada Tuhan apabila mimpi indah anda terbantut oleh deringan bising jam loceng kerana ini bermakna anda masih bernyawa dan sempat lagi mengucapkan kesyukuran di atas segala rahmat yang dikurniakanNya. Alhamdulillahh..

Hadiah Hari Guru

Hari ni keluar lagi carik hadiah hari guru untuk cikgu2 kakak n abang. Alamak...lupa la pulak cikgu Aiesya. Tak cukup lagi tu..ingat nak beli yang sama tapi tak boleh la pulak..hu hu. Cik abang dok Q pasal harga n pasal bagi semua cikgu. Dia kata kalo dia bagi kat sorang cikgu jer...haa...itu dia. Sian la cikgu2 yang tak de kelas kan..(Hakak pun tergolong dalam golongan cikgu tak de kelas...Low class...wa ka ka ka ka ka). Yang penting, my money my choice.

Payah juga la nak carik barang untuk cikgu2 ni pasal hakak kan cikgu jugak. Macam tau juga la apa yang patut n apa yang tak patut tu.

Sunday, May 17, 2009

FamilY DaY CBn1

Cerita yang tengah hangat sekarang ni...Family Day CBN1. Hmm...penat tapi sronok pasal banyak dapat hadiah. Mujur masuk masa orang tak ramai tu kan Ann? bertuah la kita. Tahun ni tak jaga gerai...itu kenangan taun 2006. Taun ni jaga competition..kira kuli Ms Low laa..Mc bidan terjun. He he..
Ni Dia Bidan Tak Bertauliah : Bila amek gambar ni ek?

Banyak tol competition...lepas satu...satuu...sampai ke petang la jugak berkumpul kat white hall tu. Ni Alia n Her Group...The Whatever Girls : No 6Ni pulak kumpulan Strawberry Chocolate: no 2
Tahniah Sara n The Gang

So You Think You Can Dance Competition


Tak sempat nak menikmati strawberry choclate..cuma dapat merasa sebijik yang Haslina bawak. Dah petang dah baru ingat nak beli...dapat la grape ngan coklat yang tak berapa ada. Nyesal tak order duluu...

Satay gerai Haslina dapat la rasa pasal dah serah kupon pepagi buta. Tu pun rasa sikit jer...maklum la...sataynya tak berapa banyak...yang makannya ramai...tambah lagi tengah keje. Rojak n char kuetiow dapat rasa dengan hasil Ann bejalan-jalan mengabiskan kupon. Kuponku dihabiskan oleh Alia n Aiesya. Tak pe..asal derang happy. TQ ann. Sedap char kuetiow tu kak Ave walaupun masa makan tu dah pukul 7 petang dah. Still sedap lagi. Alamak...lupa la...lauk nasi lemak still dalam kete la Ann...Berbau la kete makcik!! hu hu..

Sarah n Misya datang ke dewan putih. Yang Af tu mintak maap la...kalo jumpa pun makcik tak kenal. Maklun la orang tak de Astro. Dapat salam ngan Sarah. Tapi sian Sarah...orang tak berapa kenal dia walaupun memiliki hidung yang unik. He he..Misya...sah la ramai yang kenalll.


PERISTIWA DI GERAI DIGI

Sebab dah kenal ngan adik-adik DIGI tu kan, akak pun ala-ala mesra la ngan derang. Masa kat gerai tengah daftarkan budak2 DIGI kumpulan 1, ada parent ni tengah komplen pasal dia punya line kot..yang bestnya, parent ni memang banyak komplen kat sekolah ni. Tengok muka pun takuttt...cantik saja tapi muka bengis. Dia ni tak tau apa-apa pasal budak2 kita menang DIGI R.A.P. Dah nak bertanding peringkat National dah...dia masih tak tau. Terpaksa budak2 DIGI tu explain after a few conversation yang masih tidak menampakkan dia tau pasal tu. Malu jer kat adik-adik DIGI tu.

moral of the story...nak komplen pun komplen laa....tapi pasal sekolah kena la amek tau jugakkk...Tak gitu Yours Truly??

Semalam dah dapat 2 hadiah hari guru. One from Neesha n one more from Adlin Sabrina. Tq tq.

Tuesday, May 12, 2009

voucer lagiii

Haa..hari ni redeem voucer lagi. Redeem untuk orang sekalli..downline2ku. Hmm...ni tetiap bulan dah boleh redeem voucer giant RM500. Save dah belanja dapur tetiap bulan. Alhamdulillahh..tq ayah-tukang kutip voucer kat HQ.

Sunday, May 10, 2009

minum petang

Hari ibu ni, satu hari berkurung kat rumah menyiapkan kerja2 yang masih blom selesai sambil bergaduh ngan anak2, sambil tgk TV, sambil update blog, sambil business. he he

Petang ni sambil menanda buku + tgk tv, terbau masakan orang sebelah. Mcm buat cekodok jer....so teringat kat resepi Ateh yang memang nak ku cuba sudah beberapa hari. Kebetulan cheese dah beli kat Tesko pagi tadi. Lantas ku bangun menuju ke dapur + melayan si kecik yang jugak nak menyibuk kat dapur, menyediakan bahan2 dan menyiapkan juadahnya.

Ini dia..taraa...
Jadik tak Ateh? Benda ni masa tengah masak, cheese kat dalam tu akan melt dengan mengeluarkan bau cheese yang sedap. Sedap dimakan bersama sos. Suka ati la kan nak makan ngan sos apa. Haa...masa masak tu, jangan lama sangat biarkan gorengan dalam kuali sebab nanti sosej tu akan kembang dan merosakkan struktur gulungan roti tu...lawak sungguh rupanya. Ini berdasarkan pengalaman ya, he he sebab sibuk nak hias n amek gambar. wa ka ka ka ka

Nak cuba? masuk la blog adikku n copy resepi. he he http://asiahyacob.blogspot.com
Selamat mencubaaaa. :))

Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU kepada semua IBU yang membaca. Haa...tu pasal la suh anak2ku panggil ibu...pasal semua berkaitan ibu. Kalo panggil mama, tak de hari mama. Dalam sajak, lagu, karangan....hampir semua guna perkataan ibu. He he...jangan maree...

SMS masuk seawal pagi lagi...first ucapan dr Haslina. Cikgu Haslina. Anak-anak bagi apa? ni hah..


Satu dari Alia n the other one from Aiesya

Toce-toce. Kakak Alia tanya ibu nak hadiah apa...memula ibu yang saja nak nyakat anaknya ini mintak...

1) Gelang emas
2) Rantai emas

Kakak kata..."alaa...jangan la mintak yang kakak tak mampu". he he
pastu ibu cakap,..ibu tak nak hadiah(pasal tau kakak bukan boleh belikan ibu hadiah pun...duit bukannya ada). Ibu nak kakak dapat no 1 bila pekse. Boleh?-ibu tanya

Kakak : Diam. Hmm....tak mampu jugak ke? Pastu ibu pun membebel ditambah ngan ayah punya bebelan. Tak pasal abang pun kena sama. Haa..ayah kalo dah membebel lagi dasyat...ibu kejap jer.

Ayah bagi apa? Tok sah harap laa...ayah tu memang tak berapa prihatin...tak kira la hari apa pun. Dah biasa dah.

Ke Hutan Lipur Lentang

Tanpa perancangan yang rapi, semalam-9 Mei 2009 kami semua ke Hutan Lipur Lentang. Berkelah la kononnya. Bekalnya..burger McD. He he...biasa la kan...orang ada kupon McD. Saja je la...bawak budak-budak sambil mengimbau kenangan masa sekolah menengah camping kat situ. Masa tu mak tak bagi pegi...tapi sebab free, beria-ria aku nak join. Bukan senang...satu sekolah 4 orang je wakil. Siap pinjam seluar ngann baju besprenku-si Hanie lagi..aku mana ada seluau panjang masa tu...ni dah lepas u baru merasa pakai seluau panjang sendirik. Kalo tak, baju kurung je la akuu.. he he. Sronok gak mengimbau-imbau ni.

Ni gambar ngan group..dapat best presentation. Teka...yang mana satu i? he he

Kali ni, ibu ngan ayah, Aiesya n Zhaim tak mandi. Ibu ngan ayah tak bawak baju...si Aiesya tu penakut...nampak semut pun takut, nampak pencakar air pun takut...last-last tak mandi. Zhaim.....sejuk gaknya air tu...tak mo duduk dalam air. Tapi kalo ibu terjun sekali, dia sah tak mo naikkk.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...