HOLIDAY

Wednesday, June 06, 2012

Cuti sekolah ini...

Cuti sekolah ni, abang Zharif awal2 lagi dah ikut tok wan ke sana ke sini n end up dengan balik KULIM. sampai skrg blom balik. Jumaat ni ayah n Zhaim naik bas gi jemput abang ya.

Minggu pertama cuti,
Isnin sampai Rabu ngantar Aiesya ke SMK Wangsa Maju Seksyen 2 untuk latihan pusat silat dia. Pas anta Aiesya, bergegas ke CBN pulak anta kakak untuk latihan choral. jenuh jugak menempuh jem.
ini gambar mereka di SMK Wangsa Maju Seksyen 2

Khamis n jumaat with alia, anta aiesya n balik focus kat menjahit. petang gi amek aiesya semula n amek baby n balik.

Sabtu ahad ingatkan boleh ke kangar-ada kenduri. tapi terpaksa dibatalkan sebab baby demam. zhaim pun tak berapa sihat. so prepare kakak aiesya punya bag je la untuk duduk di asrama selama seminggu minggu kedua ni.

 Kakak Aiesya dengan bagnya dah ready untuk stay di asrama n berlatih silat pagi petang siang dan malamm Di MSN AU2 Keramat. Alaaaa...berdepan ngan AEON Jusco AU2 tu laa.

Semalam kami sekeluarga gi la menjenguk minah tu. Haiyaa...dia buat tarak kenal sama kami. malu ke hape ke tak tau la. ke takut langgar peraturan? nyampah. dah la adik tak berapa sihat n kami semua keletihan, dia boleh ignore kami kami yg datang jenguk dia. Ceh...pas ketuk2 pala dia sket, kami pun balik. hmm...dia ok la tu kalau gi kangar minggu depan. tak de la kami ghisau nanti. hu hu
ni suasana smlm lepas latihan. ada  motivasi sket n bagi nombor giliran untuk masa pertandingan minggu depan.

Semalam gi collect benda ni kat Cheras. benda yg kuidam idamkan selama ni. Melabur sket untuk meniaga kraf tanganku.
dengan adanya big shot ni, tak yah dah trace2 n gunting2. senget2 benget tak de lagi. tapi kena beli dies dia la pulak. tunggu sang ayah pg US nanti mintak tolong dia belikan banyak2 dies nya tu. sini orang jual mahal2 regenya. 90 hingga ratusan ringgit satu. bukan boleh beli satu. kalau beli satu, baik tak yah pakai mesin ni. haaa...gitu la pulak kan.

n selama cuti ni, ni la benda ku hadap untuk siapkan sebelum tamatnya cuti.
\
  Ni semua tempahan kengkawan kakak Aliah la nii.
yang ni pulak sample untuk anak dara pn Syima MZ. nak tukar2 hadiah katanya masa pesta gym.  Fridge Magnet. derang dah approve dan so akan terus di buat sedikit demi sedikit. tu guntung sendiri. tu yang senget benget. al maklum la...sampel jer. yg real punya saya guna mesin tu ya Syima. lagi cun. dah try dah tadi guna mesin tu. best!

Ada 3 bijik cupcakes lagi blom disiapkan. insyallah sehari dua ni siap la tu.

Hari ni n hari2 seterusnya tak hantar baby ke taska coz dia tak sihat kan. tetiap ari panas kepalanya. pepagi dia bangun ngacau ibu tidur hari ni, raba2 pala dia, alhamdulillahhhh dah ok dah. tinggal nak cater selesema dia pulak n kahaknya.

ok. baby dah bangun dah. mau kasi mandi, basuh poo dia n kasik makan n makan ubat n tidokan balik. keje skolah ada lagi ni tak siap. borang kak ton bagi tu ntah hape2 la kena isi. bengong betul. pn siti raihan tak email pun detail untuk buku program. bukan saya la kot yang kena buat buku program sukan tu. bagus juga. last2 minute masak jugak nak siapkan. sukan dah la hari ahad bukak sekolah tu.

apa2 la. nak gomol baby dulu. bye.

Tuesday, May 29, 2012

craft lagi

memulakan cuti sekolah dengan kerja2 menghantar anak2 ke sana sini. Zharif sudah ke rumah mak longnya di Bangi. Aiesya setiap hari ngantar ke seksyen 2 Wangsa Maju, ada latihan pusat untuk silat. lepas hantar Aiesya, bergegas ke CBN pulak hantar Alia untuk latihan Choral speaking. While waiting, ibu dok kat sekolah ngadap kerja2 yang tertangguh sambil main2 game. he he

ni semua kerja2 tangan yang dah lama siap tapi malas nak upload. he he. 
ni semua order kengkawan alia kecuali zharif tu untuk anak jantan ai n khalesa untuk birthday si budak bernama khalesa la.
 masih dengan order kengkawan kakak alia. ada la terselit kengkawan order abang zharif punya. yang aminah, daniel n nasrul tu kengkawan abang punya.
ni pulak saja buat untuk budak2 silat yang menang peringkat negeri ari tu.
ni la budak2 yang menang silat. sedang bersiap2 nak ke Perlis bukak sekolah ni.
moga ada placing di peringkat kebangsaan. ni semua anak2 cikgu ni.

Saturday, May 26, 2012

Tuesday, April 24, 2012

rumah kami

rumah kami la..atas umah mak, bawah umahku. ditelan mati mak, diluah ayah memang dah mati. hu hu

ni umah asal yg udah memang uzur sesangat. kalau orang kata umah dia yang dah sedia elok atap bocor sana sini, umah ni lagi dasyat. bocor merata2. bkan takat bocor atap, bocor jugak lantai kayu juga lantai simennya. dalam toilet pun ada lubang. tepi pintu pun ada lubang. tangga umah dah dimakan anai-anai ...sekali tendang, berderai kayunya. tunggu masa nak roboh. dalam bilik mak pun bocor. mak tidor bertemankan baldi atas tilam. atas lemari pun ada baldi tadah air hujan.



tak daya menahan rasa melihatnya. tak kuasa mendengar perlian jiran tetangga dikeliling yg semua rumahnya udah jd banglo. diusahakan juga untuk membina mahligai impian biarpun tidak sehebat mana...kerana biasa la. uwang nya terhad.kat KL ni kan mahal semua benda.  ada la terkumpul duit kwsp nanti tua dah tak de backup dah...harap pencen jer la, duit asb yang sebenarnya tak nampak, duit saham public mutual yang entah apa kisahnya tu, n of course la kena topup ngan pinjaman peribadi. berhutang lah daku kali ini. ada yang nak bagi duit free? ha ha...hangkat tangan!

baru progress peringkat asas...semalam pg tengok...umah itu sudah kopak sana sini mau diruntuhkan.


 indon yg bekerja tu tengah buat pondok untuk depa duduk. ada 3 pasang pekerja indon kat situ. cam mana la derang ni duduk ek. hu hu. nampak tak rumah sebelah tu...umah banglo tu dah lama wujudnya. kiri kanan dan depan semua umah besar.
ni ruangan dapur. atap semua dah cabut. tinggal toilet jer tak buang lg utk pekerja guna sementara waktu.

dalam senyum ada tangis, dalam suka ada duka. hanya DIA jua yg maha mengetahui. Permudahkan segala urusan YA ALLAH. jauhilah kami sekeluarga dari mereka yang hasad dan dengki dengan rezeki kami. aminnn ya rabbal alamin.

Monday, April 09, 2012

kini kembali

wahhh... kunun la tu kembali. malas nak hapdet campur ngan bz. he he

actually tengah siapkan tempahan orang.

antara yg telah disiapkan :
he he....jumpa gambar ni pulak. gambar2 craft blom combine rupanya. ha ha ha. sesambil combine tu, citer pasal gambar ni. haaaa....bukan senang nak dapat gambar baby gelak cenggitu. nasib la kan dapat snap. kui kui kui. Naufal already 5 month 1 day today. sigh! cepatnya masa berlalu.



ni order kengkawan kakak alia. ada lg 11 ordet yg baru siap dah bayor....jenuh la ibu nak ngadap wei. yg pink bawah sekali tu si kakak aiesya punya cerita. 

alkisah pada suatu hari, kawan dia sudah bagi hadiah daaa kat dia n siap pesan suruh balas. ibu la jadi  magsanya. bila dah buat, ada pulak yg lain nak menempah. eeiiii...takut la pulak nak terima pasainya bebudak kecik. sat g mak pak depa maghah. tak pasai jer cikgu kena attack.

ni tempahan cikgu haslina untuknya n anak2nya. 
syafirah yg bawah tu kakak aiesya punya kawan yang punya.
 ni tempahan cikgu ida, kawan adikku laila. yg atas ni yg dah siap. angry birds yg bawah ni, in progress. semua tu keychain ya tuan puan. gitar, strawberries n cakes.
menghitung hari nak siapkan ni. 

menunggu lepas ni ePPDA yg tak tau la siap ke tidak, kertas exam, sajak.....bla bla bla. 
malas nak senaraikan. tensen jadinya. owh miss low...balik la copek.

Saturday, March 17, 2012

fridge magnet

berhempas pulas menyiapkan fridge magnet yg besar nih. ni idea untuk hari guru nanti tp sebab dah ada orang tempah, maka buat la. habis idea nak  menghias sebab hiasan lain2. SAPS tak key-in lg nih. banyak lg kerja yg blom siap nampaknya. hu hu. pelan2 kayuh ya cikgu!
 quite big. next time will do smaller one. penuh pintu peti ais yg bawah letak 8 bijik tu semua.

ini in progress. order kawan lela n aliah. hu hu....semua nak cepat. mujur exam paper dah siap tanda. koko punya hal la banyak semak menyemak lagi ni. 


NAUFAL's progress
* mula meniarap : tuesday 13 March 2012.
* first time makan : Khamis 15 march 2012. makan apa? bahulu cicah air ibu. he he

Tuesday, March 06, 2012

keychain lg

ini post yg ke 500 di blog ini.

nak citer pasal keychain yg dah disiapkan sikit2 atas tempahan yg sikit2 oleh kengkawan alia.



abis pasal keychain. ada 3 lg tengah siapkan n baru jer terima tempahan untuk bulan 4. ho ho...mampukah aku menyiapkannya? nak seribu daya ek!

ai menang peraduan tayang baju menyusu. niatnya saja2 masuk. tak de pun rasa boleh menang tapii...ha ha...menang pulak. no 1 lagik. yg bestnya, hadiahnya apa pun tak tau. saja memeriahkan ruangan tu pasal sian kat tuan umah kalau tak ghamai masuk. he he...rezekiku dan baby.
nite. minggu depan cutiiii...yeay! yeay!

Thursday, February 23, 2012

sekarang....

.....dah 13 hari bekerja. hmm...letih rasanya. tak macam selalu. tak secergas dulu. hmm...ter lah...dah tuaaa.

....Naufal dah 3 bulan++. he he...masih belum cucuk 3 bulan. yang 2 bulan ari tu sibuk kata tertangguh, rupanya tak perlu. dah amek masa dia satu bulan. kui kui...kecoh

naufal tengah geram..tak dapat makan tali baju ibu tuu...he he

ni Naufal kena dera ngan Ateh dia.
Niatnya nak potong kuku...ngan isi2 dipotongnya. hu hu

.......tengah siapkan senarai kehadiran aktiviti koku sesambil ngenjut naufal. aper la...dah bulan 2 masih tak de lagi  senarai...mana tak nya. bebudak sesuka ati tukar sana tukar sini. bila sort balik, dah tak seimbang dah bilangan. susah betul nak buat keje betul.  .....yg masih belum siap, soklan pekse. naper ntah payah sungguh nak buat soklan tahun 3 kali ni. ni semua pasal aiesya....he he

.....tengah pikir...adik saya yang sorang tu masih lagi emo ke? adoi....dah banyak kali kena sebelum ni. tak mo kena lagi. kalau kena lagi, aku tukar sekolah. 

ok. sambung keje.

Wednesday, February 08, 2012

1st day....

 ......keje di tahun 2012 ni. dah habis dah cuti plus 2 hari cuti umum, n no more maternity leave for me after this. Sronok dapat jumpa kengkawan n anak2 murid sekalian. dah mula mengajar walaupun kalau tak mo masuk kelas tadi, boleh sangat. ayooo...tak reti ar nak dok sajer. semua org tegur dah kurus. walhal diriku ini, berat 68 tu, tak turun2 walaupun sudahbanyakkk kali timbang. apa pun, diriku jua yg tau betapa kurusnya diriku. ha ha. korang kan dah lama tak melihat mukaku ini. maka, korang kata la korusss, padahal, ...he he. ai tau laa... full stop.

our vacation kat PD, tak de benda sangat nak diceritakan. budak2 jer sibuk membasahkan diri dalam kolam. mujur la abang  n kakak dan besar, boleh jaga adik. ibu sure ngan baby n ayah,...if ibu tak de, dia pun akan tak tak de juga kat kolam tu. punya la ghamai orang mandi manda. bukan penyewa saja, malah yg dikawasan sekitar pun datang makan2 berkumpulan di sekitar kawasan kolam.  

n percotian kami kali ini menemukanku dengan bekas stodentku yg kebetulan balik kg. stodentku masa kat ittar dulu. ngan dia ni jer la selalu berhubungan. patutnya jumpa dua orang, tapi yang sorang lagi lambat sangat sampainya so, tak jumpa la kami. eh Shi Ma, WaWa datang ke tak malam tu ek? lupa lak nak tanya.


sebelum gi PD ari tu nak hapdet gambar keras tangan yang dihasilkan selepas usai mengerjakan tempahan Syima MZ. ni projek yang seterusnya yang telah dimulakan awal untuk mengelakkan kekalutan.

applique. boleh dijadikan hiasan atas kepala, atas purse, atas bag, boleh dijadikan book mark, boleh lekat atas baju....yg ni saiz kecik jer. banyak lagi rupa bentuk yg akan dihasilkan coz akak suka buat benda yg lain2. tak berapa suka repeat buat benda yg sama. ho ho
yang ni pulak, boleh dijadikan hiasan untuk headband, atau hairclip atau boleh juga dijadikan brooch. sebenarnya ai blajar buat riben. n ai cantum ngan bunga2 yg dah siap dolu2 yg masih ada lebeh. jadi la gitu.

semalam, hangin satu badan pasal si tukang jahit. ai dah hantar 6 pasang baju untuk dijahit (kain yg dikumpul2 orang bagi), lebih sebulan yg lepas. seminggu lepas dah bg tau kata nak amek hari senin. tapi biar dia ready, hari selasa semalam baru sms kata nak hamek. baru siap 2 pasang. tu pun agaknya baru jahit pasal dia suh amek petang. bila hamek n try kat umah, mak ai, besarnya kain dia jahit. baju lagi satu pulak, tangan lebeh panjang, kain pun telebih panjang.orang suruh susun kanan, dia susun kiri. ni apa kes nih.?mengamuk makcik satu umah. udah la esok ni nak pakai keje hari pertama. ai antar sms komplen. dah la bayar mahal. tahun ni caj dia naik lagi rm5. penyudahnya, carik la baju lama yg besar sket dalam lemari tuh. nak gi hantar balik tapi tunggu ati sejukkkkkk dulu. esok? hmmm...jap agi kena carik lagi. batek pulak tu esok ni. terpaksa la acik mengempiskan badan malam nih. huwaaa huwaaaa.

Zhaki Naufal jatuh buai semalam. dia nangis sket jer...n minum susu macam biasa. keadaannya elok jer sampai pagi tadi. tengah hari tadi, org taska call kata pala dia panas n dia muntah bila minum susu. tegezut ai.  hiii...suspen nya ai. bila amek dia, bagi susu, dengan lahapnya dia minum. pala tak panas pun. ooo...adik rindu susu ibu ek. lena dia tido lepas burp n minum. he he...alhamdulillah legaaaa.

Saturday, February 04, 2012

time ghajin

tengok orang masak, kita pun  nak masak.

tengok adikku lela masak nasik briyani resepi mak, kita pun nak masak. orang pakai resepi lain, kita bantai resepi lain. alamatnya,...idok la menjadi sangat. tapi abang zharif...."sedap bu". tu je la mulutnya. tapi kalau tak berapa nak abis tu, tandanya tak berapa nak jadik la kan..ha ha

ari ni, try pulak resepi yg ditiru kat blog ibuayu. yang ni senang, so jadik la. abis ditelan keluargaku,...maknanya....sedap  ler tu. kakak alia pun kata sedap.

bahan2 untuk tauhu sumbat ikan :
1. ikan
2. tauhu
3. garam
4. telur
5. daun sup
6. lada sulah

korang nak tau berapa banyak nak guna? ikut suka la. agak-agakla kan. ai memang cenggitu. masak tu ikut gerak ati jer. nak details, gi la baca kat blog ibuayu tu ya.

Tauhu digoreng n kemudian dibelah n dikeluarkan isinya

ikan direbus dan diambil isinya saja untuk mengelakkan tercekik ya cikgu Lehan..he he

peh tu campur semua bahan kecuali itu telur n sumbat masuk dalam kelongsong tauhu tadik

last sekali, celup celup dalam telur yg telah dipukul, goreng dan hidang.
makan ler gitu jer atau nak cicah sos pun boleh. bantai la sos apa pun. ai bantai sos thai yg sedia ada kat umah jer. nak buat sos dia tak boleh pasal blender ai udah jahanam. patutnya ari ni buat nasik ayam pun terbantut gara2 blender itew.

masakan ni pulak, anak2 ai memang suka. ai pun suka, adik beradik ai pun suka. resepi mak tak tau la mak copy dr mana. masa ai bertunang dolu-dolu, ini merupakan salah satu hidangannya.

senang jer.


ayam tu perapkan ngan bawang putih, halia, sos tiram n kicap. perap la ikut suka nak berapa lama. peh tu goreng n makannnnnn.

kalau ada tenet ekses kat pd, maka ada la update. ai tak de berukband jadi ....tengok la keadaan  macam mana nanti.

Saturday, January 28, 2012

mall baru FESTIVAL CITY

baru bagi kami...tak tau la kalau u olls dah penah pegi. tp mall ni memang masih fresh lagi.

kami ke sini :
ni hah...Festival City kat Danau Kota. Besar jugak dalamnya tu. macam2 kedai ada. ai bukan kaki soping so tak reti la nak war2kan kedai2 yg ada kat sana tuh. yang reti nak kaba, ada kedai kasut, kedai bag, kedai2 makan, econsave, parkson, chicken rice shop, aaa....apa lagi ek? hmm....MBO, ada tempat karaoke, aaa......pegi la sendiri jenguk. mak memang fail la bab2 meng hu ha hu ha nih.

ni tukang gendong adik tapi adik kalu tengah tido, dia amek, confirm jaga balik. huwaaa...huwaaaa

jalan punya jalan, jumpa ni hah. dia ni ala ala tutty fruity tapi lagi  murah. sama jer...yogurt yg jadik eskrem jugak. setup dia sama jer. nak kena amek mangkuk n pilih2 eskrem n pilih2 toping. peh tu timbang n bayau.
mangkuk yg kita orang amek tu, sama saiz dengan mangkuk yg kita orang amek kat tutty. isi pun lebih kurang sama banyak ngan amek kat tutty. harganya......kurang dari separuh harga yg kami bayar kat tutty. ha ha...best. tapi sourberry ni baru lagi bukak. baru ada 3 cawangan jer. tunggu la dia bercambah nanti. 

tempat kereta memang luas. bayaran parking pun murah. RM1 untuk setiap jam yg berlalu. pengunjung pun masih belum ramai jadi boleh la duduk2 gini sambil menyusukan si kecik. kain batik tu guna sebagai selimut jer. tempat tukar lampin dia kecik jer n tak de tempat menyusu. memang untuk tukar lampin saja. 

itu lah saja cerita untuk kali ni. 

minggu depan akan bersiaran dari PD pulak. 

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...