Friday, June 15, 2007

STREAMYX

Sejak dah daftar streamyx ni, laju la surf internet ni. Maka hubungan dunia yang terputus seketika akhirnya terpaut kembali. Betul la kata syima.....saya kena ada streamyx kat rumah baru senang nak update blog. TQ la syima. Anak awak dalam proses pendaftaran ya. Sabau. Dalam bulan 7 tahun depan dapat la surat penempatan.

Anak-anak murid yang lama dah tak menghubungi dan dihubungi telah didengar khabar beritanya. Ramai gak yang keje ngan gomen. Fadhlan, Hanif, Lida, Aishah.....Tadi chat ngan Aisyah Absah. Anak murid saya ni, dulu berbadan gempal tetapi dalam masa sebulan telah berjaya menguruskan diri dengan menurunkan berat sebanyak 20 kilo. Bagus betul benda yang dia makan tu. TAHNIAH la. Bukan senang nak menguruskan badan ni kalau tak dengan semangat dan keazaman serta disiplin diri yang tinggi. Teruskan usaha awak Aisyah. Yusli Jamani pun dah kawin. Tau-tau dah ada baby girl sebulan lebih. TAHNIAH la jugak. Bukan salah awak saya tak terima jemputan. Saya yang
lama tak berada di dalam siber ni. TQ send gambar kat saya. Seperti kata saya, ni saya uploadkan gambar kawin awak. Malangnya gambar baby tak berjaya safe la semalam. Nanti send kat email saya ya. Saya update kemudian.Semoga berkekalan selamanya.

Tadi pergi ke Legend Hotel. Ada rehersel untuk pasukan choral speaking. Dah selesai, singgah sarapan dekat medan selera sebelah PWTC tu. Nampak x-classmate si Pian. He he.Tengok je la. Tak berani nak tegur sebab dia tengah borak sambil makan ngan kawan-kawan dia. Korang ni banyak sangat masa santai makan-makan ek. Masa tu baru kul 9.30 pagi. Berapa kali break dalam satu hari ek?

Memandangkan petir sedang berdentuman, maka elok la berenti dulu. lain kali sambung lagi. Sekian.

2 comments:

azl said...

salam mek.....rajin nyo demo tulis blog, kira modern sikitlah ado streamyx....hahha....rumah ambo pun ado...share dgn ore sebelah....male2 buleh wak kejo opis..Liza jupo dgn Pian Bass ko? bakpo tok tegur....@jele

~ RoSLizA ~ said...

salam.....rajin pasal tok rajin nok talipon. Semua x-student buleh tau perkembangan. Sajer la...sronok-sronok. Malu la nak tegur pasal dia tengah borak ngan kawan-kawan kat tempat makan. Tetiba je nak gi tegur, malu la plak. Entah dia kenal entah tidak.