Friday, June 27, 2008

bengkelku di Melaka


Datang sini, amik kesempatan berehat. First time dalam masa setahun ni, bangun-bangun je dah pukul 4 pagi. Kalau tak, setiap sejam kena bangun. hmm..tapi rindu la ngan BOBOK...

apa yang dapat datang sini?

1. kawan baru ( Kak Hanim, sekolah sebelah & Zaharah, sekolah Kuantan 2, adik montel, sekolah Segambut Makmur). Tu semua PT. Dapat juga kenal dengan Cikgu Azam, cikgu St. John 2.

2. Ilmu baru : Tau gak la keje-keje PT dan tambahan - PC Maintainence. Tau dah macam mana nak trace murid warganegara yang nak menceroboh masuk ke sekolah-sekolah kerajaan. Haa..balik ni nak buat operasi kat sekolah.

3. Kenal tempat penginapan baru : Sini 3 star je. First time pegi hotel yang sediakan makanan yang secukupnya saja. Tak de makanan sepanjang-panjang meja macam kat tempat lain. Ok la. Tak de la makan banyak sangat. he he. Saprahnya pun tak bersih basuhannya. Dulang yang digunakan oleh waiter/ess tu pun sedih tengok.

4. Jumpa kawan lama. Sempat jumpa Nujaimi, kawan lamaku yang tinggi lampai. Keluar jalan-jalan ngan dia. Kak Hanim tanya...kawan ko ni, bangau ke? Tinggi sangat. Ok la tu kak. Nampak la kita ni kecik jer kan? he he. TQ Mi. Sanggup datang jauh2 nak melayan kita orang. Iza ingat dekat umah imi dengan D'Village ni. Rupa-rupanya 45 minit perjalanan. Terima Kasih ya. Berbanyak-banyak Terima kasih.

Semalam (26/6) kita orang balik lambat gi soping. bukan soping apa pun...layan kak hanim tu je. kita nak jumpa Imi jer. Tak sempat makan kat resort tu. Lapo la. pukul 11 kita orang menapak ke McD. memalam tu jalan sambil beborak sakan. Balik dah dekat pukul 12 malam. Borak-borak, banyak juga la tau pasal keje-keje PT dan pasal manusia-manusia di sekolah sebelah. Juga tentang manusia-manusia lain yang baru kukenal. Kalau tak macam tu, tak tau pasal orang tu. Kalau bercakap dengan dia, macam bagus sangat orangnya. Hmm...memacam perangai manusia ni.

Ni tengah dengar ceramah En. Asmadi. Jap lagi nak balik dah ni. Tak sabo nak balikkkkk.

0 comments: