HOLIDAY

Wednesday, October 29, 2008

Hari ini, Rabu 29 Oktober 2008

Hari ini, mengambil kesempatan cuti yang panjang untuk mencuci mata + membuang masa + menghabiskan duit. he he

tempat pertama : JJ Maluri
Sebenarnya nak pegi bayo utang kat ambank tapi bila cek bag duit, duit tak cukup daa...so masuk la JJ tu untuk keluarkan duit. Tapi sebelum keluarkan duit. meronda JJ sampai penat. Beli apa kat JJ ? beli hiasan rambut alia je ngan beli roti buat budak2 yang kelaparan.

Pastu baru la pegi baya utang kat ambank yang ada kat sebelah JJ tu je.

tempat kedua : AVON maluri
Beli semua pesanan orang + mak + lela + sendiri. No akaun lupa nak bawak. mujur ada no akaun ateh. Alamak, barang banyak dah habis laa...alhamdulillah, barang yang dah abis tu semua barang yang aku saja2 nak beli. Save dah kat situ.

tempat ketiga : Jalan Peel
Cari barang2 Kak Zura pesan. Mahal la kat sini. Ingat barang borong murah la harganya. Rupanya mahal jugak. Tak beli apa-apa cuma beli air untuk budak2 ngan mak budak yang kehausan.

tempat keempat : UO Ampang
Meneruskan pencarian barang-barang kak Zura. Mahal jugak. Kat sini tak beli apa-apa.

tempat kelima : Ampang Point
kat sini saja jalan2 tapi kat sini la tempat paling banyak kuhabiskan duit. Beli apa?
1. handbag murah
2. brooch
3. buku cerita/novel yang dijual dengan separuh harga juga yang berharga dua ringgit setiap satu. 7 buah buku kusebat. bila nak baca ek? itu lain kira.
4. buat karikatur untuk kakak alia ngan aiesya. puas pujuk aiesya yang pemalu.
5. air - haus la
6. cream entah hape ntah yang orang tu promote. beli jugak..saja nak cuba. memang suka cuba-cuba sambil abiskan duit nih. he he
7. video yang dicari2 - I'm not stupid. Ni sure cikgu2 lain nak pinjam nih. Kena mintak sewa ni.


kakak n aiesya posing sambil AZA(orang majalah GILA-GILA melukis).

inilah hasilnya. ada rupa dia orang tak?


novel-novel yang dibeli
vcd-I'm Not Stupid

tempat kelima : Zhulian Ampang

amik barang Aniza ngan Mak Dod yang telah dihantar cuci masa poser lagi. lambat dapat pasal clash ngan raya. ramai ler tu anto sebab nak raya.

tempat keenam : Umah mak
saja rehat2 sambil hantar barang, sambil kutip duit utang. Alih-alih mak dah siapkan baju batik hadiah hari jadi yang Ann bagi. Hmm...esok Khamis, hari batik orang kerajaan makanya...esok pakai la. alamak tudung tak de.
ye ye...esok pakai baju baru...ni la baju baru yang paling baru sebab baju raya memang tak buat.

tempat ketujuh : Pasar malam Taman Dagang
cari tudung ler sesambil cari makanan untuk anak-anak. ibu ngan ayah makan je la nasi kat umah tu. nasi tu tak cukup untuk semua...lauknya la tak cukup. tu yang kena beli tambah.

lepas tu amik adik n abang dan terus balik rumah. ayah dah tunggu kat rumah.

Tuesday, October 28, 2008

Appraisal

Malam tadi menyiapkan borang appraisal yang dah lama dalam simpanan. Tak siap-siap. Malam tadi alhamdulillah siap juga. kira siap la walaupun belum print lagi.

Teringat masa kat ITTAR dulu. Kita siapkan borang pastu kena ngadap Kak Leha. Tak best betul. Kak Leha kata, "Liza ni macam takut-takut nak bagi pendapat".

Iya la kak. Bukak takut-takut tapi simpan suara lemak merdu ni. He he.

Yang bestnya kita interview orang. Macam la kita bagus sangat kan masa tu. Yang kena interview pulak takut-takut. Yang paling ketara takutnya masa tu si Nida. Sian dia. Padahal kita tak tanya benda yang susah-susah pun. Dia je yang suspen lebih. Hmm...sekarang Nida dah jauh meninggalkan kita. Lepas ni dia akan bergelar Dr. Noor Anida Zaria. Tahniah! Tahniah!

Zhaim Potong Rambut

Dah lama dah nak potong. Hari ni baru terlaksana. Rambut dah panjang macam pompuan. Dah la rambutnya kerinting. Acik Pidah sampai kompius..pompuan ke laki anak akak tu? he he

Tiga orang anggota lelaki rumah kita potong rambut hari ni. ini dia detik-detik rambut Zhaim berpisah dengan tuannya. Lepas ni dapat tak lagi rambut macam tu? kakak2 semua dah ilang rambut kerintingnya lepas beberapa kali potong. Zhaim pun macam tu la kot.

Open House

banyak sungguh open house tapi banyak yang tak dapat pegi.

maaf la untuk semua yang tak sempat kami pegi. masalahnya tu kekadang, husband keje. satu lagi jemputannya satu utara, satu selatan. so kena la pilih mana yang bekenan. Maklum la...open house masanya terhad. Kalau dah petang tu tak singgah dah la. si Zhaim kang mengamuk.

Haszli : sorry ek aku ke Melaka. Kalau tak sure jumpa ngan member2 matrik. Ramai ke datang?

Pidah : sorry ek. dah jumpa kak umah kak Mas kan.

Kak Chah : sorry gak. sama ari ngan pidah. So alasannya sama.

Kak Ave : Maaf ya kak. Kami ke utara. dua buah rumah je tapi makan masa jugak sebab jumpa member2 lama. Balik dah pukul 6 lebih. Tak sempat la nak menjenguk ke rumah akak. lagipun baby dah bising.

Masel : Pegi umah ko memang happening. Turun tangga dari tingkat 19 tu amat mengasyikkan sehingga kaki-kaki kami ni, bila singgah umah Kak Lini terasa menggigil. Kul berapa lif tu ok ek?

Anyway, terima kasih atas undangan. Nanti2 jemput lagi.

Shima, Ckin + housemate, Ajib, Emi, Azie+Pasangan, Nora+Pasangan, Lan + Ann + baby dalam perut : Terima kasih sudi datang ke teratak buruk tu. Kita jumpa di kenduri Ckin+Emi pulak. Merajuk lagi ke Ckin?

Bersenam di pagi Ahad

Alhamdulillah, setelah sekian lama meninggalkan aktiviti ini, hari Ahad lepas, kami berpeluang ke taman rekreasi yang terletak bersebelahan dengan Masjid Pandan Indah. Best la dapat keluarkan peluh walaupun tak banyak pasal nak kena kejar si Zhaim yang dah mula bejalan. he he



Ayah ngan budak2 sempat la joging, pusing taman. ibu ngan adik kat tempat tu la jugak. Banyak juga alat senaman kat situ. Nanti nak cuba taman yang dekat Shamelin tu pulak. Yang pentingnya,..walau kemana kami pegi, posingtetap posing. he he

Wednesday, October 22, 2008

Kun Fa Ya Kun

semalam 2 kali hampir nak kena

hari ni...kena dah. mujur abang botak tu kata tak pe..saya tak kisah pasal ni kete kerajaan. Bukan kena banyak pun. Ada guris2 manja je kat bumper perdana tu. kete kita tak sakit apa-apa. alhamdulillah..

________________________________________________________
salah siapa?

kalau sebelum mengundur dah tengok kiri, kanan, depan, belakang, tetiba masa mengundur sensor berbunyi. Rupa-rupanya motor melintas. pastu si penunggang tengok2 kat kita. Kita dah tengok keliling dah kan...bukannya saja nak langgar orang. Yang ko tu dah tau kete tengah mengundur, lalu jugak saper suruh?

ni dah banyak kali kena dah ni. Sabo...sabo...

Monday, October 20, 2008

Rombongan ke Melaka

Gambar kenangan di Cowboy Town, Melaka ngan "kawan baru". he he. Siap pegang bahu lagi.

Kenangan di Melaka bersama family+anak2 murid+cikgu2 pengiring tu la. Kami menumpang je sebenarnya. Tak pe la. Ganti family day yang tak dapat pegi ari tu. Yang penting lepas kempunan aiesya nak mandi kolam masa balik raya hari tu. Lama jugak berkubang dalam kolam tu.

Tinggal di Sri WarisanResort .
Anak-anak dalam bilik 201

OK la penginapan. Luas = RM185. 1 single + double.

Kolam renang --> best pasal tak yah pakai proper. boleh je terjun ngan apa yang sedang dipakai.
seronoknya depa mandi kolam

Kawasan melawat pun dekat2 je. Taman mini, Zoo melaka, Taman Buaya, Taman Botani. Apa lagi ya? entah ...pasal tak sempat nak melawat pun...kena tinggal sana lama sket baru boleh tour habis.

COWBOY TOWN
Kami...sementara menanti show bermula. Panas wei kat situ.
bersama anak2 murid yang kebosanan dan kepanasan...posing maut
beg ini dijual dengan harga RM99.90. Ada siapa mau beli ka?

Cowboy town tu jauh la jugak. Kalau tak kerana rombongan ni, sure tak sampai kami sekeluarga. Cik abang tu bukan suka sangat bersesak-sesak ngan orang ramai plus membuang masa plus membazir. ha ha...

Yang tak best pasal Melaka : Jalan rayanya banyak sangat traffic light. Pas tu lama pulak tu nak kena tunggu hijau semula. hu hu.

Haslina...sorry tak dapat nak singgah rumah. Lain kali insyaAllah. Budak2 yang pegi rombongan tapi tak bercampur dengan orang lain, baik tak payah pegi. You know who you are dear!

chow.

Wednesday, October 15, 2008

Memberi dan menerima

Dapat je angpau, sibuk la anak2 nak tengok, berapa orang tu bagi. Ralat juga kalau mulut dia orang bising kalau rasa sikit nilainya. Tapi kalau nak bagi banyak, tak terkejar pulak dengan segala benda yang perlu dibuat dengan duit-duit tu. Hmm...tadi terdengar perbualan beberapa orang murid.

"Kita biasanya dapat lebih lima ratus.

Alia pernah balik bercerita kawannya si polan si polan tu, duit rayanya mencecah ke angka ribu.

Ibu menjawab, dah memang family dia orang semua orang kaya. Tak hairan la dapat banyak tu.

Anak kita, melepasi seratus pun dah satu rahmat.

Apa pun, yang penting memberi dan menerima, biarlah dengan hati yang ikhlas biar pun berapa nilainya.

Wednesday, October 08, 2008

Cerita Hanaan

Atas permintaan

Arwah Hanaan tu budak down sindrom yang maknya memang bela betul supaya tak sama dengan budak down yang lain. Tetiap bulan pegi cucuk ubat kat kepala. Sekali cucuk RM25k. Tak pe la. Itu usaha mak ayah dia. Anak punya pasal kan. If i have money, i will do the same thing too. Tuhan menguji mak ngan ayahnya dengan kekayaan dan anak yang sebegitu. Alhamdulillah mak nya ni memang seorang yang pemurah dan periang. Kerana dia, CBN1 amat berubah. Thanks kak Shila.

berbalik kepada cerita...

Nak dijadikan cerita, petang tu maknya sibuk dengan peti ais baru yang baru sampai ke rumah. Arwah ada berdekatan. Tapi sedar2 dah hilang. Bila cari, jumpa kat dasar kolam mandi. Kebetulan pintu terbuka. i believe itu nak jadi penyebab. Memang dah sampai ajalnnya. kita pun kalau dah sampai ajal, yang tak mengantuk boleh jadi mengantuk untuk jadi sebab kemalangan. contohnya la. Kalau Allah kata "kun fa ya kun", maka jadi lah ia.

Bila difikirkan, alangkah bertuahnya kak shila...ada yang menunggunya di sana. Hajar, ita...pun ada. Kita? hu hu

Sunday, October 05, 2008

r u a good person?

Are You a Good Person?

Cute people are highly suspicious! Because you're cute, people naturally trust you. That trust, however, may be misplaced. Often a cute demeanor is merely the cover for a nefarious person.

( aku ke tu? ha ha ha )

Wednesday, October 01, 2008

persiapan balik kedah

Pukul 8 baru la ayah balik keje. he he...baju2 lom kemas lagi. Ayah mandi, tidokan Zhaim. Ibu pun mengemas. Baju kakak alia, kakak aiesya, abang zharif, adik, ibu....ayah? sendiri pilih. kang pilihkan tak kena pulak. Kemas juga sekitar rumah, dapur ( basuh pinggan2 dan juga yang ada dalam peti ais) dan basuh baju yang mana ada. Kalau tak nanti balik, lagi bertambah. Abang dan kakak2 dah eksport ke rumah nenek. Dalam kol 11 siap semuanya. Ayah lom bangun so apa lagi.....internet la. Kui kui kui

Banyaknya la barang...macam nak balik seminggu.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...