HOLIDAY

Monday, March 28, 2011

makan-makan

sejak dua menjak badan dah montel balik ni ( haa..tau la kat sekolah tu ghamai yg mengata kat belakang, termasuk lah org sebelahku itew. Pedulikan jer. dah memang betul punnn. ), keje makannnn jer. peduli apa kan? maser berselera ni, moh ler kita makan n makan. apatah lagi ada orang yang melayan bawak dan bayar. sungguh nikmat rasanya. ha ha

Last Saturday, kita orang gi makan ni :
ni kononnya celebrate besday hubby. he he....apa tu? haa...tu la sup gearbox. siap straw lagi untuk sedut lemaks dalam tulang tuh. customer situ memang ghamai. tang tu ada macam macammmmm jenis lauk pauk. kuih muih pun ader. pendek kata, kalu gi sana, tak tau nak pilih lauk apa. banyakkk sangat pilihannya.

kat mana tu? apa nama restoran tu?
haa... ni lah restorannya. Restoran Jaring terletak di Sunway Mentari, dekat ngan Sunway Lagoon. Dekat la jugak tu. Keluar restoran, ada pulak pakcik jual buah-buahan. haaa...makan buah pulak. he he

sup tulang tu derang bagi yg besau pasal expect kami ber-6 nak makan. padahal anak2 makan makanan lain. Jadi sup tu kami masih dapat bawak balik n jadikan lauk untuk makan malam pulak. besar ooo..gearbox tu. memang puas la makan. Harga yang besau tu RM28 sehidang. Harga sup tu saja tau. alaa...sekali sekala makan. bukannya selalu.

haa...tu citer ari Sabtu. tadi, kami gi sini pulak.
he he..makan durian kat depan kedai Perabot Cempaka kat Taman Cempaka. Arghhh..sakit perut la pulak ni hah. hu hu

Pelan strategik unit koko sudah selesai di karang beramai-ramai. Esok Gb boleh bawak pegi meeting. legaaa....esok print kertas pekse jugak. hu hu...legaaaa....perut je yg tak lege nih. adehhh

Sunday, March 20, 2011

cerita semalam

semalam seharian kami meronda. mula pukul 11 lebeh, kami keluar branch kat desa pandan. tu la jadiknya kalau lepas subuh, tido balik semuanya. ha ha

peh tu gi Tesko beli barang2 yg dah banyakkkk abis. maklum ler..sejak kekanda keje, tetiap ari kena masak la hamba. keh keh keh...nampak no ghajin memasak ya. ujan lebat ya semalam tu. dari tesko, kami ke megan avenue. tempat ayah bertapa skrg ni. apa motif gi sana pun tak tau. cantik gak pemandangan kat sana. sempat la kami berposing kat tepian air pancuran. wa ka kaka ka. sempat juga makan kek sepotong share anak-beranak kat secret resepi. wallahh..sedap!
tak nampak pun ek air pancuran nya tuh...anggap jer la nampak. malas nak upload gambar bebanyak.

balik, tukar kete n terus ke gombak. gi bengkel kete, tuko pelapik brek kete yg dah menipis tuh. lama juga menunggu. mujur tang tu ada surau. leh kami memunaikan tuntutan. sementara tunggu tu, dan juga kami berpeluh2 main baling2 bola tangkis anak-beranak kami. abis,... dah tak de benda nak buat.

lepas tu, nak menghala ke Wangsa Walk. nak gi tengok rumah2 yg dijual tang tu...tapi punya lah ghamai orang nak masuh menghala ke situ, maka kami pun tak jadik la singgah. budak2 sibuk nak jumpa si Dora ngan monyetnya n kami pun terus ke shah alam. menuju ke i-city. masa tu dah petang jadi on the way ke i-city tu, kami singgah la maghrib kat petronas dekat2 ngan jakel tang tu. bebudak dah bising sebab katanya si Dora ada sampai pukul 8.00 malam jer.

he he...memang pun. masa sampai, dora tu entah ke mana ntah. ghamai nye la manusiaa.....masuk parking pun dah meningkat naik harganya. dulu 1.50 sekarang dah 10 hengget dah. ade ke buat masa time mangrib kan? dia punya masa pertunjukan dari 6 sampai 8. tak nampak pun tempat nak solat tang tu. so kalau masuk awal, maknanyanya buat jamak tak yah jer la. ghamai jer la manusia yg tak solat tuh nampak gayanya tuh. hu hu

banyak gak perubahan..bukannya banyak apa. banyak gerai2 tikam2 macam kat fun fair tuh. entah....tak sronok pulak pegi kali ni. bebudak pun frust pasal tak dapat jumpa Dora. arghh..tengok kat tv jer la. yg datang tu pun bukannya Dora betul punnn.

dah dah...layan gambar.huh...tak menarik pun.

ok. esok dah sekolah. kertas pekse dah semak dan dah print. selesai dah la satu keje. alaa....esok ada kelas tambahann..... alaaa....alaaaaa....

Friday, March 18, 2011

selesai

akhirnya selesai juga kertas soklan. selesai jer la. semak blom lg. musti ader je jawapan yg tak dek tu nanti. yg penting skrg nii,............selesai dulu. baru lega sket. esok2 la touch up tu nanti. he he

keje2 lain banyak lagi nak selesaikan tapi malas nak senaraikan. nanti fenin kepalaku. lelebih lagi bila ingatkan muka gb. kengkawan...ade tak seiapa yg ada pelan strategik unit koko? boleh tak share nak diriku yg tak keruan ini? owh tidakkkkk........

peh ni nak siapkan contoh untuk kelas seni pulak senin nih. esok nak tengok lampu. bebudak ajak tgk lampu. musti ghamai yg pg tgk lampu tu malam esok. nak pegi ke tak pegi? tgk la bebudak. kalau ibu ghajin, boleh la korang tgk lampu2 tuh.

saat ini menanti hubby balik. walaupun dekat, tetap lambat juga nak sampai sebab jem.

Wednesday, March 16, 2011

cuti yang tidak dimanfaatkan

ha ha...

merenung instrumen pemantauan, cam banyak benda jer nak buat. tapi he he....tak buat buat jugak. kita sorang jer nak kena buat...cam malas la pulak.

makan banyak. jap jap lapar. jap jap lapar. hu hu.

jap jap nak tido. cik abang tak dek nak bawak ronda2. tu yg malassss jer tuh.

kertas pekse.....aaa...baru buat dua muka surat. ada la 8 soklan. tu baru satu paper. wa ha ha ha...yang ni nak kena setelkan juga sebelum bukak sekolah. kang mengamuk pulak kp.

yang siap cuma tanda buku aktiviti. tu pun pasal separuh kelas jer anta. yg anta pun ada yang tak lengkap. yang tak anta tu termasuk la anak awak syima ooii.. sibukk ngan latihan waka waka n choral. tu tau ke tak tu ada homework tu ek? cer awak tanya anak dara awak tu syima.

okeh. nak sambung main game..eh eh...tak tak. sambung buat soklan pekse sambil main game. he he. nak jugak mainnnn...anak main marah tak hengat. wa ka ka ka ka.

adios.

Monday, March 14, 2011

sayang akan melayang

alhamdulillah petang ini, cik abangku telah diterima bekerja dengan BuraqOil. Esok setat keje. setelah sebulan lebih menjadi mister mama, akhirnya dia akan mula bekerja esok. hu hu..alaaa....nak kena tinggal selalu la lepas ni. bz la dia lepas niii... huwaaaa...tapi ok la. boleh la menambah koleksi emas di badan. ha ha ha ha

gambar ni baru amek untuk letak kat resume dia, tapii...ha ha...tak sempat guna pun. amek sendiri jer menggunakan latar belakang pintu, dengan kamera henpon. wa ka ka ka..jadik la kan.

tak per la darling, i simpan la gambar u nih. selamat bekerja.

Saturday, March 12, 2011

Cuti sekolah day 1

pepagi gi makan kat keramat. alhamdulilah tetiap kali gi, ada tempat nak park kete. he he

peh tu terus gi sekolah-meeting umah ijau. Hampeh. parents yg datang ada la dalam 6 family. yg lain cikgu2. tak bermakna perbincangan hari ni. kalau yg datang tu tak datang pun, tak de kurangnya. hu hu. tapi hasilnya, dapat la tailor baru menggantikan kak ita yg tengah sarat mengandung tuh. ann tepon saja nak mengacau je ek pagi tadi. Biaserrrr dia tuh.

Balik umah, solat n gi makan kenduri pulak kat Jinjang. peh tu balik, n sampai la ni dok umah. tadi dah upload soklan masuk scribd. saja nak share ngan kengkawan tang tuh. nak upload masuk cerdik.net tak boleh. memacam kekangannya. saiz besar laaa....memacam! malas layan. Beria2 pihak BTPN KL suh guna Cerdik.net tu hah. tapi nak upload pun susah. guna Scribd, kejap jer upload, dah setel.

so hari ni akan berlalu dengan tak banyak benda berpekdah dibuat. hu hu

Friday, March 11, 2011

update setelah menyepi

he he..sebab...dah bosan.

makin hari, makin cepat tidur. cepat benar rasa ngantuk. adakah sebab makan banyak? haa...ye la kot. ghamai dah tegur badanku yg makin berisi..isi lemak ya. bukan isi lain. haa...ann, jangan berangan nak amek anak kak za jadi anak angkat. mintak kat kak zura. anak dia kan lebeh dr kak za punya. he he

mungkin juga sebab penat...tapii...aaa...skrg dah tak banyak ngadap laptop dah pun. main game pun lambatnya nak naik level. ha ha..tak per..tak penting. ann kena la ngadap sebab kena buat assignment kan? kan?

esok dah mula cuti skolah. angan-angannya nak jenguk2 fail koko yg tak berapa nak lengkap tu, tapii....tgk la. ni masih angan-anganku. kalau gb baca, kompem dia sedih pasalnya dia dok harap cikgu dia ni buat pelan strategik n pelan2 lain yang tak berapa nak logik tu untuk unit koko dia yang hampeh tu. Owh Lehan, cepat la jadi GPK koko...senangggg keje kak za. he he

owh...nak kena siapkan kertas pekse. yang ni wajib la kubuat.

esok, ada meeting parents umah ijau pulak. harap-harap tak meleret2.

selasa nanti, ganti ann jadi cikgu pengiring bebudak buat persembahan sempena anugerah sukan negara. hmm...keje biasa. harap2 leh salam lagi ngan tuanku permaisuri yang cantik lawa tuh.

gi bercuti ke? tak kot pasall...nak setelkan pasal tanah n urusan nak bina mahligai kami. lagipun, skrg, cuaca tak berapa nak bagus kan? tsunami lagik melanda. gempa sana sini. Kita perlu bersediaaaaaaa....tingkatkan amalannnn. Dunia sudah tuaaaaa.....

apa yang best separuh penggal pertama ni?

Kelasku menang pertandingan Perarakan maulidur rasul. Haa...tahun ni 3D will conquer semua pertandingan tahap 1 ya. Tahun lepas agak sukar kerana ada kelas yang "berduit" conquer. i surrender la kalau lawan pakai2 duit bagai nih.

ni personal ya: dapat hadiah dari mr mamaku. tq la darling. luv u... muahh muahh.

will update again ntah bila.

SELAMAT BERCUTI sambil bekerja untuk SEMUA GURU Di MALAYSIA.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...