HOLIDAY

Thursday, August 06, 2009

jawab tag orang

banyak tol tag yang saya tak jawab lagii...uhu hu..kena jawab la jugak. sat gi cik intan baiduri tu menambah lagi tag tagnya,..harus hakak pening.

ini tag dari cik puan ave

1. Bekas kekasih saya adalah:
seseorang yang dah jadi suami saya. yang tak jadik tu kira kensel la ek.

2. Saya sedang mendengar:
bunyi roomate sekursus saya sedang memproses dirinya di dalam bilik air. he he saya dengar bunyi airnya ya...tidak ada bunyi lain. juga saya mendengar bunyi dari TV (entah citer apa ntah) n bunyi keyboard saya.

3. Mungkin saya patut:
tido n kurangkan makan. tido sebab saya tengah sakit kepala. kurangkan makan sebab saya dah makan banyakkkkkkkk kat tempat kursus ni hah.

4. Saya suka:
berblogging, berfb, bermelancong, bermenghabiskan duit dengan mencuba pelbagai jenis makanan ( cam mana la nak diet ek?). saya juga suka buat benda2 kraf nih tapi sejak dah ada laptop ni...masa saya banyak saya habiskan(sengaja mahupun tidak) depan laptop.

5. sahabat-sahabat baik saya:
haa...hmmm...semua yang baik dengan saya, yang sanggup susah ngan saya waktu saya susah. he he he...nak kena senaraikan ke? u olls tau la kan sape u olls. tq tq so much kerana bersama dengan saya sehingga ke hari ini.

6. Saya tak faham
kenapa saya mesti dipilih untuk ke kursus ini.

7. Saya kehilangan:
brooch yang saya suka. hilang dahh...tak perasan mana jatuhnya. apa lagi hilang ya? hmm..dara...ha ha ha. data2 dalam laptop saya yang telah diangkut oleh perampok yang masuk ke rumah saya. abis semua gambar zhaim masa baby...hu hu hu hu hu

8. Ramai yang berkata:
budak2 la kata....cikgu ni kelakar la. ye ke?

9. Makna nama saya:
bunga mawar yang sedang berkembang...kah kah kah. itu makna bagi sendiri ya..yang sebenarnya .....tak de maknanya...

10. Cinta itu adalah:
wa tatak tau la mau jawab ini soklann..

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
merindui diriku yang jauh di melaka ini ..he he

12. Saya akan cuba:
carik duit banyak2 pasal....haa..banyak pasalnya tu. banyak no harapannya..moga tercapai la harapan2 itew suatu masa nanti.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
se=satu(org kelantan la kater) lama=sudah tua atau masa yang panjang, nya=salah satu huruf dalam huruf jawi (boleh ka jawab macam ini?)

14. Telefon bimbit saya:
sedang kehabisan baterinya. jenisnya nokia no model sudah lupa

15. Bila saya terjaga dari tidur:
pasti saya akan amek handphone saya pasal takut bunyi alarm mengganggu tidur yang lain.

16. Saya paling meluat apabila:
ada yang tanya saya pasal sebarang perkara secara detail ibarat pak polisi menyoal orang yang bersalah. n saya tak suka orang suruh saya cakap benda yang sama berulang ulang ulang ulang kali padahal saya baru je cakap benda tu kejappppp tadi. haa...tu tandanya dia tak dengar la tu apa yang saya cakap!

17. Pesta/Parti adalah:
tempat orang kumpul reramai sronok2 menghiburkan hati dia dan hati orang.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
entah...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
17 - 20 an. ye ke?

20. Hari ini:
saya sakit kepala laaa...ni tengah sakit kepala nih.

21. Malam ini saya akan:
siapkan tag ini dan tidoo untuk melegakan sakitnya kepala saya.

22. Esok pula saya akan:
dengar taklimat lagi, kemas bag n check out n taklimat lagi n makan th n naik bas balik kl n amek alia kat sekolah n balik amek anak2 yang lain pulak n baru la balik umah.

23. Saya betul-betul inginkan:
saya sedar diri!

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:
saya nampak muka saya yang baru bangun tido..he he

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
tempat saya abiskan masa saya lepas balik skolah untuk makan ngan alia n carik barang sebelum amek anak2

26. Makanan Barat atau Jepun:
suh pilih ke? saya pilih barat la. saya tak leh terima la itu sushi2 bagai...leh muntah ijau.

27. Bilik yang terang atau gelap:
tengok keadaan la kan..masa tu tengah buat apa. kalo tido, saya suka bilik yang tak berapa gelap. eh..bukan ke bilik memang nak kena ada cahaya sket sebab syaitan suka bilik2 yang gelap. betui ka?

28. Makanan segera adalah:
makanan yang kita boleh order n dalam masa beberapa minit saja dah boleh makan dah. atau makanan yang kita boleh makan terus atau makan segera.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
bye!

30. Siapa yang anda mahu tag?
macam biasa laaa...
semua yang datang membaca blog saya yang tidak seberapa ini. jawab jangan tak jawab ya!

at melaka day 2

oleh kerana semua berkaitan UPSR ini adalah rahsia, maka tidak la hakak dapat bercerita lebeh. yang tentu dan pastinya, keje memang lebeh laa..hu hu

petang ni ada masa...nak jalan ke tak nak jalan ek? tgk la roomate nak buat apa. kalau itu grace mau jalan, i jalan la together with her but if not, sesi tido menidokan diri or...nak pegi gym ke? ahaks...tak bawak attire. mandi kolam? juga tak de baju yang sesuai.

so?

Wednesday, August 05, 2009

ini lah dia kursusnya..

ini lah dia kursus yang kuhadiri hari ini, esok hingga lusa..

entah kenapa..

entah kenapa pemergian ke kursus kali i ni diiringi pelukan dan tangisan. bukan sekali ini meninggalkan semua untuk berkursus tapi entah la..kenapa ya? kenapa?

Tuesday, August 04, 2009

saya...

....baru selesai update blog (sekolah dan sendiri punya).

...telah 'iron' baju keje hubby saya (untuk 3 hari) n baju skolah alia (yg nak dibawa ke rumah ibu tumpangnya).

...telah meminta dan mendapat izin ibu tumpang alia (untuk mencampakkan alia di rumahnya).

...telah mengarahkan alia untuk mengemas keperluannya (untuk digunakan di rumah ibu tumpangnya).

...telah settlekan kenderaan balik anak2 saya yang 3 orang dari taska.(arap2 cik la berani bawak kete tu...ayahhhh..balik la awal ek. sian budak2 tuh)

....masih memikirkan sama ada mahu ke jabatan dari sekolah (kena bawak baju siap2 la n kena la mengemas) atau balik umah dulu esok.

tapi saya masih belum menyiapkan keperluan saya untuk berkursus (malassss!!).
yang pastinya, saya x suka keadaan a.k.a situasi ini.

kursus

kursus ke? bukan la...taklimat la kot namanya. kena gi taklimat kat melaka. esok hingga jumaat. kena buat keje bengong...tak de pengalaman dari bawah tetiba terus ke atas. mesti bengong2 nak laksanakan nanti. maklum la orang tak de pengalaman. yang calonkan ponnn...tak leh pikir ke? bengang la jugak ni.

bila nak kursus...yang paling pening nak pikirkan ialah kes si alia. nak gi skolah macam mana ek? ayah dah sibuk ngan anak2 yang 3 lagi tu...kalo nak kena anta kakak, zhaim n aiesya nak kena kejut pepagi buta. boleh ke? selalunya kalau tinggal ngan ayah, ade la mana2 budak yang kena ponteng skolah. hu hu. ni la payahnya kalau anak skolah sama nih.

nak arap adik2, dua2 tak reti jalan. yang reti jalan dah balik Ipoh. maknanya....kena susahkan jugak sahabat yang sorang tu. sorry la ya ann. kak za kena jugak susahkan ann. terhutang budi ngan ann..body ...tidak la ya. harap alia tak buat perangai dok ngan ann.

Sunday, August 02, 2009

jalan2 ngan cbners

tarikh : 1 Ogos 2009

Lokasi 1 : Taman Metropolitan a.k.a taman layang2
antara aktivitinya - senam senam, panjat menara n aktiviti menyakitkan tapak kaki.
kakak alia always teruja. RM3 untuk 15 minit naik beskal tu.

Ibu belikan abang sebuah layang-layang tanda ingatan ibu untuk abang yang tak ikut. lupe plak nak amek gambar layang2 tuh.

Lokasi 2 : Muzium Orang Asli
( no camera ya inside the muzium tapi...biaser la...degil. keh keh keh)
lalu kat tepi2 umah orang asli tu...nampak la bendera koyak ni hah...berkibar elok dengan rupa yang sungguh buruk. haa..dah masuk bulan kemerdekaan ni, elok la ditukar yang baru.
Bahagian depan muzium
antara gambar2 yang dicuri snap semasa dalam muzium.. ampunkan kami penunggu gua

Budak2 sibuk dok tanya..
"cikgu, dia orang tak malu ke tak pakai bra cikgu?"

namanya lagi orang asli anak-anak oii...mana derang reti ngan bra2 nih. dulu la kann...sekarang dah moden dah memasing. rupe pon dah tak nampak aslinya dah.

lepas muzium kita orang berenti rehat kat Kem Rebutia. Situ2 la jugak tempatnya. Budak2 sronok la dapat mandi sungai.

sebenarnya lepas tu nak pegi Pusat Sains, tapi sebab takut stuck kat road block yang melanda KL ari tu, makanya perjalanan kami sampai takat ni jer. Budak2 frust la jugak tapi nak buat cam mana kan...lain kali je la ek.

kita orang sampai kat skolah dalam kol 4..seperti yang dijanjikan la ngan parents..tu pun jem kat ngan chow kit. ada road block daa..pastu kena tunggu pulak minah2 tu dijemput mak pak memasing. bila dah ada road block cenggitu, maknanya akan ada la parent yang sampai lewat. murid yang last skali balik masa dah dekat2 kol 6. sempat jugak la eden siap menanda se set buku. he he..

yang pergi dan yang lahir

ari ni genap 2 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga
n
ari ni juga lahirnya seorang lagi ahli keluarga baru Tuan Haji Shamsuri
merangkap abah mentuaku.

cucu rasmi yang ke 11.
cucunda lelaki yang ke-6. kakak alia memangku baby boy seberat 3.1kg yang masih belum diberi nama ketika sesi lawatan siang tadi di Kohilal, Taman Melawati.

will upload

will upload on jalan2 yesterday with the cbners. tungguu..

35 years..

dah 35 tahun hidup didunia ni..

semua yang diharapkan, dan ditunggu rasanya dah dapat.

masa SRP nak dapat 7 aggregat pasal suka no ngan 7. orang nak dapat 5, me nak tujuh. he he...dapatt..

before 17 tahun, nak cecepat 17 tahun. ntah apa yg best ntah...tapi dapat la kan. dah lepas lama dah.

SPM just nak dapat pangkat 1...dapatt

lepas SPM nak terus masuk U. x mo form six..he he..tapi merasa jugak la berada dalam alam form 6 before dapat tawaran ke UUM n ITM. pilih UUM.

pastu nak sampai 21 tahun pulak...dapat kunci kebebasan ek? haa...dah lepas dah pun. tapi me dah lama bebas actually. dari dulu mak bagi pikir sendiri apa nak buat.

nak kawen cepat...me mean dalam usia muda...nak jadi macam mak yang masih muda walau anak-anak udah besar. haa...umo 20 dah ada orang mitak tapi tolak pasal rasanya cam budak2 je masa tu..jodoh sampai umo 23. muda juga la tu kiranya.

nak dapat anak yg petama umo 24..yup..zharif lahir masa umo 24 n memang nak 1st baby...lelaki. anak kedua nak pompuan...alhamdulillah alia lahir dengan jantina yang diingini. ketiga..tak kisah sangat. tapi kalau boleh nak pompuan jugak. yang keempat, sebab dah ada 2 pompuan, nak lelaki. alhamdulillah...zhaim lahir. sebenarnya nak 7 orang anak. actually dah keluarkan 7 orang dah. 4 yang ada sekarang n in between aiesya n zhaim, 3 kuar dengan cara d&c. pengalaman mengandung n melahirkan secara normal juga telah dirasai.

nak keje ngan ITTAR pasal dah dengar pasal ITTAR before that. dapat jugak..6 tahun betapa kat ittar. masa ittar gawat, apply KPLI. alhamdulillah sekali mintak je dapat. begitu mudah laluanku.

masuk blajar berhasrat nak buat yang terbaik...nak naik atas pentas konvo sebagai orang terbaik. alhamdulillah...walaupun tak konpiden, tapi dapat jugak naik sebagai antara yang terbaik.

nak beli umah sendiri...juga dah beli. kete pun ada. la ni nak carik umah kat atas tanah pulak. jenuh la duduk tinggi2 nih. yang ni tengah usaha...

semua yang ditunggu dan diharapkan...akhirnya muncul. satu je yang pasti datang tapi tak berapa tunggu ialah saat2 kematian tuh. dia akan muncul tapi entah bila. sudah bersediakan aku?

Wednesday, July 29, 2009

rabu 29 Julai 2009

ari ni...dapat ni
sempena ari jadiku yang dah lepas tuh, dari anak-anak muridku yang selalu kena marah..ahaks. kalau harap belii sendiri, tak de la. takat beli yang 3 bijik tu je...itu pun bekira n berebut ngan anak2...mana cukuppp..he he

ari ni...siapkan niuntuk pertandingan public speaking esok. jadi tuan rumah lagi daa..

tengah hari tadi..
dapat slip PTK. Aduss...sudahkah daku bersedia? tak de la kalo bz manjang cenggini.

petang tadi...
bersama-sama cikgu2 lain siapkan skirting untuk meja n pentas. haa..citer lawak cikgu2 praktikal ...biar la. malas nak citer. orang cakap lain, dia buat lain. last2 sendiri bengang. wa ka ka ka ka. Lawak kan ann?

malam ni...hasilkan ni
untuk kelas seni esok..juga alia nak kena anto keje dia esok. ladybird untuk kelas seni n doraemon untuk anto. dua2 dibuat dari pinggan pakai buang tuh..ade ke kelas seni esok ni memandangkan cikgu sibuk n buat2 menyibuk keje kat white hall esok. tengok keadaan la ya anak2..tak pun cikgu suruh la sesape yang ganti tuh tunjuk ajar...tu pun kalo cikgu tu cepat belajar..

ngantuks dan letih..nak tido tapi banyaknya keje lagii...arghh...keje memang tak abis2 kan? kan? kan?

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...