Sunday, June 29, 2008

You go straight, don't belok belok

TUGU NEGARA




teruja dengan iklan tu, tambahan lagi budak-budak sibuk dok tanya pasal National Monument tu, maka hari ini, kami sekeluarga singgah ke Jalan Parlimen tu. Saja nak bagi pendedahan pada budak-budak, juga pada ayah budak-budak yang walaupun dah hampir sepuluh tahun menetap di KL ni ( kira dah boleh dapat taraf Penduduk Tetap ), tak pernah pegi. Hari ni orang tak berapa ramai kat situ.

Balik dari tugu, singgah restoren Haslam. Lama tak makan tang tu. Tawakkal baru pun dah nak siap dah.

EYE ON MALAYSIA



Lepas makan, walaupun hujan, kami singgah di Titiwangsa. Lama sangat dah nak singgah. Hari ni mood cik abang baik, maka kami pun tak melepaskan peluang walaupun ibu yang terpaksa melaburkan duit untuk tiket. Hujan, jadi tak de la best sangat. Actually bosan je naik tu. Tak de apa pun. Tapi tak pe la kan. Pengalaman. Dok la dalam gondola tu, berpusing-pusing 7 kali. Kat sana jumpa ngan Saiful, x-student. Awat la tak habaq hang gheja tang tu. Kalau tidak, buleh saya naik free je. He he.So, habisla masa kita orang hari ni. Baju sekolah tak gosok lagi nih.. hmm.

1 comments:

Anonymous said...

lain kali kalau nak naik eye on malaysia ajak lah saya skali....hehehehehe...
tak pening ke duduk dlm gondola tu??dah lah pusing 7 kali....cikgu kalau amik gambar nak aje pose maut....hahaha