Melangkah ke dalam, mula la mata melilau. cari mangsa. ngan sape la nak duduk ni. maklum la...mesyuarat ni bukan untuk guru biasa. Haa...nampak cikgu tu muda lagi...sure cikgu biasa juga. Dah berkenalan, memang sah dia guru biasa. Biasa pun tak biasa la...guru data merangkap setiausaha peperiksaan.
hari ni 2 kali orang tanya soklan yang sama. Kenapa tak pernah nampak? soalan pertama setiausaha peperiksaan tu yang tanya...saya jawab...mana pernah nampak, saya bukan setiausaha peperiksaan awam...peperiksaan dalaman saja. Soklan yang sama kemudiannya datang dari GPK1 sekolah mana ntah....saya jawab yang sama...mana pernah nampak, saya bukan GPK1, Guru biasa saja.
bila dah mewakili, kerja tak yang dapat ari tu, wakil jugak la yang buat. Bertambah lagi la tugas tak rasmiku handle barang e kat sekolah.
tak suka,..tapi yg untungnya jadi wakil ni:
1. ilmu baru
2. kawan baru...dah ada member kalangan gpk. Jiran tetangga lagi.
3. makanannya .... standardnya lain sket la dari cikgu2 biasa punya menu. hahaha
4. kenal hotel baru
ajib kata...jangan membebel puan. nanti tuhan marah. nanti dah cukup 90k bagi saya sket ek. he he
No comments:
Post a Comment