HOLIDAY

Friday, September 19, 2008

KELUAR

2 hari dah kena keluar sekolah. Bengkel n meeting. Bengkel tu benda yang tetiap tahun aku pegi. Anta data. Nama je bengkel...tapi anta data je sebenarnya. Kalau tak de masalah, sejam je dah boleh chow dah. Tapi biasanya tetiap tahun, aku pegi untuk buat kebajikan. Sure ada PT lain yang dalam kesusahan. Last year Lee Rubber...tahun ni Convent 2. He he. Sementara menanti giliran, sempat juga buat skima jawapan. Alamak...banyak la pulak salah...mujur Ida ada ada


Semalam, keluar meeting tak yang tak dijangka. Ape la pulak kena mengena aku ngan integrasi tu. Anyway,...dah ada nama atas surat panggilan, maka pegi lah kami ( me n rohaida ) ke SMK Bukit Bandaraya. Nak pegi ngan kete tak berani pasai dua-dua tak tau jalan. So kami naik je teksi. Tak pa...nanti buleh claim. Mesyuarat ni pun tak lama. Pukul 10 dah boleh chow. Alang-alang dah dekat Mid Valley n kebetulan aku pun tak pernah sampai sana, maka kami singgah. Dekat je ngan sekolah tu. Ha ha...penat juga kaki meronda kawasan yang besar tu. Dah la tak leh minum.

ni dia hiasan hari raya kat dalam mid valley tu

Balik, teksi tak mau naik sampai atas pasal sudah jem ma masa tu...para ibu bapa sudah berduyun-duyun nak naik bukit amik anak masing-masing. So terpaksa la kami menapak. menapak lagi cepat sampai...kalau tunggu dalam teksi tu lagi lambat sampai.


on the way balik..beborak sakan ngan uncle yang peramah

Uncle yang peramah tu kata,... "di dunia ni, kalau tak ada perempuan aa...rugi o semua yang meniaga". Ha ha..kami gelak, pastu kami sokong dia. Lagi syok dia mengata perempuan. Dia kata lagi, "perempuan kalau tak makan pun tak pe asal dapat shoping". Ada lagi la yang dia kata. Kami layan je la. Riuh teksi tu sepanjang perjalanan.

Hamper raya

Hamper Raya dari kak Shila untuk semua cikgu2 CBN1 excellent. Thanks Kak Shila.


Adik yang mengacau

Kakak n abang tak leh harap semalam. Melangok tengok TV. Tak pun main komputer. Ibu nak masak, adik pulak asyik cari ibu. So...apa yang ibu buat? Masukkan adik dalam tempat yang adik tak pernah masuk. Diam la dia kat situ..sempat la ibu buat apa yang patut. He he.




Wednesday, September 17, 2008

Happy Birthday Sayang

Anak ibu dah genap usianya setahun hari ni. Heppi Besday sayang ibu. Moga membesar dengan sihat, menjadi orang yang berguna dunia dan akhirat. Memacam lagi la yang ibu harapkan... hmm..adik demam la sekarang. Demam nak sambut besday ek? ke nak jalan?
Zhaim hari ni:
1. Dah ada 3 batang gigi yang sedang tumbuh membesar. 2 gigi bawah (depan) dan sebatang gigi kapak (atas). Haa...lepas ni dah boleh start gigit kakak atau abang yang menyakat Zhaim.
2. Perkataan yang Zhaim boleh sebut so far.... KA KAK. tu je la. Kalau ajar yang lain, tu jugak yang disebutnya.
3. Dah mula lepas tangan sikit-sikit. Jalan? lambat sket dia ni. Yang lain, masuk setahun je dah jalan. Tak pe...tak penat ibu nak kena kutip Zhaim sana sini. He he
4. Berat ? Last timbang bila ek? last month ke atau last 2 month. 9 kilo. Skrg? tak tau. mungkin dah 10 kilo.
5. Dah kurang bejaga malam...maknanya anak ibu memang dah makin besar. Lepas ni ibu dah boleh berada di zon yang agak selesa dengan tidur yang lebih berkualiti. Harapnya la..
6. Tak berapa suka makan bubur. Nak bantai makanan yang kita makan. Hmm..kalau tak tecekik tak pe la.

Tuesday, September 16, 2008

Streamyx

Lupa nak bagi tau. Lama tak update blog because:

1. Me n my kids kat rumah mak yang tak leh ekses internet. hu hu. kan hubby kat Bangkok for the whole week last week. Tau tak Izyan?

2. My Streamyx buat hal. Ngajuk jugak macam WKY. Lama tinggal, connection pun fail. Baru hari ni ok setelah juruteknik TM datang ke rumah. Haa...lega. Tak leh idup kalau tak surf internet walau sehari. Hu hu.

Jalan-jalan di Jalan Masjid India

Saja jalan-jalan buang masa sambil cuci mata. Budak2 pekse UPSR abis awal hari tu, so, jalan la. Banyaknya gerai...baju-baju, tudung, brooch, serunding,...macam2 la. Beli apa? brooch-2(RM10). Tak de yang berkenan.

Barangan kemas tiruan. Murah. Boleh la nak beli untuk anak2 dara tu. Kalau ilang pun tak la ralat sangat..tapi...tak nak la.

Tu dia..jauh lagi perjalanan kaki dan mata nampaknya. Hujungnya masih jauh tuu..

Ramai jugak orang di tengah-tengah panas matahari tu. Shoping punya pasal.

Teringat dulu-dulu ngan ittarian. Hari jumaat, buat rombongan membeli-belah kat area situ ngan Sogo. Tak membeli, sekadar cuci mata pun jadik. Rindu....

Wednesday, September 10, 2008

WKY merajuk

7 September 2008 : Ayah berangkat ke Bangkok. Kami hantar sampai KL Central. Tak masuk pun. Hantar kat luar je pasal payah nak park kete. Maka kami yang tinggal terpaksalah juga berkemas pindah ke rumah nenek.

Alasannya :

  1. Ibu pagi-pagi buta dah nak kena bertolak ke sekolah. Sekolah Zhaim bukak pukul 7.30. So, minta ehsan Ateh tolong hantar Zhaim setiap pagi.
  2. Sekolah cuti(sempena UPSR), Alia sure kena duduk ngan nenek. Alang-alang tu, semua tinggal kat umah nenek. Senang.

Ibu guna kete ayah pegi sekolah. Masa ayah tak de ni la nak pakai kete baru. He he…

Semalam nak pakai balik kete ijau tu. Sian dia tak begerak-gerak dari tempat parkirnya tu. Rupa-rupanya dia merajuk. Buat perangai. Habis punggah barang dari WRD ke WKY, terus pegi amik Zhaim. Elok je ibu sampai depan rumah nenek dari amik Zhaim tu, ibu turun nak buka pagar. Rasa tak sedap ati ….hah…..pintu kereta tak boleh buka dari luar walaupun pintu tu tak lock pun dari dalam. Central lock dia jem laa. Huwaaa….

Kelam kabut ibu dibuatnya. Mana tak…Zhaim ada kat dalam kete. Terperangkap dalam kete. Mujur la dia tengah kenyang…tak menangis la dia. Aircond pun hidup masa tu. Habis barang dalam bag ibu dia selongkar. Ok la tu. At least ada benda dia nak main.

Tak tau nak buat apa, ibu call si Ah Meng si toke bengkel kat umah tu, suh dia datang. Ayah Chik cungkil pintu kete tu pun tak dapat bukak. Setelah setengah jam, akhirnya pintu tu terbuka la juga. Ha..lega. Alhamdulillah. Akhirnya, hasrat nak naik kete ijau tak Berjaya pasal kena anto bengkel. Guna kete ayah la juga nampaknya. Mujur gak ada 2 kete. Hu hu.

Monday, September 08, 2008

BANGKOK

semalam (7 sept), BANGKOK menerima kehadiran ayah. kami akan ditinggalkan di bumi MALAYSIA seminggu lamanya. terpaksalah kami membawa diri balik kampung....Kg. Pandan je. he he

Saturday, August 30, 2008

Aku Sudah Menang

Email dan gambar yang dihantar untuk peraduan "aku dan bukuku" sudah dipilih sebagai salah seorang pemenang mingguan. Yahuu....dapat la free novel baru sebijik. Tak sia-sia aiesya posing. Bertambah koleksi novelku. Best!

bukti di (copy n paste la link tu ):-

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/aku&bukuku/default6.html

Minggu BZ dah selesai

sepanjang minggu ni sibuk melatih puteri2 kecik menari dan menyanyi. jenuh juga melayan dia orang ni. tapi bila dah selesai, ...lega. malam 28hb tu, sibuk siapkan bunga2an untuk dipakai di kepala budak2 tu. memula touch up kakak punya folio.
dah siap folio, siapkan bunga pulak. esok nak pakai.

dah siap bunga, siapkan pulak power point untuk meeting cikgu2. tu pun tak siap sebab dah pukul 1. esok curi2 masa buat. he he....

ni la benda yang disiapkan. analisa ujian bulanan 2.

majlis di ambang merdeka berlangsung dengan meriahnya. sambutan tahun ni lain sikit. pandai haslina menyusun atur. Tahniah la buat Lin. tuan-tuan puteri yang kita latih pun menari dengan baiknya.puteri2 ulik mayang sedang menari.

puteri-puteri joget lodeh mak lodeh sedang bersedia

selesai acara, ada acara potong kek.

kek seberat 6 kg disedekahkan oleh kak shila.

sedang semua orang sibuk potong dan makan kek, aku bertungkus lumus siapkan power point. hu hu.

SELAMAT HARI JADI (30 Ogos)to MAK MENTUAKU Hajjah Zainab Ayob

Friday, August 22, 2008

Surat yang menyentuh hati

Aku sangat-sangat suka baca blog orang lain. Mencari dan mempelajari sesuatu yang baru. Hari ini sedang melayari internet, ku temui surat yang amat-amat menyentuh hati ini.

Mak....

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. ..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...