HOLIDAY

Sunday, May 24, 2009

Syukurlah

Something to share from my reading

1. Bersyukurlah kepada Tuhan jika setiap malam tidur anda diganggu bunyi dengkuran suami kerana itu bererti dia tidur dirumah, di sebelah anda. Bukannya dengan orang lain.

2. Bersyukurlah apabila anak gadis anda bersungut semasa membuat kerja-kerja dapur kerana itu bermaksud dis kini berada di rumah, bukan berpeleseran dengan kawan-kawan.

3. Bersyukurlah apabila melihat bayang-bayang sentiasa mengekori anda kerana ini bermakna anda masih mempunyai matahari yang menyinari hidup ini.

4. Panjatkan kesyukuran kepada Tuhan jika banyak baju anda sudah sempit kerana ini bermakna anda cukup makan dan tidak hidup dalam kedaifan.

5. Bersyukurlah kepada tuhan kerana terpaksa membersihkan lantai, mencuci tingkap serta mebuang habuk yang melekap di dinding kerana itu bermakna anda mempunyai rumah untuk berteduh.

6. Berterima kasihlah kepada tuhan kerana setiap tahaun anda terpaksa membayar cukai pendapatan kerana ini bermakna anda masih mempunyai pekerjaan.

7. Panjatkan kesyukuran kepada Allah andainya anda terpaksa meletakkan kenderaan anda di tempat yang jauh kerana itu bererti anda mempunyai kenderaan dan masih dikurniakan kudrat untuk berjalan.

8. Berterima kasihlah kepada Tuhan apabila diganggu bunyi bising kenderaan yang lalu lalang kerana itu bermaksud anda masih mempunyai pendengaran.

9. Bersyukurlah juga kepda Tuhan jika anda terpaksa mengemas rumah yang berselerak selepas majlis keramaian kerana itu bermaksud anda masih mempunyai sahabat handai.

10. Bersyukur kepada Tuhan kerana terpaksa membasuh dan menggosok setimbunan pakaian setiap hari kerana ini bermakna anda masih mempunyai pakaian untuk dipakai.

11. Panjatkan kesyukuran kapada Tuhan setiap kali berasa penat dan letih pada penghujung hari kerana ini bermakna anda masih berupaya untuk bekerja kuat demi keluarga tercinta.

12. Bersyukur kepada Tuhan apabila mimpi indah anda terbantut oleh deringan bising jam loceng kerana ini bermakna anda masih bernyawa dan sempat lagi mengucapkan kesyukuran di atas segala rahmat yang dikurniakanNya. Alhamdulillahh..

1 comment:

Ave Hashim said...

Syukur Alhamdullillah..a good one Cikgu :)

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...