HOLIDAY

Tuesday, August 25, 2009

Aiesya Kecundang

masa ibu tengah masak tadi :

Aiesya : Ibu, boleh tak Aiesya tido lambat malam ni?

Ibu : Boleh. Kenapa?

Aiesya : Aiesya tak nak bangun awal pasal Aiesya tak mo puasa.

Ibu : Laa..Aiesya. Cuti ni puasa la. Kalau tak puasa, Aiesya nak makan apa? Bukannya ada makanan pun.

Aiesya : Aiesya makan keropok la ( makanan ringan ok!)

dan petang ni...belum pun pukul 5 petang, dia dalam diam2 dah sumbat mulutnya dengan keropok a.k.a makanan ringan yang dibeli masa ibu n aiesya pegi kedai beli barang2 nak masak.

akhirnya dia tewas!

Puasa Aiesya

Alhamdulillah 3 hari puasa, Aiesya selesaikan 2 hari. Hari pertama, dia curi2 makan biskut chipsmore si Zhaim.

Tapi tetiap ari dia akan tanya..

"ibu, dah pukul berapa?"
"ibu, bila nak makan?"

ibu n ayah percaya yang Aiesya boleh..pasal dia pun bukannya makan sangat kalau hari tak puasa pun. Kalah kakak n abang yang start poser penuh djh 1 n 2.

he he..

Sunday, August 23, 2009

1st buka poser

semalam kami berbuka kat......mana lagi kalau tak kat ANI SUP UTARA. depa 1st time buat Buffet Ramadhan. Harga boleh tahan murah...makanan pun sedappp. Ada kambing panggang lagii..kenyang sesangat.

Harga dewasa : RM28.90
Harga kanak-kanak(10 tahun ke bawah) : RM9.90

sesaper tinggal area Shah Alam tunak pegi Shah Alam tuu... leh la booked meja. alaa...yang tinggal ampang ngan kg. baru pun pi bebuka kat sana smlm..tak de hal la. highway ader..

nak detail leh layari ANI SUP UTARA

layan gambar kami yang kekenyangan..he he

dapat sticker tanda dah bayar dan dah boleh makan sepuasnya..ha ha
kakak n ayah melantak kuetiau berpinggan pinggan. Sedap kata kakak. kuetiau tu dimasak bila diminta kat gerai2 kecik yang disediakan.
posing jangan tak posing..he he he

zhaim mana? tak duduk diam...jalan ikut kaki. suh posing tak mau. so tak de la gambar dier. lagipun ni amek pakai hp murahku saja.

Saturday, August 22, 2009

1st day poser

hu hu...aku tak boleh poser. esok? tak tau lagi. Lusa..insyaallah dah boleh.

mimpi

buat pertama kalinya dalam masa 2 tahun ini, pada pagi ini, saya mimpikan arwah abah. mimpi yang pelbagai tapi ada arwah terselit juga dalam salah satu slot mimpiku itew. mungkin sebab semalam dok teringat kat dia........ sambil usap kepala zhaim yang tak berapa lena tido, cakap sorang tapi actuallynya cakap ngan arwah, "abah tengokla cucu abah yang abah tak sempat tengok nih".... dok bayangkan masa2 Ramadhan ni abah dah boleh balik jenguk2 kami kat umah.

bangun tadi, sambil membasuh beras untuk bersahur, cuba menahan air mata, tapi tak berjaya bila teringat kan arwah. hu huuu

Thursday, August 13, 2009

tag pasal handbag

menjawab hutang tag cik puan baiduri yang amat suker mengetag hakak n hakak pun suka berbalas tag dengannya. namamu sentiasa di hati..hehe

1. Sila ambil gambar


2. Kemudian, sila ceritakan sedikit ape yang terkandung dalam beg kerja anda itu. sila sertakan gambar sekali..(tak payah la kemas beg tuh semata- mata nak go public...:D)

inilah rupanya bila dah dipunggah..ha ha ha

kemudian terangkan secara detail isi bag anda.

Isi kandungan beg saya :

a) purse la..penting tuuuu
b) pen drive
c) pen biru
d) pen merah
e) gunting
f) wayar usb
g) slip relif
h) bedak kompek
i) lipstik
j) stamp namaku ( senang kalo nak cop kat buku budak2 bila2 masa )
k) marker marker ( 2 batang at least )
l) kunci kete sendirik
m) kunci umah
n) kunci kete cik abang ( ni guna kalau nak trnsfer brg2 pepagi buta)
o) pemadam pun ader keh keh keh
p) teponku
q) duit syiling yang bersepah2 juga duit kertas sana sini..sumbat je mana yang sempat

3. Nyatakan sebab- sebab anda suka bag kerja anda itu.

haa...suker sangat, try dah carik penggantinya tapi tak dapat2. baik yang mahal atau yang murah. tak dapat menandingi keselesaannya dan kesesuaiannya dengan diriku. kenape suker? entah la...mgkin sebab dia kecik tapi boleh humban baaaaaaaaaaaaaaanyakkkkkkk barang kat dalam tuh. ala-ala perut doraemon tau!


4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa yang istimewanya pada beg itu pada anda.

istimewanya sebab boleh sumbat macam2..kengkawan panggei bag doraemon. mintak je apa2...semua ada. dulu laa...la ni dah kurangkan barang. kalo dulu, segala macam alat tulis ada di dalamnya termasuk stepler dan puncher. ahaks

bag tu walau dah koyak tepi2nya, tetap ku jahit kembali agar tetap boleh digunakan.

pegi mana2 pun bawakkk...dinner sama ada grand tak grand, meeting, jamban, jabatan, balik kg, korsos,...semua tempat bawak dia. sangat sesoaii....
padaku la..

regenya sangat mahal...hanya RM((237 * 4 +5+8/8* 10000) * 0 + 5 ) sahaja. beli kat tesko ampang. tak dek dah skrg nih...mana ntah nak carik lagii

5. Sila tag 10 orang yang lain.
benda yang tak suka tapi kena buat:

1. kak ave ..namamu juga sentiasa diingatan
2. ninie-kukatakan yang indah
3. rinna
4. sayang ibu
5. hajar+rus
6. iesma
7. reen - permata hatiku sayang
8. sara- i;m still me
9. owner cinta hatiku
10. Ieda Adie - Mama danish

11. tambahan: special request : ilah fazilah - newest follower. tq tq tq

semua tu follower hakak...kalo blom jawab...sila jawab ya. tayang la apa yang patut.

Tuesday, August 11, 2009

kalau tak nak belajar...nanti jadi apa?

semasa menghadiri kursus di Melaka minggu lalu, saya n roomate berbual dengan beberapa org cikgu yang ada di sana. cikgu2 itu cikgu2 berbangsa cina..

saya lupa topik apa yang dibualkan pasal tak berapa penting mana pun...tapi saya paling ingat ayat yang diucapkan, yang berbunyi begini :

kalau tak nak belajar, atau malas belajar, nanti jadi laa
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
cikgu!

sape yang ucapkan tu? menurut cikgu itu, parent2 keturunan cina sudah memomokkan anak2 mereka dengan ayat di atas. begitu rendahnya martabat seorang guru di mata mereka!!

haaa...cikgu2....nak kata apa?

mungkin mereka ingat keje guru ni senang kottt...atau mereka ingat cikgu2 ni ada diploma sajaa...hari ni memang ijazah tu dah tak berapa ada maknanya pasal orang dah lomba2 buat master n PHD tapi kebanyakan guru sudah ada ijazah. n ramai juga yang dah sambung master jua PHD. malangnya kelulusan mereka itu tak dapat wajaran sewajarnya.

saya nak sangat2 cabar parent2 agar jadi cuba jadi cikgu kat sekolah barang sehari dua. especially parents yang banyakkkkk sangat komplen itu ini. ada berani ka?

kepada sahabat2 yang sedang menyambung pelajaran,....marilah sama2 kita tingkatkan martabat kita. teruskan perjuangan sehingga ke puncaknya.

Monday, August 10, 2009

tanda ingatan

saja nak letak..jangan bosan membaca!

ari ni...murid2 ku start exam. meaning that, sekarang ada banyak paper di sisiku untuk ditanda. tapi..paper math..kejap je leh settle. simpati ngan mereka2 yang kena tanda paper karangan. zaman ku menanda karangan sudah berlalu tahun ini.

sempat snap gambar masa jaga kelas 4d tadi. he he..agenda wajib!!!

berikut ialah cenderahati2 yang dibawa pulang oleh mereka2 yang mengingatiku. tq tq toce toce terima kasih.
ini...dapat dpd orang yang pegi buat umrah. apa tu? sejadah ya tuan puan. cantik kan? lembut je bila dipijak.

ini pula...dapat dpd orang yang pegi kuching. masih lagi mencari2 sudut yang sesuai untuk menempatkannya. haa...simpan. sayang!..ianya akan digunakan bila berpindah ke rumah baru nanti. soon...bakul bunga tu hiasan saja ya. abaikan wayar yang terkeluar dari bakul itew ya. nampak tak benda tersembunyi tu? he he

ini pula diperolehi dpd orang yang balik dari paris. he he...masih belum fikir bila masa yang sesuai nak digunakannya. bag tu bila lipat jadik la mcm gmbr yg kecik tu ya.

itu sajalah catatanku buat kali ini.

Sunday, August 09, 2009

8.8.09

i'm suppost to attend my x-matriks punya reunion tapi sebab...

1. mahal la nak kena bayar
2. bora ombak dah jadi bora asmara
3. shimah tak dee...he he saje je shimah...jangan serius benar

maka tak jadik la pegi.

ni hah gambar mereka yang dicurik dari fb si zul. tak semua ada.... tapi ramai yang dah berlainan benar gayanya..ada yang pompuan udah ruper jantan, ada yang bertudung dah buang tudung, ada yang tak bertudung dah bertudung, ada yang kembang dah kurus...ada gak yang maintain. biasa la kann...shimah, dah tgk tak gambar2 tu kat fb si zul? ada komen?

lagi pula, hari tu besday anak sodareku. mama dia buat majlis makan2 kami anak beranak je. so..pegi yang tu je la. sebab:

1. kalo tak pegi, nampak no tak de orang
2. makan free
3. leh tapau makanan bawak balik..hehe
makan sambil pegang zara ahdia. nak pegang dua2 tak leh..nak makan laaa
ni dia besday girl yang tak berapa sihat ari tu.
ini lah menu kami pada hari itew..mama masak jugak2 walaupun masih dalam pantang.
tq mama coz bagi kita orang tapau makanan2 itew.

jawab tag dari cik puan BAIDURI

utang tag dari cik puan baiduri

1) copy award untuk diletakkan di blog anda

2) nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini

1. berlesung pipit

2. baik hati

3. usahawan "jom join kiter" yang sedang gigih untuk menjadikan impiannya mendapat merz free tercapai. insyaallah..liza doakan

4. tinggi orangnya setinggi cita-cita dan impiannya

5. ada anak 3 tidak termasuk anak tekak dan seumpama dengannya

6. mudah tersenyum. bila senyum je..ilang la anak mata dia tu.

3) setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

1. membaca

2. mengumpul bahan2 bacaan untuk dijadikan mini library kat umah ni. penuh dah lemari hakak tuh. tapi tak cukup lagiii

3. suka ngan kraftangan

4. suka ngan seni...sebarang jenis seni. tak yah detail la ya.

5. tak berapa suka berteka teki.

6. suka jalan2 carik makan

7. suka jalan2 makan angin a.k.a melancong n melawat2 tempat orang ..jika berduit la kan..

8. suka ngan warna ijau

9. last sekali...suka bertenet. dah sedia maklum dah kannn? he he


4) anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka: ..buat je la eh...

10 ? hu hu

1. cikgu lehan...dah banyak dah utang n gan hakak tu. kan dah ajo cam mana nak buat..praktikkan

2. ateh..musti kena punya

3. lela ..lagi sorang mangsaku

4. cik puan ave...jawab kak. ade la jugak entry baru nanti.

5. anak buah sifu si manis mulut masin

6. HE...haaa...janrang saya tag awak. jawab ya!

7. bekas anak muridku..shima08. leraikan resah di dadamu itew.

8. bekas anak muridku lagi..izyan elina.

9. pemilik blog kukatakan yang indah - ninie

10. my x classmate kat maktab-ainee bahar


(tatau apa tajuk..tetiba jer kuar soalan ni..)

1. Nama timangan anda?--------> iza, liza, za, ros
2. Anda Seorang Yang?--------> manis..ha ha ha
3. Insan Yang Teristimewa?------------> semua yang berada di sekelilingku
4. Lagu Kesukaan?-----------> one day in your life
5. Makanan Kesukaan Anda?--------> keropok lekor
6. Sikap Yang Membuat Anda Stress?---------> tak menepati masa, keje malas
7. Warna Kesukaan Anda?-----------> hijau
8. Benda yg mesti ada dalam beg?-----------> henpon, purse, pen, pen drive, bedak compact, lipstik, memacam la lagi...
9. Kali terakhir anda menangis?------> beberapa ari lepas

Saturday, August 08, 2009

sakit kepala

dr hari ke2 kursus smpai ari ni, kepala sy masih sakit. terasa rasa nak mengeluarkan segala isi perut. hari terakhir tu dah keluarkan dah...

angin ke? angin apa ek? tido ok je..cukup la kot..makan...rasanya pun cukup.

tak leh lama2 menaip. biol kepala saya ngan rasa di tekak yang tak berapa sedap.

p/s: i'm not pregnant ok!

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...