HOLIDAY

Friday, July 17, 2009

cerita anak muridku

kes seperti ini memang wujud di mana2 sekolah pun. sekada berkongsi pengalaman...tak semua dialog ditulis..pasal kang panjang lak n3 nih.

salah 1 subjek hakak taun ni ialah kesihatan derjah 3. suatu ari, hakak mengajar tentang menjaga kehormatan diri. hakak cakap ngan bebudak tu, jangan bagi orang lain pegang2 derang walaupun ayah atau abang sebab..bla..bla ...bla. banyak la citernya kan yang hakak kaitkan ngan berita2 kat sorat khabar tuh.

bila kelas dah abis..one girl ni datang tanya..

" cikgu, nape ayah ngan atok saya suka pegang saya punya?"

"huh? pegang apa"

"pegang ni la,"sambil dia menunjuk ke tempat tuttttttt

hakak dah dup dap dup dap dah.

"cuba awak tunjuk cam mana dia pegang"

makanya dia pun tunjukkan sambil hakak membantunya menjadi pelokon tambahan.

"mak tau tak?"

"tau"

"mak buat apa?"

"tak buat apa-apa pun"

sudah....hakak sudah panik. sian jugak ini budak. hakak adukan pada guru kelasnya supaya bertindak juga memaklumkan kepada yang sepatutnya.

minggu2 berikutnya, hakak tanya lagi budak tu.

" ayah buat lagi tak?"

"ayah tak buat dah. atok buat lagi"

hakak tau dia dah pegi kaunseling dah. tapi nampaknya tak selesai jugak nih. kalau dibiarkan, teruk nih.

masuk kelas minggu yang seterusnya, dia sendiri datang mengadu.

"cikgu, atok buat lagi"

"awak naik moto lagi ke?

"tak...naik kete."

"sape lagi naik kete tu?"

"kakak saya, adik lelaki saya ngan abang saudara saya"

"ramai2 tu pun dia buat jugak?

dia mengangguk

"abang sedara awak tu tak cakap apa-apa ke? kakak awak tak cakap apa-apa"

"dia orang tak suka. marah la jugak tapi atok buat tak tau je"

"awak duduk belah mana? belakang dia atau belakang sebelah yang lain?"

"mana2 saya duduk pun sampai tangan dia"

hakak sebenarnya dah ilang idea tapi berhempas pulas mencari idea. akhirnya...

"macam ni. hari ni awak pegang pensel atau apa-apa benda tajam. kalau tangan dia sampai, cepat2 awak cucuk tangan dia," sambil hakak mengganyakan gaya cucuk yang ala-ala geram tuh.

"ok cikgu." sambil tersenyum dia berlalu.

Esoknya masa hakak beriang ria di padang dengan kelas mereka. budak comel tu datang..

sambil bertepuk tangan, dia cakap...
"cikgu pandai...cikgu pandai..atok saya dah buat lagi"


hakak lagi la senyum lebar. berjaya juga strategiku. tapi sampai bila ek? hari ke hari kalau jumpa budak tuh, hakak akan tanya soklan yang sama.

" atok buat lagi tak"

alhamdulillah...dia akan senyum dan jawab:

"cikgu pandai...atok tak buat lagi dah"

moga tak buat sampai bila2. aminnn...

Thursday, July 16, 2009

dapat tadii

baru dapat tadi. mama anto gambar kat tepon. weekend ni kita orang sampai la kot..Baby Zaraa (Bunga yang cantik)..mana satu Zaraa Ahdia mana satu Zaraa Ashalina? he he
Ni pulak ole2 dapat tadi daripada orang yang baru balik dari London- Thanks Syima MZ.

Wednesday, July 15, 2009

poco2

minggu lepas, aktiviti permainan kat sekolah dimeriahkan dengan pertandingan poco2. psst...sebenarnya cikgu2 yang teruja. ha ha ha ha. mujur jumpa lagu kat tenet. walaupun bukan yang asli, tapi berjaya ku sambung2kannya menjadi panjang yang tak berapa panjang.

this week we continue wit the ektvt coz las wik tak sempat abis semue kumpulan. cikgu2 tak sabo2 nak joget tuh tapi sabar tunggu budak2 abis pertandingan. ngam2 je abis lagu n abis waktu. panjang ooo lagu tu. thanks to ann yang bagi pinjam cd lakinya iaitu pakcik Rajo.

petang ni, ku pasang kat umah n joget ngan anak2. eksesaiz la tu kununnya. best2 pasal alia pun dah ngapal step. sambil joget sambil dukung si kecik. sibuk je nak kacau ibu yang tengah syok begelek. tapi takat seploh menet jer pasal kesian kat si zharif yang asyik kata..

" lamanya lagi nak abis. panjangnye lagu nih. "

Dia sendiri tak mo join. malu la tu kononn...

sronok..bepeluh2 la jugak. nanti2 kita eksesaiz lagi ek. nanti nak cuba step2 lain pulok. ann...pinjam vcd dia tuh...nak blajar step2 tuh. hu hu..

Sunday, July 12, 2009

aku melakukan kesalahannn

he he...sedar tak sedar, sudah masuk minggu ketiga den bawak kete yang cukai jalannya mati. masa bawak tak ingat pun benda tu dah mati. tau tapi masih dalam proses. nyonya yang handle tu masuk sepital la pulak pasal kena ragut...so apeknya tengah settlekan. ade ke polis tengah baca? korang jangan buat laporan tau..ahaks. he he.

Saturday, July 11, 2009

sudah lahirr..

masa kat RGK tadi, mak call kata anak2 sodare ku sudah lahir....haa...si kembar sudah lahir. alhamdulillahh..tapi depa dok dalam incubator lagi pasal kecik sesangat. depa tu memang slalu cam tu...kalu tgk saiz maknya, takkan sangka anak2nya kecik. si kembar ni pulak share tempat..sah la lagi kecik. apa-apa pun moga selamat dalama pemantauan itew. bebila senang ibu jenguk anak2 ibu tuh...hmm..jadik ke mama letak nama yang ibu pilih? he he

Zhaim terseliuh

smlm-petang(10/07), balik dari amek budak2 kat taska, singgah umah mak. saja singgah pasal dah lama tak lepak2 umah mak. lagipun cik abangku tu balik lewat je sejak keje ngan ASU nih. Zhaim punya la aktif..lari sana, lari sini, tonggeng sana, tonggeng sini, lompat2 atas tilam makcik2nya tuh...lebih kurang kol...nak dekat2 kol 9 dah...nak balik dah, si Zhaim menangis lepas main ngan Alia atas tilam tuh. Akit....akit...katanya. pastu cakap ashu...ashuu.... nak susu la tu.

memandangkan umah mak takde stok susu Zhaim, maka aku perambat la semua anak2ku balik. cik abang pun dah on the way dah tuh. Sepanjang bawak kete n sampai kat umah, tangan sebelah si Zhaim tu kalo tesentuh je dia akan nangis. alamak...lain macam jer.

ayah sampai terus redah umah cik Nor. mujur dia ada.. Zhaim kaut juga. Kejang2 kaki dia menahan sakit..tapi bila kapak mak cik tu kena tempat sakit tu...meraung la kejap. he he.. layan gambar.

Masa ni kapak tu dah kena tempat sakit
Yang lawaknya...abis je mengurut, zhaim terus bangun pegi tengok fish. dah tak sakit dah.tangan tu la tu yang sakit tuu......ibu n ayah pun legaaa...alhamdulillahhh

Tuesday, July 07, 2009

eppi besday zharif

ari ni, 11 tahun yang lalu ibu selamat melahirkan baby sulung ibu..seorang baby boy seberat 3.25 kg, di Klinik Penawar Permatang Pauh. Jauh sungguh ibu pi beranak sulung.

Setelah puas pilih nama, maka baby boy tu diberi nama Muhammad Zharif. Hmm...dah besar dah ya anak ibu.
masa ni abang belum setahun...dah duduk umah nenek dah masa ni.

Abang sorang je pantang ibu kat Kulim. Abang cucu sulung belah tok wan. Abang sorang je yang kena kuning n masuk sepital. Seksanya la ibu masa tu...tak boleh tidur walau sekejap pasal abang asyik dok menangis. Panas kot bawah lampu tu. Yang lain kuning juga tapi ibu n ayah carik ubat mandi cina je. Tak sanggup dah masuk sepital. hu hu
gambar2 ni pernah disiarkan dalam majalah keluarga. pernah gak ibu anta gambar kakak, tapi satu pun tak keluar. ha ha...abang ada ong la. kui kui kui

rezeki abang, 3 bulan lepas abang lahir, ibu dapat kerja kat KL. Tinggal la ayah kat Hutan Kampung. Tu yang balik tumpang umah nenek tuh dan abang pun membesar dengan nenek, di bawa ke hulu ke hilir oleh nenek dengan vannya hantar dan amek budak2 sekolah. sayang tol nenek kat abang tu.

pagi tadi ibu dah wish abang dah. ari ni abang, ibu n ayah poser. lawaknya balik sekolah tadi, abang kata esok abang dah tak nak poser...penat katanya. ha ha

Harapan ibu pada abang, banyak sebab abang kan anak sulung. Tapi tak tertulis la kat sini. Just nak kata, Ibu sayaaaaaaaaannnnnnnnngggggggggg abang.

Abang n Ibu sebulan yang lalu

weekendku

Ahad 5 Julai 2009

Bangun pagi ayah ajak gi sarapan...lauk2 yang ibu dah keluarkan dari peti ais tu ibu masukkan semula...ha ha...senang ati tak yah masak. Jauhnya sarapan kami ari ni. Dari Kg. Pandan ke Shah Alam. Ayah kata :
"Ahad ialah hari untuk family"

Ye ke yah? padahal kita sarapan sampai ke Shah Alam tu pun pasal ayah ada niat lain kan? tak lain tak bukan...keje.... Sambil2 cek outlet ASU la tu. Tak pe la...asal ayah yang bayau. Ni la outlet ASU kat seksyen 2
Kami laaa

Balik, pegi Ampang Point kununnya nak carik bateri O2. Tak dek la tang tu. Memandangkan mama call kata ada kat umah nenek, so ayah n ibu tambunkan anak2 kat umah nenek n off to Plaza Low Yat. Ada la baterinya tapi ayah tak jadik beli....format laptop dia la pulak. Sementara menunggu, dapat panggilam kecemasan mengatakan abah mentuaku masuk sepital. So selsesainya kami kat Low Yat, balik umah kemas baju, pegi umah mak jemput budak2 n zaass to Kulim. Dalam perjalanan, mesej En Shah, Ann n Ida kata terpaksa ponteng. he he..

Sampai kat Kulim, balik umah n pegi sepital. Bukan masa melawat la...payah la nak masuk...tu la kalo masuk sepital gomen. tapi kalo nak anto swasta, sape plak nak membayarnya.

Dapat la jugak masukk...alhamdulillah abah OK. cuma still nak kena diawasi kat CCU tu pasal tekanan darah tu kejap naik kejap turun.

Esoknya tu ( semalam la) sempat lagi kami bejalan2 carik makan. Bukan nak makan pun tapi cik abang tu nak intai peluang. Memacam la kan kalo dah otak business tuh. Tapi bila sampai sana, terus kata,

"Jom jom yah. Kita makan kat sini"

he he....Ni la tempatnya..Nasi Ayam Periuk Besar

Sedappp nasik ayam dia. Menu dia ialah Nasi Ayam Dot.com, Nasi ayam dengan ayam madu atau ayam panggang. Murah pun murah...dalam RM4 sepinggan...ayam pun boleh tahan besar, Puas ati la..

Tuu tengok tu...beratur pelanggan dia...kebanyakannya cina.

Yang kita orang makan ni kat sungai kok. Tang tu banyak kilang2...dekat ngan Kulim Hightech pasal tu ramai cina mai makann... kat pekan KUlim pun ada...dekat ngan Pizza Hut kalo tak salah. Haa...kalo sampai Kulim, singgah la noo..Tak cukup ngan makan, kami tapau lagik. tapi bukan untuk kami la...untuk mereka yg ditinggalkan dirumah especially untuk mak mentuaku yang memperkenalkannya kepada hubbyku.

kami bertolak balik dari KUlim kul 4.30 petang n sampai kat umah kol 9.30 malam. hu hu...ari ni sekolahhh..

Monday, July 06, 2009

Buat sebelum tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau mahu tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

2. Membaca Selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Dan

4. perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

renung-renungkan dan selamat beramal..he he

Sunday, July 05, 2009

menyepi seketika

terpaksa balik KULIm kerana pak mentua masuk wad. makanya mungkin tak update dalam 2 atau 3 hari ni atau mungkin juga ada, kalau berkesempatan mencelah..he he

adios amigos

Saturday, July 04, 2009

Zhaim Solat

saksikan..

ntah apa yang dibaca sampai macam tu sekali...siap tutup-tutup mata lagiitetonggeng-tonggeng dia sujud masa solat asar tadi

he he...sekian

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...