HOLIDAY

Sunday, June 29, 2008

You go straight, don't belok belok

TUGU NEGARA




teruja dengan iklan tu, tambahan lagi budak-budak sibuk dok tanya pasal National Monument tu, maka hari ini, kami sekeluarga singgah ke Jalan Parlimen tu. Saja nak bagi pendedahan pada budak-budak, juga pada ayah budak-budak yang walaupun dah hampir sepuluh tahun menetap di KL ni ( kira dah boleh dapat taraf Penduduk Tetap ), tak pernah pegi. Hari ni orang tak berapa ramai kat situ.

Balik dari tugu, singgah restoren Haslam. Lama tak makan tang tu. Tawakkal baru pun dah nak siap dah.

EYE ON MALAYSIA



Lepas makan, walaupun hujan, kami singgah di Titiwangsa. Lama sangat dah nak singgah. Hari ni mood cik abang baik, maka kami pun tak melepaskan peluang walaupun ibu yang terpaksa melaburkan duit untuk tiket. Hujan, jadi tak de la best sangat. Actually bosan je naik tu. Tak de apa pun. Tapi tak pe la kan. Pengalaman. Dok la dalam gondola tu, berpusing-pusing 7 kali. Kat sana jumpa ngan Saiful, x-student. Awat la tak habaq hang gheja tang tu. Kalau tidak, buleh saya naik free je. He he.So, habisla masa kita orang hari ni. Baju sekolah tak gosok lagi nih.. hmm.

Saturday, June 28, 2008

Kongsi Ilmu : sedekah Fatihah dan zikir

Assalamualaikumwbkt . Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati danmenyayangi kita semua sentiasa... AMIN Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah(alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anakkepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rushziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelumsaya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan.Alhamdullilla h bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergassikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudahkenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya takdisentuh pun. Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makanutknya.

Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanansaya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengantartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah keranaDIA terima sedekah saya. Lagi satu sewaktu saya terlantar sakitdihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamahmakanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyakpada hari tu. Saya yakin. Moral of the story - sedekah yg dibuat denganikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada merekayg kita sedekahkan.

Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah. Allahu 'alam

UNTUKAMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.'

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim... Bismillahirrahmanni rrahim'

Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitanyang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakanapa- apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitanyang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlarikeluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat diatas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan denganmembaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orangdi rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama(ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawabpersoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolatakan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:'Barangsi apa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggaldunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia darikesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap merekamelintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkandalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'andalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatamQur' an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedangkecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Alimembaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlassebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jusAl-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAWtelah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telahmelihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapatpadangsahar a sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluasdari timur hingga kebarat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala daribacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baikinya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: 'Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikatJibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalidwalam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwanahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Sabtu bersama anak-anak

hari ni menghabiskan beberapa jam di McD Titiwangsa sempena perasmian wajah barunya. Tak de benda pun..cuma makan-makan mengenyangkan perut dan menambahkan lemak di badan. Zhaim tak berapa nak duduk diam lama-lama. mujur juga ada Ann tolong jaga. Zhaim bertukar-tukar tangan la. Tunggu jugak Si Ronald datang. Puaskan ati budak-budak je. Sempat la jugak depa posing ngan Ronald. Ala-ala artis la dia tu...semua berebut nak amik gambar. Ye la tu artis...artis McD. Cik abang tu keje jadinya kami tak de la kemana-mana lepas tu. balik rumah la kami.

hmm...bila ek nak bawak budak2 tu bercuti? haa..bulan depan ada family day. kira bercuti la tu...harap ayah dapat cuti.


Friday, June 27, 2008

bengkelku di Melaka


Datang sini, amik kesempatan berehat. First time dalam masa setahun ni, bangun-bangun je dah pukul 4 pagi. Kalau tak, setiap sejam kena bangun. hmm..tapi rindu la ngan BOBOK...

apa yang dapat datang sini?

1. kawan baru ( Kak Hanim, sekolah sebelah & Zaharah, sekolah Kuantan 2, adik montel, sekolah Segambut Makmur). Tu semua PT. Dapat juga kenal dengan Cikgu Azam, cikgu St. John 2.

2. Ilmu baru : Tau gak la keje-keje PT dan tambahan - PC Maintainence. Tau dah macam mana nak trace murid warganegara yang nak menceroboh masuk ke sekolah-sekolah kerajaan. Haa..balik ni nak buat operasi kat sekolah.

3. Kenal tempat penginapan baru : Sini 3 star je. First time pegi hotel yang sediakan makanan yang secukupnya saja. Tak de makanan sepanjang-panjang meja macam kat tempat lain. Ok la. Tak de la makan banyak sangat. he he. Saprahnya pun tak bersih basuhannya. Dulang yang digunakan oleh waiter/ess tu pun sedih tengok.

4. Jumpa kawan lama. Sempat jumpa Nujaimi, kawan lamaku yang tinggi lampai. Keluar jalan-jalan ngan dia. Kak Hanim tanya...kawan ko ni, bangau ke? Tinggi sangat. Ok la tu kak. Nampak la kita ni kecik jer kan? he he. TQ Mi. Sanggup datang jauh2 nak melayan kita orang. Iza ingat dekat umah imi dengan D'Village ni. Rupa-rupanya 45 minit perjalanan. Terima Kasih ya. Berbanyak-banyak Terima kasih.

Semalam (26/6) kita orang balik lambat gi soping. bukan soping apa pun...layan kak hanim tu je. kita nak jumpa Imi jer. Tak sempat makan kat resort tu. Lapo la. pukul 11 kita orang menapak ke McD. memalam tu jalan sambil beborak sakan. Balik dah dekat pukul 12 malam. Borak-borak, banyak juga la tau pasal keje-keje PT dan pasal manusia-manusia di sekolah sebelah. Juga tentang manusia-manusia lain yang baru kukenal. Kalau tak macam tu, tak tau pasal orang tu. Kalau bercakap dengan dia, macam bagus sangat orangnya. Hmm...memacam perangai manusia ni.

Ni tengah dengar ceramah En. Asmadi. Jap lagi nak balik dah ni. Tak sabo nak balikkkkk.

Saturday, June 21, 2008

Wakil lagi

12 jun 2008 - ke Hotel Adamson. Memula menuju ke KLIH. Dah dalam surat kata sebelah KLIH. Park kete dan tanya yang jaga kete tu.

Melangkah ke dalam, mula la mata melilau. cari mangsa. ngan sape la nak duduk ni. maklum la...mesyuarat ni bukan untuk guru biasa. Haa...nampak cikgu tu muda lagi...sure cikgu biasa juga. Dah berkenalan, memang sah dia guru biasa. Biasa pun tak biasa la...guru data merangkap setiausaha peperiksaan.

hari ni 2 kali orang tanya soklan yang sama. Kenapa tak pernah nampak? soalan pertama setiausaha peperiksaan tu yang tanya...saya jawab...mana pernah nampak, saya bukan setiausaha peperiksaan awam...peperiksaan dalaman saja. Soklan yang sama kemudiannya datang dari GPK1 sekolah mana ntah....saya jawab yang sama...mana pernah nampak, saya bukan GPK1, Guru biasa saja.

bila dah mewakili, kerja tak yang dapat ari tu, wakil jugak la yang buat. Bertambah lagi la tugas tak rasmiku handle barang e kat sekolah.

tak suka,..tapi yg untungnya jadi wakil ni:
1. ilmu baru
2. kawan baru...dah ada member kalangan gpk. Jiran tetangga lagi.
3. makanannya .... standardnya lain sket la dari cikgu2 biasa punya menu. hahaha
4. kenal hotel baru

ajib kata...jangan membebel puan. nanti tuhan marah. nanti dah cukup 90k bagi saya sket ek. he he

Monday, June 09, 2008

Kenapa?

hari ni dah mula sekolah. smlm, dah bersms tanya baju, baru tau yang makcik sorang tu tak de. dengan rasa tanggungjawab, amik tau. tetiba dia amik kesempatan. geramnyaa.....kita ni punyalah sakit pun harap dapat sihat cepat so that tak MENYUSAHKAN orang.

kenapa tak bagi tau awal?
kenapa tak cari awal? kan memang dah tau...
kenapa kertas tu tak de kat tempatnya? nak cari satu hal yang menyiksakan
kenapa lepas tangan?
kenapa tak tau?
kenapa tak dapat call?
kenapa tak tauu??????
kenapa tak jawab SMS?
kenapa tak isi betul-betul?
kenapa tak nak buat?

KENAPAAAAAA hah??????? KENAPA???????????

salah aku ke kerana terlampau baik?

Friday, June 06, 2008

alhamdulillah

haa...alhamdulillah, lom lagi sampai hari Ahad, mataku udah mahu pulih sepenuhnya. Wa sudah tidak perlu memakai kaca mata itam itu lagi. Terima kasih la pada An yang bagi petua. Memang berkesan. Cepat baiknya.

Petuanya : Titikkan mata yang sakit tu dengan air susu. Air susu apa? Air susu ibu. Bukan ibu lembu tau. Untung gak air susuku masih ada lagi...cukup2 untuk dititikkan ke dalam mata ni beberapa kali. haa...sesapa yang sakit mata tapi tak de air susu, mintak la sesapa yang ada air susu ek. he he

Thursday, June 05, 2008

minyak oh minyak


minyak naik lagi...naik banyak pulak tu. sampai 78 sen. tapi kalau nak ikut, murah lagi ngan dpd negara lain tu. yang takutnya,....naik harga minyak, yang lain pun naik....adusss...

sian la kat orang yang ada banyak kete. Lagi pulak kalau kete yang memang makan minyak. sian kat orang yang gaji kecik dan orang yang gaji tak berapa besar dan yang ada banyak tanggungan.....kena usaha carik duit lebih nih...maklum la...banyak tanggungann...

harga makanan kat kedai makan pun dah makin mahal sebelum ni. Ni kang makin mahal la nampaknya. kena la para wanita rajin2 berasapkan dapur. alamak..tu masalah juga tu...hari-hari nak kena fikir nak masak apa. hmm...hmm..hari ni nak masak apa? semalam dah plan dah nak masak apa. janji budak2 yang sentiasa lapar tu boleh makan. ayah dia...tengok la kan. kalau budak2 tak abiskan lauk hari ni, maka ayah mereka, boleh la makannnnnnn. kalau tak, makan la anginnn...he he. makan angin? tak jadi la kita nak makan angin ni abang ngan kakak ya....duit nak guna renew road tax kete. lain kali la pulak. sian korang boring kat umah. ari2 ngadap video DUYUNG. sampai dah hafal dialog.

lepas ni kena plan perjalanan la nampaknya. cik abang tu tak pe pasal minyak dia company cover. petang semalam, ramai2 beratur kat stesyen minyak. penuhkan tangki yang kebetulan memang kosong. penuh je dah kena 90 lebih. tu harga lama. kalau harga baru? haruuuuuu. minum minyak la pulak lepas ni...boleh ker? erkk...tak tertelan. lain la kalau elien cam dalam citer Senario XX. ha ha ha ha

Tuesday, June 03, 2008

cuti lagi...

buat apa?
  • tanda paper - dah siap sebelum cuti. cuma seni bebudak tahun 2 je yang belum.

  • tanda buku? - tu hah, banyak lagi kat rak buku tu.

  • bawak anak2 bejalan - setakat pegi DESA WATERPARK je.

  • bawak adik buat buku bank kat bank islam. pastu ke matikan setem pulak kat LHDN. alang2, amik no fail cukai sekali. Hmm...dah kena cukai ar.

  • anta adik masuk USIM - dekat no dengan nilai 3. jaga2 wei..jangan belanja sakan.

  • senin ngan selasa first cuti, pegi sekolah. tanda buku yang ada kat sekolah, juga key-in markah. jemaat ari tu pegi lagi, anto borang edaftar yang dah siap key-in. Tu pun kena marah ngan kakak tu...ooii...tolong sket ee...org buat keje ko. mujur ko orang tua.

  • tu la keje yang paling besau...edaftar. tengah malam semalam baru habis key-in. jenuh. yang nak marah tu, kenapa la korang isi borang pun tak reti? takut sangat nak letak alamat. takut orang pegi rompak rumah ker? satu lagi gaji...apsal tak bubuh? takut orang mintak derma? borang tak lengkap tu rasa nak campak dari tingkap tu. dah la buat keje orang, pastu nak contact dia orang kena la pulak pakai credit sendiri. haa...syima...saya dah buat sesuatu supaya nasya dapat masuk CBN1. he he he.
  • Yang paling tak best ......dah 6 ari dah kena pakai spek itam...sakit mata ar + sakit tekak + demam. tapi keje buat gak...mujur si kecik boleh anto taska. Banyak sangat dosa mata ni gamaknya. baru je nak baik sebelah kiri, dah jangkit ke sebelah kanan. makan2 ngan ajib + helmee, posponed la ek. tunggu saya sihat.
  • ada gak design laman web baru untuk sekolah. hmm...mana cd yang mr ganesh bagi tu? tercabar bila blog ty orang kata lebih kurang maksudnya messy la. here n there benda2 nya. dok compare ngan SK...apa ke nama sekolah tu? haa...dia orang boleh la. sekolah orang kaya. pastu parents yang buat semua.

ada 5 hari lagi cuti. boleh sihat ke ni ek?

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...