Tuesday, October 28, 2008

Appraisal

Malam tadi menyiapkan borang appraisal yang dah lama dalam simpanan. Tak siap-siap. Malam tadi alhamdulillah siap juga. kira siap la walaupun belum print lagi.

Teringat masa kat ITTAR dulu. Kita siapkan borang pastu kena ngadap Kak Leha. Tak best betul. Kak Leha kata, "Liza ni macam takut-takut nak bagi pendapat".

Iya la kak. Bukak takut-takut tapi simpan suara lemak merdu ni. He he.

Yang bestnya kita interview orang. Macam la kita bagus sangat kan masa tu. Yang kena interview pulak takut-takut. Yang paling ketara takutnya masa tu si Nida. Sian dia. Padahal kita tak tanya benda yang susah-susah pun. Dia je yang suspen lebih. Hmm...sekarang Nida dah jauh meninggalkan kita. Lepas ni dia akan bergelar Dr. Noor Anida Zaria. Tahniah! Tahniah!

1 comments:

BaiDuRi said...

..huhuhu..kite pon baru dapat borang kaler feberet liza tu tadi..dah terasa kemalasannya nak buat..