Rasanya semua orang yang berperasaan inginkan sebuah perkahwinan dan yang pastinya nak yang terbaik dan terbahagia dan tergembira dan semua yang ter...ter.... Tapi semuanya bergantung gak pada jodoh....cepat atau lambat. Keje tuhan tapi kita ni kena la usaha...ye tak? Ada orang nak kawin tapi tak de duit. Sanggup menipu asalkan majlis kawinnya grand giler. Layan pulak kehendak pasangan yang macam-macam,tak sedar diri tak berkemampuan. Maka mengalirlah air mata si ibu dan bapa yang tidak menyangka walaupun pernah terkena tipu. Ada juga yang memang nak grand, tapi ada otak, fikirkan duit yang nak digunakan masa depan. Makanya jadilah majlis yang sederhana tapi meriah juga dan penuh kenangan. Macam-macam sebenarnya perangai manusia ni.
Last week, busy prepare hantaran majlis adik ipar. Permintaan mak mentua yang nakkan menantunya ini menghasilkan hantaran, tidaklah dihampakan walaupun dalam masa yang sama,menantunya ini banyak keje- nak siapkan soklan pekse untuk minggu depan, dan juga siapkan dokumen permohonan sekolah cluster yang diserahkan bulat-bulat oleh GB tersayang. Tak pe la mak. Liza buat juga. Pepandai la manage masa sendiri. Dua tiga hari tu, memang kejenya turun ke masjid jamek lepas sekolah, beli barang. Malamnya bersengkang mata, memerah otak menghasilkan hantaran. Tangan ni ada la beberapa kesan kena pistol liin yang panas tu. Inilah beberapa hasil keras tanganku.
Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat chik RAIS dan pasangannya NOZA. Selamat melayari hidup berumatangga. Majlis akad nikah telah selamat dilansungkan di Masjid Saidina Hamzah, Gombak pada hari Jumaat 29 Jun 2007. Ilang la cuti den dua hari.
SELAMAT PENGANTIN BARU juga buat sorang lagi bekas anak murid, HISHAMUDIN MUSA dengan MARHANIM UMAR yang akan melangsungkan majlisnya pada 8 Julai ini. Sorry SHAM ya saya tak dapat meraikan. Kena balik KULIM laa sebab kenduri kat sana on 7 Julai tu. 8hb tu baru nak berangkat balik KL. Anyway, semoga berbahagia. Shima, Helmee,Qin, Nora dan semua yang pergi, jangan lupa bagi tau kat mana nak download gambar. Kem salam ngan Sham ya.
Thursday, July 05, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...
-
CONTOH SURAT RASMI MEMOHON PELEPASAN bukan ler contoh. surat sebenar nak antau esok. contoh bagi orang lain la. hehe ROSLIZA BT. YACOB ...
-
Terobek hasil ilham dan kerja tangan ticer . Bila akhir tahun je dapat tugasan yang mencabar ini dan mulalah otakku ligat mencari2 idea. Men...
No comments:
Post a Comment