Friday, July 17, 2009

cerita anak muridku

kes seperti ini memang wujud di mana2 sekolah pun. sekada berkongsi pengalaman...tak semua dialog ditulis..pasal kang panjang lak n3 nih.

salah 1 subjek hakak taun ni ialah kesihatan derjah 3. suatu ari, hakak mengajar tentang menjaga kehormatan diri. hakak cakap ngan bebudak tu, jangan bagi orang lain pegang2 derang walaupun ayah atau abang sebab..bla..bla ...bla. banyak la citernya kan yang hakak kaitkan ngan berita2 kat sorat khabar tuh.

bila kelas dah abis..one girl ni datang tanya..

" cikgu, nape ayah ngan atok saya suka pegang saya punya?"

"huh? pegang apa"

"pegang ni la,"sambil dia menunjuk ke tempat tuttttttt

hakak dah dup dap dup dap dah.

"cuba awak tunjuk cam mana dia pegang"

makanya dia pun tunjukkan sambil hakak membantunya menjadi pelokon tambahan.

"mak tau tak?"

"tau"

"mak buat apa?"

"tak buat apa-apa pun"

sudah....hakak sudah panik. sian jugak ini budak. hakak adukan pada guru kelasnya supaya bertindak juga memaklumkan kepada yang sepatutnya.

minggu2 berikutnya, hakak tanya lagi budak tu.

" ayah buat lagi tak?"

"ayah tak buat dah. atok buat lagi"

hakak tau dia dah pegi kaunseling dah. tapi nampaknya tak selesai jugak nih. kalau dibiarkan, teruk nih.

masuk kelas minggu yang seterusnya, dia sendiri datang mengadu.

"cikgu, atok buat lagi"

"awak naik moto lagi ke?

"tak...naik kete."

"sape lagi naik kete tu?"

"kakak saya, adik lelaki saya ngan abang saudara saya"

"ramai2 tu pun dia buat jugak?

dia mengangguk

"abang sedara awak tu tak cakap apa-apa ke? kakak awak tak cakap apa-apa"

"dia orang tak suka. marah la jugak tapi atok buat tak tau je"

"awak duduk belah mana? belakang dia atau belakang sebelah yang lain?"

"mana2 saya duduk pun sampai tangan dia"

hakak sebenarnya dah ilang idea tapi berhempas pulas mencari idea. akhirnya...

"macam ni. hari ni awak pegang pensel atau apa-apa benda tajam. kalau tangan dia sampai, cepat2 awak cucuk tangan dia," sambil hakak mengganyakan gaya cucuk yang ala-ala geram tuh.

"ok cikgu." sambil tersenyum dia berlalu.

Esoknya masa hakak beriang ria di padang dengan kelas mereka. budak comel tu datang..

sambil bertepuk tangan, dia cakap...
"cikgu pandai...cikgu pandai..atok saya dah buat lagi"


hakak lagi la senyum lebar. berjaya juga strategiku. tapi sampai bila ek? hari ke hari kalau jumpa budak tuh, hakak akan tanya soklan yang sama.

" atok buat lagi tak"

alhamdulillah...dia akan senyum dan jawab:

"cikgu pandai...atok tak buat lagi dah"

moga tak buat sampai bila2. aminnn...

11 comments:

BaiDuRi said...

isk ngerinya..sian budak tu Liza..lama mana dia nak pegang pensel??takut nanti haruan² tu bertindak ganaz..habis pensel dipatahkan. Sedih Shimah dgr cerita mcm ni...byk lagi kes mcm ni kat luar sana..taktau la nak jadi apa dgn dunia skrg..semoga kita semua dilindungi Allah..

BaiDuRi said...
This comment has been removed by the author.
~ Ibu ZAAZ ~ said...

tu la shimah...tadi dia datang ngadu lagi...cikgu..atok saya buat lagi..kat rumah masa saya tengah tido...nyirap darahku...

ape nak buat nih?

~Yours Truly~ said...

Cikgu, u must do something...susah kalau mcm ni..kesian si anak kecik yg tidak berdosa..sedih la dengar perkara sebegini...betul2 sedih..kalau boleh bantu saya nak bantu...

~ Ibu ZAAZ ~ said...

saya tengah memikirkan caa ni...nanti2 kita bincang.

BaiDuRi said...

betul Liza, kalau blh dpt wat something..kene cepat sblm perkara yang lebih buruk berlaku..x report polis? Rasa nak pi serbu je rumah dia. Semoga Allah lindungi anak yg tak berdosa tu

~ Ibu ZAAZ ~ said...

ya allah shimah...tok dia buat masa malam pulakk...minggu ni tetiap ari dia datang ngadu. liza dah adukan pada kaunselor..harap depa cepat bertindak. sian diaaa...tak tau nak buat apa lagii. liza nak tengok kaunselor buat apa dulu. tetiap ari liza akan tanya tindakan dia..

maselina said...

za,
bgtau laa parent bdk tuh....bilik tido dia x leh kunci ke???

~ Ibu ZAAZ ~ said...

na, masalahnya derang tak tido dalam bilik. bilik2 jadi tempat simpan barang.

tengah tunggu orang atas panggei mak pak die orang.

MN said...

astaghfirullahal azim...
mengucap panjang saya!!!

hope your headmaster or whoever in charge dapat amik tindakan secepat mungkin.

or maybe you can call the mother terus?

~ Ibu ZAAZ ~ said...

saya rasa saya tak leh nak ambil tindakan sendiri memandangkan pihak atasan dan maklum perkara ni.

rasanya payah juga nak cakap ngan mak dia nih pasal dia kata mak dia sedia maklum tentang kejadian ni tapi tak boleh buat apa-apa. dia cakap lagi, kalau ayah dia tau yang dia cucuk tangan atok dia tu, dia yang akan kena marah.

buntu jugak ni sebenarnya.