Wednesday, September 10, 2008

WKY merajuk

7 September 2008 : Ayah berangkat ke Bangkok. Kami hantar sampai KL Central. Tak masuk pun. Hantar kat luar je pasal payah nak park kete. Maka kami yang tinggal terpaksalah juga berkemas pindah ke rumah nenek.

Alasannya :

  1. Ibu pagi-pagi buta dah nak kena bertolak ke sekolah. Sekolah Zhaim bukak pukul 7.30. So, minta ehsan Ateh tolong hantar Zhaim setiap pagi.
  2. Sekolah cuti(sempena UPSR), Alia sure kena duduk ngan nenek. Alang-alang tu, semua tinggal kat umah nenek. Senang.

Ibu guna kete ayah pegi sekolah. Masa ayah tak de ni la nak pakai kete baru. He he…

Semalam nak pakai balik kete ijau tu. Sian dia tak begerak-gerak dari tempat parkirnya tu. Rupa-rupanya dia merajuk. Buat perangai. Habis punggah barang dari WRD ke WKY, terus pegi amik Zhaim. Elok je ibu sampai depan rumah nenek dari amik Zhaim tu, ibu turun nak buka pagar. Rasa tak sedap ati ….hah…..pintu kereta tak boleh buka dari luar walaupun pintu tu tak lock pun dari dalam. Central lock dia jem laa. Huwaaa….

Kelam kabut ibu dibuatnya. Mana tak…Zhaim ada kat dalam kete. Terperangkap dalam kete. Mujur la dia tengah kenyang…tak menangis la dia. Aircond pun hidup masa tu. Habis barang dalam bag ibu dia selongkar. Ok la tu. At least ada benda dia nak main.

Tak tau nak buat apa, ibu call si Ah Meng si toke bengkel kat umah tu, suh dia datang. Ayah Chik cungkil pintu kete tu pun tak dapat bukak. Setelah setengah jam, akhirnya pintu tu terbuka la juga. Ha..lega. Alhamdulillah. Akhirnya, hasrat nak naik kete ijau tak Berjaya pasal kena anto bengkel. Guna kete ayah la juga nampaknya. Mujur gak ada 2 kete. Hu hu.

3 comments:

Aku lah Si Pelangi Itu..... said...

nampak gayanya nak kena beli kereta ke-3..hihihi..wahhh..tak lama lagi sure dpt bnyk koleksi souveniers dr BANGKOK :)...meriah lah raya nanti...Salam Ramadhan Buat Pn Rosliza & Family...

Anonymous said...

a'kum kak za.
maaf lama menyepi . nie baru buka blog kak za sambil online dgn tutor utk marakah online. dah balik belum cik abang? semoga bergembira selalu.. rindu kat sek tapi beban kerja banyak tambah dah nak final.. terpaksalaa dlupakan .. moga jumpa lagi .

~ RoSLizA ~ said...

he he...dah ada 3 dah kak. satu ada kat rumah mak. souvenir? tak de la. cik abang tu tak reti beli barang jadi saya pesan siap2...jangan beli apa-apa. keh3