HOLIDAY

Monday, August 29, 2011

cerita puasa

sebenarnya tak apa nak citer. lama tol tak update. malas ke? tak jugak tapi tak tau  nak citer apa. bz main game samer. sibuk dok mintak itu ini ngan member2 orang puteh saya. derang je yg hebat main game. kalau tak, idok la cepat  benar saya naik level. ha ha ha ha
tahun ni banyak memasak dari membeli. makan a.k.a berbuka kat luar pun dua kali jer. sekali kat desa pandan n sekali ( semalam ) kat kg. baru. Tak berapa suker berbuka kat luar pasal nak kena berkejar2. kalau tak umah, relaks jer. membeli di PARAM pun kurang. Ghajin pulak cuba buat kuih muih. alaa..kuih yang senang-senang jer. tu pun tengok resepi. he he. Jimat betul duit di bulan Ramadhan nih. Syok!
cerita pasal kuih, satu hari tu, masa tengah melayur daun pisang nak buat tepung bungkus, si Aiesya datang menyibuk. Dia memang suker menyibuk2 kat dapur. Si ibu ni, nak ngajar laa…mana la tau nanti nanti cikgu dia tanya pasal perkataan layur, at least dia penah dengar dan penah tau caranya. so ini dialognya.
IBU : ini caranya kita layur daun pisang supaya dia lembut. senang kita nak lipat nanti.
AIESYA : Oo…ibu nak ajar masak masa kecik-kecik ni ya?
IBU : Ya la. Aiesya kan malas belajar, nak kawen, Orang nak kawen kena la belajar memasak. Betul?
ibu tak sangka Aiesya nak jawab ini..
AIESYA : betul sambil sengih-sengih.
IBU : astaghfirullahhalazim. Aiesya nak kawen ngan sape? Ngan keling?
AIESYA : tak tau
IBU : Ya Allahh..anak akuu.
Aiesya ni budak djh 2. Kureng sket belajar tapi ghajin nolong kat dapur. apa nak jadi? apa nak jadi? adoi ai.
esok raya ke? baju anak2 tahun ni sepasang sorang jer. bukan tak de duit tapi rasa cam tak perlu. baju yg lama pun banyakkk lagi. kami suami isteri pakai baju lama jer. payah nak carik baju saiz besar macam kami ni. he he
K lah. dikesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua pembaca n Silent Reader ku. kami raya kat Kg. Pandan n may be balik Kulim. bab2 ni kami selalu tak diskus bebetul. nyampah je kalau diskus. tak best. tak best. ha ha ha. K. Masak time. adios.

Sunday, August 14, 2011

masakan mak

he he..dah 2 mingu puasa, sekali pun tak gi umah mak lagi untuk berbuka. bukan apa, tak mo nyusahkan dia. lagipun cik abang memang beli stok barang mentah simpan dengan harapan sang isteri memasak. he he…memang masak pun ari2. kalau gi pasar ramadhan tuh, jenuh bepusing-pusing mencarik makanan yang bekenan di hati. kalau jumpa yang bekenan pun, ada je la yang tak kena nya tu ya.

he he..ari ni nak gi umah mak. mak jemput makan nasik kerabu. best! mak saya memang pakar memasak. tak sabar…tak sabar…

Monday, July 18, 2011

Perginya Dr Lo’Lo’

dr%20lolo_1

Baru semalam dok teringat kat allahyarhamah. Tetiba pagi ni dikejutkan dengan berita kepulangannya ke Rahmatullah.

“sesungguhnya dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.”

Saya tak tau pun beliau sakit sebenarnya. Semalam teringat pada dia sebabnya teringat nak pegi Kohilal, tempat Dr Lo’Lo’ berkhidmat sebelum menjadi YB. Perut saya pernah diperiksanya dan saya dilawatinya di wad bersalin selepas  melahirkan Aiesya. Pada firasat saya, kalau saya ke sana lagi, tentunya saya tak akan dapat bertemu dengannya kerana beliau dah bz sejak2 menjadi YB. Rupa-rupanya saya memang tak akan bertemu dengannya lagi sampai bila2.

Saya tunggu berita mengenainya di TV. hampa…yg ada berita kematian org lain. owh…lupa pula saya yg parti pembangkang memang tak de coverage kat TV ya. Tak apa lah.

Moga rohnya dicucuri Rahmat. Moga tenang dirinya di SANA. Al-fatihah.

Saturday, July 16, 2011

sejak last update hingga kini

lama lama sekali baru nk muncul ek. bz la plus malas sama. he he

2hb Julai : larian 1 sukan 1 murid 1 mesia yg ntah hape2. derang nak buat rekod, semua budak2 kena dera. cikgu2 (cikgu lehan la ni ) bz kena prepare, handle n hantar segala mak nenek yg derang nak. Derang memang biaser buat keje2 yg ske no menyusahkan orang lain sama. huhu

2011-07-02 0012113

3hb Julai :  Ke The Mines untuk pertandingan gymnaestrada. Alia masuk umah biru punya team ganti orang. Dapat silver award n kena masuk gala pulak. Tak abis2. ingat sampai situ jer. udah la ya kakak. bagi khalesa balik. kakak tumpu la kat UPSR ya. 

5hb Julai : balik umah macam biasa. keadaan umah pun macam biasa. bila nak main game, tgk2 laptop tak dek. mana peginya pulak? Rupa-rupanya umahku dimasuki perampok sekali lagi. apa yang ilang?

1.Laptop kesayanganku, 2. Netbook cik abangku 3. henpon zharif n alia 4. PS2 si zhaim. 4. Broadbandku juga disonglapnya.

Netbook ni terselamat sebab dia tak nampak. tapi tak berapa suka pakai netbook ni pasal slow motion pergerakannya. owh laptopkuuuuuu. beli laptop tu dulu pun sebab lappy sebelumnya kena amek ngan perampok jugak. hu hu

6hb Julai : Masa amek makanan kat kantin, cikgu  lehan terjumpa ni. lalu tak korang nak telan dengan keadaan benda tambahan yg diselaputi lumut cenggitu? Erkk…2011-07-06 next week kita orang akan bermesuarat utk tamatkan kontrak pakcik kantin yg servicenya teruks nak mam*** tuh.

Balik umah, beskal zi Zharif pulak diamek orang hari ni. huh!

7hb Julai : Hari bertemu ibu bapa n bagi buku adab. mujur  la dah bagi mana2 yg tak de masalah tu so tak de la ghamai sangat orang kena layan. hehe.

2011-07-07 001 2155 ni bukan gambar saya. gambar cikgu kelas jiran. he he..bukti ada PTI je nih.

hari ni juga merupakan Birthday anak terunaku yg nampaknya belum nak matang lagi. udah 13 tahun tapi perangai tak berubah lagi. begaduh ngan adik2 no 1. tapi macam mana pun, dialah yg paling boleh diharap untuk jaga adik dia yg paling kecik tu. masak memasak pun dah boleh. masak nasik, buat air pun dah boleh. apa-apa pun, ibu n ayah mengharapkan yang terbaik untuk abang n adik2 yang lain. Tak terucap apa yang nak disampaikan tang ni.

8hb Julai : Ada hari anugerah cemerlang. Me x bertugas amek gambar ari ni so tak de gambar nak letak. apatah lagi anak2 tak amek sijil. ha ha. tugasku tidak seperti biasa buat buku aturcara, kali ni kena buat backdrop. tempah jer. budget ader. he he

13hb Julai :

2011-07-131Perasmian berjalan lancar. Tak de benda la nak citer pasal ni. balik lambat la hari sebelumnya pasal nak siapkan buku aturcara. kena siapkan kat sekolah pasal kat umah tak leh nak print dah. kan laptop dah kena curik. laptop tu jer yg boleh link ngan printer. lagi pulak, ink warna dah habis daaa. tak larat la nak beli lagi . mahal ooo ink sekarang. nak amek kat sekolah, payahh..

14hb Julai : kakak alia n the gang ke pertandingan choral speaking smart street anjuran Petronas. Alhamdulillah menang lagi n akan ke Melaka pulak mewakili KL.

Balik petang tu, berjaya juga mengepos barangan felt tempahan sahabat lama. mulanya ingat nak guna Pos Ekspress, tapi sekarang derang dah tak bagi pos barang guna pos ekspress kecuali dokumen sahaja. wahh…derang rugi banyak kot orang pakat2 hantar barang guna pos ekspress tuh. ha ha.

2011-07-132 ni la barang2nya. walaupun tak banyak, tapi jenuh juga nak menyiapkan kerana bz ngan keje2 sekolah. yang paling susah nak buat, sang dinasour tu la. he he. ni kali pertama me buat fridge magnet. tu hah…yg gambar pompuan2 comel tu la fridge magnet. Harap2 Pn. Nita suker. tadi dah dapat message dia dah. barang dah sampai ke tangannya n anak2 dia suker, Ok la tuh. Tu semua dia nak letak dalam party pack birthday anak dia Faris.

20hb Julai nanti, bawak alia n the gang untuk pertandingan ePPDa peringkat Negeri. Letih arr. kalau menang, 23 nak kena kuar lagik. kali ni dah tak heran dah menang ke tak. Penat la…penatttt.

Sekian la dulu catatan saya. Catatan untuk memudahkan saya buat update rekod pencapaian sekolah jer ni. ha ha …tetiba Sakit jiwa la pulak ngan si kakak alia yg sibuk nak main jer. tak mo la nak blajar lebih sket untuk UPSR dia. main jer kejenya. bukak buku 5 minit, peh tu tinggal buku tu 5 jam. arghhh……arghh…….

Friday, July 01, 2011

alia n choral

semalam, cbn1 dah selamat organize choral competition state level n cbn1 is the winner. kali ni tak de sangat saingannya. memang jelas dan nyata CBN1 will win. Alia n her team will be in Penang after UPSR nanti for National level. Kakak mujur je nak dapat title best conductor tapi kalah 1 markah dengan budak lelaki tu. kakak kena gediks lagi la kakak. semua benda ko menang. ibu takut upsr tu jer nanti. mainnn je kejenya. hu hu


team cbn1:dan inilah budak yg kalahkan alia dari segi kegedikannya mengkondak group choralnya.

owh...esok ada larian la pulakkkk.

Monday, June 27, 2011

Rezeki...

masa sambutan tahun baru cina kat sekolah dulu, GPK koko bagi kami fortune cookies. i amek la sebijik. tercatat di atas kertas dalam biskut itew, sepanjang tahun ini, hidup saya akan dipenuhi dengan nasib yang baik. ha ha...bukan nak percaya tapi berdoa kalau betul kan bagussss.

alhamdulillah, tahun ini berlalu dengan begitu baik so far. dapat jam tangan ribuan ringgit datuk bagi ( saya memang cadang nak beli jam yg agak mahal sikit tapi idok la sampai ribuan ringgit. lebih seratus pun saya rasa dah mahal la juga..ha ha), dapat gelang tangan emas encik hubby bagi (ingat nak beli sendiri tapi encik hubby offer nak bayarkan. owh..best! ), dapat seribu hengget hadiah hari guru juga datuk bagi pasal tak leh nak gi Perth, n yang terbaru dapat ini .

dapat anugerah cemerlang setelah 5 tahun berkhidmat di CBN1. Tq GB kerana mencalonkan saya dan diterima pulak oleh pihak Jabatan. Maaf semua senior saya kerana telah melangkau puan-puan sekalian. Saya pun tak sangka akan dapat secepat itew. Rezeki saya, rezeki anak2 saya la tu. sebahagiannya akan dibuat belanja kengkawan kat sekolah n ingat nak bagi bonda juga.

menanti2 lagi separuh tahun ini, benda2 baik yg akan saya hadapi dan dapat. he he he he he

last weekend, kami sekeluarga ke A famosa Resort Melaka untuk hari keluarga CBN1. Budak2 la sronok main air. ibunya malas membasahkan diri. he he. muka yang terbakar akibat sokan masih belum clear lagi. lagi nak menambah kesan pembakaran itew. kalau masuk air ari tu, kompem ibu yg lelebih main air. ha ha ha ha ha ha haKhamis ni alia akan bertanding untuk choral speaking. moga berjaya kakak. minggu depan ko exam ya. tolong kumpul A bebanyak ya.

Monday, June 20, 2011

sudah berakhir

sukan tahunan sekolah saya yang memenatkan. sah la cikgu cikgi lain pun kata sukan sekolah derang pun memenatkan juga. ya ya...memang keje mana2 pun penat. fuhh...lega la satu hal. hadiah hamper lom distribute lagi. dok belonggok dalam kelas. barang2 rumah ijau makin bertambah. mana nak simpan la tu. parents n coach pun satu hal. tak mo recycle. macam la duit belambak sangat. sekali sukan, beribu2 ringgit dihabiskan. dah syat sunggus. ini gambar2 yg saya edit untuk ditampal di notis board, membantu keje2 su sukan yg bz dah kepenatan serta keletihan. layan la gambar ya.
tahniah kepada cikgu2 umah ijau yg berjaya mengekalkan kejuaraan untuk marching. bila ek kita nak jadi juara keseluruhan? peh tu kita punya gymnaestrada tu, bila ek nak dapat coach yg boleh bagi kita jadi juara? macam mana pun, kita dah pueh ati dah kan? tq to su sukan yg telah berpenat lelah. teruskan jadi su sukan sehingga awok kuar sekolah tu ya. ha ha ha...jangan dok berangan nak letak jawatan ya.

dah tengok gambar tu, ada beza tak u olls punya sokan ngan kita orang punya sokan? beza..memang berbeza. kan?

Thursday, June 16, 2011

sukan

ari2 balik dalam keadaan letih kerana melayan keperluan sukan this coming saturday. selagi tak abis sukan....... sukan cbn1 yang meletihkan-fizikal n mental. senin nanti cuti tapi...arghh...ade pulak kena pegi tempat lain.

Wednesday, June 08, 2011

It is easier to criticize, but DIFFICULT TO IMPROVE! (Inspiring Story)...!!!!

Once upon a time there was a painter who had just completed his course. He took 3 days and painted beautiful scenery. He wanted people's opinion about his caliber and painting skills.
He put his creation at a busy street-crossing. And just down below a board which read -"I have painted this piece. Since I'm new to this profession I might have committed some mistakes in my strokes etc. Please put a cross wherever you see a mistake."
While he came back in the evening to collect his painting he was completely shattered to see that whole canvass was filled with Xs (crosses) and some people had even written their comments on the painting.
Disheartened and broken completely he ran to his master's place and burst into tears.
This young artist was breathing heavily and master heard him saying"I'm useless and if this is what I have learnt to paint I'm not worth becoming a painter. People have rejected me completely. I feel like dying"
Master smiled and suggested "My Son, I will prove that you are a great artist and have learnt flawless painting. Do as I say without questioning it. It WILL work."
Young artist reluctantly agreed and two days later early morning he presented a replica of his earlier painting to his master. Master took that gracefully and smiled.
"Come with me." master said.
They reached the same street-square early morning and displayed the same painting exactly at the same place. Now master took out another board which read -"Gentlemen, I have painted this piece. Since I'm new to this profession I might have committed some mistakes in my strokes etc. I have put a box with colors and brushes just below. Please do a favor. If you see a mistake, kindly pick up the brush and correct it."
Master and disciple walked back home.
They both visited the place same evening. Young painter was surprised to see that actually there was not a single correction done so far. Next day again they visited and found painting remained untouched. They say the painting was kept there for a month for no correction came in!
Moral of the story:
It is easier to criticize, but DIFFICULT TO IMPROVE!
So don't get carried away or judge yourself by someone else’s criticism and feel depressed...
JUDGE YOURSELF! YOU ARE YOUR BEST JUDGE!!!

Saturday, May 28, 2011

tak suka

yang pasti, sai ibu tak suka kejutan atau benda2 yg tidak dirancang dari orang lain. tak sukerrrr!!!!

satu lagi benda yang tak disukai iaitu bila cik abang mula membebel. pepagi nak bebel, balik keje nak bebel. rimasssssssss. budak2 la punya pasal...tak mo dengar cakap ayah. hishhh...suker benar ayah bebel kan korang ek. yang sakit telinga, ibu laaaa.

now rumah sepi. ibu tinggal sorang. ibu mogok. fullstop.

Monday, May 23, 2011

HARI GURU 2011

tahun ni, inilah hadiah2 yg saya dapat sempena hr guru.ini t-shirt bdk2 pengawas bg. kertas tu ialah tiket melancong ke perth selama 3mlm 4 hari. atau kalu x mo pegi, boleh dpt rm1000. hakak x leh nak pegi rasanya. kesuntukan masa untuk terbang sana sini.
hadiah2 lain. mug banyakk macam biasa. frame gambar pun banyak. selendang pun ada beberapa helai..hmm..alahai...cikgu tak pakai selendang la. sudahnya, abis dikebas adikku. tak per..asalkan pakai. buku resepi pun ader gak. ha ha...mentang la cikgu ko ni malas masak. perli la tuh..tahun ni byk dapat marker pen n juga coklatt. makin gemuks la cikgumu ini. kui kui

ini bukan nak tayang hadiah ......sebabnya tau bukannya ghamai pun yg baca. cuma utk reference masa2 depan. untuk dikenang2 semula. tu ajer.

hmm...bebudak dah mula pekse. yeay! minggu depan coti walaupun bukannya coti bebetul pasal kakak ada kelas tambahan n minggu kedua ada latihan gymnaestrada plak. hu hu hu

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...