Sunday, August 02, 2009

35 years..

dah 35 tahun hidup didunia ni..

semua yang diharapkan, dan ditunggu rasanya dah dapat.

masa SRP nak dapat 7 aggregat pasal suka no ngan 7. orang nak dapat 5, me nak tujuh. he he...dapatt..

before 17 tahun, nak cecepat 17 tahun. ntah apa yg best ntah...tapi dapat la kan. dah lepas lama dah.

SPM just nak dapat pangkat 1...dapatt

lepas SPM nak terus masuk U. x mo form six..he he..tapi merasa jugak la berada dalam alam form 6 before dapat tawaran ke UUM n ITM. pilih UUM.

pastu nak sampai 21 tahun pulak...dapat kunci kebebasan ek? haa...dah lepas dah pun. tapi me dah lama bebas actually. dari dulu mak bagi pikir sendiri apa nak buat.

nak kawen cepat...me mean dalam usia muda...nak jadi macam mak yang masih muda walau anak-anak udah besar. haa...umo 20 dah ada orang mitak tapi tolak pasal rasanya cam budak2 je masa tu..jodoh sampai umo 23. muda juga la tu kiranya.

nak dapat anak yg petama umo 24..yup..zharif lahir masa umo 24 n memang nak 1st baby...lelaki. anak kedua nak pompuan...alhamdulillah alia lahir dengan jantina yang diingini. ketiga..tak kisah sangat. tapi kalau boleh nak pompuan jugak. yang keempat, sebab dah ada 2 pompuan, nak lelaki. alhamdulillah...zhaim lahir. sebenarnya nak 7 orang anak. actually dah keluarkan 7 orang dah. 4 yang ada sekarang n in between aiesya n zhaim, 3 kuar dengan cara d&c. pengalaman mengandung n melahirkan secara normal juga telah dirasai.

nak keje ngan ITTAR pasal dah dengar pasal ITTAR before that. dapat jugak..6 tahun betapa kat ittar. masa ittar gawat, apply KPLI. alhamdulillah sekali mintak je dapat. begitu mudah laluanku.

masuk blajar berhasrat nak buat yang terbaik...nak naik atas pentas konvo sebagai orang terbaik. alhamdulillah...walaupun tak konpiden, tapi dapat jugak naik sebagai antara yang terbaik.

nak beli umah sendiri...juga dah beli. kete pun ada. la ni nak carik umah kat atas tanah pulak. jenuh la duduk tinggi2 nih. yang ni tengah usaha...

semua yang ditunggu dan diharapkan...akhirnya muncul. satu je yang pasti datang tapi tak berapa tunggu ialah saat2 kematian tuh. dia akan muncul tapi entah bila. sudah bersediakan aku?