HOLIDAY

Sunday, August 30, 2009

sistem yang entah hape2

alamak...dah 30hb. tapi...survey ssqs ni

masih blom siap. ni pun tarikh dah dilanjutkan dah ni..hu hu

Apsal tak leh siap lagi?

tak de kerjasama cikgu2. dah edar borang survey tu lama dah tapi nak dapat balik...payah.

nape payah nak dapat balik? sebabbbb...soklan2 dalam sistem tu ntah hape2 ntah. pasal tu cikgu2 pun tak reti nak jawab. bila tak reti,...end up tak antar balik la. bila tak antar balik, ngelas2, cikgu saya nampak CT ni la yang tak abis buat keje. hu hu hu tapi ada kesinambungannya lagi...kalau cikgu saya nampak CT ni tak siap keje, orang PKG pun tak siap keje. kalau orang PKG tak siap keje...bla bla bla bla.

haaaa...semuanya berkait.

apa boleh buat? hantam saja jawapan bagi pihak mereka2 itew. pasal...kalau derang jawab pun, derang pun hamtam juga.

sekarang la masanya menghantam kemasukan data2 itew.

Saturday, August 29, 2009

yeay!

yeay ari ni tak yah masak pasal ari ni agenda bebuka kat umah mak...so kita orang balik kg. hehe...nak jugak balik kg since ramai yg ari ni letak n3 balik kg sebab coti sampai senin.

tapi jangan marah aa...pasal kg saya a.k.a umah mak hakak hanya beberapa minit +-5 minit saja dari umah hakak.

dengarnya mak masak nasi berahi..lucah!...nasi beriani yang tak berapa berani. kalau sempat spoing, akan ku uploadkan gambar2nya.

adios.

kerja yang belum selsesai

jumaat lepas, dengan bangganya membawa pulang ini..
untuk di tanda.
malangnya, sehingga ke jumaat semula a.k.a semalam, hanya bertanda 4 buah buku saja. he he

apsal?
sebab sibuk ngadap blog2..membarukan wajah2
1. blog sendiri
2. blog sekolah
3. blog ani sup ( hubby request nih )
4. blog anakanda si alia

he he...saya akan tanda..saya akan tanda..sebabnya, masih ada ini
di rak buku saya...
dan ada lagi di sekolah.

sigh!. keje menanda ni memang tak kan abis.

Thursday, August 27, 2009

exam

hari ini hakak akan duduk kat salah satu kerusi kat SMK Seksyen 5 Melawati dan menjawab soklan2 kat atas paper PTK Umum. Kali kedua amek paper nih. entah bila nak dapat 4. kali ni, saja amek 1 paper je..konon nak fokus. hmmm...hampeh. tak prepare pun. he he

apa-apa pun, good luck la untuk diri sendiri.

lepas exam, ada ati nak soping2 kat carrefour. alang2 dah dekat tu kan...tak soping, window soping pun jadik la. keh keh keh

Tuesday, August 25, 2009

Aiesya Kecundang

masa ibu tengah masak tadi :

Aiesya : Ibu, boleh tak Aiesya tido lambat malam ni?

Ibu : Boleh. Kenapa?

Aiesya : Aiesya tak nak bangun awal pasal Aiesya tak mo puasa.

Ibu : Laa..Aiesya. Cuti ni puasa la. Kalau tak puasa, Aiesya nak makan apa? Bukannya ada makanan pun.

Aiesya : Aiesya makan keropok la ( makanan ringan ok!)

dan petang ni...belum pun pukul 5 petang, dia dalam diam2 dah sumbat mulutnya dengan keropok a.k.a makanan ringan yang dibeli masa ibu n aiesya pegi kedai beli barang2 nak masak.

akhirnya dia tewas!

Puasa Aiesya

Alhamdulillah 3 hari puasa, Aiesya selesaikan 2 hari. Hari pertama, dia curi2 makan biskut chipsmore si Zhaim.

Tapi tetiap ari dia akan tanya..

"ibu, dah pukul berapa?"
"ibu, bila nak makan?"

ibu n ayah percaya yang Aiesya boleh..pasal dia pun bukannya makan sangat kalau hari tak puasa pun. Kalah kakak n abang yang start poser penuh djh 1 n 2.

he he..

Sunday, August 23, 2009

1st buka poser

semalam kami berbuka kat......mana lagi kalau tak kat ANI SUP UTARA. depa 1st time buat Buffet Ramadhan. Harga boleh tahan murah...makanan pun sedappp. Ada kambing panggang lagii..kenyang sesangat.

Harga dewasa : RM28.90
Harga kanak-kanak(10 tahun ke bawah) : RM9.90

sesaper tinggal area Shah Alam tunak pegi Shah Alam tuu... leh la booked meja. alaa...yang tinggal ampang ngan kg. baru pun pi bebuka kat sana smlm..tak de hal la. highway ader..

nak detail leh layari ANI SUP UTARA

layan gambar kami yang kekenyangan..he he

dapat sticker tanda dah bayar dan dah boleh makan sepuasnya..ha ha
kakak n ayah melantak kuetiau berpinggan pinggan. Sedap kata kakak. kuetiau tu dimasak bila diminta kat gerai2 kecik yang disediakan.
posing jangan tak posing..he he he

zhaim mana? tak duduk diam...jalan ikut kaki. suh posing tak mau. so tak de la gambar dier. lagipun ni amek pakai hp murahku saja.

Saturday, August 22, 2009

1st day poser

hu hu...aku tak boleh poser. esok? tak tau lagi. Lusa..insyaallah dah boleh.

mimpi

buat pertama kalinya dalam masa 2 tahun ini, pada pagi ini, saya mimpikan arwah abah. mimpi yang pelbagai tapi ada arwah terselit juga dalam salah satu slot mimpiku itew. mungkin sebab semalam dok teringat kat dia........ sambil usap kepala zhaim yang tak berapa lena tido, cakap sorang tapi actuallynya cakap ngan arwah, "abah tengokla cucu abah yang abah tak sempat tengok nih".... dok bayangkan masa2 Ramadhan ni abah dah boleh balik jenguk2 kami kat umah.

bangun tadi, sambil membasuh beras untuk bersahur, cuba menahan air mata, tapi tak berjaya bila teringat kan arwah. hu huuu

Thursday, August 13, 2009

tag pasal handbag

menjawab hutang tag cik puan baiduri yang amat suker mengetag hakak n hakak pun suka berbalas tag dengannya. namamu sentiasa di hati..hehe

1. Sila ambil gambar


2. Kemudian, sila ceritakan sedikit ape yang terkandung dalam beg kerja anda itu. sila sertakan gambar sekali..(tak payah la kemas beg tuh semata- mata nak go public...:D)

inilah rupanya bila dah dipunggah..ha ha ha

kemudian terangkan secara detail isi bag anda.

Isi kandungan beg saya :

a) purse la..penting tuuuu
b) pen drive
c) pen biru
d) pen merah
e) gunting
f) wayar usb
g) slip relif
h) bedak kompek
i) lipstik
j) stamp namaku ( senang kalo nak cop kat buku budak2 bila2 masa )
k) marker marker ( 2 batang at least )
l) kunci kete sendirik
m) kunci umah
n) kunci kete cik abang ( ni guna kalau nak trnsfer brg2 pepagi buta)
o) pemadam pun ader keh keh keh
p) teponku
q) duit syiling yang bersepah2 juga duit kertas sana sini..sumbat je mana yang sempat

3. Nyatakan sebab- sebab anda suka bag kerja anda itu.

haa...suker sangat, try dah carik penggantinya tapi tak dapat2. baik yang mahal atau yang murah. tak dapat menandingi keselesaannya dan kesesuaiannya dengan diriku. kenape suker? entah la...mgkin sebab dia kecik tapi boleh humban baaaaaaaaaaaaaaanyakkkkkkk barang kat dalam tuh. ala-ala perut doraemon tau!


4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa yang istimewanya pada beg itu pada anda.

istimewanya sebab boleh sumbat macam2..kengkawan panggei bag doraemon. mintak je apa2...semua ada. dulu laa...la ni dah kurangkan barang. kalo dulu, segala macam alat tulis ada di dalamnya termasuk stepler dan puncher. ahaks

bag tu walau dah koyak tepi2nya, tetap ku jahit kembali agar tetap boleh digunakan.

pegi mana2 pun bawakkk...dinner sama ada grand tak grand, meeting, jamban, jabatan, balik kg, korsos,...semua tempat bawak dia. sangat sesoaii....
padaku la..

regenya sangat mahal...hanya RM((237 * 4 +5+8/8* 10000) * 0 + 5 ) sahaja. beli kat tesko ampang. tak dek dah skrg nih...mana ntah nak carik lagii

5. Sila tag 10 orang yang lain.
benda yang tak suka tapi kena buat:

1. kak ave ..namamu juga sentiasa diingatan
2. ninie-kukatakan yang indah
3. rinna
4. sayang ibu
5. hajar+rus
6. iesma
7. reen - permata hatiku sayang
8. sara- i;m still me
9. owner cinta hatiku
10. Ieda Adie - Mama danish

11. tambahan: special request : ilah fazilah - newest follower. tq tq tq

semua tu follower hakak...kalo blom jawab...sila jawab ya. tayang la apa yang patut.

Tuesday, August 11, 2009

kalau tak nak belajar...nanti jadi apa?

semasa menghadiri kursus di Melaka minggu lalu, saya n roomate berbual dengan beberapa org cikgu yang ada di sana. cikgu2 itu cikgu2 berbangsa cina..

saya lupa topik apa yang dibualkan pasal tak berapa penting mana pun...tapi saya paling ingat ayat yang diucapkan, yang berbunyi begini :

kalau tak nak belajar, atau malas belajar, nanti jadi laa
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
cikgu!

sape yang ucapkan tu? menurut cikgu itu, parent2 keturunan cina sudah memomokkan anak2 mereka dengan ayat di atas. begitu rendahnya martabat seorang guru di mata mereka!!

haaa...cikgu2....nak kata apa?

mungkin mereka ingat keje guru ni senang kottt...atau mereka ingat cikgu2 ni ada diploma sajaa...hari ni memang ijazah tu dah tak berapa ada maknanya pasal orang dah lomba2 buat master n PHD tapi kebanyakan guru sudah ada ijazah. n ramai juga yang dah sambung master jua PHD. malangnya kelulusan mereka itu tak dapat wajaran sewajarnya.

saya nak sangat2 cabar parent2 agar jadi cuba jadi cikgu kat sekolah barang sehari dua. especially parents yang banyakkkkk sangat komplen itu ini. ada berani ka?

kepada sahabat2 yang sedang menyambung pelajaran,....marilah sama2 kita tingkatkan martabat kita. teruskan perjuangan sehingga ke puncaknya.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...