HOLIDAY

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU kepada semua IBU yang membaca. Haa...tu pasal la suh anak2ku panggil ibu...pasal semua berkaitan ibu. Kalo panggil mama, tak de hari mama. Dalam sajak, lagu, karangan....hampir semua guna perkataan ibu. He he...jangan maree...

SMS masuk seawal pagi lagi...first ucapan dr Haslina. Cikgu Haslina. Anak-anak bagi apa? ni hah..


Satu dari Alia n the other one from Aiesya

Toce-toce. Kakak Alia tanya ibu nak hadiah apa...memula ibu yang saja nak nyakat anaknya ini mintak...

1) Gelang emas
2) Rantai emas

Kakak kata..."alaa...jangan la mintak yang kakak tak mampu". he he
pastu ibu cakap,..ibu tak nak hadiah(pasal tau kakak bukan boleh belikan ibu hadiah pun...duit bukannya ada). Ibu nak kakak dapat no 1 bila pekse. Boleh?-ibu tanya

Kakak : Diam. Hmm....tak mampu jugak ke? Pastu ibu pun membebel ditambah ngan ayah punya bebelan. Tak pasal abang pun kena sama. Haa..ayah kalo dah membebel lagi dasyat...ibu kejap jer.

Ayah bagi apa? Tok sah harap laa...ayah tu memang tak berapa prihatin...tak kira la hari apa pun. Dah biasa dah.

Ke Hutan Lipur Lentang

Tanpa perancangan yang rapi, semalam-9 Mei 2009 kami semua ke Hutan Lipur Lentang. Berkelah la kononnya. Bekalnya..burger McD. He he...biasa la kan...orang ada kupon McD. Saja je la...bawak budak-budak sambil mengimbau kenangan masa sekolah menengah camping kat situ. Masa tu mak tak bagi pegi...tapi sebab free, beria-ria aku nak join. Bukan senang...satu sekolah 4 orang je wakil. Siap pinjam seluar ngann baju besprenku-si Hanie lagi..aku mana ada seluau panjang masa tu...ni dah lepas u baru merasa pakai seluau panjang sendirik. Kalo tak, baju kurung je la akuu.. he he. Sronok gak mengimbau-imbau ni.

Ni gambar ngan group..dapat best presentation. Teka...yang mana satu i? he he

Kali ni, ibu ngan ayah, Aiesya n Zhaim tak mandi. Ibu ngan ayah tak bawak baju...si Aiesya tu penakut...nampak semut pun takut, nampak pencakar air pun takut...last-last tak mandi. Zhaim.....sejuk gaknya air tu...tak mo duduk dalam air. Tapi kalo ibu terjun sekali, dia sah tak mo naikkk.

Saturday, May 09, 2009

KARAOKE

Tanpa dirancang,maksudnya tak de la rancang bebetul..... kami berenam ( plus 2 orang budak-alia n aniq) ke JJ AU2 untuk berkaraoke. Baju kurung pun baju kurung la kan...si aini siap jubah lagi...He he.....2.30 baru masuk kat dalam kotak tu pasal proses tunggu menunggu, solat, minum n soping. 2 jam berkaraoke...rege..RM12 sorang plus lunch. Sambil makan, melalak. wa ha ha ha..best gak sesekali melepaskan tension. Yang sakit tekak pun tak kisah...ala...bukannya nak masuk pertandingan. Suke-suke je kan.

Haa lepas ni nak SPA pulak. ahaks..

Tuesday, May 05, 2009

Birthday Aiesya

Happy Birthday to My Dear Aiesya Nabilla yang ke-6. Budak-budak ni senang jer..asal ada kek, jadi la. Tak mintak hadiah pun. Pada dia orang, as long as they can cut the cake n eat the cake together with the family, ..cukup la. selalunya celebrate kat umah nenek..meriah sket. Tapi sebab birthday Aiesya hari senin yang ayah cuti, maka kat rumah je la. Kalau ayah keje, sure serang umah nenek... he he

Kek tu Aiesya yang pilih....senang je dia..carik yang ada strawberry...cukup.

Ni pulak party pack untuk tadika n taska. Saja...budak2 suke kan benda2 ni. Seronok tgk dia orang sronok jer...belanja tak besar pun.

Moga Aiesya jadi anak kebanggaan ibu ayah.

Saturday, May 02, 2009

cuti 3 hari ni

Cuti 3 hari ni patutnya kami sekeluarga ke PD bersama2 CBNers yang lain. Malangnya tak dapat coz Zharif gi Kem, Aiesya ada hari potensi n cik abang is working. Biasa la...cik abang tu...awal2 bulan ni memang tak coti. Hadiah, awal-awal dah dapat dari Kak Mah. hadiah ku untuk si Anira telahku kirim kepada Salliza. Thanks Sall. Beli kat Melaka lagi masa gi Edaftar ari tu. Entah suka ke tak si Anira tu ngan hadiah kekanda ni. Harap suka la ek. Ni dah kena start carik hadiah2 untuk cikgu Alia, Aiesya n Zharif for hari guru. Banyak gak budget tu..Eh...ibu ngajar kakak so ibu nak kena beli hadiah untuk diri sendiri ke? he he he

So semalam dah anta abang kat sekolah untuk ke Sungai Congkak. Abang punya la excited nak gi camping sampai makan pun tak mo sebelum pegi tu. Lepas solat jemaat, terus nak menuju ke sekolah.

" Abang tak de mood ," kata abang.

Semoga abang bawak balik ilmu2 yang berguna.

Hari ni, 2 Mei 2009, follow Aiesya ke SMTEN. Ada hari potensi KEMAS. Ateh ikut pasal nak meninjau2 bekas sekolahnya tu. Actuallya membantu menengok2 si Zhaim. he he. toce2. nanti2 kita belanja. Malangnya sampai lewat, Aiesya dah perform dah. Alaa...Kali ni Aiesya tak memang. Tak pe la kakak....kan dah menang ari tuu... he he
Alia n Aiesya in her baju silatAiesya with one of her friend Ni dia...Ateh n my little prince

Panasnya cuaca ari ni. Bawak kete pun ngantuk2.

Friday, May 01, 2009

bonus april 2009

apa yang nak dikata? alhamdulillahhh..
3k tu dah tetap dan akan bertambah..insyaallahh. TQ to all yang melibatkan diri.

Wednesday, April 29, 2009

orang gaji a.k.a maid

lately banyak no isu maid indon yang tak memuaskan hati. Latest my sis kat Johor kena tipu ngan maid yang baru sebulan lebih kurang keje, then balik indon sebulan n after balik sini, kata tak nak keje. Cikgu Aini, maid balik cuti, tak balik2 dah. Barang dah angkut sket2 tetiap ari.
u all tengok la sendiri video ni hah. sanggup ke anak2 kita diperlakukan begini ? Oh...tidakkkkk


sumber video: org foward kat email.

shimah....buat la sendirik. masalah tu ada, tapi melibatkan kita2 je. tak susah ati sangat.

Friday, April 24, 2009

Edaftar

20 hingga 22 ke melaka-hotel sri malaysia. Ok la kat sana. Rehat? X de la rehat mana tp ilang la stress keje begaul dgn PAR, PRA yg ada. Ini anta ngan hp, x leh nak upload gmbr. Nanti masukkan entry yg betul. Skrg tgh jaga org demam.

Cubaan

Ini cubaan melayari dan menghantar new entry menggunakan hp nokia 6500.

Sunday, April 19, 2009

banyak ceritaa..

Lama tak update blog. bz giler..penat. yang dulu didulukan sebab tu blog ni terbengkalai. biasa la sendiri punya. takat beberapa orang je yang baca. hu hu

last week, Friday 10 Mei 2009- Cuti Good Friday untuk CBN. tapi i kena attend mesyuarat kat BTPN. Haa..tak pe coz nak kena anta alia ke stadium badminton cheras untuk pesta gym. bukan la alia yang masuk...dia jadi kuli je tang tu. mujur la hari jumaat,... maka mesyuarat pun tak la panjang sangat. Balik singgah pesta gym n jadi la petugas tak rasmi jual t-shirt ngan ann. he he...dapat gak upah ya ann? wa ka ka ka. asyik betul tengok bebudak gym tu berlatih...
gigih dan begitu bersungguh-sungguh.

Sabtu tetiba kena anta bebudak gi workshop Digi. Pagi sampai petang dok kat St. John tu. He he...tak la jugak. Lari kejap ngan Ms Ting gi KLCC. Makan n gi PC fair. Beli ink, virus protector n cooling fan je. manusia punya la ramai. dah la bawak si Aiesya sekali.


Senin hingga sabtu lepas, setiap ari balik kul 5 ke atas pasal buat props n latihan digi drama. hu hu....letih. Sabtu 18 April competition. Hah....seperti dijangkakan..menang. Props pun memang jangka menang. Keje lagi la lepas ni ek....hu hu.

Alia as Mahmood...i'm so so so lonely...hua ha ha ha ha...

Para Pelakon. Tu Alia kat tengah...he he. Ni babak masa dah penghabisan drama dah ni.

Senin ni nak kena gi Melaka lak. Edaftar...ok la kan pegi walaupun gb suh kak dida ganti. Tak mo...nak amek kesempatan rehatkan badan. he he. Lagipun orang dah buat keje tu separuh jalan. Kang tekelip-kelip pulak kak dida tak reti nak buat. ha ha..

Next Saturday, Alia sibuk ngan bercerita pulak.

Friday, April 03, 2009

Cerita terkumpul

Bz giler lately. Abis satu kerja...tambah lagi satu kerja. itu biasa la kann. Blog sendiri pun tak sempat nak touch up.
Bulan ni rezeki bertambah dengan ceramic. Pendapatan semakin meningkat. Alhamdulillah dan cecah 3k. Hari selasa lepas, gi redeem voucer giant bernilai RM5 ratus. Cik abang yang teruja nak dapat voucer tu so dia la gi redeem. ha ha. malam tu terus gi Giant beli barang-barang.

Duit kali ni guna sket untuk beli langsir baru yang sale kat Sogo 2 hari lepas. Masa tu tengah 'Happy Hour'...kononnya murah. he he

Semalam gi makan ngan kak ita kat KLCC. Apa ntah nama kedai Arab tu...mahal je lebih..tak sedap!. Lain kali kita gi makan kat "Penang" tu ya kak ita. Giliran Za pulakkk...
Hari ni 3 April, kakak Alia gi kem. Teringat-ingat kat kakak. Balik rumah kakak tak de...biasanya kakak yang buat susu adik.
Petang tadi gi cuci longkang kat Times Square. Hmm...sronok. lama tak main..tapi biasa la. aku la antara orang yang dapat nombor belakang-belakang, walaupun bukan yang paling belakang. he he..lepas ni nak gi karaoke plak ngan derang.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...