Tuesday, July 07, 2009

eppi besday zharif

ari ni, 11 tahun yang lalu ibu selamat melahirkan baby sulung ibu..seorang baby boy seberat 3.25 kg, di Klinik Penawar Permatang Pauh. Jauh sungguh ibu pi beranak sulung.

Setelah puas pilih nama, maka baby boy tu diberi nama Muhammad Zharif. Hmm...dah besar dah ya anak ibu.
masa ni abang belum setahun...dah duduk umah nenek dah masa ni.

Abang sorang je pantang ibu kat Kulim. Abang cucu sulung belah tok wan. Abang sorang je yang kena kuning n masuk sepital. Seksanya la ibu masa tu...tak boleh tidur walau sekejap pasal abang asyik dok menangis. Panas kot bawah lampu tu. Yang lain kuning juga tapi ibu n ayah carik ubat mandi cina je. Tak sanggup dah masuk sepital. hu hu
gambar2 ni pernah disiarkan dalam majalah keluarga. pernah gak ibu anta gambar kakak, tapi satu pun tak keluar. ha ha...abang ada ong la. kui kui kui

rezeki abang, 3 bulan lepas abang lahir, ibu dapat kerja kat KL. Tinggal la ayah kat Hutan Kampung. Tu yang balik tumpang umah nenek tuh dan abang pun membesar dengan nenek, di bawa ke hulu ke hilir oleh nenek dengan vannya hantar dan amek budak2 sekolah. sayang tol nenek kat abang tu.

pagi tadi ibu dah wish abang dah. ari ni abang, ibu n ayah poser. lawaknya balik sekolah tadi, abang kata esok abang dah tak nak poser...penat katanya. ha ha

Harapan ibu pada abang, banyak sebab abang kan anak sulung. Tapi tak tertulis la kat sini. Just nak kata, Ibu sayaaaaaaaaannnnnnnnngggggggggg abang.

Abang n Ibu sebulan yang lalu

3 comments:

ShidaRadzak said...

dah besar zharif erk..dah darjah 5 dah..mesti dia anak kesayangan nenek dia kan??

~ Ibu ZAAZ ~ said...

bukan anak kesayangan...cucu kesayangan...he he

~Yours Truly~ said...

Selamat Hari Lahir Zharif...moga menjadi anak yg soleh dan kebanggan ayah ibu..amin