Thursday, August 06, 2009

jawab tag orang

banyak tol tag yang saya tak jawab lagii...uhu hu..kena jawab la jugak. sat gi cik intan baiduri tu menambah lagi tag tagnya,..harus hakak pening.

ini tag dari cik puan ave

1. Bekas kekasih saya adalah:
seseorang yang dah jadi suami saya. yang tak jadik tu kira kensel la ek.

2. Saya sedang mendengar:
bunyi roomate sekursus saya sedang memproses dirinya di dalam bilik air. he he saya dengar bunyi airnya ya...tidak ada bunyi lain. juga saya mendengar bunyi dari TV (entah citer apa ntah) n bunyi keyboard saya.

3. Mungkin saya patut:
tido n kurangkan makan. tido sebab saya tengah sakit kepala. kurangkan makan sebab saya dah makan banyakkkkkkkk kat tempat kursus ni hah.

4. Saya suka:
berblogging, berfb, bermelancong, bermenghabiskan duit dengan mencuba pelbagai jenis makanan ( cam mana la nak diet ek?). saya juga suka buat benda2 kraf nih tapi sejak dah ada laptop ni...masa saya banyak saya habiskan(sengaja mahupun tidak) depan laptop.

5. sahabat-sahabat baik saya:
haa...hmmm...semua yang baik dengan saya, yang sanggup susah ngan saya waktu saya susah. he he he...nak kena senaraikan ke? u olls tau la kan sape u olls. tq tq so much kerana bersama dengan saya sehingga ke hari ini.

6. Saya tak faham
kenapa saya mesti dipilih untuk ke kursus ini.

7. Saya kehilangan:
brooch yang saya suka. hilang dahh...tak perasan mana jatuhnya. apa lagi hilang ya? hmm..dara...ha ha ha. data2 dalam laptop saya yang telah diangkut oleh perampok yang masuk ke rumah saya. abis semua gambar zhaim masa baby...hu hu hu hu hu

8. Ramai yang berkata:
budak2 la kata....cikgu ni kelakar la. ye ke?

9. Makna nama saya:
bunga mawar yang sedang berkembang...kah kah kah. itu makna bagi sendiri ya..yang sebenarnya .....tak de maknanya...

10. Cinta itu adalah:
wa tatak tau la mau jawab ini soklann..

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
merindui diriku yang jauh di melaka ini ..he he

12. Saya akan cuba:
carik duit banyak2 pasal....haa..banyak pasalnya tu. banyak no harapannya..moga tercapai la harapan2 itew suatu masa nanti.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
se=satu(org kelantan la kater) lama=sudah tua atau masa yang panjang, nya=salah satu huruf dalam huruf jawi (boleh ka jawab macam ini?)

14. Telefon bimbit saya:
sedang kehabisan baterinya. jenisnya nokia no model sudah lupa

15. Bila saya terjaga dari tidur:
pasti saya akan amek handphone saya pasal takut bunyi alarm mengganggu tidur yang lain.

16. Saya paling meluat apabila:
ada yang tanya saya pasal sebarang perkara secara detail ibarat pak polisi menyoal orang yang bersalah. n saya tak suka orang suruh saya cakap benda yang sama berulang ulang ulang ulang kali padahal saya baru je cakap benda tu kejappppp tadi. haa...tu tandanya dia tak dengar la tu apa yang saya cakap!

17. Pesta/Parti adalah:
tempat orang kumpul reramai sronok2 menghiburkan hati dia dan hati orang.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
entah...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
17 - 20 an. ye ke?

20. Hari ini:
saya sakit kepala laaa...ni tengah sakit kepala nih.

21. Malam ini saya akan:
siapkan tag ini dan tidoo untuk melegakan sakitnya kepala saya.

22. Esok pula saya akan:
dengar taklimat lagi, kemas bag n check out n taklimat lagi n makan th n naik bas balik kl n amek alia kat sekolah n balik amek anak2 yang lain pulak n baru la balik umah.

23. Saya betul-betul inginkan:
saya sedar diri!

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:
saya nampak muka saya yang baru bangun tido..he he

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
tempat saya abiskan masa saya lepas balik skolah untuk makan ngan alia n carik barang sebelum amek anak2

26. Makanan Barat atau Jepun:
suh pilih ke? saya pilih barat la. saya tak leh terima la itu sushi2 bagai...leh muntah ijau.

27. Bilik yang terang atau gelap:
tengok keadaan la kan..masa tu tengah buat apa. kalo tido, saya suka bilik yang tak berapa gelap. eh..bukan ke bilik memang nak kena ada cahaya sket sebab syaitan suka bilik2 yang gelap. betui ka?

28. Makanan segera adalah:
makanan yang kita boleh order n dalam masa beberapa minit saja dah boleh makan dah. atau makanan yang kita boleh makan terus atau makan segera.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
bye!

30. Siapa yang anda mahu tag?
macam biasa laaa...
semua yang datang membaca blog saya yang tidak seberapa ini. jawab jangan tak jawab ya!

2 comments:

~Yours Truly~ said...

bagsu2 dah berjawba tag sy...hahahaha..since cikgu je sorang pembaca blog sy rasa terharu gak lah kan ada yg nak jawab...kuang3x...anyway, THANK YOU la yek..nti tag cikgu sy jawab later2..nak kena carik idea sikit..heheh

~ Ibu ZAAZ ~ said...

since akak yang setia membaca blog sya, saya cuba menjawab apa jua tag yang akak buat. begitu juga dengan cik puan baiduri yang begitu setia membaca dan memberi respon. akan ku jawab tag2 mu shimah.