Monday, October 20, 2008

Rombongan ke Melaka

8 comments
Gambar kenangan di Cowboy Town, Melaka ngan "kawan baru". he he. Siap pegang bahu lagi.

Kenangan di Melaka bersama family+anak2 murid+cikgu2 pengiring tu la. Kami menumpang je sebenarnya. Tak pe la. Ganti family day yang tak dapat pegi ari tu. Yang penting lepas kempunan aiesya nak mandi kolam masa balik raya hari tu. Lama jugak berkubang dalam kolam tu.

Tinggal di Sri WarisanResort .
Anak-anak dalam bilik 201

OK la penginapan. Luas = RM185. 1 single + double.

Kolam renang --> best pasal tak yah pakai proper. boleh je terjun ngan apa yang sedang dipakai.
seronoknya depa mandi kolam

Kawasan melawat pun dekat2 je. Taman mini, Zoo melaka, Taman Buaya, Taman Botani. Apa lagi ya? entah ...pasal tak sempat nak melawat pun...kena tinggal sana lama sket baru boleh tour habis.

COWBOY TOWN
Kami...sementara menanti show bermula. Panas wei kat situ.
bersama anak2 murid yang kebosanan dan kepanasan...posing maut
beg ini dijual dengan harga RM99.90. Ada siapa mau beli ka?

Cowboy town tu jauh la jugak. Kalau tak kerana rombongan ni, sure tak sampai kami sekeluarga. Cik abang tu bukan suka sangat bersesak-sesak ngan orang ramai plus membuang masa plus membazir. ha ha...

Yang tak best pasal Melaka : Jalan rayanya banyak sangat traffic light. Pas tu lama pulak tu nak kena tunggu hijau semula. hu hu.

Haslina...sorry tak dapat nak singgah rumah. Lain kali insyaAllah. Budak2 yang pegi rombongan tapi tak bercampur dengan orang lain, baik tak payah pegi. You know who you are dear!

chow.

8 comments: