HOLIDAY

Friday, June 15, 2007

STREAMYX

Sejak dah daftar streamyx ni, laju la surf internet ni. Maka hubungan dunia yang terputus seketika akhirnya terpaut kembali. Betul la kata syima.....saya kena ada streamyx kat rumah baru senang nak update blog. TQ la syima. Anak awak dalam proses pendaftaran ya. Sabau. Dalam bulan 7 tahun depan dapat la surat penempatan.

Anak-anak murid yang lama dah tak menghubungi dan dihubungi telah didengar khabar beritanya. Ramai gak yang keje ngan gomen. Fadhlan, Hanif, Lida, Aishah.....Tadi chat ngan Aisyah Absah. Anak murid saya ni, dulu berbadan gempal tetapi dalam masa sebulan telah berjaya menguruskan diri dengan menurunkan berat sebanyak 20 kilo. Bagus betul benda yang dia makan tu. TAHNIAH la. Bukan senang nak menguruskan badan ni kalau tak dengan semangat dan keazaman serta disiplin diri yang tinggi. Teruskan usaha awak Aisyah. Yusli Jamani pun dah kawin. Tau-tau dah ada baby girl sebulan lebih. TAHNIAH la jugak. Bukan salah awak saya tak terima jemputan. Saya yang
lama tak berada di dalam siber ni. TQ send gambar kat saya. Seperti kata saya, ni saya uploadkan gambar kawin awak. Malangnya gambar baby tak berjaya safe la semalam. Nanti send kat email saya ya. Saya update kemudian.Semoga berkekalan selamanya.

Tadi pergi ke Legend Hotel. Ada rehersel untuk pasukan choral speaking. Dah selesai, singgah sarapan dekat medan selera sebelah PWTC tu. Nampak x-classmate si Pian. He he.Tengok je la. Tak berani nak tegur sebab dia tengah borak sambil makan ngan kawan-kawan dia. Korang ni banyak sangat masa santai makan-makan ek. Masa tu baru kul 9.30 pagi. Berapa kali break dalam satu hari ek?

Memandangkan petir sedang berdentuman, maka elok la berenti dulu. lain kali sambung lagi. Sekian.

Tuesday, June 05, 2007

Kini muncul kembali

Cak! Dah lama tak update blog. Rasanya tahun ni cuma update no tepon baru je. Kesukaran melayari internet ( malu la nak gi cc selalu. Tu kan tempat orang muda melepak ) dan kesibukan kerja menjadikannya sebegitu. Tahun ni walaupun tak pegang kelas, tapi cukup sibuk dengan tugas-tugas tambahan. Susah juga menjadi orang kepercayaan ni. Kalau boleh semua kerja nak panggil kita. Moga masin mulut Kak Ani. PT SK Yacoob Latif. Katanya, “ni cepat boleh naik pangkat ni “. He he. Cepat-cepat pun, TUNGGAKAN bila nak dapat???? Fathil, Kak Monie, Khairi,…semua dah dapat. Aini dapat tak lagi?

Cepatnya masa berlalu. Pendaftaran, Sukan tahunan, pesta Gym, mesyuarat PIBG, exam EMS, sambutan hari guru……. semua sudah. Hari-hari busy dah berlalu untuk semester 1. Minggu depan dah nak mula semester 2. Pulun ngabiskan silibus la pulak. InsyaAllah akan diselesaikan sebelum bulan 9. Alamak, first week je dah busy dengan pertandingan choral speaking. Jadi tuan rumah kelam kabut la sikit. Ni pun ada kat sekolah lah ni….tunggu Ms Low bagi arahan untuk buku aturcara. Mujur bawak Aiesya. Tak la boring sangat menunggu. Dia sibuk kat bawah training pasukan choral ngan koir. Hishh…sekolah ni memang cam tu la. Busy sokmo. Last week guru besar busy ngan PIPPnya. Kak Nah bila nak balik? Pejabat kak Nah ni dah jadi pejabat Liza dah ni. Nak ganti kak Nah tak layak lagi, tapi kerusi meja ni memang dah macam liza yang punya. Tempat liza kat bawah tu memang kosong sentiasa. Cikgu-cikgu PPSMI stand by ya. Nazir bebila akan datang melawat tengok P&P. Harap-harap dia orang tak nampak jalan nak ke CBN1. Heh heh. Bala duduk kat sekolah TOP.

Bulan lepas (Mei), semasa meronda-ronda kat Carrefour Wangsa Maju, terserempak dengan Sila. Lamanya tak jumpa si Sila. Masih tak berubah dan masih single. Member dah jadi Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Pertahanan. Zah pun dah jadi Dekan Fakulti. Hebat-hebat belaka. Khairie masih lagi di Brisbane buat PHD dengan isteri dan 2 orang anak lelakinya. Semalam online dengan Tini, dapat la tahu cerita kengkawan sikit. Su ngan Ana dah 4 orang anaknya. Tini dah 3. Zah dah 5 orang. Qin dan Chah serta Nor Samingan baru bersalin semuanya. Nor anak kedua. Alhamdulillah. Dah makin berkembang umat Islam di dunia ni. Masel dan Nor kat UNITAR tu pun tengah berbadan dua juga. Tak lupa menteeku, HALIDAWATI pun tengah berbadan dua. Bulan 9 due. Get ready nak kena ganti poser la ya.

26hb Mei meraikan majlis perkahwinan bekas anak muridku, Wawa.

Dah besar dah dia orang ni. Kat Dewan MPAJ tu, selain jumpa shikin, shima ngan helmee, terserempak juga dengan AZNIAH bekas lecturer ITTAR. La ni dah mengajar kat Kolej Islam Antarabangsa. Az pun masih macam tu. Masih kecik dan masih single. Lama tak jumpa tapi nak borak panjang tak boleh sebab cik abang nak qada tido untuk keje malam nanti. TAHNIAH juga untuk Fathil, the bekas ketua kelas MTGR2 yang telah melangsungkan pertunangannya dengan cikgu gak (mek kelate) pada 2 Jun yang lepas. Alamat akak dah bagi kan, kad jemputan jangan lupa anto. Pegi tak pegi tu lain kira. Aini bila lagi dik? Dok pegi majlis orang je.

IQBAL yang baru lepas eksiden tu, berhati-hati di jalan raya. SYAFIQ Ali Bajunid apa citer ek? Company yang cek handle tu ok ka? Time susah je ke pandai cari cikgu wei ?

Cukup lah untuk kali ini. Nanti-nanti akan diupdate lagi. Blog ibnuamran tu bila nak update ek? Dok tang jangan mengeluh je. Ok. Dah dengar suara Ms Low. Boleh mula kerja. BUBAI.

Wednesday, April 11, 2007

MY NEW NUMBER

I lost my handphone again, so i decided to change my number. This is my new phone number.
017-2787104. Shima and the gang (DSK) anta mesej ya.

To AINI : HAPPY BELATED BIRTHDAY.

Thursday, November 23, 2006

raya ini

Sedar-sedar dah cuti sekolah. Cepatnya masa berlalu. Dah setahun bergelar cikgu. Tahun yang banyak memberikan pengalaman dan pengajaran. Bukan susah nak jadi cikgu tapi bukan senang nak jadi cikgu yang betul-betul cikgu. Yang anak-anak murid akan kenang sampai bila-bila.

Raya tahun ni, macam beberapa raya yang lepas-lepas, kami beraya tanpa cik abang di sisi. Keje laa...Biasa la tu. ngalahkan orang keje bahagian pertahanan. Tak ngape. At least mak ada kat sini. Tak de la terasa sangat. Tapi memang tak de rasa raya pun. Pagi raya cam biasa gi umah mak. Makan la apa yang ada. Macam tahun-tahun lepas, pagi raya umah mak mesti ada nasi dagang. Malam raya tu sempat lagi la kami buat kuih. Anak-anak tukang gentel. Tengok la gambar tu. Bukan main suka dia orang dapat tolong ibu buat kuih. Bukannya selalu punnnn.

Lepas balik semayang raya, kami gi umah shakila. Kelakar lak rasanya. Cikgu gi umah anak murid. Bukan anak murid gi umah cikgu. Ahh...tak kisah lah. Dah dia beria-ia tepon jemput datang. Pegi je la kan. Lepas umah shakila, cam biasa kalau cik abang tu keje, kami akan beramai-ramai gi McD. Makan laa...apa lagi. Free je. He he. Nak join? Tengok la tahun depan kalau masih lagi terpaksa beraya sebagai ibu tunggal......Lepas tu balik la. Lepak kat umah pulak.



Esoknya tak tau nak gi mana. Kengkawan semua balik kg. Me ang my hubby prefer to be at home je. Relaks depan TV lagi best. Tapi anak-anak ni la kecoh. Nak jalan je kejenye. Jalan mana? Tak tau. Last-last kami gi TESKO ampang, biar dia orang main sakan tang tu. Bosannye la ibu ngan ayah menunggu. Dua jam main, pegi beli barang dapur, lepas tu balik la....... masak. Perut dan berbunyi ni. Sampai umah mak ngan adik-adik dah tunggu kat bawah. Raya kat umah kami la plak. Makan la apa yang ada dulu. Kebetulan beli lemang. Haa...makan la kome.


Raya yang membosankan. Tetiap tahun pun memang macam tu. Raya ketiga pegi mana tau? Gi joging kat tasik permaisuri. Tak ramai la kat sana tapi semua orang cina. Kami je yang melayu. Lantak la. Main nya kejap je. Entah la. BOSAN!!


Lepas cuti raya, sebelum cuti sekolah ni, adalah minggu-minggu yang memenatkan. Semua nak buat dalam masa yang singkat ni. Memula prepare untuk hari keluarga. Kena la menjual. Memacam kerenah ibu bapa ni. Tak pe...pengalaman. Penat la handle hari keluarga ni. Mujur la juga untungnya ada. Bebudak kelas pun boleh harap menolong. Tolong lukiskan poster. Hari-hari mintak kertas lukisan untuk buat poster.


Parents, walaupun banyak kerenah, tapi banyak membantu. Pasal duit memang tak de masalah. Cuma kena bersuara je. Masalahnya....tak berani nak bersuara especially pasal duit. Tapi ada caranya nak dapatkan duit dia oang ni....he he. Biarlah rahsia. Dalam sibuk-sibuk tu, sempat gak bergambar ngan athira, bakal doktor yang jadi kucing pulak hari tu. Dia ni memang aktif. Semua acara nak masuk. Budak pandai tak pe.


Lepas hari keluarga sibuk ngan hari kanak-kanak dan hari anugerah koko pulak. Sebelum tu prepare untuk CBN's Idol. Bakat-bakat terpendam dicungkil. OK la. Cikgu-cikgu tak susah sangat sebab banyaknya bebudak tahun 6 yang handle. Zehra malaysian's idol yang datang. Kebetulan adik dia cikgu CBN. He he. Free je la jemput dia. Kurusnya dia.Sibuk la bebudak nak amik tanda tangan dia. Yang cikgu-cikgu pulak sibuk nak bergambar. Layan je la. Habis je CB's idol terus prepare untuk hari koko dan hari kanak-kanak. Cikgu-cikgu kena la buat persembahan. Jenuh cikgu berlatih. Sehari je berlatih. Lantak la. Gambar tak boleh tunjuk kat sini. Malu la pulak rasanya. Mujur la sekolah pompuan. Cikgu-cikgu pun semua pompuan. OK la. Boleh la tunjuk bakat. Yang pentingnya kerjasama.


Minggu akhir sibuk pulak dengan hari anugerah. Buku aturcara memang dah siapkan awal-awal. Tak de la tumpu sangat pada tu sebab dapat tugas handle pentas. Bab-bab menghias memang pilihan. Mujur la ada gak yang tahu tanggungjawab. Menolong mana yang patut. Pentas tahun ni dapat pujian walaupun ada juga tapi tapi nya tu. Alah...biasa la mulut manusia.


Tahun ni jadi juruacara majlis ngan rohaida. Siap beli baju sama bunga lagi. Warna lain-lain la. Kah kah. Ntah apa-apa la orang atas ni. Semua benda nak serah kat aku.. Nama aku berderet dalam buu aturcara. Mujur juga buku tu akau yang buat. Boleh la padam mana yang patut. Nanti orang kata gila kuasa. Gila ke aku? Yang penting aku buat keje. Bila buat keje, buat yang terbaik. Lantak orang nak kata apa. Dah cuti, bosan la pulak..

Thursday, October 05, 2006

~ Kisah anak-anak berpuasa ~

Diam tak diam sudah 12 hari umat Islam menunaikan rukun ketiga. Tahun ini terasa la juga menjadi seorang ibu sebab anak-anak dah mula nak puasa. Dulu tak payah sahur pun tak pe. Bangun minum air je. Cik abang tu pun cam tu. Tahun ni kena la bangun masak apa yang patut dan makan sahur ngan anak-anak. Harap-harap anak puasa la. Tak de makanan kat sekolah at least kalau lapar pun tak de rasa sangat sebab dah sahur. Hari pertama ok lagi sebab hari Ahad. Ibu boleh control anak-anak ibu. Tu pun bila nampak Aiesya makan, semua dah mengeluh lapar. Sorry ya. Tahan je. Muka pun tak de la nampak layu. Main cam biasa je.
Hari kedua sekolah. Harap-harap abang ngan kakak puasa la. Balik sekolah, soalan pertama yang ibu tanya..."Puasa tak?". Kakak sengih, abang pun senyum. Habis semua tak puasa. Sakit perut la...sakit kepala la. Hishhh...macam-macam. Ayah punya la janji macam-macam kalau abang ngan kakak puasa penuh...hmmm...tak jalan.

Hari ketiga, dapat duit pagi sebelum ibu hantar pegi sekolah, abang terus simpan dalam tabung. Katanya kalau tak de duit, puasa la dia. Oooo...puasa sebab tak de duit nak makan. Ok la. Puasa la abang hari tu. Kakak? senyum je balik sekolah. Tak puasa lagi.

Hari yang abang lapar kat sekolah tapi still tak bawak duit, dia cari adik dia mintak belanja. Mujur adik tu jimat orangnya. Adik pun dah ada geng, rela dibelanja abangnya. Hiii anak-anakku.

Pepagi depan sekolah agama, ibu cium pipi abang lepas tu ibu bisik kat telinga abang. "Puasa ya bang. Ibu sayang abang". Harap tinggi menggunung agar abang puasa. Alhamdulillah dia puasa hari tu. Tapi kadang cara tu tak jalan juga. Bila puasa abang mesti bad mood. Lapar la katakan. Adik-adik bising mesti kena marah. So far abang dah banyak hari juga puasanya. Kakak? Cuma hari cuti sebab ibu ada. Tu pun ada juga cubaan mengelat.

Sabtu lepas, kakak puasa macam biasa. Petang lepas masak, sebelum singgah rumah mak( mak buat roti jala hari ni. Lagipun Cik abang keje malam ), singgah di Cosway beli barang. Tinggal la anak-anak dalam kereta. Masuk je kereta balik, abang mengadu kata kakak makan nugget yang adik punya. Teruk kakak kena marah ngan ibu. Mana ibu tak marah. Masa tu dah dekat pukul 6. Kakak....kakak. Ayah pun tak terkata dengan kakak.

Macam-macam ragam anak-anak ni. Tu baru tiga....

Thursday, September 14, 2006

Memacam Cerita

Lama tak masuk blog. Susah nak singgah CC. Wahai kengkawan, please send me sms to 0172793932 ya. I lost my handphone a few weeks ago. Somebody cut my pocket to get my hp. Still no sama cuma no phone semua ilang la sudah. Aini nanti mesej akak ya. Fathil pun sama ya. Semua la....

Bulan 5 kak Monie dah bersalin begitu juga Maselinawati. Dua-dua dapat baby Boy. Kak Monie anak keempat, Masel anak pertama. Bulan 8 ramai juga yang bersalin. Yusniza juga dapat baby boy(firs baby), Kak Zura CBN dapat baby girl(baby keempat yang kesemuanya girl), Zuraida pun dapat baby boy( first baby). Yang terbaru, Zarina X-CBN teacher juga dapat first baby,...baby boy. Coming soon, Mardiana dan Aini. Dua-dua cikgu CBN. TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH. oppss...Aini dah bersalin baby boy ( Muhammad Haziq )beberapa hari sebelum blog ini diupdate. Ramainya baby BOY! . 3 Oktober 2006 Mardiana pula melahirkan baby boynya yang pertama setelah memiliki 2 orang puteri sebelum ini. Tahniah. Dah boleh rehat dah awak. Gambar aini dan mardiana sebelum bersalin.

First time menyambut Hari Guru sebagai guru yang sebenar. Seronok betul. CBN girls ni memang murah dengan hadiah. Banyak betul hadiah bawa balik masa tu.Dah la umah tinggi. Jenuh nak mengangkat naik ke atas tu. Memacam ada........Tudung, brooch, bekas jewellery, bunga tu biasa la, frame, mug,...memacam la. Macam ni rupanya hari guru. Anak pulak sibuk suruh kita belikan cikgu-cikgunya hadiah. Ok la. Carik la kami hadiah yang berpatutan dengan budget yang ada. Bebudak tu asalkan bagi hadiah ok jer.

Second time dinyanyikan lagu happy birthday kat sekolah. Bebudak ni memang sibuk cungkil bila birth date cikgu. Seboleh-bolehnya nak tahu. Hadiah yang tak pernah dapat sebelum ni diberikan oleh Rebecca dan adiknya Stephanie - Pasu dengan pokok buluh diletakkan dalam gel hijau. THANK YOU VERY MUCH dear.

TAHNIAH to one of my mentee masa kat ITTAR, HALIDAWATI IBRAHIM yang telah melangsungkan pernikahannya dengan jejaka pilihan hatinya pada ... tak ingat la pulak. nanti la update lagi.

TAHNIAH buat semua x student yang sekarang dah bergelar student UNITAR yang konvo minggu lepas. Linda and the gang,....TAHNIAH. I wish i was there.

TAHNIAH buat semua nak muridku yang telah berjaya (tempat pertama ) dalam pertandingan nyanyian lagu patriotik sempena sambutan hari kebangsaan peringkat sekolah. Cikgu puas hati la tengok you all punya semangat. Tak sia-sia amik masa BM kita tu. Tak sia-sia juga cikgu pinjam kain pelekat Atuk Akob. Tahniah juga sebab menang tempat kedua pertandingan menghias kelas sempena sambutan yang sama. Habis ink printer cikgu mencetak bendera. Kelas kita memang dicemburui..... he he. Kelas terbersih tu memang kita punyer.

TAKZIAH buat x-student Shahril_1117 yang telah kematian ibu tercinta sehari sebelum bermulanya puasa Ramadhan 2006 akibat penyakit leukimia. Semoga rohnya dicucuri Rahmat.

Pangkor hari ke-4

11 Ogos 2006

Beberapa kali terjaga. Pukul 4.00 bangun set alarm. Pukul 6.00 bangun terus mandi. Bersiap dan kemas bag. Turun cepat pegi sarapan. Takut jadi cam selalu-Makanan habis. Lepas makan balik bilik sambung cerita pangkor ngan cuba upload cerita hari ketiga. Tak leh la pulak. Malam tadi pun tak leh. Tu yang tido cepat tu. Kalau boleh agaknya kul 12.00 pun tak tido lagi kami berdua. He he.
TAK SABAR NAK BALIK!

8.00 am

Ke dewan. Ingatkan ada apa-apa la lagi. Rupanya tak de dah. Cuma nak isi borang penilaian ngan copy CS. Alahaii.... . Kul 9.00 dah lepas kuar untuk packing. Sebelum kuar sempat amik no phone Zu, Risha and Gomathi. Cikgu Zu ajak gi depan- nak belikan abangnya baju. Satu baju abang dia, satu seluar jerut dia. Tu kena amik gak tu, dari semalam lagi dia tenung seluar tu. Selesai, balik bilik. Ingatkan doleh upload blog,...tak leh access la pulak internet. Tak pe la. Siapkan dulu cerita. Packing dah lama dah habis. Tunggu masa balik je ni. Kata JU, kul 11 nanti bertolak. Kat depan tu dah ada belonggok bag cikgu-cikgu yang berkobar. Tak pe…ada masa lagi.

10.20 am

Siap dah. Turun la kami hantar kunci dan makan. Makan la jugak makanan tengah hari tu walau pun baru je makan. Dah bayar tu harga makanan tu. He he. Tengah makan, van sampai. Maka berebut la mereka yang selesai makan. Kami pun cecepat juga makan dan lepas makan, kami juga turut berebut tempat dalam van teksi tu. Satu van muat seploh orang jer. Sepanjang perjalanan sempat menjamu mata melihat keindahan pantai. Sampai kat jeti terus naik bot. Lama la jugak dalam bot tu menunggu penuh. Kami ni resah gelisah. Ingat nak cepat sampai je.

12.15 am

Sampai kat jeti. Membayangkan bas dah sampai, kami pun segera la mengheret bag keluar. Hampeh! Bayang bas pun tak dek. Lama juga menunggu. Si Zu ajak gi membeli kat kedai seberang. Jom la. Tengok punya tengok habis gak seploh hengget membeli sotong kering ngan sate untuk anak-anak. Jadik la daripada tak de apa-apa bawak balik. Dekat pukul 1 baru bas sampai. Kami bertolak dalam pukul 1.10 pm. Hishhh....membuang masa betul la. Kalau dari tadi sampai sure boleh sampai awal.

1.10 pm

Bas bertolak. Dalam bas tengok cerita Thailand. Kisah gajah yang diculik dari tuannya untuk dijadikan makanan bagi penggemar daging haiwan liar di Australia. Owner gaah tu terlampau sayang dengan gajah tu sebab dia membesar dengan gajah-gajah tu sampai sanggup pegi Australia carik gajah-gajah dia. Yang dewasa dah mati masa dia jumpa. Tinggal tulang ngan gading je. Nampak benar sedihnya dia. Anak gajah yang namanya Kang tu hidup lagi. Dia punya kung fu memang hebat. Tak yah pakai senjata pun. Habis cerita we all berhenti sat kat Pagoh. Buang apa-apa yang patut. Sesak la jap tandas pompuan. Sambung perjalanan dengan cerita Jet Li pulak. Sempat la call cik abang tapi tak dapat. Terpaksa la on kan juga hand phone yang dah nyawa-nyawa ikan baterinya tu. Kat Rawang ayah call balik. Cerita Jet Li tak sempat habis tengok. Tak pe sebab cerita tu dah tengok dah. Member sebelah daripada mula jalan, sampai la sekarang dok tido je kejenya. Lantak la.

4.40 pm

Sampai. Sementara menunggu cik abang sampai, teman duduk di bangku yang ada. Bukak komputer dan mula sambung cerita Pangkor. Tolong juga jaga barang kengkawan yang ada urusan memasing. Sempat juga berborak dengan satu cikgu tu yang kat Pangkor, tak pernah realize pun kewujudannya walaupun cikgu tu kat sebelah bilik je duduknya. Kelakar la pulak. Dah sampai balik Jalan Duta baru nak kenal. Tak pe. Bila semua kengkawan dah balik, sambung balik cerita Pangkor. Tetengah menaip, WKY3098 sampai. Maka berakhirlah cerita Pangkor. Adios.

Pangkor hari ke-3

10 Ogos 2006

6.00 am

Hari ni agak lena tidurnya ( walaupun ada gak beberapa kali terjaga). Orang sebelah terbatuk-batuk. Makan rambutan banyak sangat semalam. Bangun, mandi, solat dan bersiap. Sementara tunggu Zu, bukak computer dan sambung taip soklan pekse.Ayah call. Kebetulan on tepon sebab nak tengok jam. Ayah report kata anak-anak tengah makan sebelum gi sekolah. Ayah kata adik ngigau panggil ibu. Rindu kat ibu la tu. Ibu pun rindu kat adik tau.
Zu nak di dewan makan cepat. Nak carik air panas katanya. Ok la. Kami la antara yang terawal. Dah abis makan balik bilik semula. Zu nak rehat jap. Ikut je la. Maklum la…ibu mengandung. Layannnn.

7.55 am

Aku pun terlena sesambil tengok ASTRO. Bangun-bangun dah 7.55. Kejut si Zu. Mujur juga dia tu senang je bersiap. Aku memang tak bukak tudung pun balik tadi. Amik barang terus ke dewan. Alaa...tak ramai pun lagi. Ramai lagi yang tengah makan. Selamba je dia orang ni. Masuk dewan pun tak buat apa sebab power point dah siap. Buat apa lagi….borak la. Tu pun tak tau apa lagi nak diborakkan. Kalau kaki borak tu lain la citer.

9.00 am

Tukar dewan. Bekumpul semula untuk presentation. Bosan. Bukannya dengar sangat apa yang orang present. Dah la sempit. Bising lak tu kat belakang (tempat berkumpulnya cikgu-cikgu lelaki). JU pun tak terkata dah. Kami tunggu la giliran. Ngantuk pun ada. Zu kat tepi dinding tu dah terlena dah tu. Hmmm. Sampai masa break, semua kuar makan. Kami pun la...tapi tak terus pegi makan. Balik bilik dulu. Buang apa yang patut. Dekat je bilik kami. Balik ke dewan makan, kuih dah nak abis tapi ada lagi la untuk kami. Tak kisah sangat pasal makan memang banyak kali kat sini.

11.00 am

Masuk balik dewan. Dapat duduk kat tepi dinding. Apa lagi, pasang charger laptop…terus bukak. Sesapa nak present, present la. Malas nak dengar sangat, tapi dengar jugak sebenarnya. Ingatkan nak curi-curi buat soklan, tapi dapat lak access internet. He he …wireless. Apa lagi. Cek email. Lama benar tak baca email. Memacam la dapat tengok. Member-member sebelah pun tumpang sama. Ada yang forward gambar-gambar anak-anak Datuk K, gambar sast-saat terakhir arwah Mohsin, gambar ikan duyung. Memacam la lagi. Habis presentation ( kami tak sempat present pun), makan tengah hari. Balik bilik sambung surf internet. Zu kata nak gi shopping tapi dia tido. Senang benar dia terlelap. Letak je kepala terus senyap. Tak de la shopping nampaknya. Aku tak kisah ngan shopping ni. Memang duit pun terhad. Malas sama. Panas!!. Sempat la upload cerita hari 1 dan 2 kat pangkor. Teringat kat shima. Ari tu tepon, tanya bila nak update blog. Dah update dah ha, Baca ya shima. Baca sampai abis tau. So sepetang ni dok mengadap komputer, tengok TV. Tengok la jap lagi kalau rajin, nak gi main air kat pantai.
Tengah sesedap surf internet, si Zu ni bangun la pulak ngajak jalan. Ok la. So dalam kul 4.30 pm kami pun pegi la ke pantai. Jalan kat pantai yang naik airnya tu....habis la basah kain. Dah la pakai baju kurung. Ngan hand bag lagi. Nak buat cam mana. Tu je la yang ada. Malas nak tukar-tukar baju. Menyusahkan je nak bawak pegi balik. Ngan laptop lagi…..pusing-pusing lagi kat depan tu. Jap ke depan, jap ke belakang. Carik skirt labuh untuk kakak. Dah beli untuk kakak, teringat lak abang ngan adik. Last-last beli la gak untuk semua. Marah tak ayah nanti? Dia pesan jangan beli apa-apa. Alaa….dah sampai jejauh ni hah. Beli la. Lagi pun teringat kat anak-anak. Sian bebudak. TAWAKKAL je la.

7.45 pm

Tepon rumah. Tanya khabar anak-anak. Kakak cakap hari ni Sains dapat 100 markah. Alhamdulillah. Kakak cakap tadi dia nangis kat sekolah teringat kat ibu. Abang pun kata rindu sampai rasa nak tepon ibu masa kat sekolah tadi. Alaaa….syahdunya rasa. Ibu pun rindu. Saja ibu buat-buat tak tau. Kang ibu yang nangis kang. Eh! Aini. Ingat tak kat KP Matematik SK Convent Jalan Peel, Puan Norliah tu? Dia ada kat sini tau. Macam tu la jugak muka dia Aini. Lantak la. Tak sabar nak balik. Hmm......malam ni ada BBQ.

8.15 am

Tadi kata mula kul 8.00. Nape baru 8.15 lauk dah abis? Alaa…..lauk dah abis. Ntah apa jenis BBQ ntah. Yang ada Cuma ikan. Nak kata bakar, cam tak bakar je. Ketam masak apa ntah pun ada. Ketam tak best. Ketam kecik lak tu. Banyakknya jadi sampah je. Isi sikit je dapat makan. Makan nasik pun tak lalu dibuatnya. Si Zu tu lagi la. Ikan je habuannya. Yang lain dia tak leh makan. Resdung. Tunggu ayam tak muncul-muncul. Ada kat belakang tu. Mana yang tak sabar tu pegi mintak sendirik kat belakang. Hishhh!
Last-last kami pun bangun. Maleh nak tunggu-tunggu lai dah. Balik bilik sambung buat soklan kejap je sebab bateri laptop dah abis. Nak charge, cik puan tu tengah charge dia punya hp. Tido lagi baik. Tutup lampu terus melelapkan mata. Habis la cerita hari ketiga. Sambung esok kalau sempat.

Thursday, August 10, 2006

Kursus di Pangkor - hari 2

9 Ogos 2006

6.45 am
Tepon umah jap. Tanya khabar le. Semalam tak sempat sebab asyik berborak. He he. Budak-budak kat umah tu exam la.

7.05 am
Turun makan sarapan. Antara orang yang paling awal turun. Makan pagi hari ni nasi lemak. Cepat lak selesai makannya. Jom la kita gi tengok ombak dan laut Zu. Air tengah pasang. Takut lak tengok ombak tu. Dari jauh nampak pulau yang dikelilingi masa berkayak dulu. Terbayang-bayang peristiwa berkayak dalam ombak bergelora tu.

8.00 am
Patutnya dah mula dah aktiviti abakus. Entah apa la yang JU semua buat. Tak mula-mula lagi. Dalam dewan dah bising dah. Biasa la cikgu-cikgu ni. Sekali dapat lepas, bisingnya ngalahkan anak murid. Slot 1 ngan 2 belajar abakus hari ni. Ok la. Best juga tapi tak dapat nak belajar banyak. Dia orang masukkan slot abacus pun sebab nak promote cd yang dia orang hasilkan. Abakus ada kursus dia sendiri sebenarnya. Minggu depan kursusnya tu. Kat mana tak tau.

2.30 pm
Slot ketiga. Taklimat HSP. Entah apa-apa la. Dah la tukang terang tu Englishnya tak berapa bagus tapi nak cakap BI. Habis semua orang geleng kepala tak paham. Tak kisah la. Tak de yang penting sangat pun. Saja je dia orang ni buat kursus jauh-jauh nak mengabihkan duit kerajaan. Ni umpama nak bawak kita orang gi bercuti je ni. Kalau time banyak duit best gak gi bercuti.

5.00 pm
Berjalan-jalan kat tepi laut. Bukannya ada apa pun. Nak mandi laut pun takut sebab air tengah pasang sampai ke tepi. Hilang dah pasir pantai tu ditelan ombak. Sesambil bejalan tengok la baju-baju yang bergantungan menunggu pelancong. Terpikat tapi terikat. Nak beli tapi tak boleh. Dalam tak boleh tu amik jugak T-shirt untuk cik abang. He he. On the way balik ke resort, tepon la cik abang guna public phone kat tepi jalan. Ditelannya duit tapi suara tak dengar pun. Nasib la. Balik bilik call lagi. Kali ni dapat. Kakak cakap paper Mathematics dia dapat 93 %. Kakak memang ibu tak risau. Tu abang tu senyap je.

8.30 pm
Kursus ni bebetul tak well organized. Depa main bantai je isi slot. Nak bahagi kumpulan pun kelam-kabut. Nak buat group work la kononnya. Buat presentation guna Power Point. Biasa la tu. Kerja senang je. Kat dewan tu kami borak je. Balik bilik baru buat power point tu. Ye la. Tadi mana boleh buat. Laptop tak de la. Ada kat bilik. Yang tak bestnya, dua orang je melayu. 6 yang lain India. 2 lagi cina. Elok la tu. Bila dia orang berborak sesame dia orang, kami geleng kepala. Pas tu gelak.

12.00 pm
Selesai buat power point tu, bersihkan diri, semayang lepas tu tido. Hari ni sempat la taip sikit soklan pekse kertas 1.

Kursus di Pangkor - hari 1

4.00 am
Jam berbunyi, celik tapi tidur balik.

4.30 am
Terjaga dari tidur. Ahh…..dah kena bangun dah ni. Baju Zharif nak kena gosok. Bag nak pegi pun belum disiapkan. Dengan malasnya melangkah ke bilik air. Cuci muka, gosok gigi. Terus ke bilik kakak cari bag. Haa…tu dia atas almari. Dah siap kemas bag, kejutkan abang ngan kakak. Sedih juga nak tinggalkan dia orang ni. Jangan fikir! Jangan fikir!

6.30 am
Ayah hantar abang dan kakak pegi sekolah. Tinggal ibu temankan adik tidur. Ibu pun tumpang tidur juga. Tidur pun tak berapa lena. Pukul 7.00 ayah tak balik lagi.

7.15 am
Ayah balik bawak kuih. Kebetulan adik pun bangun, so kami pun sama-sama sarapan kuih tu. Lepas makan dua biji kuih, terus bangun gosok baju abang ngan baju sendiri. Lepas tu mandi, terus bersiap.

8.10 am
Hantar adik dulu ke taska. Dia turun dengan selambanya. Tinggal dik ya. Ibu tak nak peluk adik sangat, nanti ibu nangis so, ibu biar je adik masuk macma tu je. Lepas hantar adik, ke Maybank keluarkan duit. Kemudian terus ke JPWP. Jem juga dalam perjalanan. Biasa la KL. Sampai sana bas dah siap berderet. Alaa...tak bestnya. Tak kenal sesapa pun. Singgah makan kat Hentian Putra. Ayah je yang makan. Ibu takut sakit perut. Maklumla perjalanannya jauh.

10.00 am
Tak bertolak lagi. Entah apa yang ditunggu. Masa berbaris tadi(register), sempat berkenalan dengan satu cikgu ni. Yang tau nama sekolahnya…La Salle. Nama tak tau lagi. He he biasa la. Cikgu ni dah ngajar 7 tahun dah. 10 lebih baru bas bertolak. Dua kali salam ayah. Tak nak pandang matanya. Dengan rasa yang berat, terpaksa jua dikau kutinggalkan.

Dalam bas, duduk dengan cikgu yang baru kenal tadi. Dia bahasakan dirinya kakak. Mungkin rasa dia tua sebab dia dah lama mengajar. Ku tanyakan umurnya. Katanya. “30”. Jawapannya membuatkanku tergelak. “Saya lagi tua. Umur saya 32 tahun ni”. Cikgu tu pun tergelak sama. Masih tak tahu nama dia. Hmmm.

Bas kami jalan dulu. Kami pun dalam hairan sebenarnya suka kalau bas tu jalan dulu. Mana tak hairan, bas kami bas nombor 5. Patutnya bas nombor 1 la jalan dulu ( semua sekali ada 6 buah bas ). Rupa-rupanya baru je jalan dah berhenti di stesyen minyak. Patut la. Lama juga berhenti.

11.00 am
Tengah syok tengok cerita toyol Indonesia, bas berhenti lagi. Berhenti lagi di kawasan rehat Rawang. Alaa…berhenti lagi! Driver bas kata ½ jam. Jom la turun carik apa-apa.

11.30 am
Bas bergerak. Sambung balik cerita toyol. Dasyat cerita toyol Indonesia tu. Tak tau nak cerita macam mana. Dah habis cerita toyol yang tamat dengan tuan toyol mati kena cekik dek mak toyol kerana melanggar sumpah, sambung lak karaoke Ramlah Ram. He he. Layan je la. Abis karaoke, layan lak bollywood. Apa-apa je la. Nama cikgu kat sebelah masih tak tau. Dah penat berborak, dia tido. Aku nak gak tido tapi ntah……tak lena la.

1.30 pm
Kali ni berhenti kat Teluk Intan. Beberapa minit sebelum berhenti sempat hantar sms pada ayah. Sebenarnya tepon tu dimatikan sebab charger tak bawak la. Nak jimatkan bateri la tu. Berhenti makan kat satu restoran kat mana ntah. Dulu masa pegi Pangkor tak de lak singgah kat situ. Makan nasik RM3. Cecepat kami pegi makan sebab lepas tu nak rebut tandas lak. OK lak kat tandas tu. Masih tak ramai orang pasal memasing masih makan masa kami dah abis makan. OK la tu. Masih tak tau nama member tu. Alahaii! Bas meneruskan perjalanan pada jam 1400.

4.10 pm
Baru sampai jeti. Lambat gak nak sampai. Dah biasa berdiri lama kat kelas, kena pulak duduk lama. Sakit badan dibuatnya. Bas kami sampai dulu so, kami turun dulu la. Dapat la naik feri yang awal. Dalam feri layan karaoke lagi. Memula lagu-lagu 60-an. Tapi cd jem tetengah jalan, tukar lagu-lagu Siti. Sempat la dua lagu Siti nyanyi. Teringat kat Sang Suria. Apa khabar gamaknya Suria? Suria and the gang ni la yang suka benar ikut lagu-lagu karaoke tu. Lagi-lagi lagu dangdut. He he. Sampai je kat seberang terus dapat teksi van. Kat jeti teringat nostalgia PPL. Bezanya dulu bergelar pelajar sekarang dah jadi guru. Dulu badan kecik sikit sekarang dah naik balik. Kat jeti ni la dulu sakan kami amik gambar. Sampai je kat resort terus daftar bilik. Cam biasa la. Dok ngan cikgu tu. Masuk bilik (no 119), baru sibuk nak berkenalan-tanya nama la. He he. Nama dia Zuraida. Punyalah lama berborak baru nak tau nama. Dalam bilik tu ada Astro la. Lepas letak barang terus pegi minum petang. Kami la orang pertama yang minum petang. He he. Bukannya apa. Nak cepat. Boleh rehat lama sikit. Kenyang nyer!! Balik bilik, semayang, tido. Cikgu tu dah tido tapi aku biasa la. Tak leh tido sangat. Last-last bangun menaip. Taip apa lagi.....blog ni la.

7.30 pm
Turun makan malam. Kami lambat rupanya. Ramai yang dah habis makan. Lauk hari ni sambal udang, sayur, ikan masam manis kot, dengan tom yam pahit. Tak lupa juga ulam-ulaman dan buah-buahan. Ok la. Dah banyak kali makan dah. Kembang lagi la badanku. Lepas makan, amik fail terus pegi dewan. Tak ramai lagi kat dewan. Dalam jadual kata pukul 8. Tak pe la. Datang awal boleh pilih tempat. Suka hati la nak duduk kat mana.

8.15 pm
Baru nak mula taklimat. Rupa-rupanya mula 8.15. Ada perubahan jadual la. Ishh...macam mana kami tak tau ni? Oo...rupa-rupanya orang yang turun makan awal je yang dapat berita. Banyak perubahan lagi pada jadual. Malam ni Cuma taklimat untuk perubahan jadual dan pemilihan penghulu dan penghuluwati je. Yang lain tak de. BEST! Patutnya ada ice-breaking. Ha ha ha. Ingatkan boleh la balik bilik awal, tapi ada lak member Zuraida yang datang ajak borak. OK la. Macam-macam cerita baru dunia perguruan yang dapat aku dengar. Seronok! Dapat dengar cerita, bertukar cerita dan kenal kawan baru. Kami berborak kat dewan makan ( of course sambil makan-supper) sampai pukul 10.30 pm. Sejam lebih gak berborak sampai mata makin layu. Balik bilik sambung blog. OK. Habis dah cerita. Esok Sambung lagi.

Monday, April 17, 2006

Ujian Bulanan 2

Seperti biasa, kena set soalan matematik tahun 5. Kali ni tambah lagi dengan soalan BM tahun 3. Pulun la cari soalan. Pulun juga semak soalan takut ada error. Yang tu kena tengok bebetul sebab boleh menjatuhkan imej kita kat mata GPK-GPK yang ada. Tapi apa nak buat, manusia biasa memang tak lari dari membuat salah. Ada juga salah kat mana-mana. PENGAJARAN....tak pe. Soalan Ujian Bulanan 3 nanti tak buat dah salah yang sama.

12 dan 13hb yang lepas, selesai dah exam. Masa paper math tu, kebetulan aku ke bilik media sebab nak kena siapkan cd untuk mesyuarat PIBG. Memang kena lalu kat kelas tahun 5. Semua murid mengeluh. Cikguuuu...susahnya soalan. Cikgu.....susah la. Suddently Rebecca came and asked for numbers of questions. She said, "teacher, how come there are 25 questions ? I thought only 20 questions". Alamak...salah ke aku? Miss Low yang approve soalan tak bising pun. Then nak tak nak I add another 10 minutes. Harap you all dapat buat. Cecepat aku ke bilik guru semak soalan lepas. La...betul la. Patutnya ada 20 soalan je. Tak pe la. Dah tambah masa dah. Terlebih 5 soalan 1 markah. Nak buat cam mana.

Bila semak kertas jawapan......memang ramai yang tak boleh buat. Kelas yang belakang tu ada juga yang dapat 0 markah daripada 40 markah. Soalan yang susah memang la kalau tak boleh jawab tu, tak heran. Tapi direct questions pun tak leh jawab jugak macam mana. Tak kan nak salahkan soalan juga. Bilangan murid yang dapat A menurun tapi still ada juga yang manage to maintain their gred. TAHNIAH la untuk semua yang tak tergugat dengan soalan yang susah ( pada mereka la. padahal soalan tu memang soalah dalam buku-buku latihan year 5). Murid-murid buat aduan dengan Miss Low tapi yang bestnya, Miss Low tak marah. Dia kata bagus soalan macam tu. Biar buka mata murid-murid supaya tidak leka. Persediaan untuk UPSR katanya. Ha ha. Itu la untungnya mengekalkan prestasi yang baik di sekolah.

Patutnya nak bagi markah tu hari ni tapi sebabkan aku kena gi kursus, esok la nampaknya. Cam mana la muka dia orang tengok result yang teruk tu ya? Rebecca dulu dapat 90 markah pun boleh nangis, inikan pula markah yang lagi kurang daripada tu walaupun masih lagi A. Kalau dah ramai yang A dulu, sekarang dapat C atau D, pasti mendung kelas esok. Kelas 5D laaa..... sian la plak.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...